UtusanDaily

Saturday 7 September 2013

Konsert Lamb Of God Di Malaysia Batal!

lamb
Selepas mendapat bantahan daripada banyak pihak, kumpulan heavy metal, Lamb Of God akhirnya tidak dibenar mengadakan konsert mereka di Malaysia seperti yang dijadualkan pada 28 September ini. 
 
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, keputusan penolakan ini dibuat selepas mendapati persembahan kumpulan terbabit menyentuh sensitiviti agama serta nilai budaya masyarakat Malaysia.
 
Sebelum ini, kumpulan yang berasal dari Amerika ini sering mencetuskan kontroversi apabila memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran setiap kali muncul di pentas.
 
Dalam perkembangan sama, penganjur konsert, Livescape Sdn Bhd, akur dengan keputusan KKMM menolak permohonan mereka dan pembatalan dibuat selepas perbincangan teliti dengan mengambil kira bantahan pelbagai pihak.
 
Dalam kenyataan menerusi laman facebook, mengumumkan pembatalan konsert itu, Livescape berkata, mereka yang sudah membeli tiket boleh menuntut kembali bayaran mulai 16 September ini.
 
Maklumat lanjut mengenai lokasi penebusan tiket boleh diperoleh dengan melayari, www.facebook.com/rockawayfest.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive