UtusanDaily

Thursday 7 November 2013

Daum ketum bernilai RM32,000 dirampas

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/946265_354165931378507_1743915627_n.png
PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 11 guni daun ketum seberat 400 kilogram yang dianggar bernilai RM32,000 berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, di sini awal hari ini.

Ketua Kompeni B, Batalion 10 PGA, Asisten Superitendan Azmi Abd Aziz berkata daun ketum terbabit dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

Guni yang mengandungi daun ketum terbabit ditemui berlonggok-longgok di pinggir tembok sempadan kira-kira pukul 5 pagi ketika anggota PGA sedang melakukan rondaan, katanya dalam sidang media, di sini.

Beliau berkata guni daun ketum terbabit dipercayai diangkut menggunakan motosikal ke situ untuk diseludup ke negara jiran dengan cara membalingnya melepasi tembok sempadan.

Di Thailand harga daun ketum ini mahal iaitu sekitar RM80 sekilo berbanding di pasaran tempatan hanya RM15 dan RM30 sekilo, sekali gus mendorong kegiatan penyeludupan ini, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive