UtusanDaily

Friday 8 November 2013

Justin Bieber disiasat polis

http://www.objektifhaber.com/resimler/82000/83529_3.jpg
RIO DE JANEIRO 7 Nov. - Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber yang kini mengadakan konsert jelajah di Brazil, disiasat oleh polis atas tuduhan menconteng tembok bangunan awam di bandar raya ini.

Menurut satu kenyataan polis semalam, siasatan dilancarkan untuk mengetahui sama ada penyanyi itu mendapat kebenaran daripada Dewan Perbandaran untuk menconteng sebuah tembok hotel yang tidak lagi digunakan di zon pelancongan di selatan Rio.

Beiber didakwa menulis perkataan 'Respect privacy' dan 'I am off', selain beberapa lukisan lain di tembok bekas Hotel Nacional itu, kelmarin.

Menurut laporan akhbar harian O Dia, pengawal peribadi penyanyi pop itu turut mengugut jurugambar yang mengambil gambar kejadian tersebut.

Polis dilaporkan telah pergi ke kediaman yang disewa oleh penyanyi berusia 19 tahun itu, tetapi dia tidak berada di tempat itu.

Panggilan telefon dan emel kepada wakilnya, Melissa Victor, Nick Styne dan Aaron Rosenberg pula tidak berjawab.

Menurut rangkaian Globo TV, Bieber telah meninggalkan Brazil menaiki jet peribadi untuk ke Paraguay, petang semalam.

Menconteng tembok bangunan awam adalah satu jenayah di Brazil dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun serta denda. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131108/hi_03/Justin-Bieber-disiasat-polis#ixzz2k09FcQyW
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive