UtusanDaily

Sunday 17 November 2013

KPN sahkan anggota polis cuai

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

GEORGE TOWN – Polis semalam mengesahkan terdapat unsur kecuaian di pihak anggotanya berhubung kes kematian seorang lelaki yang merampas dan melarikan sepucuk pistol bersama sebuah kenderaan pasukan itu di Maran, Pahang, Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terperinci berhubung kejadian itu sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya anggota yang terlibat didapati bersalah.

"Saya tidak akan melindungi mana-mana anggota dan apa jua kesalahan yang mereka lakukan.

"SOP (prosedur operasi standard) telah disediakan bagaimana meninggalkan kenderaan dan sebagainya. Jadi, jelas ada kecuaian daripada pihak anggota saya dalam kes ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Pencegahan Jenayah 2013 di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang melarikan kereta peronda jenis Proton Inspira dan sepucuk pistol maut akibat cedera di kepala selepas kenderaan yang dipandu dikepung polis.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive