UtusanDaily

Thursday 7 November 2013

Kumbang kura-kura 'serang' timur AS

Berjuta-juta kumbang kura-kura 'menceroboh' rumah dan premis perniagaan di beberapa kawasan di timur Amerika Syarikat dan pantai Teluk. - AGENSI

LOS ANGELES 6 Nov. - Berjuta-juta kumbang kura-kura 'menceroboh' rumah dan premis perniagaan di beberapa kawasan di timur Amerika Syarikat (AS) dan pantai Teluk, menyebabkan penduduk di kawasan terbabit bertungkus-lumus 'menghapuskannya' menggunakan vakum pembersih.

Meskipun tidak berbahaya kepada manusia, tetapi kehadiran serangga itu dalam jumlah yang besar menceroboh melalui celah pintu dan cermin yang retak menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Malah serangan serangga berwarna-warni itu boleh mengotorkan langsir, sofa dan dinding jika ia dibunuh.

Kehadiran kumbang kura-kura itu dalam jumlah yang banyak pada masa ini merupakan fenomena biasa apabila serangga itu mengembara untuk membantu kumpulan serangga lain dan mencari tempat panas sebagai persediaan menghadapi musim sejuk.

Pakar entomologi dari Universiti Tennessee, David Cook berkata, bulan ini merupakan waktu yang sesuai bagi 'ribut' kumbang kura-kura melanda beberapa kawasan di AS.

"Walaupun serangga ini comel, tetapi jika jumlahnya terlalu banyak akan menyusahkan penduduk," katanya.

Pencerobohan kumbang kura-kura dilaporkan teruk berlaku di Alabama.

Seorang penduduk, Walter Harris berkata, dia menemui beratus-ratus serangga itu di depan pintu rumahnya.

"Cara terbaik menangani serangan serangga ini adalah dengan menggunakan vakum, kerana jika dibunuh, kotoran yang dihasilkan oleh kumbang kura-kura ini akan menyusahkan kita," jelasnya. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive