UtusanDaily

Wednesday 13 November 2013

MPV Mazda Biante - harga di atas jalan dari RM149,781.70

Mazda Biante saingan MPV import terpakai dari Jepun

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/b/bd/Mazda_Biante_01.JPG 
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6b/Mazda_Biante_02.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifL4Qcd_XMNof4cjp5h6gHwVvkcr6KQzlZCIVkOI3USuTG_9jZLjBS5SKsR06s95FZgMQwfBEk69aOTKHF2YYxtj-hXMyHuABx6vi_1T7pYw70BnplaHFc2gZFIcp5xEhGfJCO4CxnC9Y/s1600/nc-20080526-81610+%25281%2529.jpg 
http://s1.cdn.autoevolution.com/images/news/mazda-biante-granz-skyactiv-a-cool-japanese-mpv-video-60266-7.jpg
http://www.thecardriving.com/wp-content/uploads/2013/07/pics_biante-granz-skyactiv_06.jpg
PETALING JAYA 13 Nov. - Kenderaan pelbagai guna (MPV) Mazda model terbaharu, Biante, bakal menjadi saingan utama kepada pelbagai kenderaan MPV import terpakai dari Jepun.

Pengarah Urusan Bermaz Motor Sdn. Bhd., Datuk Ben Yeoh berkata, ini berikutan harga yang ditawarkan untuk Biante lebih berdaya saing lebih-lebih lagi ia merupakan kenderaan import sepenuhnya (CBU) baharu.

"Biante dengan empat warna pilihan ditawarkan dengan harga menarik di atas jalan tanpa insurans dari RM145,719.20.

"Ini memberikan pulangan berbaloi berbanding saingan MPV CBU terpakai dari Jepun. Malah Biante juga dilengkapi dengan enjin berkapasiti 1998 cc Skyactiv-G dengan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam kelajuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Mazda Biante di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Pegawai Eksekutif Mazda Corporation, Masahiro Moro ketika melancarkan Mazda Biante berkata, Malaysia merupakan kunci utama penjualan jentera itu di rantau Asia Tenggara.

Ini berikutan Malaysia dikategorikan sebagai pasaran terbaik untuk Mazda selain lokasi asas untuk perkilangan alat ganti yang merupakan komponen asas untuk pengeluaran semua kenderaan Mazda.

"Apa pun, kami masih belum terfikir untuk membuka kilang pengeluaran di rantau ini termasuk di Malaysia walaupun jualan Mazda di Malaysia mencapai 1,000 unit setahun dan sehingga kini sebanyak 10,000 unit pelbagai model sudah terjual sejak Bermaz mengambil alih sebagai pengedar utama Mazda di rantau ini pada tahun 2008," katanya.

Untuk rekod, Mazda Biante dijual dengan harga di atas jalan dari RM149,781.70 dengan insurans bagi pemilikan individu manakala RM150,277.85 di atas jalan dengan insurans bagi pemilikan syarikat.

Harga-harga ini adalah bagi jualan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131113/ek_06/Mazda-Biante-saingan-MPV-import-terpakai-dari-Jepun#ixzz2kVgS33il
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive