UtusanDaily

Wednesday 27 November 2013

Nisan kerek naik harga

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: November 27, 2013

MARANG - Penggemar 'nisan kerek' kini perlu membayar pada kadar harga baharu apabila pengeluar terbesar manisan itu, Manis Sokmo Enterprise di Batangan, di sini, mula menaikkan harga minggu ini.

Pemilik syarikat, Suri Abdul Ghani, 45, berkata, harga setiap keping nisan kerek naik daripada RM1 kepada RM1.10 selepas mengalami kerugian operasi agak tinggi, kesan daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula bulan lalu.

Menurutnya, tahun lalu sahaja, kos operasi syarikat itu meningkat sebanyak RM640 sebulan apabila harga gula naik 20 sen sekilogram, menyebabkan peniaga mengambil keputusan menaikkan harga nisan kerek daripada 90 sen kepada RM1 sekeping.

"Tahun ini kami terpaksa menaikkan lagi harga manisan itu apabila kerajaan memansuhkan subsidi gula, kita jual manisan bersaiz besar pada harga RM1.10 sekeping, namun masih mengekalkan saiznya seperti sebelum ini.

"Manakala, harga bungkusan bersaiz kecil yang mengandungi enam keping nisan kerek juga naik 20 sen sebungkus berbanding hanya RM2.50 sebelum harga gula naik," katanya ketika menghubungi Sinar Harian, di sini.

Suri berkata, pihaknya hanya mampu mengekalkan kadar harga lama selama beberapa minggu agar ia tidak membebankan pemborong dan pengguna, namun terpaksa menanggung kerugian tinggi kerana kos operasi meningkat.

"Selepas mengambil kira semua aspek, kami akhirnya terpaksa menaikkan harga manisan itu pada kadar harga baharu selepas kerajaan memansuhkan subsidi gula," katanya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive