UtusanDaily

Friday 13 December 2013

'Adik' suami ‘Layu’ selepas kahwin

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

http://img829.imageshack.us/img829/7858/awektudungcantik3.jpg
GAMBAR HIASAN
Kuala Lumpur: Seorang lelaki menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mendakwa dirinya disihir menyebabkan mereka tidak pernah mengadakan hubungan kelamin sejak bernikah, empat tahun lalu.

Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membenarkan Hadiman Simin, 36, melafazkan cerai terhadap isterinya Jamaliyah Mohamed Kamil, 27, selepas berpuas hati dengan persetujuan dan juga keterangan yang diberikan kedua-dua pihak kepada mahkamah.

Jamaliyah memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Terdahulu, ketika disoal mahkamah, Hadiman memberitahu masalah itu timbul selepas bernikah dengan wanita terbabit pada November 2008, namun tidak mendedahkan punca kepada permasalahan itu.

“Sebelum berkahwin saya tidak mempunyai masalah, tetapi, selepas berkahwin jadi begini.

Saya tidak pernah mengadakan hubungan dengan isteri walaupun kami tidur bersama.

“Saya disihir, tetapi sudah pergi berubat,” dakwanya.


Sementara itu, Jamaliyah selaku plaintif kes ketika disoal mahkamah memberitahu, dia dan suami sudah tidak mempunyai sefahaman sejak setahun lalu meskipun pernah berbincang mengenai masalah yang dihadapi.

Malah, mereka juga pernah meminta nasihat daripada keluarga kedua belah pihak namun, tiada sebarang penyelesaian dicapai.

Sehubungan itu, dia berkata mereka memutuskan untuk tinggal berasingan pada 30 September lalu sebelum mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak lagi mempunyai persefahaman dalam hubungan.

Jamiliyah kelihatan sebak ketika bersalaman dengan suaminya buat kali terakhir sebelum dia sah diceraikan dengan talak satu dengan kebenaran mahkamah berkuatkuasa semalam dan diperintahkan untuk menjalani idah mengikut hukum syarak.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive