UtusanDaily

Sunday 8 December 2013

Bapa dua anak dituduh mencabul

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: December 8, 2013

SEREMBAN – Seorang bapa kepada dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini kelmarin, atas tuduhan mencabul dua wanita dan mencederakan seorang lelaki di sebuah kedai di Sikamat, bulan lalu.

Ganesan, 32, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Low Boon Hui,17 dan Chong Pek Kee, 23, dengan niat untuk mencabul kehormatan mereka, pada 22 November lalu, antara jam 5.20 petang sehingga jam 5.40 petang, di dalam sebuah kedai di Taman Sri Pulai Sikamat di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa penjara maksimum 10 tahun atau denda dan dengan sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli mencadangkan wang jaminan RM4,000 dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh untuk serahan dokumen.

Tertuduh yang diwakili peguam Norliana Ali Othman kemudiannya merayu agar wang jaminan dikurangkan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive