UtusanDaily

Saturday 21 September 2013

BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat


BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat [MESTI BACA...]

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat 
 
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Pakai baju kurung mudah dirogol

Pakai baju kurung mudah dirogol  
Demonstrasi khas bagaimana penjenayah mengambil kesempatan tanpa mangsa menyedarinya.
PETALING JAYA – Wanita yang memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.

Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu.Menurutnya, pakaian itu juga  boleh dijadikan peralatan  untuk memudahkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja.  Jadi sebagai wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka,” katanya ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita  dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik MBPJ, semalam.

Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.

“Klip rambut, beg tangan, kerongsang  boleh digunakan  penjenayah sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh,” katanya.

Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.

“Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut  menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.

“Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan,” katanya.

Tip Diredhoi Oleh Alllah Bagi Yang Banyak Berdosa

Oleh: MAHMOD

http://i.imgur.com/uZ2qQ0N.jpg 

1. Di dalam hadis lain terdapat:

Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

2. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda:

Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
3. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

4. Hadis lain: Zikir Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

5.  Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah
Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

RUMUSAN: Ucaplah kalimah Zikir Laailaha illallah’ sepanjang masa.

Menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.


"Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing," kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

"Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip," ujarnya

 
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

"Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif," katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

"Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk," kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Sumber : link

Friday 20 September 2013

Buaya menyorok bawah katil



Buaya menyorok bawah katil  
Penduduk tempatan cuba menangkap buaya dari bawah katil Whittal di Turgwe

HARARE - ZIMBABWE - Bekas pemain kriket Zimbabwe, Guy Whittall, 40, terkejut apabila mendapati seekor buaya sepanjang 2.4 meter dengan berat 150 kilogram berada di bawah katil selepas terdengar jeritan pembantu rumahnya.

Whittall berkata, tetamu tidak diundang itu dipercayai berada di situ lebih lapan jam.

"Selepas bangun daripada tidur, saya duduk di tepi katil sambil menjuntaikan kaki yang hanya beberapa inci dari muka buaya itu. Saya langsung tidak perasan kehadirannya.

"Buaya memang pandai mendiamkan diri ketika bersembunyi. Oleh itu tidak hairanlah mengapa mereka adalah pembunuh utama di dalam air," katanya dipetik Mail Online

Menurutnya, buaya yang datang dari Sungai Turgwe hanya beberapa kilometer dari rumahnya itu sering berkeliaran di dalam semak terutamanya ketika hujan dan musim sejuk.

Selepas berjaya ditangkap, ia kemudiannya dilepaskan semula di empangan Chigwidi di Humani.

Baju dalam di pagar asrama


Baju dalam di pagar asrama 
 Sekeping kadbod bertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar.

BAGAN SERAI - Bukan hanya baju dan seluar, malah pakaian dalam pelajar perempuan turut digantung pada pagar asrama sekolah.

Itu tindakan dilakukan pengurusan asrama sebuah sekolah agama di Kerian yang mendakwa ia sebagai hukuman dan denda terhadap pelajar yang gagal menuntut pakaian mereka.

Bapa seorang pelajar sekolah itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shafie, 49, berkata, dia kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkannya tidak wajar.

Menurutnya, tindakan keterlaluan dan memalukan pelajar itu diketahuinya ketika menghantar anak perempuannya pulang ke asrama Ahad lalu.

"Tindakan pihak pengurusan asrama sekolah ini sememangnya mengejutkan ibu bapa.

"Pakaian anak-anak kami digantung dan dipamerkan di pagar dan sekeping kadbod tertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar," katanya kepada Sinar Harian.

Shafie berkata, pihak pengurusan sekolah sepatutnya mempertimbangkan hukuman lain yang lebih wajar.

“Kes ini sebenarnya hukuman terbaru dikenakan pengurusan asrama selepas hukuman denda keterlaluan lain dikenakan sebelum ini terhadap beberapa pelajar perempuan di sini, termasuklah hukuman ketuk ketampi sebanyak 100 kali diselangi berjalan itik sejauh 200 meter pada 26 Jun lalu.

“Persoalannya, mengapa tidak dikenakan hukuman lebih rasional terhadap pelajar yang bersalah?.

"Saya gesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menyiasat isu ini supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Shafie berkata, susulan insiden itu, pihaknya mengemukakan aduan bertulis kepada pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian dan JPN Perak.

Menurutnya, tujuan aduan dikemukakan bukannya untuk mempertahankan kesalahan dilakukan pelajar tetapi mahu pihak pengurusan asrama sekolah terbabit lebih rasional dalam mengenakan hukuman ke atas mereka.

Katanya, tindakan mengantungkan pakaian dalam bukan hanya memalukan pelajar perempuan sekolah itu malah menjadikan mereka trauma kerana diejek pelajar lelaki yang menetap di blok bertentangan asrama pelajar perempuan.

Dia berkata, sebelum ini anaknya dan pelajar perempuan lain pernah dikenakan hukuman lain yang disifatkannya juga tidak wajar.

“Saya mendesak pentadbiran sekolah memberi jaminan kejadian sebegini tidak berulang memandangkan tindakan menjatuhkan hukuman keterlaluan ke atas pelajar seolah-olah sudah menjadi budaya sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, pengurusan sekolah itu enggan mengulas isu tersebut kerana Sinar Harian difahamkan, pihak terbabit tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran pihak JPN.

Olimpik 2020 : Kenapa Jepun dipilih dan Turki di tolak untuk menjadi tuan rumah..!!

Tuah jadi tuan rumah



PADA 7 September lalu, rakyat Turki bagaikan terpaku sewaktu menantikan keputusan yang bakal mencipta sejarah di negara tersebut. Semua rakyat negara itu berharap giliran menjadi bandar tuan rumah Sukan Olimpik ke-32 pada tahun 2020 berpihak kepada Istanbul, Turki.

Pada hari tersebut, syarikat penerbangan Turkish Airlines memecahkan rekod penerbangan tanpa henti paling lama syarikat itu iaitu selama 16 jam bagi menerbangkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan. 

Penerbangan tersebut dilakukan semata-mata untuk membawa Erdogan, isteri dan anaknya yang pada ketika itu sedang menghadiri Sidang Kemuncak G20 di St. Petersburg, Rusia menuju ke Buenos Aires, Argentina bagi mengikuti pengumuman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Turki seakan-akan yakin hak tuan rumah itu akan menjadi milik mereka. Lokasi bersejarah di Dataran Sultanahmet, Instanbul dibanjiri dengan lautan manusia yang tidak sabar mengetahui keputusan berkenaan menerusi layar gergasi yang dipancarkan secara langsung sekitar pukul 11 malam dari Argentina. 

Perebutan untuk menjadi negara tuan rumah Sukan Olimpik 2020 berlangsung antara Jepun, Turki, Sepanyol, Azerbaijan, Qatar dan Itali.

ORANG awam berjalan di hadapan papan iklan yang memaparkan pemenang pingat emas tiga kali Olimpik bagi acara gusti, Kaori Icho di laluan pejalan kaki di Tokyo, Jepun.


"Bagaimanapun, setelah lima kali Turki bertanding menjadi calon negara tuan rumah bagi sukan paling berprestij itu, tuah masih belum memihak kepadanya," menurut laporan portal berita Turki, Al-Monitor baru-baru ini.

Sebaliknya, Tokyo telah diangkat sekali lagi untuk menjadi bandar Sukan Olimpik buat kali kedua selepas diberikan mandat yang sama pada tahun 1964. Jepun pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1972 di Sapporo dan 1998 di Nagano. 

Melihat kepada persaingan yang sengit setiap kali pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik, pelbagai persoalan dan spekulasi timbul selepas keputusan muktamad dibuat oleh IOC.

Misalnya, mengapa Istanbul kalah kepada Tokyo dan apa pula kesan pertumbuhan ekonomi kepada negara penganjur? 

Laporan oleh The New York Times menafsirkan kekalahan Istanbul kepada Tokyo itu disebabkan oleh sikap kasar dan autokratik Erdogan terhadap penunjuk perasaan dalam peristiwa Taksim Gezi sehingga mempengaruhi keputusan IOC.
KIRI: Penduduk Jepun meraikan keputusan pemilihan Tokyo sebagai bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2020 di dewan bandar raya Tokyo pada 10 September lalu.


Taksim Gezi merupakan insiden demonstrasi jalanan yang dimulakan oleh 50 pencinta alam sekitar yang membantah pembinaan pusat beli-belah di atas tapak Taman Taksim Gezi. Peristiwa tersebut mengorbankan lima orang awam.

Namun, pemilihan Tokyo dianggap lebih kepada satu percaturan selamat kerana penganjuran sukan tersebut bukan medan untuk bermain dengan risiko atas ketidakstabilan politik dan ekonomi sesebuah negara.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata, beliau berasa sangat tersentuh dan teruja tatkala mendengar nama Tokyo diumumkan sebagai tuan rumah Olimpik 2020.

"Perasaan gembira ini lebih besar berbanding ketika saya memenangi pilihan raya," katanya sebaik sahaja mendapat khabar gembira tersebut.

Dipilih menjadi tuan rumah bermaksud Tokyo bakal bergelar magnet pelaburan dari dalam dan luar negara. Banyak manfaat ke atas ekonomi Jepun dijangka berlaku.

ILUSTRASI rekaan dalaman Stadium Negara Jepun yang bakal dibina untuk Sukan Olimpik 2020.


Sebagai contoh, England berjaya merangsang perniagaan dan pelaburannya sehingga mencecah angka 9.9 bilion pound (RM50 bilion) berbanding kos keseluruhan yang dikeluarkan iaitu 8.9 bilion pound (RM45 bilion) untuk menganjurkan Olimpik London 2012.

Menurut Laporan Kesan Ekonomi Sukan Olimpik dan Paralimpik London 2012 yang disediakan oleh Oxford Economics pada Julai tahun lalu, penganjuran acara sukan tersebut berjaya menyumbang kepada industri pelancongan sebanyak 2 bilion pound (RM10.32 bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Britain.

Menteri Sukan Britain, Hugh Robertson menyatakan, Sukan Olimpik berkait dengan kenangan masyarakat dunia terhadap negara tersebut dan berharap mereka akan datang lagi ke Britain bagi menjalankan perniagaan dan melancong.

Jepun tidak menunggu lama untuk mengorak langkah pertama dengan melakukan persediaan rapi bagi menghadapi Olimpik. Sebanyak 22 daripada 37 lokasi baharu akan dibina di Tokyo bagi tujuan tersebut.

Kerajaan Jepun mengunjurkan kos keseluruhan yang terlibat untuk acara sukan tersebut adalah sebanyak 409 bilion yen (RM13.3 bilion) tetapi bakal mencatat pulangan sebanyak tujuh kali ganda atau 3 trilion yen (RM97.9 bilion).

Hanyut dibelai kekasih gelap


Hanyut dibelai kekasih gelap 
 Penguat kuasa Jaij Batu Pahat mengambil keterangan pasangan yang didapati berdua-dua dalam bilik sebuah hotel bajet.

BATU PAHAT – “Isteri saya yang mulakan dulu...dia ada lelaki lain, lebih teruk lagi lelaki itu kawan saya sendiri,” kata seorang lelaki yang berusia 25 tahun yang ditahan bersama kekasih gelapnya.

Lelaki berkenaan yang sudah mempunyai seorang anak itu didapati berkurung bersama dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di sini, semasa Operasi Khalwat dilakukan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, semalam.

Timbalan Penguat kuasa, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika pemeriksaan dilakukan pada awalnya lelaki itu mendakwa tinggal berseorangan di bilik hotel itu.

Katanya, bagaimanapun hasil pemeriksaan menyeluruh, pihaknya menemui seorang wanita yang berusia 20an yang berada dalam keadaan ketakutan menyorok dalam tandas.

“Hasil soal siasat serta pemeriksaan yang kami lakukan, pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dan mengaku telah melakukan perbuatan salah.

“Mereka juga mengaku baru mengenali antara satu sama lain...dan perkenalan mereka tidak sampai sebulan selain dalam proses untuk menjalin hubungan yang lebih serius.

“Semasa serbuan ini dilakukan lelaki berkenaan turut mengadu dia mempunyai masalah dengan isterinya dan kini dalam proses perceraian ,” katanya kepada Sinar Harian

Saiful berkata, walau apa juga alasan yang diberikan, pasangan berkenaan telah melakukan kesalahan kerana berdua-duaan dalam bilik tertutup dan boleh mendatangkan fitnah.

Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,

“Pasangan ini akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.

“Operasi yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk membendung kegiatan sumbang yang semakin menular di kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel-hotel bajet dan juga kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya.

Rashid Sidek sah letak jawatan


rashid sidek

JURULATIH badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan peletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) hari ini.

Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Beliau disahkan menghantar surat peletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh.

Selain kesukaran bekerja di bawah pimpinan baru BAM, Rashid juga dilaporkan sukar bekerja di bawah pengarah pengurusan bakat BAM, Tan Aik Mong.

Kenny turut mengesahkan peletakan jawatan Rashid kepada sebuah stesen televisyen.

Beberapa hari lalu, Rashid diletakkan dibawah penyeliaan abangnya, Razif Sidek selepas Aik Mong melakukan beberapa perubahan dalam struktur kejurulatihan BAM.

Aik Mong ketika dihubungi enggan mengulas mengenai peletakkan jawatan Rashid, kerana satu sidang media tergempar akan diadakan di Pejabat BAM pada Jumaat.

Tindakan Rashid ini jelas satu tamparan buat BAM dan ia perlu ditangani segera.

Sebelum ini, seorang lagi abang kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek turut mengambil tindakan sama pada 2010.

Thursday 19 September 2013

“Saya memang macam itu. Jenis miang sikit..."

‘Saya ni jenis miang’

Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Yusmizal Dolah Aling dan Shahrul Redzuan Zulkifli

Kuala Lumpur: “Saya memang macam itu. Jenis miang sikit. Saya faham semua orang tak selesa. Saya memang ada satu tabiat tak senonoh macam itu. Patut awak sound (beri amaran) masa kali pertama saya buat.”

Itulah SMS pengakuan seorang guru disiplin kepada wanita yang juga rakan sejawat di sebuah sekolah di ibu negara selepas tembelangnya yang sering melakukan gangguan seksual terbongkar.

Akibatnya, guru wanita itu menghadapi tekanan perasaan selepas kerap diganggu termasuk tangannya dipegang serta betisnya diraba beberapa kali sejak Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 27, berkata, dia mula ‘diusik’ guru berusia awal 30-an itu sejak berpindah ke sekolah berkenaan awal tahun lalu dan tidak menyangka diperlakukan sebegitu tanpa segan silu biarpun di depan murid.

Foto

Namun, penderitaan Anis berakhir apabila guru lelaki itu ditahan pihak berkuasa Isnin lalu berikutan laporan polis dibuat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa dicabul guru itu.

Cuba diraba penumpang mabuk

PELBAGAI kes membabitkan pemandu teksi dan penum­pang sering disiarkan di dada akhbar. 


Isu yang berkaitan seperti ‘SPAD beri amaran naik harga tambang teksi’ yang dipaparkan di Harian Metro (HM) pada 4 September lalu, ‘Pemandu sambilan rosak imej teksi’ (HM - 3 September 2013) serta artikel bertajuk ‘Nafi ugut pengurus bengkel’ di HM yang dikeluarkan pada 3 September 2013 lalu menarik minat pembaca mengetahui sejauh manakah sikap sebenar pemandu teksi.

Jika ditanya kepada orang ramai, rata-rata mengakui mempunyai pengalaman buruk sebagai penumpang sama ada disamun, ditengking, diperas ugut dan paling menakutkan, apabila ada penumpang wanita cuba diraba dan dirogol!

Sikap yang bertenta­ngan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia sewajarnya mendapat perhatian serius, sekali gus permit pemanduan teksi itu boleh ditarik balik.

Foto
PEMANDU teksi wanita kini semakin gah di jalan raya.

Namun, bagaimana sebaliknya?

Apabila pemandu teksi wanita pula diraba, disamun, dimaki hamun dan diperas ugut penumpang lelaki, ia pasti memberi mimpi ngeri kepada pemandu wanita.

Bagi menyelami asam garam kehidupan pemandu teksi wanita di ‘bandaraya besi’ Kuala Lumpur, penulis bertemu seorang pemandu wanita, Siti Aishah Ismail, 37, dari Bandar Tun Razak, Cheras.

Ternyata Siti Aishah mempunyai sikap yang ramah dan tidak lokek berkongsi cerita mengenai cabaran, rintangan dan suka duka sepanjang dua tahun membawa teksi.

Lebih selesa dikenali sebagai Aishah, dia tidak menghadapi sebarang kekangan keluarga, malah suaminya, Zainal Abidin Ramli yang juga pernah menjadi pemandu teksi turut menyokong keinginan wanita itu untuk mencari rezeki.

“Cuma anak bongsu saya yang berumur empat tahun sering bertanya mengenai tugas yang saya lakukan setiap hari.

“Saya mula bekerja dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan bersambung dari jam 2 petang hingga ke 9 malam.

“Dalam kesibukan tugas, saya masih mempu­nyai masa menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu.

“Saya memasak dan menyiapkan keperluan keluarga,” katanya yang mempunyai tujuh
cahaya mata.

Pada mulanya dia tidak yakin dengan dirinya sendiri untuk memandu teksi sehingga dicabar rakan-rakan yang mempunyai lesen sebagai pemandu teksi.

“Memang risau kerana cabaran sebagai pemandu teksi di ibu kota berisiko tinggi, tetapi rakan-rakan memberi galakan untuk mencari rezeki sebagai pemandu teksi.

“Ada juga pemandu teksi lelaki yang mencabar dengan mengatakan kami lemah dan penakut kerana ketika itu jumlah pemandu wanita boleh dibilang dengan jari.

“Alhamdulillah, saya lulus ujian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jabatan Pengangkutan Jalan dan mendapatkan lesen vokasional teksi (PSV),” kata wanita yang berasal dari Kelantan ini.

Pendapat penulis, sikap pemandu teksi wanita yang ramah adakalanya boleh mendatangkan masalah kepada diri mereka sendiri.

Aishah turut mengakui perkara ini kerana pelbagai pengalaman pahit dialami ketika berhadapan dengan penumpang lelaki sama ada warga tempatan atau asing.

“Ada satu peristiwa saya mengambil penumpang warga Myanmar dari Jalan Maluri ke Pudu Plaza.

“Selepas penumpang itu menaiki teksi ini, baru saya sedar dia dalam keadaan mabuk dan cuba me­nyentuh saya ketika sedang memandu.

“Saya memberanikan diri dengan memberi amaran, jika dia menyentuh lagi, saya akan halau keluar dari teksi.

“Syukur, penumpang Myanmar itu sedar tingkah lakunya yang biadab lalu meminta maaf.

“Namun, peristiwa itu tidak habis di situ kerana apabila tiba di Pudu Plaza, penumpang itu membayar menggunakan wang RM50 sedangkan tambang tertera meter hanya RM5,” katanya.

Katanya, pengalaman lain yang tidak dilupakan ketika mengambil penumpang dari Bukit Bintang ke Tropicana City Mall, Petaling Jaya.

“Saya sudah beritahu penumpang itu saya tidak pasti laluan di kawasan terbabit, tetapi penumpang warga Amerika itu tetap mahu saya membawanya ke Tropicana City Mall.

“Seperti dijangka, saya sesat tetapi tetap bertekad untuk menghantar penumpang itu ke tempat yang diminta sekalipun agak lewat.

“Apabila tiba di Tropicana City Mall, meter menunjukkan jumlah RM35, tetapi saya cuma minta RM20.

“Seperti tidak percaya, penumpang itu yang bersama isteri dan anak-anaknya cuma membayar RM15.

“Saya tidak kisah dengan jumlah itu, tetapi lebih memilukan apabila lelaki itu menyebut ‘bastard’ ketika keluar dari teksi saya.

“Hanya Allah tahu perasaan saya dan sejak itu saya berhati-hati apabila mengambil penumpang warga asing untuk mengelak peristiwa yang sama berulang,” katanya.

Sewaktu bersama penulis, Aishah memaklumkan perlu mengambil penumpang tetap yang sering menggunakan perkhidmatan teksinya di sekitar Kuala Lumpur.

Dari KL Sentral, kami ke Petaling Jaya seperti mana yang dikehendaki selepas menerima panggilan dari penumpangnya itu.

Sewaktu melihat ke arah meter, caj yang terpapar RM11 manakala caj panggilan langsung dikenakan RM2 membolehkan Aishah membawa pulang pendapatan sekurang-kurangnya RM120 - RM150 sehari dan perlu disimpan untuk membayar sewa dan membaiki kerosakan teksi.

“Pendapatan saya meningkat sejak menggunakan aplikasi Easy Taxi.

“Tanyalah mana-mana pemandu teksi, berlaku banyak kes merebut pelanggan sewaktu perkhidmatan panggilan radio sehingga timbul pergaduhan sesama pemandu teksi.

“Aplikasi Easy Taxi bukan saja selamat untuk penumpang, malah memberi kelebihan kepada pemandu teksi kerana mereka dibekalkan dengan maklumat seperti nama dan nombor telefon penumpang,” katanya.

Leina Hangat Kini Tampil Bertudung


leina
Penyanyi dangdut Leina Hangat kini tampil dengan imej berhijab selepas hatinya terdetik untuk berbuat demikian ketika menghadiri kursus keagamaan pada bulan Ogos lalu. 
 
"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala.
 
"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat," ujar Leina yang dipetik daripada mStar Online. 
 
Dalam perkembangan sama, Leina juga mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi.
 
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik."
 
Selain itu, Leina juga masih meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

CCTV dipasang di Arafah, Mina


MAKKAH - Kerajaan Arab Saudi menerusi Muassasah Asia Tenggara akan memantau pergerakan jemaah haji di kawasan Arafah dan Mina menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mulai musim haji ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pemasangan CCTV itu adalah langkah pembaharuan yang dilakukan Muassasah Asia Tenggara bagi meningkatkan perkhidmatan dan pengurusan haji di kawasan Arafah dan Mina.

Katanya CCTV itu dipasang di kawasan perkhemahan jemaah haji dan ia dipantau oleh pejabat Muasassah Asia Tenggara berhampiran.

"Saya telah dimaklumkan oleh pengurusan Muassasah Asia Tenggara bahawa CCTV itu bertujuan untuk mengatasi masalah atau memberi bantuan segera dan pertolongan kecemasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Arafah terletak kira-kira 20 kilometer di sebelah timur Makkah ialah daerah terbuka dan luas tempat berkumpulnya jemaah haji menunaikan wukuf, satu daripada rukun haji manakala Mina ialah tempat jemaah haji bermalam semasa hari-hari tasyrik untuk melontar jamrah.

Syed Saleh berkata Tabung Haji (TH) juga mengambil langkah mempertingkat perkhidmatan penyediaan makanan bagi jemaah haji ketika mereka berada di Arafah dan Mina kelak.

Setakat ini lebih 8,000 jemaah haji Malaysia menerusi 25 penerbangan telah berada di Madinah dan Makkah. Jemaah haji yang sampai awal di Madinah kini memasuki Makkah secara berperingkat dan mulai 22 Sept, penerbangan jemaah haji Malaysia akan terus ke Makkah.

Mulai tahun ini juga, semua jemaah haji ke Madinah diterbangkan terus tanpa perlu mendarat di Jeddah berbanding sebelum ini ada penerbangan yang masih ke Jeddah.

"Menerusi penerbangan terus Malaysia-Madinah, kita telah mengatasi masalah kepenatan jemaah yang sebelum ini terpaksa melalui perjalanan darat selama lapan jam dari Lapangan Terbang Jeddah," kata beliau.

Sebanyak 22,320 umat Islam dari Malaysia akan menunaikan fardu haji untuk musim ini dan jumlah itu berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi. - Bernama

Wednesday 18 September 2013

Benarkah Nora Danish kini sedang bercinta dengan anak Nazri Aziz iaitu Nedim ..???

Nora Danish Dan Nedim Nazri Semakin Intim, Mesra

WALAUPUN tiada sebarang pengakuan yang dibuat oleh aktres comel ini, namun rasa-rasanya sesiapa yang mengikuti laman Instagram Nora Danish akan mengiakan cerita dia kini sedang bercinta dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri.

Baru-baru ini Nora juga dilihat menghadiri majlis tahlil yang dibuat untuk arwah nenek Nedim yang meninggal dunia, Ahad lalu.

Selain itu, Nora juga gemar memuat naik video gelagat comel anak Nedim yang digelar Dre Dre bersama putera tunggalnya sendiri, Putra Rayqal Ramli.

Kebanyakan peminat pun sudah semakin merestui hubungan mereka berdua malah ada yang tidak sabar-sabar untuk melihat merpati dua sejoli ini disatukan.

Di bawah ini kami kongsikan gambar-gambar mesra Nora dan Nedim buat tatapan pembaca semua serta video comel kedua-dua anak mereka.



1

2

3

4

“Tahi lalat di pipi awak tu sama seperti emak la”

Kanun Syariah: Zihar perlu bayar kafarah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVytaYv8d4Y8IzuvcWyZZrJfBlJf19m5SFEc87rTb5_WOedtbG14rhpT-3fWKdW7Y_de0Km3fGXwIqHVag97Pg0d4-bRRrcdiqd4uIKCBnCac4F2jwCrx3OBNfmwwHb-HQ9Ss0z22U3gY/s1600/image_informasi_my.jpg
Seorang suami berkata kepada isterinya, “Tahi lalat di pipi awak tu sama seperti emak la” atau ayat lain yang berbunyi, “Semasa emak mengandung dulu, perut emak macam isteri saya ke?” Kemudian sang ibu menjawab, “Entahlah, emak pun tak ingat tapi emak rasa perut emak besar saja”. Lalu si suami berkata, “Sama lah tu”.

Merujuk kepada dua situasi di atas, adakah ia termasuk dalam kes zihar?

Bolehkah tuan terang­kan dengan lebih tepat mengenai zihar, cara penebusannya dan kesan terhadap rumah tangga dan keluarga.

Siti Nur,
Melaka Tengah,

Melaka.

Zihar asalnya bermaksud belakang iaitu apabila seorang suami mengatakan bahawa isterinya seperti belakang ibunya maka berlakulah zihar.

Dalam kes zihar, dua aspek utama yang menjadi perhatian iaitu perkataan belakang hanya sebagai kiasan saja sedang­kan secara hakikat­nya ia merang­kumi semua ang­gota tubuh badan yang jelas.

Oleh itu, jika diniatkan sebagai suatu penghormatan maka tidak menjadi zihar. Sebaliknya jika diniatkan talak maka hukumnya zihar.

Kedua, wanita yang menjadi perbandingan ialah wanita yang haram dikahwini suami. Firman Allah SWT berkenaan hukum zihar boleh dirujuk dalam Surah al-Mujadalah, ayat ke 2 hingga 4.

Bagi meletakkan sesuatu zihar itu sah di sisi hukum syarak, ia hendaklah memenuhi rukun-rukunnya iaitu suami, isteri, perkara yang disamakan dan lafaz zihar. Bagi rukun ketiga, beberapa syarat yang dipersetujui jumhur ulama ialah:

1. Anggota badan yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut dan lain-lain.

2. Mestilah anggota badan ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti ibu, anak, adik-beradik, pak cik, mak cik dan yang berkaitan.

Bagi rukun keempat, ia perlu kepada syarat-syarat berikut:

1. Niat, kiranya ia dibuat secara kinayah (tidak jelas).
Sighah sorihah (terang, jelas) contohnya seperti, “Punggung awak benar-benar sama seperti punggung ibu”. Lafaz seperti itu tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengar.

2. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.

Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertian semasa seperti, “Punggung awak benar-benar sama seperti punggung ibu saya”.

Juga jatuh jika diikat dengan waktu tertentu seperti, “Kiranya awak masuk ke rumah itu maka perut awak seperti perut ibu saya”.

Jatuh zihar sekiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti, “Punggung awak seperti punggung ibu saya sehingga awal tahun depan” atau “Perut awak seperti perut ibu saya dalam masa sebulan”.

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar.

3. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita sama ada secara juzu’ atau sepenuhnya.

Dari segi kafarah, setiap suami yang melakukan zihar, jika mahu kembali bersama isterinya perlu membayar kafarah. Jika gagal membayar kafarah, suami mesti menceraikan isterinya.

Kafarah zihar ialah membebaskan seorang hamba. Jika tidak mampu, beri makanan atau pakaian kepada 60 fakir miskin.

Jika itu masih tidak mampu, berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Suami yang melakukan zihar mestilah membayar kafarah sebelum melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya. Perbuatan zihar mungkin berlaku jika suami jahil hukum-hakam agama Islam.

Rahsia duit RM1 tandatangan Gabenor Ali Abul Hassan aka Aisyah yang menajadi buruan pengumpul duit lama.

RM 1 TANDATANGAN ALI ABUL HASSAN@ RM1 AISYAH @ RM1 CR .


Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin berkongsi maklumat tentang keunikan Duit RM1 Aisyah yang sentiasa menjadi buruan pengumpul-pengumpul duit lama untuk dijadikan koleksi dalam simpanan setiap ahli Numismatik.  Duit RM1 Aisyah ini sememangnya dianggapkan mempunyai mesterinya sendiri kerana keunikan sejarahnya yang menyebabkan tidak semena-mena Duit RM1 Aisyah ini  harganya menjadi tinggi sehingga mencecah harga melebihi RM1000.00 .

                Daripada maklumat Bank Negara Duit ini terkilaf Pengedarannya kepada umum kerana masa wang ini diedarkan diketika dalam masa proses peralihan dan pertukaran Gavenor Bank Negara yang Baru daripada Gavenor Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz. Duit RM1 Aisyah ini ditandatangi oleh Tan Sri Ali Abul Hasan dan diedarkan semasa Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.

                Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara Pulau Pinang sahaja dan tidak dicawangan-cawangan Bank Negara yang lain kerana Cawangan ini sempat menerima arahan membatalkan pengedaranya.  Kesemua Duit RM1 yang ditandatani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini arahanya ditarik balik sertamerta dan wang RM1 Aisyah ini dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB.  Hanya RM1 Aisyah ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix seperti berikut:
CR 720 0001  -  CR 720 9999    [  prefix pemulaan  ]
CR 721 0001  -  CR 721 9999
CR 722 0001  -  CR 722 9999
CR 723 0001  -  CR 723 9999
CR 724  0001 -  CR 724 9999    [  prefix terakhir    ]
                 Daripada fakta ini Duit RM1 Aisyah ini tersilap dan terlepas diedarkan kepada pengunaan umum adalah bejumlah kira-kira dalam 50,000 keping sahaja  dimulai dengan prefix CR720, CR721,CR722, CR723 dan CR724.  Dan ini bermakna juga bolehlah dikatakan bahawa prefix yang dimulai CR720 adalah first prefix dan CR724adalah last prefix untuk Duit Aisyah yang masih ada tertinggal sekarang ini.

                      CR 720    [ first prefix   ]
                      CR 721
                      CR 722
                      CR 723
                      CR 724    [ last prefix   ]
                 
                 Galeri Sha Banknote dikesempatan ini akan merakamkan kesemua Duit  RM1 Aisyah mengikut turutan prefix dimulai dengan prefix awal CR720 dan prefix terakhir CR724 yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote.


Gambar CR 720 first prefix

Gambar CR 721

 Gambar CR 722

Gambar CR 723
Gambar CR 724 last prefix
 

Shamsul Ghau Ghau Timang Cahaya Mata Ketiga

shamsul 
Selain Anne Ngasri, pelawak terkenal Shamsul Ghau Ghau juga menerima khabar gembira apabila isterinya, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim selamat melahirkan anak ketiga mereka, malam semalam. 
 
Bayi seberat 3.84 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital An-Nur, Bangi itu diberi nama Megat Ammar Azahar. 
 
Tahniah MH online ucapkan kepada Shamsul dan isteri, semoga dengan kelahiran cahaya mata ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga. 

Tun Mahathir Dirisik Berlakon Filem

mahathir
Mantan Perdana Menteri Malaysia,  Tun Dr. Mahathir dijangka bakal membuat penampilan cameo dalam sebuah filem patriotik berjudul 'Kapsul' arahan Martias Mohd Ali.
 
Usaha mendapatkan Tun M masih dalam perbincangan antara pihak penerbit iaitu Two Tones Sdn. Bhd. bersama beliau. 
 
Filem yang dijangka menjalani penggambaran pada Disember nanti mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020.
 
Lebih menarik, Faizal Hussien sudah mengesahkan akan membintangi watak utama filem ini termasuk Shaharuddin Thamby dan penampilan khas, jutawan internet, Irfan Khairi.

Amy Search nafi muflis


Amy Search  
Amy Search  
 
“Tak, tak,” ujar Amy sebelum segera meletakkan panggilan telefon ketika ditanya mengenai khabar bahawa dia  sudah diisytihar muflis.

Khabar itu ternyata mengejutkan ramai apabila sebelum ini, dua penyanyi- Aweera dan Farah Diana Anuar turut dikatakan muflis, namun Farah sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan.

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah portal hiburan yang difahamkan mendapat salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.

Apatah lagi, ia turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Menurut beberapa sumber, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis. Namun sejauh mana kebenaran berita ini, hanya dapat disahkan oleh Amy sendiri.

Tuesday 17 September 2013

Kereta lutsinar yang dilengkapi ciri-ciri teknologi keselamatan yang tinggi



FRANKFURT - GERMAN. Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.

Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.

Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.

Revolusi pakaian dalam





FUNGSI pakaian dalam AIRism yang pantas menyerap peluh membuatkan si pemakai selesa sepanjang hari.

TIADA siapa memberi perhatian kepada kepentingan pakaian dalam (innerwear) yang kebiasaannya dipakai secara harian terutamanya ketika ke pejabat.

Kaum Adam khususnya, amat bergantung kepada pakaian jenis itu atau singlet apabila berpakaian formal. Fungsinya sebagai lapisan bawah kemeja sangat penting bagi menyerap peluh dan mengelakkan kemeja basah pada cuaca panas.

Atas tujuan itu, jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo memperkenalkan koleksi pakaian dalam AIRism. Seperti namanya, AIRism ringan pada kulit dan sejuk apabila disentuh.

Mungkin ada segelintir individu kurang gemar mengenakan pakaian dalam kerana berasa terganggu. Namun AIRism mampu mengubah perasaan itu kerana teksturnya yang ringan membuatkan anda selesa sepanjang hari.

Pilih sama ada anda mahu baju-T tanpa lengan berleher V atau baju-T berleher V untuk dijadikan pakaian dalam ataupun digunakan ketika melakukan aktiviti riadah seperti berjoging.

AIRism juga menawarkan variasi seluar dalam kepada golongan lelaki dari jenis boxer brief.

Kepada wanita, seleksi baju-T leher jatuh (scoop) dan baju tanpa lengan pasti memberikan gaya santai ketika di rumah atau ke pasar raya. Terdapat juga kamisol atau anak baju dengan keperincian renda atau sulaman.

Kunci kepada kesempurnaan AIRism terletak pada material istimewa yang digunakan yang berfungsi sebagai pencegah bakteria dan bau. Ia juga mampu mengehadkan perpeluhan.

Fabrik khusus itu turut menyerap peluh dan meneutralkannya bagi mengelakkan pembentukan bau badan. Peluh yang diserap kemudiannya dikeringkan dengan pantas menerusi gentian fabrik baju tersebut. Ia juga berupaya membebaskan kepanasan dari badan bagi membantu anda kekal sejuk dan selesa.

Penggunaan material bagi koleksi musim bunga/panas 2013 itu mudah regang yang membantu individu bergerak bebas tanpa sekatan.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

Spesies arnab paling popular di Malaysia

HARGA arnab seperti baka Holland Lop ini adalah berdasarkan panjang bulu, saiz dan kecomelan mukanya.


HOLLAND Lop, Netherland Dwarf dan Mini Rex adalah antara kumpulan baka arnab yang paling menjadi rebutan masyarakat negara ini untuk dijadikan sebagai haiwan kesayangan.

Menurut seorang anggota Kelab Arnab Malaysia (MRC) yang juga pengkaji arnab, Shirrly Teo, 28, baka-baka itu banyak dipelihara di rumah dan ada yang menjadikannya sebagai satu perniagaan yang menguntungkan.

"Tiga baka ini paling laris di pasaran berbanding spesies Jersey Wooly, Dwarf Hotot, Dutch, English Anggora, English Lop dan American Fuzzy Lop. Harganya berbeza kerana semakin cantik bulunya, maka lagi tinggi nilai arnab itu,," katanya yang ditemui di pertandingan UM ARBA Open All Breed Double Rabbit Show 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kos

Ketiga-tiga baka itu diimport dari Amerika Syarikat melalui orang tengah dan kebanyakannya dibeli secara dalam talian.

"Biasanya kos penghantaran melebihi RM6,000 untuk enam ekor arnab yang bermutu tinggi. Selain itu, mereka yang membelinya perlu mendapatkan Sijil Sah Kesihatan dari negara itu dan permit untuk urusan import-eksport," katanya.

Teo berkata, penjual haiwan ini biasanya menawarkan harga antara RM350 hingga RM3,000 seekor bagi baka Holland Lop dan antara RM200 hingga RM5,000 seekor bagi baka Netherland Dwarf.

"Pembeli akan menilai arnab dari segi bulunya iaitu sama ada tebal atau nipis, saiz badan dan bentuk mukanya yang comel. Namun begitu setiap baka ada keistimewaannya yang tersendiri," kata beliau lagi. 

Makanan arnab seperti rumput kering Timothy dan pelet yang dimport dari Amerika Syarikat dianggap yang terbaik bagi pembesaran dan kesihatan haiwan itu. Ini kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan.

"Kita tidak digalak memberi makanan seperti sayuran dan air yang tidak bersih kerana boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan kurap. Haiwan ini juga sensitif kepada cuaca yang panas dan memerlukan pengudaraan yang baik dalam sangkarnya," maklumnya.


JEYANTHI sanggup membelanjakan RM200 sebulan bagi memelihara Opapa yang juga merupakan baka induk perniagaan arnabnya.


Minat

Kini Teo mempunyai lebih 150 ekor arnab yang dijual sebagai perniagaan sampingannya.
"Jika dihitung, memang perniagaan ini tidak mendatangkan untung yang besar. Namun, apa yang penting adalah minat untuk membela haiwan ini," kata wanita yang juga anggota Persatuan Pencinta Arnab Selangor (Pecinta) ini.

Sementara itu, bagi penggemar arnab, N. Jeyanthi, 33, dia mempunyai seekor arnab seberat lapan kilogram bernama Opapa dari baka English Lop yang dibeli pada harga ribuan ringgit.

"Kos untuk menjaga Opapa adalah RM200 sebulan. Saya tidak kisah menghabiskan wang kerana Opapa adalah baka induk untuk semua arnab yang saya jual di Kota Damansara," katanya.

Jeyanthi berkata, walaupun Opapa bersaiz besar, namun binatang peliharaannya itu amat manja dan tidak pernah menggigitnya walaupun ketika lapar.

Zubaidi Hasyim, 45, yang menamakan arnabnya Kak Tun, akan membersihkan sangkar empat hari sekali bagi memastikan ia hidup selesa dan bebas penyakit. 

"Anak saya yang menamakannya Kak Tun kerana gemar dengan kecomelan Kak Tun melalui iklan di televisyen. Saya juga mempunyai hampir 150 ekor arnab yang mempunyai nama seperti Melur, Dara, Aduka dan Taruna," katanya.

Pertandingan yang menarik penyertaan lebih 206 ekor arnab oleh pemilik-pemilik dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand itu bertujuan mencari arnab yang paling cantik. 

Juaranya ialah seekor arnab bernama Monster dari spesies Holland Lop, yang dimiliki Sally Koh, 25, dari Malaysia. Kemenangan itu membolehkan ia menerima hadiah berupa makanan dan keperluan arnab bernilai RM3,000. - Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

Aplikasi novel lucah versi BM berleluasa


Aplikasi novel lucah versi BM berleluasa  
Cerita atau novel ini menggunakan bahasa Melayu yang sangat mudah untuk difahami murid mahupun pelajar sekolah.

KOTA BHARU - Awas jika melihat anak-anak anda leka bermain telefon bimbit, mungkin mereka sedang asyik membaca novel lucah.

Novel elektronik berahasa Melayu dikesan boleh dimuat turun secara mudah dan percuma menerusi telefon dan tablet pintar sejak 28 Ogos lalu dan sejak kewujudannya, 100,000 orang sudah dicatatkan memuat turun aplikasi tersebut.

Kurang tiga minggu wujud, aplikasi itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutama ibu bapa yang bimbang anak mereka menggunakan aplikasi itu sekali gus menjejaskan akhlak dan moral anak-anak mereka.

Seorang bapa empat anak yang juga penjawat awam, Salleh, 49, berkata, beliau risau remaja yang sedang meningkat dewasa terdedah dengan bahan tidak bermoral seperti itu.

Katanya, anak-anak moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit.

“Golongan ini lebih arif tentang gajet dan mereka sudah tentu mengetahui kewujudan aplikasi ini, lebih-lebih lagi ia diletakkan dalam mekanisme yang sangat mudah untuk diperolehi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau memohon pihak berkuasa memantau perkara ini dan memikirkan semula kewajaran membenarkan aplikasi itu.

“Jangan memandang perkara ini sebagai isu remeh kerana ia babitkan moral dan anak-anak kita kelak,” katanya.

Ciri-ciri orang yang sedang berbohong

Berikut ciri - ciri orang yang sedang berbohong yang di kutip dari di kutip.com

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeReKabychEhkkQ9NVlMQTAotDkospsvmDGUl-dt5xaameRRLX3Hs02HnMXrHtxDzjqP98fE4k4zKJhqIbopUju1S_fV8Gxlf0iPqlVDMfobBB7xwdQI6oF8MYTwsm8yeURiCIOjqO5dMV/s320/BOHONG+(1).JPG
1. Perubahan suara dan Menjawab terlalu berhati-hati
Ciri-ciri pembohong bisa di dengar dari nada bicaranya, jika sedang meninggi, artinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan jeda antar kalimat berlangsung lama. Itu sudah pasti deh pembohong
Hal-hal diatas selain karena tegang mereka juga mengulur-ngulur waktu untuk menyusun jawaban yang rasional. Sehingga selalu menjawab pertanyaan dengan berhati-hati.
2. Gerakan Kaki
Saat seseorang yang sedang berdiri, lihatlah saat kaki mereka mulai mengetuk ke tanah. Sudah pasti mereka sedang menjadi pembohong. Dan Juga saat pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.
3. Menyentuh wajah
Hal yang paling umum saat seseorang berbohong adalah dengan menyentuh wajah mereka. Terutama dua bagian yaitu mata dan hidung.
Saat seseorang berbicara dengan menggosok-gosok matanya. Percayalah dia ingin menghindari kontak mata dengan kamu. Dan 100% yakinlah bahwa dia sedang berbohong. Kecuali jika memang ruangan penuh debu, bisa jadi mata orang itu memang kemasukan debu.
4. Senyum Terpaksa
Andaikata teman kamu menyeringai maka itu adalah senyum palsu dan menunjukkan sebuah kebohongan. Karena senyum yang sebenarnya saat sebuah senyum merebak ke seluruh wajah dan mengeriputkan mata.
Biasanya hal-hal diatas digunakan oleh pengetes wawancara kerja apakah pelamar pekerjaan sedang berbohong ataukah sedang jujur. Atau kamu dapat menggunakannya untuk membongkar cara menipu paranormal gadungan.

5. Menggaruk-Garuk
Cara paling gampang mendeteksi kebohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan saat mereka melakukan aksinya. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan yaitu menggaruk.

Monday 16 September 2013

Fenomena Lambat Kahwin.. kenapa..??

Fenomena kahwin lambat dalam seminar PUM

KUALA LUMPUR: Fenomena kahwin lambat di kalangan generasi muda Islam negara ini akan turut dibincangkan dalam Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah anjuran Persatuan Ulama Malaysia, pada 21 dan 22 September ini.

Seminar dua hari yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam itu bertujuan memberi kefahaman tentang isu-isu semasa berkaitan kepenggunaan, pemilikan rumah, kebangkrapan dan kahwin lambat serta mencadangkan resolusi kepada isu-isu tersebut.

Seminar ini juga diadakan bertujuan menghimpunkan intelektual, pengamal perbankan, pendakwah-pendakwah tanah air untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan.

Dalam satu kenyataan media, Sekretariat Seminar menjelaskan, perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang.

Situasi ini juga menyumbang kepada masalah muflis yang semakin meningkat saban tahun.


“Masalah kahwin lambat disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah akibat kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan.

“Begitu juga harga rumah yang melambung tinggi merupakan satu masalah yang tidak boleh dipandang ringan. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan Program Pemilikan Rumah Mampu Milik dan Skim Rumah Mesra Rakyat, namun hakikatnya masih ramai yang tidak mampu membeli rumah,” kenyataan media itu dipetik.

Seminar ini terbuka kepada umum dan orang ramai yang ingin mendaftar diminta menghubungi  013-384 0710 (Azmi),  013-403 8507 (Suraya),  03-5512 4300 / 03-5511 4301 (Pejabat),  03-5511 4302 (Faks) dan emel:  pumpusat@yahoo.com

Yang Dipertua PUM, Dato’ Sheik Abdul halim Abd Kadir dijadual memberikan ucaptama berkisar topik Maqasid Syariah pada 21 September.

Antara pembentang kertas kerja ialah Pengarah Eksekutif,  Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin; Pengarah Urusan, Syarikat Perumahan Negara Bhd, Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh; Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Bank Negara Malaysia, Muhamad Rapidi Mohd Darus; dan Pengerusi Pembangunan Sosial IKRAM & Naib Ketua Wanita IKRAM, Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Turut membentangkan kertas kerja ialah  Ketua Unit Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Nazri Chik;  Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim; dan  CEO, Perbadanan Wakaf Selangor, Abu Bakar Yang.

Yuran penyertaan RM150 bagi wakil agensi kerajaan dan swasta, RM100 (individu, perseorangan dan wakil NGO) serta RM50 bagi pelajar.

Curi RM1.. hukuman 10 tahun penjara...

Angkara RM1, buruh berdepan penjara 10 tahun

Angkara RM1, buruh berdepan penjara 10 tahun 
 HAFIZUDDIN
KOTA BHARU - Seorang buruh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri RM1 duit tabung masjid, Selasa lalu.

Hafizuddin Mohmed@Mohamed, 23, dituduh mencuri duit Masjid Al-Tarbiahislimiah di Wakaf Che Yeh di sini, pada jam 11. 41 malam, 10 September lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Dakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya memberitahu mahkamah duit berkenaan adalah duit kepunyaannya yang mahu didermakan kepada masjid itu.

“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan berhenti untuk solat Isyak. Belum sempat nak derma saya dah kena cekup dengan orang kampung,” katanya.

Majistret yang tersenyum mendengar alasan itu kemudian berkata, kalau begitu ramailah yang hendak sembahyang Isyak ditangkap oleh orang kampung.

Beliau kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Kes bersambung 13 Oktober depan. Jaminan kemudian dijelaskan ibu tertuduh.

Must purchase a smartphone device




Telefon pintar peranti wajib beli
LEADING mobile phone , HTC created since 1997 behind the scenes as a designer and manufacturer of a variety of OEM devices leading brands in the market. Only in 2006 , HTC produces under its own brand devices including smart phones , tablet powered by the Android operating system and Windows .

Recently , HTC introduced a new smartphone , the HTC Butterfly S also offers a device that is built with the latest HTC Sense Android Jelly Bean co .

" We have improved the HTC Butterfly by incorporating new standards for performance set by HTC smartphones.

"The introduction of the HTC Butterfly also shift the public perception of smart phones , it is the first release in the world of full HD 1080p definition and five- inch screen accompanied by complete video viewing experience , " he said.

The new performance improvements brought HTC Butterfly S to the next level with the appearance through a combination of unparalleled battery HTC BlinkFeed . HTC and HTC BoomSound Zoe to give the user experience like other five-inch device . - President of HTC South Asia , Jack Yang

ALCATEL ONETOUCH is the brand under TCL Communication, an international firm that designs, develops and markets a global network of mobile devices and the Internet is growing.

As a top 10 handset makers in the world, TCL Communication facilitate access technology by designing products to suit your individual lifestyle , making users more productive .

For 20 years , the brand LG has brought continuous innovation and quality in mobile telephony to many users . Introduction smartphone Idol X is the answer to the interesting phone that is loaded with powerful features and prioritize taste , attractive design and best performance .

Idol X is a smartphone that has a beautiful design made ​​with the utmost seriousness .

" Alcatel ONETOUCH Idol X will try to gain market acceptance . Smartphone is equipped with exciting features that can compete with well-known brands in the market. " With reasonable prices , we believe we can capture a larger market share , " he said. - Manager TCT Mobile country for Malaysia Sdn Bhd , KL Kong

Ninetology is the latest mobile device technology in Southeast Asia . Ninetology always being aggressive to continue to achieve strong growth for global competitiveness together leading international standards and are sensitive to the precision , art and beauty products .

The end of last July, Ninetology come up with new products in the premium smartphone category with the introduction of smart phones U9 series of X1, Z1 and Z1 + . " We are the second largest producer in the mobile device market . Through the introduction of the U9 series , we hope to strengthen and gain greater market share in this category .

"Our target is to sell 80,000 units in Malaysia and further expand the market of Southeast Asia, " he said. U9 phone built to meet three preferences the design, size and premium technology to provide customer satisfaction.

In the future , Ninetologi also plans to introduce the various segments of smart phones with high performance especially for output. - Chief Executive Officer Ninetology Marketing Sdn Bhd , Sean Ng

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive