UtusanDaily

Saturday, 28 September 2013

Anak Remaja Malaysia jual tubuh badan dengan harga RM50 - RM80

Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80

Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80  
Remaja berusia 16 tahun (kanan) ini ditahan ketika berpeleseran di sekitar pekan Kulim.

KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.

Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.

Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.

Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.

Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.

“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur.  

"Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh," katanya.

Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.

"Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.

"Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks," katanya.

Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.

Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang.

Liku perjalanan pengasas Apple


Liku perjalanan pengasas Apple

JENAMA Apple bukan asing dalam kalangan masyarakat. Ia antara jenama terkenal yang  mendapat sambutan sehingga kini.

Tidak hanya terhad dalam bidang teknologi, pengasas Apple ini juga menjadi salah seorang penerbit kepada sebahagian filem-filem terbitan dari Pixar Animation Studios seperti Toy Story, Wall-E, Finding Nemo dan banyak lagi.

Justeru menyedari betapa terkenalnya jenama dan pengasasnya juga, Mark Hulme selaku penerbit mengambil keputusan untuk menerbitkan sebuah filem, Jobs yang diilhamkan dari kisah hidup pencipta dan pengasas Apple, Steve Jobs yang meninggal dunia pada 2011.

Memberi kepercayaan kepada Joshua Michael Stern selaku pengarah, manakala Ashton Kutcher selaku pelakon utama yang membawakan watak Jobs, filem ini turut dibantu oleh Dermot Mulroney, James Wood, J.K. Simmons dan ramai lagi.

Filem ini memaparkan kisah Jobs dari 1971 hingga 2000 serta mengetengahkan karakter insan penting dalam hidup lelaki berkenaan, selain peristiwa yang membawanya ke mercu kejayaan.

Justeru bagi anda yang gemar produk Apple dan mahu mendekati hidup tokoh ternama ini, maka jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem ini di pawagam.

Ini kerana Jobs menyaksikan karakter lelaki itu diserlahkan dengan lebih mendalam. Ia sebuah kisah berpaksikan kepada pengucapan dialog yang kukuh dalam memaparkan kehidupan tokoh teknologi ini.

Filem ini juga memperlihatkan bagaimana seorang anak muda yang disingkirkan dari sebuah kolej, berjaya mengubah dirinya dan menjadi pengasas teknologi yang terkenal.

Kutcher kaku

Biarpun mempunyai jalan cerita kuat dengan plot yang boleh difahami, pada pendapat penulis, filem ini tidak memberi sebarang kesan mendalam dek lakonan teraju utamanya, Ashton Kutcher.

Malah, berdasarkan komen beberapa pihak sebelum ini, ramai menyalahkan Kutcher dan beranggapan pelakon berusia 35 tahun ini gagal menterjemahkan watak Jobs dengan baik.

Namun, masih ada pula yang berpendapat, Kutcher telah melakukan yang terbaik dalam menjayakan watak Jobs termasuk menjaga penampilannya agar kelihatan kurus supaya sama dengan tokoh terbabit.

Bagi penulis sendiri, biarpun tidak pernah bertemu Jobs, namun daripada pemerhatian, Kutcher telah berjaya meniru lelaki itu dengan gaya dia memberi ucapan dan caranya berjalan.

Bagaimanapun ada dalam beberapa babak, Kutcher kelihatan sedikit kaku dan juga terlalu mencuba untuk menjadi Jobs.

Sinematografi menarik

Dalam pada itu, dari hasil kerja lain seperti sinematografi dan prop digunakan, pujian harus dilayangkan kepada Stren kerana berjaya membawa penonton melayari dari satu era ke satu era baru.

Malah, Stren berjaya membawa penonton melayari emosi Jobs menerusi gerak kerja kamera yang baik dan tidak terlalu stereotaip.

Secara keseluruhannya, filem ini menarik untuk ditonton apatah lagi, ia memberi sumber kepada sesiapa sahaja bahawa gagal sekali dalam kehidupan, tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya.

Bagi mengikuti kehidupan Jobs dan kesusahan  dialaminya sebelum ini, jangan lupa saksikan Jobs di pawagam sekarang.

Sandra Bullock cipta sejarah Hollywood


Sandra Bullock cipta sejarah Hollywood

AKTRES cantik, Sandra Bullock mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman Hollywood apabila menjadi individu pertama meraih anugerah lakonan terbaik dan terburuk pada tahun sama.

Pada 2010, Bullock memenangi Anugerah Aktres Terbaik menerusi Anugerah Akademi ke-82 (Oscar) dalam filem The Blind Side dan Anugerah Aktres Terburuk dalam Anugerah Golden Raspberry ke-30 (Razzie) yang mengiktirafnya menerusi lakonan dalam filem komedi romantik, All About Steve.

Menerusi filem itu, Bullock dan Bradley Cooper turut diiktiraf sebagai Pasangan Filem Terburuk.

“Saya sungguh seronok hadir dan menerima anugerah. Saya sifatkan ia sebagai sesuatu yang sungguh seimbang dengan kemenangan saya di Razzie dan Oscar.

“Sudah pasti saya akan mempamerkan kedua-dua anugerah ini dalam almari perhiasan.

"Cuma, kedudukan anugerah Razzie itu bawah sedikit daripada Oscar,” katanya sambil berseloroh.

Kemenangan Bullock atau nama sebenarnya, Sandra Annette Bullock di Oscar mencipta satu momen terindah dalam diari seninya sebagai seorang aktres tersohor apatah lagi berjaya menewaskan pelakon veteran, Meryl Streep.

Ternyata filem The Blind Side mengubah hidupnya secara total. Tidak dinafikan lagi, filem itu membawa tuah berlipat ganda kepada Bullock dan  berjaya membuka mata ramai pihak terhadap kredibilitinya sebagai seorang aktres.

Sebelum memenangi Oscar, Bullock telah membawa pulang dua anugerah berprestij iaitu Golden Globe dan Screen Actors Guild yang merupakan penentu kejayaannya di pentas Oscar.

Tidak cukup dengan itu, Bullock juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi aktres pertama  memenangi Oscar menerusi filem yang mencatat kutipan melebihi AS$250 juta di Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Sebelum ini, tiada aktres yang berjaya mencipta kejayaan sebegitu kerana filem-pemenang sebelum ini biasanya kurang mendapat sambutan atau kutipannya akan melonjak naik selepas kemenangan.

Cetus kontroversi bogel

Ramai tidak tahu, perjalanan karier seni Bullock bukanlah semudah seperti dilihat hari ini.

Dia gigih membina nama dengan membintangi filem seperti Love Potion No.9 (1992), Demolition Man (1993), The Vanishing (1993) dan Speed (1994). Ia bukan sahaja tidak laris di pasaran tetapi turut mendapat kritikan pedas.

Namun, semuanya berubah apabila dia membintangi filem Speed bersama aktor tampan,  Keanu Reeves. Ia terus meletakkan namanya di persada kegemilangan.

Seterusnya, aktres berusia 49 tahun ini lebih dikenali sebagai pelakon bergenre komedi romantis berikutan kekerapan berlakon dalam filem seperti Miss Congeniality (2000), While You Were Sleeping (1995), Forces of Nature (1999), The Proposal (2009), The Heat (2013) dan banyak lagi.

Namun, Bullock meledak  kontroversi apabila tampil berbogel menerusi filem komedi romantis, The Proposal.

Walhal sebelum ini, sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, dia tidak pernah  berlakon bogel.

Menurutnya, dia bersedia untuk berbogel dalam filem itu selepas membaca skrip dan berpuas hati bahawa adegan itu penting dalam filem tersebut.

Bullock juga memberitahu, dia sanggup melakukannya kerana mahu membantu The Proposal mendapat kutipan box-office.

Hakikatnya, filem The Proposal yang ditayang di United Kingdom mendapat kutipan tiket lebih AS$34 juta (RM121.2 juta) pada tayangan pembukaan di AS.

“Box-office sukakannya, saya akan berbogel dalam setiap filem lakonan saya selepas ini, walaupun ketika berusia 70 tahun,” katanya berseloroh.

Watak saintis dalam Gravity

Nama Bullock terus gah di persada dunia lakonan.

Selepas membintangi filem aksi komedi, The Heat, Bullock kembali lagi ke persada seni dengan mempertaruhkan filem terbarunya, Gravity.

Kali ini  dia bergandingan bersama aktor berkarisma, George Clooney.

Tampil berbeza kerana Gravity adalah sebuah filem pengembaraan angkasa arahan Alfonso Cuaron.

Dalam Gravity memerlukan Bullock membawa watak sebagai seorang saintis bernama Dr Ryan Stone yang berpakaian lengkap dengan sut angkasa lepas.

Demi menjayakan wataknya itu, dia terpaksa berlakon dengan gerak tubuh seperti penari.

“Menari sangat membantu untuk persiapan watak itu.

"Kami berlakon dalam tempo yang sangat perlahan dan mujur saya cepat belajar gerak-geri yang diperlukan untuk watak Dr Ryan Stone,” katanya.

Sangat beruntung kerana dia mendapat bimbingan daripada jurulatih tariannya.

Bukan itu saja, Bullock berkata, dia turut bekerja keras sebagai persiapan emosi dan fizikal bagi merealisasikan watak itu.

“Saya mahu watak itu hilang aura kewanitaan dan keibuan dalam dirinya seiring perasaan kecewa selepas tragedi dialaminya di bumi sebelum berlepas ke angkasa.

“Untuk persediaan fizikal saya berlatih di lokasi setiap hari termasuk mendukung anak saya yang berusia tiga tahun ke hulu  hilir bagi mengekalkan bentuk badan diperlukan,” katanya.

Gravity  bakal bersiar pada 3 Oktober depan di pawagam seluruh Malaysia.

Jakim: Kahwin beza agama tidak dibenar


Datuk Othman Mustapha  
Datuk Othman Mustapha

KUALA LUMPUR - Perkahwinan berlainan agama tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di negara ini serta boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama di negeri-negeri, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
  
Beliau berkata Seksyen 10 Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam menyatakan tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang perempuan bukan Islam dan tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang lelaki bukan Islam.
   
"Pandangan yang mengatakan bahawa perkahwinan berlainan agama adalah satu paradigma kepada pembangunan peradaban adalah salah sama sekali dan berlawanan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Beliau mengulas hasil kajian Universiti Malaysia berhubung isu liberalisme iaitu wujud trend perkahwinan umat Islam dengan pasangan bukan Islam tanpa menukar agama.
  
Dua hari lepas, Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Khadijah Hambali meminta pihak berkuasa agama di negara ini melaksanakan langkah khusus bagi membendung fenomena itu.
  
Othman turut meminta pihak yang berkenaan tampil membuat aduan secara rasmi di mana-mana Jabatan Agama Islam mengikut tempat berlakunya kes itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang melaksanakan perkahwinan.
  
"Setiap pertuduhan hendaklah disokong dengan pembuktian dan Jakim selaku penyelaras Hal Ehwal Agama Islam sangat prihatin dengan isu ini serta memohon supaya aduan ini sampai secara rasmi kepada pihak penguatkuasa Jain (Jabatan Agama Islam Negeri)," katanya.
  
Beliau berkata sehingga kini, Jakim tidak menerima apa-apa laporan rasmi daripada Jain berhubung pendaftaran perkahwinan berlainan agama.
  
Malah, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.
   
"Ini menunjukkan perkahwinan berkenaan bukan sahaja tidak didaftarkan di Jain, malah tidak juga didaftarkan di JPN," katanya. - Bernama

Friday, 27 September 2013

Solat mencegah kejahatan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

http://1.bp.blogspot.com/-9Iqu1Tmaq3A/UJiVnR28TEI/AAAAAAAACHs/F-L0I8zpYFs/s1600/solat.jpg
ALHAMDULILLAH pada ruangan kali ini, penulis ingin membincangkan isu solat yang boleh mencegah kejahatan.

Tatkala Allah SWT menyebutkan orang-orang yang beriman, Allah menyebutkan bahawa mereka adalah orang-orang yang mendirikan sembahyang. Dan apabila Allah menyebutkan orang-orang munafik, maka Allah SWT akan menyebutkan bahawa mereka adalah orang-orang yang melaksanakan sembahyang. Ini kerana orang Islam itu terbahagi kepada dua golongan:

* Adalah mereka yang mendirikan sembahyang.

* Adalah mereka yang melaksanakan sembahyang.

Oleh yang demikian, orang yang hanya melaksanakan sembahyang dan belum mendirikannya, sembahyangnya itu tidak akan dapat mencegahnya daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

Sementara orang yang mendirikan sembahyang, maka sembahyangnya itu akan mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar.

Allah SWT berfirman Yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. (al-Ankabut: 45)

Kita mungkin akan mengatakan: Bagaimana dengan orang yang melaksanakan sembahyang, sementara dia aktif menghisap ganja, morfin dan sejenisnya? Bagaimana juga dengan orang yang melakukan sembahyang, tetapi dia tetap berzina dan mencuri? Maka jawapannya adalah kerana dia hanya melaksanakan sembahyang, belum sampai tahap mendirikan sembahyang.

Adapun yang dimaksudkan dengan mendirikan sembahyang, kerana sentiasa meresapi dan menghayati makna segala gerak-gerinya dalam sembahyang, mulai daripada khusyuk, tawaduk, wuduk (kebersihan), keikhlasan, ketika rukuk, ketika sujud dan ketika berzikir, begitu juga dengan rohnya (nyawanya) yang sentiasa hadir dalam sembahyang tersebut.

Seperkara lagi, suka dinyatakan di sini, beberapa hikmah solat seperti yang dinukilkan daripada Fiqh al-Manhaji. Antaranya:

* Solat menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang sebenar sebagai hamba kepunyaan Allah SWT. Dia sentiasa menyedarinya setiap kali berhadapan dengan masalah hidup dan perhubungan dengan orang lain. Solat yang dilakukan akan mengingatkannya semula bahawa dia adalah hamba kepunyaan Allah SWT.

* Solat memantapkan keyakinan manusia bahawa tidak ada pembantu dan pengurnia nikmat sebenar-benarnya selain Allah SWT meskipun kelihatan di dunia banyak pihak dan sebab yang pada zahirnya membantu dan memberi nikmat. Tetapi pada hakikatnya hanya Allah SWT yang memastikan semua itu untuk kemudahan manusia.

Setiap kali manusia lupa dan hanyut kerana terpesona dengan keduniaan yang zahir, solat akan mengingatkannya bahawa penyebab yang sebenar hanyalah Allah. Dialah pembantu, pengurnia nikmat, yang menjadikan kesusahan, pemberi manfaat, yang menghidupkan dan mematikan.

* Dengan solat manusia dapat mengambil kesempatan menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Ini kerana manusia memang terdedah kepada banyak maksiat pada setiap waktu sama ada disedarinya ataupun tidak.

Maka solat yang dilakukan berulang-ulang dari semasa ke semasa akan membersihkannya daripada maksiat dan kesalahan-kesalahan tersebut.

Rasulullah SAW telah menjelaskan perkara tersebut di dalam hadis, daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Solat lima waktu umpama sungai yang airnya banyak mengalir di hadapan pintu rumah seseorang di kalangan kamu ayang akan mandi di dalamnya lima kali setiap hari". Kata al-Hassan: Dan apakah lagi kotorannya yang tinggal?"

Maksud kotoran di sini ialah kotoran maknawi, iaitu dosa-dosa. Maksud ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah RA: "Demikianlah umpamanya solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa."

* Solat merupakan santapan bagi akidah keimanan kepada Allah yang berterusan dalam hati manusia. Segala pesona dunia dan bisikan syaitan sememangnya menjadikan manusia lupa kepada akidah walaupun telah lama terterap dalam hatinya.

Kealpaan yang berterusan kerana menurut gelora nafsu dan rakan-rakan, akhirnya akan berubah menjadi ingkar. Ia umpama pokok yang kehabisan air, lambat laun akan layu dan mati kering menjadi kayu api.

Tetapi, solat yang dilakukan dengan tekun oleh seseorang Muslim akan menjadi santapan iman dan tidak mampu dilemahkan atau dimusnahkan oleh segala pancaroba dunia.

Semoga solat kita benar-benar dapat mencegah kita daripada perbuatan jahat. Amin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130927/ba_04/Solat-mencegah-kejahatan#ixzz2g6NgXiXk
© Utusan Melayu (M) Bhd

Abai rawatan, 'maut' menanti pesakit asma


KUALA LUMPUR - Ramai pesakit asma meletakkan masa depan mereka dalam keadaan bahaya sehingga boleh 'mengancam nyawa' ekoran mengabaikan rawatan dan nasihat doktor.

Ini kerana, mereka beranggapan bahawa penyakit asma atau lelah yang dihidapi berada pada tahap terkawal tanpa memerlukan pengambilan ubat dan rawatan sepertimana disyor para doktor.
 
Walhal, hakikat sebenarnya adalah sebaliknya.
 
Pada masa sama, sikap segelintir pesakit asma yang suka melengah-lengahkan rawatan biarpun mengetahui ia adalah penyakit paru-paru kronik, turut menyumbang kepada risiko itu.
 
Asma, adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan di saluran udara paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi semput.
 
Implikasinya, akan membuatkan pesakit asma mengalami gejala seperti batuk, berdesit (nafas berbunyi seperti wisel), susah bernafas dan dada rasa ketat (seperti ditekan).
 
Menurut pakar, batuk sering berlaku pada malam atau awal pagi.


Asma  
 
Asma boleh dihidapi oleh semua peringkat umur namun ia sering bermula semasa zaman kanak-kanak.
 
Di Malaysia, dianggarkan 4.5 peratus daripada golongan dewasa adalah penghidap asma manakala kanak-kanak adalah golongan dominan pesakit ini iaitu sebanyak 7.1 peratus.
 
"Kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai penyakit ini masih lagi rendah malahan ada yang tidak tahu mengguna alat sedutan (inhaler) dengan betul. Ini boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi semakin teruk.
 
"Amat penting, setiap pesakit asma mengetahui teknik penggunaan ubat sedutan dengan betul", kata Pengarah dan Pakar Perunding Kanan Perubatan/Respiratori, Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif kepada Bernama.
   

Tiada Penawar

Menurut Dr Abdul Razak, penyakit ini sehingga kini tiada penawar dan adakalanya pesakit akan mengalami 'serangan akut' asma pada bila-bila masa sahaja.
 
Apakah itu serangan akut?
 
Ia adalah serangan asma yang teruk dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera supaya penat dan lelah berkurangan.
 
Biarpun tiada penawar, penyakit yang puncanya sukar dikenalpasti berikutan disumbangkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran ini masih boleh dirawat secara berkesan melalui proses perubatan yang teratur.
 
Yang penting, pesakit perlu mengawal asma dari peringkat awal supaya tidak menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan kematian.
 
Mereka disarankan tidak melengah-lengahkan rawatan, perlu mengikut nasihat doktor dan berpengetahuan akan cara menggunakan ubat sedutan dengan betul.
 
Dalam merawat penyakit asma, kebiasaannya ubat berbentuk sedutan lebih berkesan kerana ubat akan terus memasuki saluran udara dalam paru-paru iaitu tempat yang paling dikehendaki.
 
Terdapat dua jenis ubat sedutan iaitu ubat pencegahan (khususnya anti-keradangan seperti glukokortikosteroid) dan perlu diambil setiap hari dalam jangka masa panjang untuk mengelak serangan asma.
 
Manakala, ubat kedua ialah 'pelega' (bronkodilator). Ia memberi kelegaan segera apabila pesakit mendapat serangan asma dan perlu dibawa setiap masa bagi menghilangkan gejala asma dalam masa singkat.
 

Ke Hospital


Walaupun penekanan mengenai kepentingan membawa alat sedutan ini ke mana sahaja mereka pergi disebarkan, namun masih ada lagi segelintir penghidap asmamengambil mudah akan perkara itu.
 
Dr Abdul Razak ketika menyentuh perihal berkenaan berkata tidak kira sama ada tahap asma mereka dalam keadaan sederhana atau teruk, alat sedutan itu perlu sentiasa dibawa bersama.
 
Namun, disebabkan oleh kepelbagaian 'kepercayaan' atau mitos mengekang amalan demikian. Antaranya, penyakit ini jangan dimanjakan sangat. Apabila datang serangan asma, duduk, tenangkan diri dan bernafas perlahan-lahan, lama-kelamaan ia akan hilang sendiri.
 
"Sebenarnya, ini hanya akan mengurangkan penat mereka sahaja. Tetapi, asma mereka masih ada lagi. (Kepercayaan begini) bahaya. Mereka kena bawa 'inhaler' setiap masa.
 
"Jadi, apabila dapat tanda-tanda serangan asma, mereka perlu pakai ubat itu dengan cepat. Jangan tunggu sampai terlambat kerana kebanyakan kematian asma ini disebabkan rawatan tidak diberi dengan cepat", katanya.
  
Kumpulan berisiko tinggi ialah yang tidak menerima rawatan cukup dan sempurna atau yang melengahkan rawatan apabila mengalami serangan asma akut.
 
Walaupun demikian, ada juga pesakit yang kerap mendapat serangan asma (tahap tidak terkawal) sengaja tidak mendapatkan rawatan atau tidak bergantung dengan alat sedutan kerana beranggapan jika terdapat serangan boleh terus ke hospital atau klinik.
 
Bagaimanapun, Pakar Runding Perubatan dan Respiratori, Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr Zainudin Md. Zin mempersoalkan sikap itu kerana terdapat beberapa kes pesakit asma meninggal dunia kerana tidak sempat ke hospital.'
  

Kawal Asma

Rutin terapi kawalan asma bukan sahaja dapat membantu menghalang serangan asma yang serius tetapi juga mengetahui langkah-langkah pencegahan serta cara mengatasi serangan asma di rumah.
 
Malah, ini membolehkan mereka untuk bergiat produktif serta aktif termasuklah dalam aktiviti sukan. Dan, ini bukanlah satu keadaan mustahil kerana Amy Van Dyken, perenang yang merangkul empat ingat emas pada Sukan Olimpik Athens dan dua pingat emas pada kejohanan sama di Sydney adalah penghidap asma.

Begitu juga dengan pemegang rekod maraton dunia, Paula Radcliffe.
 
Asma terkawal, bermaksud pesakit dapat menjalani kehidupan dengan baik, tiada serangan asma, tidak lagi terjaga pada tengah malam akibat simptom asma, tidak perlu menggunakan ubat pelega (hanya digunakan sekali-sekala) dan mampu bergiat aktif.
 
Malangnya, apa yang berlaku ialah ramai golongan kanak-kanak dan dewasa penghidap asma terpaksa tidak hadir ke sekolah dan tempat kerja masing-masing akibat penyakit asma mereka tidak terkawal.
 
Dr Zainudin berkata senario ini mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak menggalakkan ataupun mengelakkan anak mereka penghidap asma daripada aktif bersukan.
 
Walhal, asma yang dikawal dengan rawatan sewajarnya diikuti pengamalan hidup aktif mengikut kemampuan masing-masing mampu meningkatkan keupayaan paru-paru.


Pendidikan Asma Penting


Persepsi mengekang kehidupan aktif, melengah-lengahkan rawatan, salah prosedur penggunaan ubat sedutan dan kepercayaan tidak betul mungkin berakar umbi daripada kurangnya fahaman mengenai penyakit asma.
 
Justeru, Dr Abdul Razak menyarankan penghidap asma bekerjasama dengan doktor mereka, apa yang perlu dilakukan, menjauhi pencetus-pencetus yang boleh mengakibatkan serangan asma.
 
Pencetus adalah bahan-bahan atau keadaan tertentu yang saluran udara penghidap asma adalah sangat sensitif terhadapnya dan boleh mengakibatkan serangan asma.
 
Antara pencetus ialah asap ekzos kereta, asap rokok, jerebu, cuaca yang terlalu panas atau sejuk dan tekanan perasaan atau terlalu gembira.
 
"Kalau asma boleh dikawal, ubat sedutan boleh dikurangkan. Doktor perlu didik pesakit cara menggunakan ubat dengan betul dan jangan sekadar deskripsi sahaja. Disyorkan setiap klinik atau hospital menjalankan kaunseling rawatan asma," katanya.
 
Dengan itu, pesakit akan memperoleh pengetahuan dan pendidikan asma yang berkesan dan membantu menghindari serangan akut.  - Bernama

Bekas perompak, penagih insaf


Bekas perompak, penagih insaf

SIKAP perompak yang insaf dan memulangkan kembali wang hasil rompakan sememangnya jarang terjadi dan harus dicontohi.

Meskipun kejadian berlaku lebih 12 tahun lalu, namun dia nekad mengembalikan wang yang dirompak dalam usahanya untuk kembali membetulkan kesilapan yang telah dilakukan sekali gus membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Walaupun tidak berdepan secara bersemuka dengan pemilik wang, tindakan bekas perompak itu meninggalkan sampul surat berisi nota tulisan tangan meminta maaf dan wang AS$400 (RM1,300) harus dipuji.

Dalam notanya, bekas perompak itu menjelaskan, dia tidak lagi mengambil dadah dan mahu membetulkan kesilapan terhadap mereka yang pernah disakitinya.

Pewaris kedai runcit InterAsian Market & Deli di Nashville, Amerika Syarikat Somboon Wu berkata, walaupun tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia ingin masyarakat tahu lelaki itu perlu diberikan kedua.

“Kami berasa terharu dengan sikap bekas perompak ini. Dia perlu dipuji  kerana telah insaf. Tindakannya itu memberi inspirasi kepada bekas perompak yang senasib dengannya. Kepada lelaki ini, kami ingin memberitahu, anda telah dimaafkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kemakmuran dalam hidup,” katanya pada laporan Daily Mail

Wu dan bapanya Keosavanh Xayarath memuat naik gambar nota itu di laman Twitter dan Instagram dengan keterangan: “Kami telah dirompak kira-kira 11 atau 12 tahun lalu. Hari ini kami terkejut menerima nota ini daripada perompak yang mengembalikan semula wang tunai".

Wu menerima kedatangan seorang lelaki tidak dikenali awal bulan lalu yang berkeras menyuruhnya menerima sampul surat. Tanpa diketahui, lelaki itu adalah lelaki sama yang melakukan rompakan bersenjata dan melarikan wang lebih AS$300 (RM980) lebih sedekad lalu.

Isteri MAT YO mohon maaf..!!


Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsteriMatYomohonmaaf/Article/

Alhamdulillah..RON95 nak naik lagi

 
Minyak

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke  negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
  
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
  
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
  
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
  
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
  
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
  
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
  
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama

Thursday, 26 September 2013

Apabila Burung pun boleh baca Surah Al Fatihah


'Orang minyak' ditahan berkeliaran...



'Orang minyak' ditahan berkeliaran'Orang minyak' ditahan berkeliaran
'Orang minyak' ditahan berkeliaran Suspek berumur 42 tahun ini dibawa ke balai selepas ditahan pasukan rondaan Rakan Muda di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, semalam

MARANG - Seorang lelaki dipercayai ada hubung kait dengan kes serangan ‘orang minyak’ yang berlaku di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu diberkas di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, di sini, semalam.

Lelaki berusia 42 tahun disyaki kurang siuman itu ditahan sekumpulan ahli Rakan Muda (Crime Awareness Team) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di persimpangan jalan berkenaan.

Sebelum diberkas kira-kira jam 2.45 pagi, ahli Rakan Muda terbabit diketuai jurulatihnya, Mohd Sukri Embong, 45, terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membuat rondaan.

“Lelaki itu berjalan di hadapan kami. Sebaik sahaja melihatnya dalam keadaan separuh bogel ala ‘orang minyak’, kami segera menahannya dan kemudiannya terus menghubungi polis.

“Beberapa minit selepas itu, dua anggota polis tiba dan kami menyerahkannya kepada anggota terbabit untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Sukri.

Pada 15 September lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar berumur 17 tahun mendakwa lelaki separuh bogel memakai topeng ‘zorro’ telah menceroboh biliknya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek mendakwa, selepas tersedar dari tidur dia melihat lelaki berkenaan berada di atas badannya dan semasa cuba menjerit, suspek segera menutup mulutnya selepas memasukan cecair seperti minyak.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki terbabit yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa mangsa menyergahnya lalu melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.

Berikutan kejadian itu, pelbagai pihak termasuk NGO melakukan rondaan bagi membantu polis mengesan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu.

Difahamkan lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut selepas disahkan tidak siuman.

Dalam pada itu, pasukan rondaan Rakan Muda termasuk Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu serta NGO lain akan terus melakukan rondaan di kawasan kampung berkenaan walaupun kes itu dianggap selesai.

Wednesday, 25 September 2013

Adam & Fiza : Ramdhan bertemu Zulkaedah mengikat perkahwinan... tahniah...!!

Adam & Fiza Mulai Rapat Di Bulan Ramadan
adam
 
Berita perkahwinan antara penyanyi, Adam dan pelakon, Fiza Elite mengejutkan ramai pihak kerana keduanya tidak pernah dilaporkan saling mempunyai hubungan istimewa sebelum ini.
 
Ketika dihubungi oleh Media Hiburan Online, Adam mengesahkan yang dia akan bernikah dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu pada Khamis iaitu 26 Oktober ini.
 
"Memang betul saya akan bernikah dengannya pada 26 Oktober ini.  Memang ramai yang terkejut, tapi pada saya setiap orang punya cara tersendiri untuk menyimpan kisah peribadinya.
 
"Bukan saya nak berahsia, tapi saya perlu dapatkan tarikh yang betul barulah saya boleh bercerita," jelas Adam.
 
Ditanya bagaimana dia dan Fiza boleh berkenalan, kongsi Adam;
 
"Sebelum ini kami sudah kenal sebagai rakan artis sahaja.  Bila saya tahu dia sudah bertudung, saya merancang untuk berjumpanya.  Tapi, tidak berkesempatan langsung.  Sehinggalah masuk bulan Ramadan yang lalu, iaitu pada pertengahan Ramadan, kami berjumpa buat kali pertama.
 
"Ketika itu, kami hanya saling berkongsi cerita.  Dan bila kali kedua berjumpa, tidak tahu macam mana saya terus menyatakan hasrat untuk menikahinya.  Alhamdulillah, niat saya itu dipermudahkan Allah dan kami terus merancang untuk berumah tangga."

Hilang zakar kerana Viagra


Hasil pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Neiva mendapati zakar bekas ahli politik dari Gigante berumur 66 tahun itu telah patah dan mengalami keradangan.

Difahamkan, prosedur itu terpaksa dilakukan kerana mangsa mengalami ereksi selama beberapa hari akibat ubat kuat tersebut.

Doktor juga mengesahkan keadaan kesihatan lelaki tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan itu, dipetik dari laporan DailyMail.

KL Gangster disabotaj, Syamsul merana!


Syamsul Yusof  
Syamsul Yusof

JIKA sebelum ini, pengarah muda ini dilihat lebih agresif dalam melahirkan karya-karya yang mampu meraih sambutan penonton, kini semuanya hanya tinggal kenangan.

Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, Syamsul berhasrat untuk bersara lebih awal ekoran filem arahannya, KL Gangster 2 disabotaj dan disebarkan di internet sebelum tarikh tayangan.

Episod malang ini merupakan insiden pertama yang berlaku dalam sejarah perfileman tempatan.

Selepas mengetahui filem terbarunya yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober ini, sudah menjadi tatapan penonton di dunia maya dua bulan lebih awal, Syamsul bertindak menyepikan diri tanpa memberi apa-apa kenyataan dan penjelasan kepada media.

Menurut Yusof, anaknya itu sangat tertekan dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Malah, dia juga membuat keputusan untuk tidak muncul dalam mana-mana majlis berkaitan filem terbarunya itu, termasuk majlis pra tonton.

"Dia (Syamsul) sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Saya faham perasaan dia dan pastinya sukar berhadapan dengan situasi sebegini.

“Satu kehilangan besar buat industri sekiranya dia bersara. Sebagai penerbit filem, saya merasakan tidak munasabah untuk berhenti gara-gara kontroversi ini.

"Namun sebagai ayah, saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH untuk pertolongan. Saya tidak akan berdiam diri selagi dalang kejadian ini tidak ditangkap," katanya yang turut memberitahu beberapa pengedar filem antarabangsa dilaporkan berminat untuk mengedarkan filem itu di luar negara.

Tuesday, 24 September 2013

Inilah 4 golongan lelaki yang akan dihumban ke neraka

BERIKUT adalah 4 golongan lelaki ke neraka. Semoga kita tidak tergolong sebagai golongan lelaki berkenaan.

PERTAMA:
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, membaca Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA:
Isterinya; Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

KETIGA:
Abang-abangnya; Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT:
Anak Lelakinya; Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman ALLAH S.W.T.:

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda agar mereka bukan 4 Golongan Lelaki Ke Neraka. Kasihankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dengan penuh ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab dan bukan dari golongan 4

Monday, 23 September 2013

Bini Mat Yo gaduh dengan pengawal keselamatan airport..


Ashraf Muslim bawa isteri pertama makan angin bila isteri kedua mengandung

Bahagianya... Ashraf!

Bahagianya... Ashraf!  
Ashraf Muslim membawa isteri pertamanya, Noor Dayana bercuti di Pulau Pom Pom, Sabah.

Baru saja dikejutkan dengan berita kehamilan isteri keduanya, Wan Sakinah, aktor Aku Masih Dara ini membawa isteri pertamanya, Noor Dayana, pula bercuti di Pulau Pom Pom, Sabah.

Situasi ini menunjukkan kehidupan poligami yang dipilih Ashraf Muslim itu semakin bertambah baik. Malah Noor Dayana, menerusi Facebooknya turut memuat naik status yang menunjukkan dia semakin redha dengan kehidupan bermadu.

“Alhamdulillah. Thank you ALLAH for the rezeki and time given for us spending our time together — Subhanallah, the underwater live is so amazing, learning new experiences throughout the journey. Back to reality, face every dugaan dengan tabah dan sabar.

ALLAH is always there. He knows the best insyaALLAH. Our never ending honeymoon trip."

Apa pun, semoga kebahagiaan menjadi milik mereka!

Nara Danish pergi makan angin dengan lelaki bukan muhrim di Myammar

Nora, kekasih ke Myanmar

Nora, kekasih ke Myanmar  
Nora bersama kekasih ke Myanmar.

Hubungan aktres seksi, Nora Danish, dengan anak menteri yang bernama Nadem bukanlah perkara baru yang dihidu media mahupun peminatnya sendiri.

Pernah bercuti di Bali sebelum ini, pasangan ini dilihat menghabiskan masa bersama di Myanmar pula.

Bukan berdua sahaja, sebaliknya ia turut disertai keluarga Nora bagi melawat saudara mereka di situ.

Kehadiran Nadem di kampung keluarga Nora Danish itu pastinya menguatkan lagi desas- desus hubungan cinta yang bertaut antara mereka.

Sementelah Nora dilihat begitu terbuka memuat naik gambar kemesraan mereka menerusi laman Instagramnya.

Sunday, 22 September 2013

Jumlah lelaki melebihi wanita di Malaysia

SHAH ALAM: Fakta ini mungkin mengakibatkan sebahagian lelaki termenung panjang. Statistik terbaru menunjukkan bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini dengan nisbah 106 berbanding 100 (106:100), dedah Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj. 

Malah menurut beliau, bilangan wanita  hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dr Harlina membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia'  pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan  anjuran Persatuan Ulama' Malaysia, dekat sini, petang semalam.

Beliau menambah, purata  jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun.

Menyentuh tentang isu kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta  rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin di atas beberapa sebab.

Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan komitmen kepada keluarga.

Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan),  selesa hidup membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus bagi lelaki dan wanita).

 Pensyarah Fakulti Perubatan UKM itu juga melahirkan kegusaran terhadap trend perbelanjaan tinggi bagi melangsungkan perkahwinan yang menjadi punca utama kahwin lambat di kalangan remaja muslim.

Pakej lengkap perkahwinan biasa kini mencecah RM25,500 merangkumi khidmat katering (penyediaan makanan), andaman dan fotografi.

"Malah ada laman portal yang mengkategorikan belanja perkahwinan kepada tiga iaitu RM11,000 bagi kos rendah, RM20,800 bagi kos sederhana dan RM50,000 bagi kos tinggi," ujarnya.

Fenomena kahwin lambat, jelas  Dr Harlina boleh mengakibat penurunan kadar kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin memandangkan puncak 'kesuburan  wanita'  adalah pada umur 25 tahun dan menurun secara berkadaran selepas itu.

Daripada kajian yang dibuat, 30 peratus masalah kesuburan terletak kepada wanita, 30 peratus  kepada lelaki, 30 peratus kepada pasangan lelaki dan wanita manakala 10 peratus lagi tidak diketahui punca.

"Orang lelaki yang merokok paling berisiko mandul kerana ia menjejaskan kesuburan sperma," katanya disambut reaksi bercampur peserta seminar. 

Kahwin lambat juga, tambah Naib Ketua Wanita Ikram itu menyumbang kepada gejala sosial seperti zina.

Statistik menunjukkan dari tahun 2007 hingga 2009, terdapat 17,303 anak tidak sah taraf berbangsa Melayu didaftarkan di negara ini.

Bagi mengatasi masalah kahwin lambat, Dr Harlina mencadangkan kempen dilaksanakan bagi menggalakkan remaja untuk berkahwin seperti firman Allah dalam ayat ke-32 Surah An-Nur.

Ibu bapa juga, tambah beliau perlu berperanan membantu anak-anak untuk melangsung perkahwinan (seperti mengurangkan kos hantaran  perkahwinan) di samping insentif kewangan diberikan kepada pasangan muda yang berkahwin buat kali pertama oleh kerajaan dan institusi Islam.

"Majlis perkahwinan beramai-ramai juga boleh dilaksanakan seperti  dilanjurkan Ikram Kajang baru-baru ini ," saran beliau.

Terbukti Secara Saintifik: Kacang Tidak Menggemukkan

GRANADA, Sepanyol, 21 September 2013 /PRNewswire/ --

http://3.bp.blogspot.com/-QvKPX9RnaYY/UK9a18dKWGI/AAAAAAAAAxk/qpnCg4Et-kc/s1600/kacang+tanah.jpg
Pengambilan kacang harian mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kematian berkaitan sebanyak 28%

Saintis yang meneraju telah mengeluarkan keputusan terkini untuk percubaan skala besar yang berkaitan dengan pengambilan kacang dan kesihatan, terutamanya dalam infarksi myokardium, angin ahmar dan penyakit kardiovaskular. Kajian saintifik baru-baru ini menunjukkan faedah pemakanan kacang secara tetap, bukan sahaja berkaitan dengan kesihatan kardiovaskular tetapi juga dengan fungsi buah pinggang, kencing manis, fungsi kognitif, aterosklerosis, sindrom metabolik, penanda biologi keradangan, dsb. Penting untuk mengetengahkan bukti saintifik menunjukkan pengambilan kacang tidak berkaitan dengan risiko lebih tinggi untuk penambahan berat badan, malah menguatkan lagi kepentingannya sebagai sumber protein penting.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:


Dalam kerangka Kongres Nutrisi Antarabangsa yang disambut antara 15-20 September di Granada, INC (Majlis Kekacang dan Buah-buahan Kering Antarabangsa) menganjurkan simposium "Kekacang dalam Kesihatan dan Penyakit" acara lima penyelidik yang meneraju di dunia telah berkongsi penemuan terbaharu.

Antara data penting yang diketengahkan, kajian PREDIMED bertumpu terhadap bagaimana segenggam kacang setiap hari (15g kacang walnut, 7.5g kacang hazelnut, dan 7.5g kacang badam) mengurangkan insiden penyakit kardiovaskular (infarksi myokardium, angin ahmar dan kematian kardiovaskular) sebanyak 28%.

Dr. Mònica Bulló, penyelidik utama projek EPIRDEM, menyimpulkan pengambilan kacang pistacio secara tetap mempunyai kesan langsung ke atas pengurangan insiden kencing manis jenis 2. Kacang pistacio telah dikaji berkaitan dengan profil lipidnya dan faktor risiko lain untuk penyakit kardiovaskular, agar dapat menilai kesannya ke atas metabolisme glukosa, kerintangan insulin dan risiko kencing manis jenis 2.

Hasil penting daripada kajian epidemiologi untuk kekacang dan kesannya ke atas penyakit kronik telah dibentangkan oleh Profesor Frank Hu, daripada Universiti Harvard, menunjukkan bagaimana peningkatan pengambilan kacang (≥ 5 kali seminggu) dikaitkan dengan pengurangan risiko sebanyak 30% untuk penyakit kardiovaskular.

Linda Tapsell, Profesor di Universiti Wollongong, Australia, telah mengumumkan pengambilan kacang tidak berkaitan dengan peningkatan risiko untuk penambahan berat badan, dan menyarankan kekacang sebagai sebahagian daripada pemakanan bagi mencegah obesiti dan penyakit kronik lain.

Akhirnya, Dr. Sabaté, Profesor Kesihatan Awam di Universiti Loma Linda, California, perintis dalam kajian faedah kesihatan kekacang telah menyimpulkan: "Data epidemiologi menunjukkan penambahan kekacang ke dalam pemakanan mewakili risiko minimum untuk penambahan berat badan dan ini dibuktikan oleh kajian klinikal."

http://www.nutfruit.org

Sumber: INC Majlis Kekacang dan Buah-buahan Kering Antarabangsa

Fouziah Gous, Md Zhafran selamat diijabkabul


Foto ihsan Instagram Fouziah Gous  
Foto ihsan Instagram Fouziah Gous

PELAKON terkenal, Fouziah Gous selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Md Zhafran Md Yusof dengan sekali lafaz tepat jam 9.42 malam tadi.

Fouziah Gous dan Md Zhafran dinikahkan di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Muhd Sujak Mohd Dasuki dengan mas kahwin RM1,112 beserta hantaran berjumlah RM50,000.

Fouziah menerima tujuh dulang hantaran yang berbalas sembilan.

Pasangan ini bertunang Mei lalu.

Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.W Marriot, Putrajaya.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive