UtusanDaily

Saturday, 5 October 2013

KL GANGSTER 2 : Syamsul kata kutipan hari pertama cecah RM1.2juta

KL Gangster 2 Ada Harapan Box Office?

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/KLGangster2dipawagamLA/xpix_gal0.pagespeed.ic.SuWi9TTkrc.webp
Dengar khabar kutipan tayangan hari pertama filem KL Gansgter 2 Berjaya mengutip RM700,000 menurut laporan akhbar Sinar Harian.

Bagaimanapun, hari ini menurut blog gossip artis beautifulnara.com, pengarah filem itu Syamsul Yusof sendiri memaklumkan bahawa kutipan hari pertama mencecah RM1.2 juta. Mana satu yang sahih agaknya ya?

Biarpun berapa kutipan sebenarnya jumlah kedua-dua boleh kita lihat sebagai satu perkembangan positif bagi filem tersebut lebih-lebih lagi selepas filem itu ditimpa konflik akibat cetak rompak.

Beberapa bulan sebelum tayangan pembukaan filem itu di pawagam, terdapat salinan filem itu sudah pun tersebar di internet dan boleh dimuatturun di internet secara percuma dan meluas.

Kami memetik beberapa kata-kata bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam ketika muncul dalam rancangan 9 Soalan terbitan stesen TV9 baru-baru ini yang berharap Syamsul tidak merajuk lama dalam mengarah filem selepas konflik yang berlaku.

Menurut Yusof, Syamsul ialah seorang yang memberikan komitmen tinggi dalam kerja ketika sesi penggambaran jadi beliau tidak hairanlah Syamsul berasa kecewa dan bersedih di atas kejadian yang menimpa filem arahannya itu.

“Biasalah orang muda, Syamsul yang saya tahu dia biasanya memberikan fokus 300 peratus ketika mengarah filem. Filem KL Gangster 2 ini adalah salah satu karya yang paling dia fokus dan beliau sudah bertungkus-lumus selama dua tahun perkara begini terjadi.

“Saya fahamlah apabila dia kecewa sebegini, apapun saya harap Syamsul tidak berdiam diri lama daripada kes ini dan kita berharap gejala cetak rompak akan segera dibanteras kerana sekarang ini mereka sudah terlalu melampau,” kata Yusof dalam program itu.

Menurut ayahnya itu, Syamsul telah melakukan penggambaran filem itu dengan bajet yang melebihi daripada apa yang diperuntukan ayahnya yang juga penerbit kepada filem itu.

Pada awalnya Yusof berkata, filem itu diperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM3 juta untuk diterbitkan tetapi dek kerana idea Syamsul filem itu akhirnya menelan belanja RM4.5 juta untuk menghasilkan filem hebat seperti KL Gangster 2.

Kemungkinan besar, filem KL Gangster 2 bakal mengutip pulangan kutipan tiket box office memecahkan rekod kutipan tiket di pawagam dan Syamsul akan terus menghasilkan filem bermutu tinggi untuk tontonan penggemar filem tempatan.

Thursday, 3 October 2013

Mr Bean sudah peluk agama Islam?

Mr Bean sudah peluk agama Islam?

Rowan Atkinson  
Rowan Atkinson
BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

Wednesday, 2 October 2013

Akhirnya ZAIN SAIDIN hantar rombongan merisik ROZITA CHE WAN

http://i.imgur.com/gD9dzwF.jpg

Teka-teki hubungan pasangan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan akhirnya diketahui apabila satu majlis merisik telah diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Memetik laporan mStar Online, pengurus Che Ta, Afiq memaklumkan majlis telah berlangsung pada jam 3 petang dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” ujar Afiq.

Difahamkan, majlis merisik ini bertemakan adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin telah ditaja oleh Kuntum by Najeeb.

Tuesday, 1 October 2013

Kenapa Arak Memabukkan..??

http://4.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/S-PNErrQzcI/AAAAAAAAO10/MPJq4LvQk2E/s1600/arak.jpg

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Al-Maidah : 90)

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia? Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu), cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 juta. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai "very important and attractive market" dengan melabur sebanyak US$ 20 juta bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 juta liter arak setahun.

Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon, hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol.

Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama?

Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza. Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen dan hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.

Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya.

Beer, Winw, Champagne, Vodka, Whiskey

Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.

Perbuatan minum arak secara "tipu-tipu" dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya.

Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk ke dalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku.....dan gulp.

Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.

Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang "melarut". Sekiranya terdapat anugerah "Paling Terlarut" antara unsur-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.

Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu.."Pemisah Darah dari Otak", atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).

Arak, Jus Anggur dan Tapai

Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi BBB memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori "boleh merentasi Blood Brain Barrier", seterusnya halal dimakan.

Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi BBB mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil "mabuk".

SUMBER : I LUV ISLAM

Benarkah Sebilangan Bandar di Malaysia Akan Tenggelam Pada Tahun 2020?


1

Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global. Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

sumber asal: Facebook

Dadah: Saiful Apek dan 3 lain bebas


Saiful Apek

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya sekali lagi dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret daripada pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, tiga tahun lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun lepas.

Ahmad Solihin membebaskan Saiful Apek dan pekerjanya selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Saiful Apek ketika membela diri berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah membabitkan penggunaan dadah.

"Saya percaya saya telah dianiaya oleh pihak yang dengki dengan kerjaya saya sebagai artis," katanya.

Pelakon itu turut memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak pernah mengambil atau menghisap apa-apa jenis dadah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad, ketika ditemui di luar mahkamah, memaklumkan media pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Saiful Apek berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah yang sekali gus memberi satu harapan baharu buat dirinya. - Bernama

Sunday, 29 September 2013

Dr Mahathir kongsi petua panjang umur

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/mahathir-sunway-university-najjua-tmi-270913_350_236_100.jpg 
"Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya... tapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini berkongsi petua untuk panjang umur iaitu dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, negarawan berusia 88 ini mengaku petua itu memang mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana beliau sendiri terpaksa berusaha habis-habisan untuk makan secara sihat.

"Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja... jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak.

"Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya... tapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," katanya ketika melancarkan program “Walk-A-Mile” di Tasik Titiwangsa.

Secara berjenaka, Dr Mahathir berkata beliau menghadapi masalah untuk mengawal selera makan "kerana terdapat pelbagai jenis makanan enak di negara yang aman ini".

"Sekiranya anda boleh cuba mengawal cara makan anda, anda akan terus kuat pada usia 88 tahun dan berucap (macam saya)," kata beliau serta disambut dengan ketawa oleh para hadirin.

Mereka termasuk isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Yayasan Jantung Malaysia (YJM) Datuk Dr J.S. Sambhi, presiden YJM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan ketua rantau Malaysia/Singapura Nestle Alois Hofbauer.

Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di taman tasik berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung.

Acara itu adalah anjuran bersama YJM dan Nestle Malaysia. – Bernama, 29 September, 2013.

Badan gemuk bukan disebabkan minuman susu




AMALAN meminum satu hingga dua gelas susu pada setiap hari amat digalakkan pakar kesihatan. - Gambar hiasan

SUSU mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin A, kalsium dan zat besi selain dapat menguatkan lagi daya tahan penyakit.

Justeru, susu baik untuk kanak-kanak dan golongan dewasa jika mereka meminumnya.

Namun, terdapat sebahagian orang dewasa yang tidak mahu meminum susu kerana berpendapat minuman itu boleh menyebabkan kegemukan.

Menurut seorang pakar pemakanan dari Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia, Dr. Fiastuti Witjaksono, kerap meminum susu tidak akan membuatkan seseorang itu menjadi gemuk.

“Seseorang itu menjadi gemuk kerana dia mengambil terlalu banyak kalori tetapi bukannya disebabkan meminum susu,” katanya pada satu diskusi kesihatan yang diadakan di Jakarta pada Selasa lalu.

Menurutnya, susu mengandungi kalori sama seperti makanan lain.

Namun, kata Fiastuti, kalori yang terdapat dalam susu atau makanan lain tidak akan mengakibatkan kegemukan jika seseorang itu turut melakukan senaman untuk membakar lemak dalam tubuh badan.

“Misalnya, satu gelas susu mengandungi 122 kalori. Justeru, untuk membakar lemak, kita perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dengan kadar yang laju selama 25 minit.

Dia menggalakkan orang dewasa meminum susu sebanyak satu atau dua gelas sehari demi kebaikan kesihatan mereka.

Hakcipta terpelihara

Nikmatnya tidak berhutang

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

KEWANGAN selepas perkahwinan akan menjadi lebih teratur tanpa pinjaman peribadi untuk mengadakan kenduri besar-besaran. - Gambar hiasan

PERKAHWINAN memang menjadi idaman untuk setiap manusia dengan tujuan memiliki zuriat keturunan dan hidup dalam kebahagiaan.

Maksiat juga dapat dielakkan jika seorang lelaki itu mendirikan rumah tangga.

Situasi yang sama turut dialami oleh Nizam (nama samaran) yang telah berusia 40 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif sebuah syarikat swasta.

Dia telah berkenalan dengan Siti (nama samaran di tempat kerja yang sama) selama dua tahun.

Nizam bersyukur dengan pekerjaannya itu kerana dia juga dapat mengamalkan sifat berjimat-cermat.

Lelaki yang kini mempunyai tiga orang anak itu dapat membeli sebuah kereta Proton Wira secara tunai dan sebuah rumah murah bernilai RM30,000 di Puchong, Selangor.

“Saya makan tidak bermewah-mewah.

“Saya tidak gemar bersosial seperti menonton wayang, melancong dan bermain boling. Kebanyakan pakaian yang saya beli adalah yang terpakai,” katanya ketika di temui di sebuah kedai makan di Puchong baru-baru ini.

Selain tidak merokok, dia juga tidak teruja untuk membeli kereta mahal.

“Gaji bulanannya hanya untuk membayar sewa bilik dan makan. Sejumlah lagi wang daripada gajinya dihantar kepada keluarga di kampung. Selebihnya, saya simpan.

“Syukur hasil amalan berjimat-cermat itu, dalam tempoh sepuluh tahun sahaja, saya mampu membeli sebuah kereta dan rumah.

“Pada waktu malam, saya berniaga burger di flat yang disewa,” katanya.

Kahwin

Disebabkan dia sudah lama mengenali Siti (bukan nama sebenar), Nizam merancang untuk menamatkan zaman bujangnya.

Dia kemudian berjumpa dengan keluarga Siti untuk meluahkan hasratnya.

“Terkejut saya, kerana keluarganya meminta wang hantaran sebanyak RM20,000. Itu belum termasuk kos kenduri dan makanan untuk para tetamu.

“Perkara itu ternyata merunsingkan saya kerana saya tidak mahu membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk berkahwin,” katanya.

NIZAM dapat membeli Proton Wira secara tunai hasil simpanannya. - Gambar hiasan

Menurut Nizam, dia tidak suka berhutang.

“Hutang itu tidak perlu kerana sebaik sahaja perkahwinan, pelbagai perbelanjaan lain yang perlu kita sediakan.

“Lagi pun keperluan seperti rumah dan kereta telah dipenuhi sekali gus tidak mendatangkan masalah buat saya apabila berkeluarga kelak,” katanya.

Nizam terfikir untuk tidak menjadikan Siti sebagai isterinya kerana kos perkahwinan itu.

“Ada masanya, saya terfikir untuk meninggalkan Siti. Tetapi, masih sayangkan dia. Lagi pun, saya tidak pernah melakukan perkara yang tidak baik dengannya,” ujar lelaki tersebut.

Namun, selepas menghadiri satu ceramah di sebuah masjid di Puchong, dia mempunyai pandangan yang berbeza tentang alam perkahwinan.

“Ustaz itu memberitahu, perkahwinan yang paling penting ialah pernikahan selain mengadakan majlis makan hanya sekadar untuk memberitahu jiran-jiran dan keluarga tentang perkahwinan.

“Selain itu, ustaz tersebut juga memuji sikap saya yang tidak membuat pinjaman peribadi yang bakal menyusahkan saya kelak.

“Dia juga meminta saya berbincang dengan keluarga mertua dan menjelaskan kepada mereka tentang tujuan saya untuk berkahwin,” jelas Nizam.

Terima

Menurut lelaki itu, pada mulanya, agak berat untuk ibu mertuanya menerima cadangannya kerana kakak dan abang Siti melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran.

Menurutnya, langkah yang dilakukannya adalah dengan membawa keluarga mertuanya ke kedai makan selain membelikan hadiah kepada mereka.

“Semasa itu, saya cucuk jarum dan menerangkan kepada mereka tujuan saya berkahwin dengan Siti. Saya juga memberitahu, tidak akan mempersia-siakan anak mereka.

“Saya juga memberitahu, saya tidak mahu kehidupan saya dibebani dengan hutang. Syukurlah, selepas beberapa bulan, mereka bersetuju untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran ,” katanya.

Majlis perkahwinan Nizam dan Siti diadakan serba ringkas dengan hantaran hanya RM1,000.

Kini, setelah 15 tahun berkahwin, lelaki itu bersyukur kerana dia telah mempunyai tiga orang anak selain tidak mempunyai bebanan hutang.

“Saya juga dapat menumpukan perhatian untuk membesarkan anak-anak selain dapat mengubah suai rumah.

“Saya juga dapat membeli kereta tanpa berhutang. Sebenarnya, tidak berhutang membuatkan kehidupan kita lebih selesa,” katanya.

Hakcipta terpelihara

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive