UtusanDaily

Friday, 25 October 2013

Diana Amir sah bergelar isteri


Diana Amir  
Dengan sekali lafaz, Diana dan Habib sah bergelar pasangan suami isteri.

PUTRAJAYA - Tanggal 25 Oktober menjadi saksi penyatuan pasangan Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam ini.

Tepat jam 9.30 malam dengan sekali lafaz, pelakon 7 Petala Cinta ini sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.

Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Hadir sama pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo, Heliza, Yatt Hamzah dan Irma Hasmie.

11.8 juta rakyat Malaysia ada akaun FB


Facebook 

KUALA LUMPUR - Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
  
Menurut laporan itu, kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.
  
Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia merupakan pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.
  
Menurut laporan itu, Malaysia merupakan antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.
  
Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit.

Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.
  
Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat.
  
Tambahan pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet.
  
Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial.
  
"Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook," kata laporan itu.

Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.
  
Jelas laporan itu, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi.
  
"Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak US$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding US$64 di Taiwan dan US$24 di Amerika Syarikat," kata laporan itu.
  
PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam operasi harian mereka, kata laporan itu.
  
Laporan itu menambah pada 2010, penembusan jalur lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini.
  
Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya aspek keselamatan dipertingkatkan.
  
Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.  - Bernama

Makan malam punca gastrik

MAKAN MALAM PUNCA GASTRIK

Pada hujung minggu dan cuti umum, ramai di antara kita yang lewat mengambil makan malam.

Jangan terus tidur selepas sampai ke rumah. Makanan yang belum hadam dan masih berada dalam perut, penuh dengan asid.

Jika kita tidur sebelum makanan dihadamkan, makanan yang berasid itu akan naik ke tekak (reflux) ketika kita berbaring.

Ini akan menyebabkan rasa pedih di ulu hati dan ada kalanya menyebabkan pengumpulan kahak dan batuk. Batuk sebegini tidak akan sembuh dengan ubat batuk.

Jika hadir di majlis makan malam yang agak lewat, kurangkan makanan yang berminyak dan pedas.

NOTA KESIHATAN dari http://drzubaidi.com/blog

Disebabkan artis pakai tudung beliau digugurkan dari buat persembahan...

Masyallah Perangai Tak Islamik " Artis yang Pakai Tudung ..
Di Tendang Keluar dari Produksi Filem.


http://ohartis.com/fhoto/ohartis-siti-nordiana-tudung-1.jpg

DIBERITAKAN...

Kadang kala dugaan orang yang dah berhijrah menutup aurat akan bertudung mempunyai dugaan yang tidak diduga. Memetik portal Utusan semalam, Nana atau Siti Nordiana diduga agar dibuka tudungnya ketika sebelum waktu persembahan dimulakan.

Dan akibatnya, Nana 'ditendang' keluar kerana enggan memberikan kerjasama atau berdegil kerana menegakkan iman di dalam dirinya. Baguslah macam itu, membuktikan yang Nana ikhlas dalam menjalankan kewajipan menutup aurat.
"Sebolehnya saya tidak mahu bercerita berhubung perkara inikerana ia bukanlah suatu perkara yang manis tetapi apabila adapihak bertanya, tidak salah rasanya kita berkongsi.

"Perkara ini berlaku pada sambutan Aidilfitri yang lalu di negarajiran, pada mulanya nama saya sudah tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan.

"Tetapi pada waktu tersebut, mereka tidak tahu saya sudah berhijab, jadi beberapa hari sebelum tarikh persembahan mereka meminta saya untuk membuka tudung dan pastinya saya tidak bersetuju dengan permintaan mereka.

"Disebabkan itu juga, nama saya digugurkan pada saat-saat akhir. Saya tidaklah berasa kecewa atau terkilan kerana saya percaya, rezeki ada di mana sahaja dan yang penting adalah usaha kita," -Nana

Thursday, 24 October 2013

Faizal Ismail letak jawatan sebagai penyampai radio Hot FM

FBI letak jawatan sebagai penyampai radio Hot FM

Faizal Ismail  
Faizal Ismail - Foto Ihsan Facebook Faizal Ismail
SHAH ALAM - Mohd Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM.

Perkara ini disahkan di laman mikro Facebooknya.

"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam. Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.

Sementera itu menurut laporan portal hiburan Gua.com, ekoran tindakan FBI yang mengatakan bahawa beliau telah meletak jawatan, ramai yang tertanya apakah benar dia telah berhenti dari Hot FM?

Menurut laporan tersebut juga, ekoran daripada perkhabaran tersebut pihak  pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang peletakan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Bagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."

Berapa RM nilai senyum anda?

ABDUL JALIL ALI

http://2.bp.blogspot.com/-RmOOL5rjte4/TqmZZwLyP1I/AAAAAAAAAHE/FUCC9F5mbxM/s1600/baby_smile.jpg
SENYUMAN, pada hemat saya, adalah satu produk pelancongan. Mari sama-sama banyakkan senyum, mudah-mudahan dapat menarik lebih ramai orang ke tempat kita. Lagi manis senyuman anda, lagi lama tetamu luar bertandang.

Lagi lama mereka berlibur di sini, lagi banyak mereka berbelanja, maka lagi banyaklah fulus masuk. Senyuman, sama seperti kentut, tidak perlu modal walau sesen pun. Baik yang bergigi hatta yang rongak, senyuman tetap menarik.

Ingatlah senyuman satu sedekah, dan sekiranya anda tersenyum, alam keliling bertambah ceria. Jadi, mulai saat ini tidak kita masa dan tempat, teruskan senyuman semanis-manisnya, walaupun harga minyak naik, roti canai naik, burger naik, teh tarik naik.

Perlu diingat hanya dua bulan lagi masuk tahun baru 2014, iaitu Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014). Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangka kita akan mencatat rekod baharu kedatangan 28 juta pelancong asing, membawa RM76 bilion kepada perbendaharaan negara.

Timbalan Perdana Menteri itu mahu selaku tuan rumah kita mesti menawarkan layanan mesra kepada pelancong. “Kita kaya dengan kepelbagaian keunikan budaya dan warisan etnik berbilang kaum, dan ini pasti menjadi tarikan utama pelancong asing,” katanya mengenai TMM 2014 yang bertemakan ‘Celebrating 1Malaysia, Truly Asia’.

Sementara bersetuju betul dengan Muhyiddin bahawa kita mempunyai pelbagai keunikan budaya, saya juga ingin menarik perhatian sesetengah budaya baharu yang mungkin menjadi kejutan kepada pelancong asing.

Pemandu kita meneruskan budaya samseng ketika di jalan raya. Mereka memecut melebihi had laju, bagaikan pelumba profesional Formula-1 di litar Sepang, memotong kenderaan ikut suka hati, membunyikan hon walaupun di kawasan larangan.

Satu lagi budaya haprak pemandu kita ialah membuang apa sahaja sisa dari dalam kenderaan – kotak rokok, pembungkus makanan, tin minuman, hatta lampin bayi. Kalau mereka makan durian dalam kenderaan, kulit durian pun akan dicampakkan dari kereta.

Pemandu teksi kita pula masih dengan budaya cekik darah. Walaupun ada undang-undang dan sudah diberi macam-macam amaran, puntianak dan drakula ini tetap tidak serik menghisap darah penumpang, terutama pelancong asing.

Mereka tidak mahu menggunakan meter, dan mengenakan tambang yang tidak masuk akal. Perjalanan tidak sampai tiga kilometer dari KLCC ke Bukit Bintang dikenakan bayaran RM30. Tambang dari KL – Petaling Jaya kira-kira 15 kilometer boleh mencecah RM50 hingga RM100. Jika menggunakan meter tambang tidak melebihi RM25.

Malah, pernah seorang pelancong dari England dicekik oleh puntianak sundal malam dengan bayaran RM400 untuk teksi dari KL Sentral ke Bukit Bintang, tidak sampai lima kilometer. Ini menjadi berita kira-kira dua tahun lalu. Tidaklah diketahui apakah pemandu teksi berkenaan sudah dihukum!

Satu lagi budaya unik kita ialah pengotor. Tandas awam kita mungkin antara yang paling busuk di planet bumi. Sekiranya pelancong menginap di hotel lima bintang, tandas pun bertaraf bintang-bintang, bersih berkilat sepanjang masa. Sebaik selesai melepaskan hajat, tidak kira ‘currr’ atau ‘preet’, air akan keluar secara automatik membersihkan keadaan.

Tetapi di luar hotel, kebanyakan tandas awam kita, termasuk di masjid dan surau, masih dalam keadaan daif. Nampak sangat orang kita pengotor. Paip tersumbat, singki bocor, lubang tandas penuh dengan tuala wanita, tandas tidak ditarik selepas memancut atau meneran.

Budaya pengotor juga jelas kelihatan setiap kali ada acara di Dataran Merdeka, stadium atau tempat-tempat umum lain. Orang membuang sampah sesuka hati. Sediakanlah tong sampah sebesar mana, mereka masih suka melambakkan sampah di merata tempat.

Dataran Merdeka kerap menjadi lautan sampah, dengan kotak rokok, pembungkus mi goreng mamak, kulit rambutan, kotak minuman, lampin bayi, apa sahaja.

Ini antara budaya tengik yang patut dibuang. Ada lebih kurang dua bulan untuk kita memperbaiki keadaan, sebelum pintu dibuka kepada tetamu asing TMM 2014. Buang semua budaya haprak dan negatif itu. Tunjukkan imej kelas pertama dalam segala hal, bukan ‘first class facility, third class mentality’.

Jamal Abdillah & Rossa Kini Bergelar Datuk

jamal
Tahniah diucapkan kepada penyanyi terkenal, Jamal Abdillah yang telah kurniakan dengan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang yang ke-83. 
 
Turut menerima gelaran sama adalah penyanyi berasal dari Indonesia, Rossa. 
 
Pada Media Hiburan Online sendiri, pemilihan Jamal nyata bertepatan dengan sumbangan dan jasa yang dicurahkan dalam membangunkan industri hiburan selama ini. Tahniah!

Senarai 20 orang selebriti bertudung paling cantik di Malaysia bagi tahun 2013

Berikut adalah senarai 20 orang selebriti yang berpenampilan bertudung paling cantik di Malaysia bagi tahun 2013:

20. Ayu Raudhah (Pelakon)
1

19. Farah AF 2 (Penyanyi/pengacara)
2

18. Ana Raffali ( Penyanyi/komposer)
3

17. Aida Khalida ( Pelakon)
4

16. Farah Asyikin ( Penyanyi)
 5

15. Sharifah Nur( Pengacara)
1

14. Rafidah Ibrahim ( Penyanyi/ Pelakon)
2
 
13. Raja Farah (Pelakon/ Pengacara)
http://1.bp.blogspot.com/-WXfSp4ZO2S8/TkSNhSYRLZI/AAAAAAAADhU/RJL2-FdNLnU/s1600/gambar+terkini+raja+farah+bertudung.jpg

12. Ainan Tasneem ( Penyanyi/ komposer)
1

11. Shila Amzah ( Penyanyi/ komposer)
1
 
10. Irma Hasmie ( Pelakon/ Pengacara)
2
  
9. Natasha Hudson ( Pelakon/ model)
 2

8. Norjuma Habib ( Pengacara)
3

7.  Yatt Hamzah ( Pelakon/ model)
http://3.bp.blogspot.com/-HQOIfscibtE/UUueNpjqJFI/AAAAAAAANvU/5j1mtbYot50/s1600/image.jpg

6. Nurul Syuhada Nurul Ain ( Pengacara)
5
  
5.  Wardina Safiyyah ( Pelakon/ Pengacara)
http://4.bp.blogspot.com/-MLryhXGfMAc/T__reMkKwzI/AAAAAAAAAUQ/kEN6ftSjr3Y/s1600/wardina2.jpg

4. Farah Adeeba ( Pengacara/ Model)
http://www.aminidris.com/ver2/wp-content/uploads/2010/02/17839_107995665883680_100000197412808_207955_766750_n.jpg

3.  Heliza Helmi (Penyanyi)
http://cdn.artis.my/artis.my/wp-content/uploads/2011/01/168076_499866322604_38760492604_6228755_4614752_n-580x388.jpg
 
2. Siti Nurhaliza ( Penyanyi)
http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Dato-Siti-Nurhaliza1.jpg
  
1. Diana Amir ( Pelakon)
http://farm8.staticflickr.com/7376/9351480479_60ae1d32b1_z.jpg

Apakah pendapat anda dengan ‘ranking’ di atas? Adakah anda setuju?

Wednesday, 23 October 2013

Benarkah "SOYA" menyebabkan lelaki mandul..???

Dr Zubaidi Hj Ahmad

SOYA MENYEBABKAN KEMANDULAN LELAKI ...!!

Kalau soya boleh menyebabkan masalah kesuburan lelaki, China dan Indonesia bukanlah negara yang mempunyai rakyat yang ramai. Mereka menggemari soya dalam bentuk tempe dan taufu.

Seorang pelawak melawak "Orang Jawa, sambil-sambil dapat 10 orang anak. kalau betul-betul, boleh dapat 2 dozen anak.."

Memang ada yang mengatakan soya menyebabkan masalah kemandulan lelaki, tetapi hujahnya lemah dan tiada bukti kukuh. Itu hanya andai-andaian dan disebarkan secara "copy and paste"..

Jika dakwaan mereka benar, Indonesia dan China adalah negara yang berpenduduk sangat sedikit.

Wallahu a'lam.

Tuesday, 22 October 2013

Neelofa beli plat KDQ22 pun dah RM6000, kalau hantaran agak-agak berapa ribu?

2
Kami memperoleh sumber dari blog peribadi seseorang mengatakan beliau terpandang senarai pembida nombor plat di JPJ Alor Star, dan beliau terkejut dimana pembida tertinggi untuk nombor plat KDQ22 bernilai RM6000 adalah seorang artis yang terkenal iaitu Neelofa. Samada benar atau tidak kami belum mengesahkannya lagi, cuma bukti di bawah ini sahaja yang kami dapat paparkan buat masa ini.

1

Menariknya diakhir senarai nama nama pemilik yang berjaya memiliki nombor VIP ini aku terpandang satu nama yang agak familiar dan unik, tak lain tak bukan artis yang meletop menjadi kegilaan iaitu Neelofa Binti Mohd Noor..

Blog itu juga turut menyatakan yang Neelofa berjaya membida nombor KDQ 22 dengan harga RM6000 .. Fuhh, boleh tahan juga harga nombor yang Neelofa beli..

Kalau dah nombor cantik mesti letak kat kereta mahalkan? hehe..

p/s: Plat kereta pun dah RM6000, kalau hantaran agak-agak berapa ribu? hihihi..

Noreen Noor bercerita bab 'jenazah' di wall fb sebelum meninggal dunia..

http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2013/10/status-noreen-noor.jpg 

Noreen Noor ada memuat naik status mengenai kisah tentang jenazah disembahyangkan 70,000 malaikat dalam akaun Facebooknya.

Status Noreen itu merujuk kepada kisah bagaimana malaikat memberikan kemuliaan ke atas Muawiyah yang meninggal dunia.

Semasa hidupnya, Jibril memberitahu Rasululllah yang Muawwiyah sering membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan.

Noreen, 54, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada jam 5.50 pagi ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri di sini dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun.

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Km16 Kampung Pulai, Melaka, menurut sumber Terengganu Today.

Filem pertama yang dibintangi Noreen Noor adalah Talak pada tahun 1980, dan antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam serta pernah popular dengan lagunya, ‘Siang Terbayang, Malam merindu‘.

Konflik Syria petanda akhir zaman


Konflik Syria petanda akhir zaman  
Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Pelakon popular 80an, Noreen Noor meninggal dunia

comments
Pelakon popular 80an, Noreen Noor meninggal dunia
AMPANG: Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Monday, 21 October 2013

Diana Amir pun sudah nak kahwin..!!

Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir

Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir  
Diana dan Habib bersama Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar K David Teo.

Diana AmirDiana Amir

PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.

Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.

“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana.

“Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.

Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam.

Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Tidak tahu elok bertanya

Ahmad Baei Jaafar, 17 Okt 2013

http://erikarianto.files.wordpress.com/2008/01/tanya.jpg
Dalam satu majlis sambutan hari raya Aidiladha semalam, pengerusi majlis meminta semua jemputan bertakbir raya. Lalu bergemalah suara takbir pada malam itu. Persoalannya, apakah takbir itu masih disunatkan atau dalam kata lain menjadi sunah Rasulullah atau tidak?

Persoalan ini jika diajukan kepada orang ramai, mereka akan mengatakan bahawa, “Takbir itu perkara, baik takkan tidak disunatkan.” Jawapan lain, “Radio dan televesyen sering menyiarkan takbir itu sehingga 13 Zulhijjah.” Jelas daripada jawapan itu, mereka tidak berlandaskan ilmu yang sebenar. Beramal tanpa ilmu tentulah tidak dinilai oleh Allah.

Sebenarnya, ramai yang terkeliru tentang hukum takbir raya. Memang pada dasarkannya sunat bertakbir sebagai tanda syukur. Tetapi untuk melaksanakannya amalan itu tentu terdapat sunnahnya pula, ada kaedah dan ada tata caranya. Maknanya kalau kita tidak ikut garis panduannya, kita tidak dapat pahala walaupun tidak berdosa. Inilah yang selalu disebut sebagai makruh.

Takbir hari raya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha terbahagi kepada dua jenis; takbir mulsal dan takbir muqaiyad. Lihatlah perbezaan kedua-duanya:

Takbir Muqaiyad: Takbir yang mengiringi solat termasuk solat sunat dan jenazah. Takbir ini terikat dan berkait dengan solat yang dilakukan. Waktunya bermula dari waktu Subuh hari Arafah sehingga sebelum terbenam matahari hari ke 13 Zulhijjah. Walaupun waktunya panjang tetapi masa untuk takbir tidak luas. Maka tidak bolehlah kita bertakbir daripada rumah ke rumah sewaktu ziarah selepas solat hari raya. Tidak bolehlah juga takbir sebagai pembukaan sesuatu majlis untuk jamuan hari raya.

Tetapi untuk hari raya Aidilfitri, masanya hanya selepas masuk 1 Syawal hingga imam mulakan solat Aidilfitri. Maknanya takbir ini amat terhad. Sebab itu sesiapa yang terlepas waktu takbir ini amat besar ruginya.

Takbir Mursal: Takbir yang tidak terikat dengan masa dan tempat, boleh dilakukan dalam keadaan apa juga sekalipun kecuali di dalam tandas. Waktu takbir ini bermula daripada terbenam matahari hari raya; Aidilfitri pada satu Syawal dan Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Berakhir takbir ini pada sebelum imam takbiratul-ihram solat sunat hari raya.

Takbir ini boleh dialunkan bukan sahaja di rumah-rumah yang kita ziarah pada malam raya itu, malah boleh dibaca dalam kenderaan dan sewaktu membeli belah pada malam raya atau pagi raya. Selepas Solat hari raya tidak ada lagi takbir mursal.

Supaya kita tidak terlepas begitu sahaja amalan sunat dan sunnah ini marilah kita baca takbir ini sendiri sewaktu solat sunat dan ikut imam jika kita solat berjemaah. Rugi kalau tidak takbir kerana ganjarannya amat besar.

Sunday, 20 October 2013

Misteri kematian Puteri Diana terjawab?


Puteri Diana 
Puteri Diana
 
SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang  mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.

Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.

"Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).


"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.

Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.

Tinggal momen

Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.

Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.

Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.

Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.

"Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.

"Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive