UtusanDaily

Saturday 21 December 2013

Air mani dalam botol

Sydney: Seorang wanita Australia menyaman seorang pekedai selepas meminum air minuman dalam botol didakwa mengandungi air mani, kata peguam plaintif, di sini semalam.

Pemeriksaan DNA terhadap air dalam botol itu didapati ia sepadan dengan pemilik tempat perniagaan berkenaan.

Alicia Cooper mengemukakan saman terhadap pemilik kedai itu di mahkamah Australia Barat yang tidak lagi menjalankan perniagaan berkenaan.

Laporan media itu disahkan firma perundangan mewakili Cooper, Slater and Gordon.

Antara dakwaan dalam saman itu ialah pemilik kedai sengaja memasukkan air maninya dalam botol itu dan menjualnya.

“Saya tahu sesuatu tidak kena dengan air itu,” kata Cooper yang menuntut pampasan dan belanja perubatan atas tekanan dan kemurungan dialaminya selepas minum air itu.



“Tidak mungkin anda fikir perkara seperti ini boleh berlaku pada diri anda. Ia penghinaan kepada anda,” katanya kepada Fairfax Media.

Sperma pemilik kedai

Selepas Cooper membuat aduan mengenai minuman itu kepada Jabatan Kesihatan di bandar Stirling, satu sampel diambil untuk ujian dan mengesahkan ia mengandungi sperma, lapor Fairfax.

Satu sampel DNA diambil daripada pemilik kedai dan ujiannya sepadan sampel dalam air botol itu.

Peguam berkata, tindakan sivil dikemukakan selepas tiada dakwaan jenayah dikemukakan.

Fairfax memetik polis Australia Barat sebagai berkata, mereka berpendapat, ia bukan satu kesalahan jenayah serius. - AFP

Friday 20 December 2013

Guru wanita, lelaki Pakistan didakwa rakam filem lucah

MELAKA 20 Dis. - Seorang wanita yang merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah di daerah ini bersama seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat rakaman filem lucah.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang bekerja sebagai peniaga membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Mereka berdua didakwa membuat filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini pada pukul 8.30 pagi, 16 November lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM3,000 kepada Lizah namun tiada jaminan dicadangkan oleh pendakwaan terhadap warga asing itu.

Lizah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan hanya dia yang bekerja untuk menanggung enam orang anak.

Muhamad Usman pula merayu supaya dibenarkan ikat jamin kerana perlu menanggung isteri serta keluarganya di Pakistan.

Mohd. Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 manakala Muhamad Usman RM10,000 berserta dua penjamin warga tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Mohd. Firdaus menetapkan 23 Januari depan bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131220/ma_08/Guru-wanita-lelaki-Pakistan-didakwa-rakam-filem-lucah#ixzz2o1lgEP4Q
© Utusan Melayu (M) Bhd

Akaun FB gambar gadis ghairah

Akaun FB gambar gadis ghairah
  Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.

Nazri Aziz tak berkenan dengan Nora Danish

Hubungan Nora Danish dengan Nedim tidak mendapat restu kedua ibu bapa Nedim, lapor portal Berita RTM.

Hingga kini Nora Danish tidak mahu memberi sebarang komen dan lebih bersikap berdiam diri mengenai hala tuju hubungannya dengan Nedim Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Nora Danish hanya berkata dia amat selesa dengan personaliti Nedim yang mana cukup mengambil berat tentang orang sekeliling berbeza dengan penampilan luarannya.

Desas desus timbul sebelum ini mengatakan hubungan baiknya dengan Nedim telah mendapat tentangan daripada kedua-dua ibu-bapa Nedim.

Restu dari ibu-bapa amat pentinglah dalam bercinta, jelas Nora Danish lagi. Sekiranya benar hubungan mereka mendapat tentangan, dia tidak akan berani untuk meneruskan hubungan tersebut.

Thursday 19 December 2013

Tanda-Tanda Ada Gangguan JIN Dalam Rumah



Masakan selalu dan cepat basi ( rosak) . Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.



Selain itu, ini juga 13 tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:

1.Anda selalu rasa tak tenteram bila berada dalam rumah...dan anda sendiri tak tahu apa sebabnya...

2.Bagi orang yang lemah semangat...ia merasa takut berseorangan dalam rumah...tanpa sebab yang munasabah...

3.Selalu terjadi pertengkaran...pergaduhan...atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah......perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar...malah mungkin juga dendam kesumat...



4.Selalu ada orang sakit dalam rumah...samada orang yang sama atau berganti-ganti...samada orang tua...dewasa...atau kanak-kanak......dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan ia dengan gangguan jin...


 5.Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong ...iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu...malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah......atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas...atau bayang serta kelibat-kelibat makhluk aneh......atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela...dan sebagainya...

6.Malah jika lebih berat...semasa didiami manusia pun...berbagai perkara ganjil berlaku...seperti suara berbisik...berbual-bual...atau berbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka...tertutup...bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya diwaktu malam...



7.Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas...terhidu bau busuk atau bau aneh...merasa seram tanpa sebab...malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas...atau berada pada tempat berkenaan......ia sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya...yang menjadi tempat pemujaan jin...walau apa pun tujuannya......atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin...contohnya tangkal...senjata lama...batu...kayu...cincin dan sebagainya...

...kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang...tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil...



8.Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam...walaupun berbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya...suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau...dan sebagainya...



9.Anda sukar tidur diwaktu malam...rasa resah gelisah tanpa sebab...atau selalu terjaga diwaktu malam......atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur...



10.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah...ia mungkin merasa pening...gelisah...takut...malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba......atau pitam...atau rasa diserang sesuatu yang tidak ke-
lihatan...



11.Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan...terutamanya mengerjakan solat...



12.Timbul berbagai masalah antara suami isteri...seperti selalu bertengkar...cemburu buta...atau yang sering terjadi...marah tak tentu pasal pada pasangan...



13.Selalu ada kelibat bayang hitam melintas pada panda ngan ekor mata...atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh...




sumber: facebook, http://carigold.com

Rita Rudaini - Bukan untuk 'maintenance' saya!

Bukan untuk 'maintenance' saya!
Bukan untuk 'maintenance' saya!


“SAYA tak nak komen apa-apa. Mereka tak ada kena mengena dengan saya, dan saya tak perlu ambil tahu perkara berkaitan mereka!".

Begitulah reaksi aktres jelita Rita Rudaini, berhubung berita perkahwinan bekas suaminya, Aidil Zafuan dengan kekasih, Zarema Zainal, yang menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini.

Rita yang ditemui pada malam gala filem Balistik, di e@Curve, malam kelmarin, bagaimanapun tidak keberatan  mengulas mengenai tuntutan nafkah terhadap pemain bola sepak kebangsaan itu, bagi anak-anaknya.

Menurut pelakon Sehangat Asmara ini, kes itu masih berjalan dan dia masih menunggu keputusan positif daripada pihak mahkamah terhadap tuntutan itu.

Aktres ini turut menyangkal dakwaan tindakan meminta bayaran tuntutan nafkah melebihi keperluan kedua anaknya yang dikatakan keterlaluan.  

Menurutnya, tindakannya menuntut sebanyak RM5,000 sebulan itu sangat relevan memandangkan sebelum ini, dia mengorbankan pendapatannya setiap bulan demi anak-anaknya.

“Jumlah tersebut adalah perbelanjaan bulanan saya. Dia (Aidil) tak pernah ambil tahu keperluan itu dan hanya membayar nafkah RM2,000 untuk dua anak kami. Sedangkan semua barang keperluan mahal.

“Masa saya dengan dia, saya yang uruskan hal anak-anak. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu, orang dewasa macam kita pun, minum susu juga.

“Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itu pun saya dah kurangkan tuntutan sepatutnya yang saya minta dari dia. Nasib baik juga saya bekerja,” katanya.

Menafikan dia menuntut nafkah secara eksklusif dan mempunyai selera ‘high maintanance’, Rita menegaskan, dia hanya mahu memberikan yang terbaik untuk kedua anaknya, baginya Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, adalah darah dagingnya, bukan anak tiri atau anak angkat.

“Saya sememangnya mahukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak saya. Mereka darah daging saya. Tentulah banyak benda terbaik yang perlu saya berikan kepada mereka. Termasuklah khidmat hospitaliti terbaik,” katanya yang mengakui memilih hospital swasta berkenaan untuk merawat kesihatan kedua anaknya.

Sebelum ini, Rita dan Aidil pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Namun,  selepas beberapa tahun berdepan dengan konflik rumah tangga, akhirnya pada 3 Ogos lalu Aidil menceraikan Rita dengan talak 1 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Buka butik pakaian

Berkongsi tentang perkembangan terbarunya, Rita berkata, dia baharu sahaja selesai penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda, Ijtihad Cinta.

Pelakon yang mula dikenali dengan filem Mami Jarum Junior ini berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaannya.

“Alhamdulillah perniagaan kosmetik saya semakin mendapat sambutan. Awal Januari depan, ada dua lagi produk yang akan dilancarkan,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan terbaharunya, menurut Rita, dia sedang merancang untuk membuka butik pakaian wanita dan akan memberikan kelainan dalam memilih fabrik yang sesuai untuk wanita masa kini.

“Saya rancang nak buka butik pakaian wanita dan mahu memberikan wanita memilih fesyen terkini dan sesuai dengan mereka,” katanya yang akan muncul menerusi filem Balistik.

Filem yang turut menampilkan Datuk Rosyam Nor dan Adi Putra sebagai teraju utama itu ditayangkan mulai 9 Januari 2014.

Wednesday 18 December 2013

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita PERLU Tahu


Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih
ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Jawatan Kosong.. Muka kerja Tahun Depan 2014

Sekadar share info daripada member ....
Sape2 yg berminat boleh memohon ...... 

GENG!!! Sapa nk kerja boleh la Start tahun depan

# JAWATAN KOSONG 2014 bagi yg berminat!
KELAYAKAN : 1. SPM / SPMV / STPM/Diploma/Ijazah
Sarjana/Master/PhD...
2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN (LEBIH
BERPELUANG)...
KELEBIHAN :
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800-3400
3. Elaun bulanan (Cola&khidmat awam)RM450
4. Elaun penginapan(tugas luar kontinjen) RM300
5.Elaun 24 jam RM 300
6. Uniform(setahun 3x): RM780
7. Dobi(bulanan) RM200
8. Percuma kursus mempertahankan diri (tae kwon do,judo,karate do,muay thai,wushu&silambam)
9. Percuma kursus bahasa mandarin,jepun,korea,thai dan inggeris(2 pilihan sahaja)
10. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit
jawatan dan mengambil ujian khas

*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport pada 7 Januari 2014 di Jabatan
Pertahanan yang berhampiran.

Syarat-syarat kelayakan:Umur 17-28tahun sahaja. (L)ketinggian minima 165cm.(W)ketinggian minima 156cm,bebas dari pengaruh dadah,bebas dari kes polis)Bagi yang berkelayakan
uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan
kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri
60 hari dari surat tawaran jawatan.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN :-
Jawatan:
1. Power Rangers (kuning & hijau sahaja)
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon&Power puff girl (wanita shj)
5. SURIA BAJA HITAM (Cawangan Jepun)
6. AVENGERS (Cawangan Amerika)
7. Kluang man(terhad pada 150 keanggotaan)
8. Cicak man(melayu sahaja)

Tuesday 17 December 2013

Artis jatuh cinta dengan Datuk

Kita sedih mendengar kisah artis wanita popular ini dikaitkan dengan Datuk. Rupa-rupanya menurut rakan rapat mereka, selama ini gosip yang dikaitkan dengan dirinya adalah benar.

Bukan setakat menjalin hubungan dengan Datuk, artis itu memang benar-benar jatuh cinta.

Dia serius dengan hubungan dijalin dan pernah beberapa kali mendesak Datuk itu menikahinya.

Masalahnya, Datuk itu buat perangai.

Sebab dalam diam, sebenarnya dia turut menjalin hubungan dengan artis wanita yang boleh tahan cantik dan seksinya.

Kata rakan rapat artis itu, pada mulanya dia beranggapan Datuk itu benar-benar serius menyayangi dan mencintai dirinya.

Maklumlah sebaik kenal enam bulan, Datuk itu terus membelikannya kereta mewah dan rumah banglo.

Disebabkan perkara itu juga, artis wanita itu seperti yakin dengan hubungan terjalin, tapi sangkaannya meleset apabila Datuk itu hanya pandai menabur janji tetapi belakang cerita lain.

Bak kata pepatah, habis manis, sepah dibuang.

Apabila rasa jelak kerana setiap kali bertemu ditanya bila mereka akan berkahwin, akhirnya Datuk itu putuskan hubungan.

Rupa-rupanya kereta dan rumah diberikan itu berupa perangkap.

Apabila memutuskan hubungan, kereta ditarik balik dan artis itu dihalau keluar dari banglo yang diberi.

Pada kita, apa dilakukan artis itu betul.

Kalau benar sayang dan cinta, ikatlah dengan tali pernikahan.

Bukankah lebih afdal.

Datuk itu pun duda dan bukan berkahwin sehingga perlu berahsia dan banyak masalah untuk mendirikan rumah tangga.

Hendak kata Datuk itu tua pun tidak juga kerana usianya baru mencecah pertengahan 40-an.

Kata orang, masih segak dan sebab itu kita percaya artis itu boleh jatuh cinta.

Namun biasalah, lelaki ada pangkat dan duit selalu mempergunakan orang.

Pada kita, hari ini dia kecewakan orang, esok lusa pasti Datuk itu terkena balik.

Mungkin kerana sikap Datuk itu menyebabkan dia selalu mencari kebahagiaan dengan cara salah.

Menurut teman rapat artis itu, sebenarnya dia bukan orang pertama, malah sebelum ini ramai menjadi mangsa.

Datuk itu juga pandai, selalu memilih mangsa yang baru hendak meningkat naik dan tidak punya ramai kawan sesama artis.

Takut tembelangnya diketahui.

Al fatihah - Azean Irdawaty meninggal dunia

Azean Irdawaty

[DIKEMASKINI] PRIMODANA  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

"Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Alfatihah," katanya.

Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

27th SEA GAMES MYANMAR 2013 - LIVE : MAS vs VIETNAM

Nora Danish Tersinggung 'Tuduhan' Kumpulan Boboi



Nora Danish. Foto P. NATHAN


KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja lawak Mega yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.

"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah.

"Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," katanya.

Nora ditemui pada pelancaran sebagai duta produk Sure White Beauty Plus dan C-Glow Factor di Flora Terrace, di sini pada Isnin.

Selain Nora Danish, juri tetap program itu ialah Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore).

Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik yang menububkan kumpulan Boboi.


Rancangan tersebut disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna.

Tambah pelakon filem Bencinta itu, para peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton.

Bagaimanapun Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.

"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Saya sayangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini.

"Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," ujarnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut.


"Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" soalnya.

Cody Walker dari ‘stuntman’ ke Fast and Furious 7

Cody Walker
Cody (kiri) bersama mendiang, abangnya Paul Walker dalam satu majlis perkahwinan


WATAK utama filem aksi Fast and Furious 7 dilaporkan akan diterajui adik mendiang Paul Walker iaitu Cody Walker.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, Cody, 25, yang juga seorang "stuntman" bakal mengambil alih tugas itu sekaligus menghabiskan pembikinan filem aksi itu bagi menggantikan mendiang abangnya yang meninggal dunia awal bulan ini.

"Pada masa ini, kita sedang berusaha memberi sokongan kepada keluarga terdekat Paul dan keluarag besar Fast and Furious serta dan krew filem lain.

"Pada masa ini, kita merasakan adalah perlu untuk menghentikan seketika pembikinan filem ini untuk suatu tempoh masa tetapi kami memilih untuk terus bergerak ke depan," kata jurucakap Universal Studio.

Tambahnya, Universal Studio juga memahami perasaan peminat terhadap kehilangan Paul.


“Sehingga kini, kita tahu peminat juga turut berkabung bersama kami bagi menghormati pemergian Paul Walker," tambahnya.

Sebelum ini, Paul yang melakonkan watak utama sebagai Brian O'Connor yang dimainkan dalam lima daripada enam filem tersebut.


Paul meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California, awal bulan lalu.

Dalam pada itu, memetik laporan Mail Online, pemilihan Cody dibuat selepas pihak penerbit adakan mesyuarat selepas kematian Paul.

Laporan tersebut dipetik sebagai berkata, pihak penerbitan akhirnya menyedari mereka memerlukan watak yang mempunya rupa mirip Paul untuk menghabiskan filem itu.

"Mereka akan hanya merakamkan daripada arah belakang dan jarak.


"Bagi syot yang memerlukan 'close-up' wajah Paul, pengarah akan menggunakan teknik CGI.

"Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan, tapi pada waktu sekarang, pihak produksi dan keluarga Paul masih berkabung," kata sumber.

Monday 16 December 2013

Akhirnya daun ketum haram

Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan daun ketum

OLEH: Tarikh: December 16, 2013

KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.

"Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun ketum," katanya.

Selain itu katanya, pihak polis juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap suspek kerana mereka yang ditahan atas kesalahan berkaitan daun ketum tidak boleh direman, sebaliknya dibebaskan sementara menunggu didakwa.

Diharapkan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan memantapkan lagi tugas pihak berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum yang pada satu ketika dulu pernah dijadikan ubat tradisional, katanya.

Juanda juga menegaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat selepas mendengar penjelasan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung penggunaan daun ketum.

Ketagihan daun ketum ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu terbabit tetapi juga menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah, kata Juanda lagi. - Bernama

Gambar Bung Mokhtar & Zizie celebrate ulangtahun perkahwinan ke 4








King Jason

salam bro....

ni ada citer pasal bung kinabatangan....yang baru celebrate ulangtahun perkahwinan ke 4 sekejap tadi....

Kalau nak share...tolong hide nama aku...

TQ

Admin - lorh.. dah 4 tahun dengan Zizie rupanya.. macam memerang jer nengoknya.. apa pun.. wish happy go luky la korang ya.

Filem Cina tidak gambarkan Malaysia?

SALAH satu babak filem Ice Kacang Puppy Love, filem Cina tempatan yang berlatarkan sosiobudaya Malaysia.

PERKEMBANGAN industri filem tempatan nampaknya tidak hanya terarah kepada penerbitan filem Melayu semata-mata.

Ketika ini percambahan filem berbahasa lain terutamanya Cina dan Tamil nampaknya semakin meriah sehingga saban tahun jumlah penerbitannya semakin bertambah.

Perkembangan ini merupakan satu keadaan yang sangat baik terutamanya bagi mempelbagaikan penghasilan karya filem tempatan yang bukan hanya filem Melayu.

Bermula 2004, filem indie berjudul The Beautiful Washing Machine menjadi peneraju filem-filem Cina yang dihasilkan di negara ini. Filem Tiger Woohoo yang diterbitkan pada 2010 sudah memberi nafas baru kepada filem Cina tempatan apabila mendapat kutipan sebanyak RM4.2 juta.

Namun dalam perkembangan yang semakin positif dari segi jumlah, sebahagian besar filem Cina terpesong dari segi pengisian apabila tidak menggambarkan filem dari negara ini. Karyawan filem Cina cuba mengasingkan diri daripada budaya setempat dan tidak menggambarkan interaksi kaum seolah-olah terkepung dalam masyarakat Cina sahaja.

Dengan menggunakan bahasa Cina , maka secara langsungnya filem ini tidak interaksi dengan kaum lain khususnya Melayu kerana budaya dan bahasa Melayu menjadi tanda aras budaya Malaysia.

Melalui filem Tiger Woohoo yang menceritakan upacara tarian harimau langsung tidak menampakkan filem tersebut dihasilkan di Malaysia walaupun filem tersebut adalah filem Malaysia.

Begitu juga kecoh seketika baru-baru ini tentang terbitnya filem The New Village yang dilihat mahu mengangkat Cina yang menjadi komunis sebagai wira menuntut kemerdekaan padahal realiti sejarah dan sosial bertentangan dengan filem ini. Di mana orang Melayu dalam The New Village?

PanduanJika ingin menghasilkan filem yang berlatarbelakangkan sosiobudaya Malaysia, penerbit perlu peka supaya filem yang dihasilkan berbeza dengan filem China atau Hong Kong.

Filem Petaling Street Worriors yang ditayangkan pada 2011 misalnya telah menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mirip Hong Kong.

Baru-baru ini, filem arahan pengarah kontroversi Namawee, Kara King juga langsung tidak menampakkan filem ini dihasilkan di Malaysia ditambah pula filem ini turut menggunakan pelakon dari Hong Kong.

Filem Ice Kacang Puppy Love yang telah diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Goden Wau Award baru-baru ini merupakan antara contoh filem Cina yang sedikit sebanyak menonjolkan sosiobudaya masyarakat di Malaysia.

Paling penting filem ini berjaya menjadikan 'ais kacang' sebagai subjek utamanya bagi menyatukan dua hati yang mana ais kacang merupakan simbolik serta kegemaran masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Sekiranya filem-filem yang langsung tidak menggambarkan negara Malaysia ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa, penonton luar akan menganggap Malaysia sama dengan Hong Kong kerana tidak ada kaum lain.

Tidak lama dulu ada pihak tertentu berhasrat untuk menambah jumlah penerbitan filem Cina tempatan. Ini suatu yang mesti diperhalusi baik dan buruknya kerana dengan rangkaian pengedaran filem Cina yang luas, filem ini bukan sahaja ditayangkan di Malaysia malah di seluruh dunia.

Perkara yang dibimbangkan bukanlah pasaran yang luas tetapi nilai dalam filem berkenaan memberikan persepsi serong terhadap negara ini. Karyawan filem Cina harus mengambil contoh filem Cina Singapura yang dihasilkan berbeza daripada filem Hong Kong. Filem Cina Singapura membawa wajah sosiobudaya Singapura walaupun menggunakan bahasa Cina.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131215/hi_09/Filem-Cina-tidak-gambarkan-Malaysia#ixzz2naWcZE7s
© Utusan Melayu (M) Bhd

Atasi masalah perut buncit

KENAIKAN berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Pakar pemakanan berpendapat individu yang memiliki usus besar akan menghadapi masalah untuk menyerap khasiat daripada makanan yang diambil. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih daripada sepatutnya.

Makan lebih banyak serat. Anda mungkin pernah mendengar sebelum ini. Tetapi adakah anda tahu mengapa serat begitu penting untuk kesihatan anda?

Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang. Makanan yang mengandungi serat boleh mengatasi sembelit, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis serta penyakit jantung.

Memilih makanan lazat yang menyediakan serat sebenarnya tidak sukar. Anda hanya perlu mengetahui berapa banyak serat yang anda perlukan, makanan apa yang mengandungi serat dan bagaimana untuk menambah serat dalam makanan seharian dan makanan ringan.

Apakah itu serat?Serat juga dikenali sebagai pelawas atau pukal termasuk semua bahagian makanan pada tumbuhan yang badan anda tidak boleh mencerna atau menyerap. Tidak seperti komponen makanan lain seperti lemak, protein atau karbohidrat, badan anda mampu memecahkan dan menyerap serat yang tidak dicerna oleh badan anda. Ia juga melepasi melalui perut, usus kecil, kolon dan keluar dari tubuh anda.

KelebihanDiet tinggi serat mempunyai banyak manfaat, termasuk:

Menormalkan pergerakan usus

Serat meningkatkan berat dan saiz najis anda selain melembutkannya. Najis besar adalah lebih mudah untuk lulus lalu mengurangkan peluang untuk sembelit. Jika anda mempunyai najis longgar, berair, serat juga boleh membantu mengukuhkan najis kerana ia menyerap air dan menambah pukal kepada najis.

Membantu mengekalkan kesihatan usus

Diet tinggi serat boleh mengurangkan risiko untuk mendapat buasir dan kantung kecil di usus anda (penyakit diverticular ).

Merendahkan tahap kolesterol

Serat larut terdapat dalam kacang, oat, flaxseed dan oat bran boleh membantu jumlah paras kolesterol darah yang lebih rendah dengan mengurangkan lipo protein berketumpatan rendah atau " buruk," paras kolesterol. Kajian juga menunjukkan bahawa serat membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan.

Membantu mengawal tahap gula dalam darah

Bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis, serat larut boleh melambatkan penyerapan gula dan membantu meningkatkan tahap gula dalam darah. Diet sihat yang merangkumi serat larut juga boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.

Membantu dalam mencapai berat badan yang sihat

Makanan tinggi serat biasanya memerlukan lebih banyak masa untuk dikunyah, yang memberi masa badan anda untuk mendaftar apabila anda tidak lagi lapar, jadi anda kurang cenderung untuk makan terlalu banyak. Selain itu, makanan yang tinggi serat cenderung membuat makanan berasa lebih padat dan kenyang yang berpanjangan, jadi perut anda akan rasa penuh bagi masa lebih lama.

Diet tinggi serat juga cenderung untuk menjadi kurang "tenaga padat" bermakna mereka yang mengamalkannya mempunyai kurang kalori walaupun jumlah makanan diambil sama dengan orang lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131124/kn_01/Atasi-masalah-perut-buncit#ixzz2naVtUiYa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kanser payudara vs terapi aprikot vitamin B17

PERCAYA atau tidak, secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 peratus kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.

Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2002 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang kaum wanita.

Faktor penyumbang & langkah pencegahan Kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Para pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta cara hidup. Selain daripada itu, terdapat banyak faktor sampingan yang lain yang perlu dititik-beratkan terutama oleh golongan wanita seperti:

l Jantina (95 peratus lebih tinggi menyerang kaum wanita)

l Umur (lebih kerap berlaku pada lewat 40-an)

l Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko)

l Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih terdedah)

l Pemakanan (Pengambilan minuman beralkohol sangat berisiko)

l Penyusuan (penyusuan bayi boleh merendahkan risiko)

l Berat badan (golongan yang obesiti lebih berisiko tinggi)

Menurut Cancer Research UK, sebanyak 75 peratus kes kanser payudara boleh diubati jika dikesan pada peringkat permulaan fasa. Oleh itu, kaum wanita khususnya perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada payudara mereka kerana ternyata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Terdapat 4 kaedah yang digunakan untuk proses pengesanan. Proses tersebut termasuklah:

l Pemeriksaan sendiri atau Breast Self-Examination (BSE), perlu dilakukan seawal usia 20 tahun.

l Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor dan petugas perubatan yang bertanggungjawab.

l Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas.

l Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun, tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil, maka rawatan seperti biopsi, MRI dan ultrasound boleh dijalankan.

Terapi Pelengkap dan Terapi Alternatif untuk KanserMampukah saya bertahan untuk terus hidup? Persoalaan yang sering bermain difikiran dan semestinya mendatangkan tekanan kepada penderita kanser payudara. Namun tahukah anda bahawa di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai kaedah terapi pelengkap dan alternatif diwujudkan khusus untuk membantu pesakit-pesakit kanser. Berdasarkan buku yang bertajuk

"Understanding Cancer and Complementary Therapies" yang dihasilkan oleh Irish cancer Society, terapi pelengkap boleh digunakan seiring dengan kaedah rawatan konvensional. Ia bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan yang dihadapi selepas rawatan konvensional dijalankan. Antara terapi yang dimaksudkan adalah seperti meditasi, aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga, hipnoterapi dan visualisasi. Namun, terdapat sebahagian daripada penderita kanser lebih mempercayai bahan yang berasaskan alam semula jadi seperti herba-herba dan buah-buahan yang mengandungi agen anti-kanser. Ubatan alternatif sebegini memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit-pesakit kanser untuk memilih kaedah yang dirasakan selamat dan sesuai untuk mereka.

Vitamin B17 Sebagai Langkah AlternatifSalah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Amygdalin atau Vitamin B17. Amygdalin terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Amygdalin diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Seiring dengan terapi Amygdalin, pesakit kanser harus menjaga pemakanan dengan menghapuskan daging, gula dan produk tenusu dalam diet semasa menjalani tempoh rawatan.

Amygdalin terdiri daripada dua molekul glukosa (gula), satu molekul asid hidrosianik (anti-neoplastik), dan satu molekul benzaldehyde (analgesik). Dalam terapi metabolik, amygdalin akan dipecahkan kepada komponen oleh tindakan enzim beta-glucosidase yang bayak terdapat dalam sel-sel kanser. Oleh yang demikian, sianida hanya akan dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan seterusnya akan menyerang kembali sel kanser tersebut. Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal akan memastikan dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida terhalang. Selain itu, enzim rhodanese yang wujud dalam kuantiti yang banyak dalam sel-sel normal juga membantu dalam proses detoksifikasi dengan menukarkan sianida bebas kepada sebatian tiosianat yang akan dikeluarkan melalui air kencing.

Pengambilan terapi Amygdalin ini telah disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM. Beliau mengakui teras biji aprikot mengandungi kandungan amygdalin yang paling tinggi. Beliau juga menggalakkan pengambilan amygdalin dari teras biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini bagi memastikan teras biji aprikot tersebut bebas daripada sebarang unsur negatif seperti bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh membahayakan para pengguna.

Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang mampu merencatkan sel abnormal dan seterusnya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat.

Salah seorang pengamal terapi Vitamin B17 yang bernama Pn. Khairul (56) merupakan penderita kanser payudara, Beliau mengambil aprikot vitamin B17 sebagai rawatan alternatif kanser selama 2 tahun dan mendapati berlaku perubahan yang positif terhadap tahap kesihatan beliau. Benjolan yang terdapat pada payudara beliau semakin menyusut secara perlahan-lahan dan beransur hilang. Semasa menjalani terapi ini, beliau menjaga diet seharian dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan disamping mengelakkan pengambilan daging dan makanan laut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131208/kn_02/Kanser-payudara-vs-terapi-aprikot-vitamin-B17#ixzz2naV9FYmf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday 15 December 2013

Prinsip tangani akses porno - kenapa kerajaan tidak berahi menghalang sepertimana tegas kepada website politik pembangkang


KEJADIAN anak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan melakukan aksi seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun amat meluluhkan perasaan kita.

Apatah lagi, hanya baru dua bulan lepas kita masih belum lagi pulih daripada mendengar berita dua beradik lelaki, masing-masing di tahun 2 dan 4, memaksa rakan mereka yang baru memasuki alam persekolahan iaitu di tahun 1, melakukan seks oral, setelah kanak-kanak lelaki itu menonton aksi sedemikian di laman web lucah di komputer. Amat mengejutkan juga bahawa komputer yang digunakan adalah di makmal komputer sekolah.

Ini turut mengguris parut luka lama mengingati satu kes yang mendapat perhatian ramai di tahun 2001, di mana dilaporkan dua pelajar lelaki sekolah rendah dijumpai melakukan aksi oral seks, dan mereka menceritakan kepada guru bahawa aksi tersebut ditiru daripada sebuah video lucah yang ditonton bersama-sama ibu bapa.

Di mana silap kita?

Terdapat banyak peringkat di mana kita harus memeriksa kembali banyak perkara termasuk sistem pendidikan kita dan ia memerlukan kertas kerja yang panjang. Dalam kesempatan terhad ini, biarlah kita mulakan dengan peranan yang paling penting dan paling mengakar umbi; iaitu peranan ibu bapa.

Menurut kes-kes yang dibentangkan, adalah jelas anak-anak di peringkat sekolah rendah mudah meniru apa yang mereka lihat. Kalau dahulu, televisyen menjadi sumber utama, diikuti dengan lambakan cakera padat (CD) lucah, kini akses melalui talian internet dan telefon pintar menjadi satu sumber yang teramat sukar dikawal.

Klip-klip video pendek melalui laman perkongsian video hiburan seperti Youtube atau Metacafe menjadi rujukan anak-anak. Tambahan pula dengan teknologi terkini melalui perisian Android di telefon pintar, ‘Tablet’ atau ‘Ipad’, memudahkan aplikasi ini dicapai dengan segera.

Ibu bapa harus mengetahui bahawa terdapat apa yang dikatakan sebagai zina mata atau melihat kepada sesuatu yang berunsurkan maksiat. Zina mata atau “lahadhat” bukan hanya sekadar memandang, malah diikuti dengan pandangan selanjutnya.

Ibu bapa dalam hal ini perlu maklum bahawa sebarang bentuk pornografi, yang ditakrifkan sebagai “sebarang bahan yang memaparkan secara jelas alat kelamin atau perlakuan seksual, bagi membangkitkan nafsu syahwat adalah haram.

Budaya Barat cuba mengkategorikan pornografi kepada bentuk soft pornography dan hard pornography sebagai kriteria pengkelasan untuk filem-filem tontonan umum dan untuk tontonan mereka di bawah umur, tetapi bagi kita umat Islam, kedua-dua bentuk itu adalah haram sama sekali.

Hard pornography adalah naskah filem atau klip atau majalah (juga komik) yang secara terang-terangan menggambarkan aksi seksual atau alat kelamin secara nyata.

Yang lebih bermaharajalela di kotak televisyen kita ialah soft pornography atau aksi memberahikan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.

Kategori kedua ini walaupun tidak menunjukkan secara nyata aksi hubungan seksual, tetapi ia turut bertujuan membangkit nafsu syahwat melalui iklan-iklan oleh model yang berpakaian separuh bogel dan video-video klip hiburan yang memaparkan aksi tarian yang menghairahkan.

Saya tidak segan silu mengatakan sebahagian filem-filem tempatan kita dan sesetengah rancangan drama tempatan sudah pun memasuki kategori soft pornography, dan jika tidak dibendung, ia menjadi sesuatu yang diterima norma masyarakat.

Sekiranya ibu bapa dapat mengawal disiplin diri dengan ketat untuk tidak menonton perkara-perkara ini, dan menjadikan rumah kita kawasan larangan dari kemasukan bahan-bahan ini, sebagai contoh mengawal rancangan TV yang kita sendiri tidak wajar tonton, dan tidak membeli CD atau VCD hiburan berbentuk sedemikian,
insya-ALLAH sekurang-kurangnya anak kita tidak terdedah kepada bahaya sedemikian di dalam rumah kita sendiri.

Ingatlah, anak-anak kita masih muda dan umpama tunas yang perlu dijaga sebaiknya. Kajian telah membuktikan bahawa akses kepada bahan pornografi ini membentuk jiwa anak-anak ke arah ketagihan kepada menonton dan seterusnya perlakuan seksual itu sendiri.

Dari segi kejiwaan, anak-anak ini dibelenggu rasa bersalah dan jiwa merasa kacau, tetapi mereka tetap ketagihan. Mereka belum kuat untuk menepis imej-imej yang sentiasa menghantui mereka.


Penulis ialah Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita ISMA

Selepas beri siling 5 sen di tolak, Erma beri pulak duit kertas RM1

Erma Fatima Rabecca Nur Al Islam

Rabecca Nur Al Islam

Perang berakhir, Rabecca enggan kes berlarutan


“SAYA harap apa yang berlaku kepada saya ini akan dijadikan iktibar buat semua,” kata Rabecca Nur Al Islam berhubung kontroversi samannya terhadap pengarah terkenal, Erma Fatima.

Sepanjang dua minggu lalu, Rabecca-Erma telah menjadi perhatian ramai setelah pengarah Diva Popular itu bertindak membayar wang tuntutan berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen berserta senaskhah al-Quran.

Menyifatkan perkara itu satu tindakan tidak profesional, Rabecca memulangkan wang itu dan menuntut Erma membayar dengan cara berhemah.

Bagaimanapun, sekali lagi Rebecca menerima bayaran dalam bentuk yang sama, namun kali ini dengan wang RM1.

Enggan lagi memanjangkan isu tersebut, Rabecca berkata, dia tidak mahu lagi 'peperangannya' dengan pengarah itu terus berlarutan.

Jelas Rabecca, isu samannya terhadap Erma telah selesai setelah dia menerima wang pembayaran yang dituntut melalui kontrak lakonannya menerusi drama Dejavu Di Kinabalu.

"Saya nak ingatkan kepada semua pelakon agar berhati-hati dalam menerima tawaran. Baca dahulu kontrak dan fahami isi kandungan kontrak sebelum menerima sebarang tawaran.

“Sebagai seorang pelakon, kita mestilah tahu hak dan kepentingan kita supaya tiada orang yang akan mengambil jalan mudah menafikan hak kita,” tegasnya.
Wang sudah didermakan

Dalam pada itu, tindakan Rabecca yang mendermakan keseluruhan wang tuntutan dari Erma itu kepada mangsa banjir di negara ini mendapat pujian ramai peminat serta orang ramai yang mengikuti isu saman mereka.

Selain dapat menepis pelbagai persepsi yang dilemparkan padanya sebelum ini, tindakannya itu sekali gus menaikkan imejnya sebagai selebriti.

“Saya dah tak nak komen tentang perkara ini. Saya anggap ia sudah selesai.

“Untuk tidak terus memanjangkan lagi kes ini, saya sudah mendermakan wang itu kepada yang lebih memerlukan," katanya.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama ‘Dejavu Di Kinabalu’ sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Tahniah !! Siti Nurhaliza jadi nenek

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza


DATUK Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, telah pun selamat menimang cucu pertama mereka, pada Khamis lalu.

Berita itu telah dikongsikan oleh besan mereka, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin menerusi laman Twitter beliau.

Diberi nama Ayden, bayi tersebut merupakan hasil perkahwinan anak mereka, Anas Zawawi dan Nasha Alyssa pada Disember tahun lalu.

Apa pun, tahniah kepada Siti yang sudah bergelar nenek!

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive