Buat julung kalinya, konsert teaterikal Suara Kita yang menggandingkan tiga penyanyi popular Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac 2014 ini.

Pementasan berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu 'box office' sekitar dekad 90-an tentunya tidak akan dilepaskan oleh peminat yang membesar dengan seleksi lagu-lagu 'evergreen' dari filem lakonan tiga bintang hebat ini.

Tiket-tiket untuk konsert ini sudah boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya pada harga RM79, RM149, RM199, RM249, RM299, RM349, RM399 dan RM 499.

Selain itu, pihak penerbitan Awie Entertainment Sdn Bhd juga menawarkan promosi pra jualan dengan potongan 10% yang hanya sah pada tarikh 15 Januari sehingga 31 Januari 2014.

Selain itu, pembeli tiket berharga RM399 dan RM499 turut layak untuk mendapat jemputan ke majlis jamuan dan beramah mesra bersama artis yang terlibat pada 9 Mac 2014, jam 9.00 malam dengan bayaran tambahan sebanyak RM150. Peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.