UtusanDaily

Thursday 9 January 2014

Tak Terfikir dek akal, penculik mintak wang tebusan RM51juta..

Polis Singapura tahan dua lelaki berhubung kes culik babitkan wang tebusan RM51 juta

SINGAPURA - Polis Singapura menahan dua lelaki, masing-masing berumur 41 dan 50 tahun, dalam tempoh 12 jam selepas laporan dibuat berhubung satu kes penculikan.

Pada 2.13 petang Rabu, seorang lelaki berusia 52 tahun membuat laporan polis menyatakan dia menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang menuntut dia membayar wang tebusan dolar Singapura 20 juta (RM51 juta) untuk pembebasan ibunya berumur 79 tahun.

Ibu lelaki itu kali terakhir dilihat di sekitar Hougang, di sini pada Rabu pagi.

Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Risikan Polis segera bertindak dan mengadakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti di mana wanita itu berada selain menjejak suspek.

Menjelang tengah malam, atas arahan penculik, lelaki itu meletakkan sebuah beg berisi wang tunai dolar Singapura 2 juta (RM5.16 juta) di Sembawang Park dan beredar dari situ.

Penculik kemudian membebaskan mangsa di kawasan Seletar West Camp awal pagi Khamis.

Selepas memastikan keselamatan mangsa, polis meneruskan operasi mereka dan kedua-dua suspek ditahan di sekitar Hougang dan Ang Mo Kio dalam masa 12 jam selepas laporan dibuat.

Polis turut memperoleh semula dolar Singapura 2 juta yang dibayar sebagai wang tebusan.

Kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah pada Jumaat. - Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz2pur3yPkj
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive