UtusanDaily

Monday 20 January 2014

Wanita ditipu kekasih

RAUB - Seorang wanita berbangsa India berusia lingkungan 30an mendakwa ditipu kekasihnya yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak Mac 2011.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada bulan yang sama, kekasihnya yang juga berbangsa India dan berusia lingkungan 30an telah menemui keluarga mangsa di sini untuk mengajaknya berkahwin.

"Dalam pertemuan terbabit, suspek telah meminta barang kemas mangsa yang disimpan ibu bapa mangsa untuk dilebur dan diperbaharui.

"Suspek berjanji untuk memulangkan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM15,000 itu pada September 2011 untuk majlis perkahwinan mereka," katanya.

Tambahnya, sekitar Mei 2011, mangsa telah meminta alamat kekasihnya itu untuk mengepos kad jemputan perkahwinan adiknya bagaimanapun kad terbabit dikembalikan kerana alamat yang diberi tidak sah.

Mangsa kemudiannya menyedari bahawa dia telah ditipu kekasihnya lalu menghubungi suspek untuk memulangkan kembali barang kemasnya namun suspek enggan.

"Pada Februari 2012 kekasihnya telah berkahwin dengan perempuan lain dan mendakwa barang kemas tersebut telah diguna pakai oleh isteri suspek," katanya.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis pada 2 Januari lalu kerana merasakan telah ditipu oleh suspek.

Kes disiasat oleh Inspektor Fadli Zil Ikram Adzmi di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh di penjara selama tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive