UtusanDaily

Sunday 9 February 2014

Akhirnya RAHIM disingkirkan dari SEPAHTU selepas Maharajalawak Mega berakhir



Sepahtu bergelar juara program Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

SHAH ALAM: Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.

Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.

"Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini.

"Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan," katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Sepahtu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim.

Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah dijelaskan dengan perkara tersebut sebelum menyertai kumpulan tersebut.

"Saya sudah dijelaskan awal-awal tentang perkara ini oleh pihak Astro. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu yang akhirnya membawa nama saya sebaris dengan mereka.

"Bagi saya, tidak ada perasaan kecil hati atau terasa kerana tidak bersama Sepahtu selepas ini," katanya.

Sementara itu, mengulas tentag kejayaan tersebut, Jepp berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada sokongan kuat daripada peminat-peminat mereka.

Jelasnya, mereka akan mengadakan jamuan bagi meraikan kejayaan tersebut dan membalas jasa peminat.

"Kami sangat terharu dengan sokongan peminat, ada yang sanggup mengadakan kenduri sebelum hari pertandingan ini untuk mendoakan kemenangan kami.

"Kami menghargai sokongan mereka dan Insya-Allah kita akan adakan jamuan untuk membalas sokongan mereka," ujarnya.

Kumpulan Sepahtu diumum sebagai juara MLM2013 dengan menewaskan empat peserta lain iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive