UtusanDaily

Saturday 15 February 2014

Beckham, Victoria hadir Anugerah Laureus di KL

DAVID Beckham dikatakan telah mengesahkan untuk berada di Kuala Lumpur bersama Victoria bagi menghadiri majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 pada 26 Mac depan.

KUALA LUMPUR - Selebriti sukan terkenal, David Beckham dikatakan telah mengesahkan kehadiran untuk majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014 yang bakal diadakan di ibu negara bulan depan.

Menurut berita yang tersebar meluas di internet, Beckham akan hadir bersama isterinya Victoria, bekas penyanyi kumpulan pop terkenal Britain, Spice Girls untuk majlis anugerah yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 26 Mac itu.

Bekas bintang bola sepak England, Manchester United dan Real Madrid itu pernah beberapa kali ke Malaysia sebelum ini, sama ada bersama kelabnya atau memenuhi tuntutan penaja.

Kuala Lumpur menjadi negara Asia Tenggara pertama diberi penghormatan menjadi tuan rumah Anugerah Sukan Dunia Laureus, anugerah berprestij yang menghimpunkan ramai bintang sukan terkemuka.

Antara tokoh sukan terulung yang pernah dinobat sebagai pemenang dalam 14 edisi anugerah terdahulu termasuklah dua jagoan olahraga dunia, Usain Bolt (Jamaica) dan Sebastian Coe (England), selain Novak Djokovic (tenis), Roger Federer (tenis), Alex Ferguson (bola sepak), Lewis Hamilton (Formula Satu) dan Kelly Holmes (olahraga).

Bintang lain yang pernah menerima anugerah berprestij itu ialah Rafael Nadal (tenis), Pele (bola sepak), Steve Redgrave (mendayung), Ronaldo (bola sepak), Michael Schumacher (Formula Satu), Kelly Slater (luncur air), Shaun White (luncur salji), Serena Williams (tenis) dan Zinedine Zidane (bola sepak).

Selain Beckham dan Victoria, antara tetamu kehormat lain yang bakal menghadiri edisi ke-15 anugerah itu termasuklah Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Putera Albert dari Monaco serta pelakon terkemuka seperti Sean Connery, Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones, Morgan Freeman, Teri Hatcher, Eva Longoria, Gwyneth Paltrow serta Kevin Spacey.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive