UtusanDaily

Monday 3 March 2014

Isu Erra berpeluk dengan Awie dalam teater di tegur peminat

Erra, Awie, Erma kenapa begitu?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgijs3_7naD9AKCesYj0m3Q1M4PKE5MeglKRYPoG1kM4KJ6up1AdcuKe3R2alASZMP9HK1FwC1lpOgwFiH4vE7hBdUuTTSc5uN3qquODhbEaOxLf-_EZUdte6aTzWC7UQztocaqufoJLMd4/s1600/erra+awie+ziana.jpg
RAMAI yang tersinggung dan marah apabila penyanyi dan pelakon Erra Fazira yang baru beberapa hari bercerai melakonkan babak berpeluk dengan Awie semasa latihan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya (IB) baru-baru ini.

Awie adalah bekas kekasih Erra tetapi isunya di sini bukanlah sama ada kekasih atau tidak. Kelakuan Erra pada babak itu dianggap melampaui batas, tambahan pula dia baru sahaja bercerai dan masih dalam edah.

Nampaknya fenomena adegan yang bertentangan dengan norma agama, budaya dan sosial ini mulai berjangkit ke pentas teater selepas dianggap menjadi suatu perkara biasa dalam filem Melayu.

Isu Erra berpeluk dengan Awie memperlihatkan sesetengah pihak membelakangkan nilai agama dan sosial untuk memberikan hiburan yang meruntuhkan akhlak penonton.

Orang yang bertanggungjawab membuat babak itu adalah pengarah konsert Erma Fatima yang selalu dianggap sebagai pengarah drama Islamik. Tetapi apabila banyak pihak mengkritik babak itu dalam media baru-baru ini, Erma terpaksa mengubah dan mengurangkan babak melampau antara Erra dan Awie. Tetapi Erma ternyata melakukan dengan berat hati kerana sejak awal lagi dia mahu membuat babak berpeluk itu sama seperti di dalam filem lakonan Erra dan Awie.

Kita boleh sahaja menyalahkan Erra kerana sanggup berbuat demikian sekaligus menyinggung wanita Islam yang lain seolah-olah itulah yang dilakukan tanpa mengambil kira sensitiviti agama dan budaya. Tetapi Erma sebenarnya yang mencetuskan supaya kedua-dua pelakon ini dibonekakan untuk menarik penonton ke konsert itu nanti.

Penonton sebenarnya bukanlah ekstrem sangat menghalang Erra membuat konsert dengan lelaki atau berlakon di pentas dengan lelaki. Tetapi masyarakat kesal kerana Erra tidak menjaga maruahnya sendiri dengan membiarkan diperalatkan sedemikian rupa.

Selepas ini golongan artis jangan menyalahkan masyarakat kalau mempunyai persepsi serong terhadap mereka. Buktinya lihatlah Erra dengan Awie seolah-olah diberi lesen untuk melakonkan babak memalukan di depan khalayak.

Miss J juga tertanya-tanya dengan Erma Fatima. Kenapalah pengarah yang seorang ini suka sangat buat perkara-perkara yang bertentangan dengan agama padahal dia banyak mengarah drama-drama yang kononnya Islamik di TV AlHijrah.

Miss J mendapat tahu Erma adalah antara pengarah yang diberi keistimewaan oleh TV AlHijrah. Berlambak-lambak drama ‘Ismalik’nya di stesen itu.

Kalau beginilah yang ditunjukkan oleh Erma Fatima yang seolah-olah mempersendakan agama dengan mencetuskan babak Erra berpeluk dengan Awie, Miss J fikir Erma tidak layak untuk mengarah drama-drama yang bercorak Islamik. Malah Miss J fikir drama-drama yang dibuat untuk TV yang berkonsep Islam ini semata-mata untuk mencari makan.

Miss J sekadar menasihatkan Erra dan Awie, berpada-padalah. Kepada Awie pula tak payahlah menganggap Erra bersikap profesional. Berpeluk bukanlah tanda seorang itu profesional.

Kalau begitulah kefahaman pelakon kita tentang definisi profesional, tak nak cakap lagilah. Awie dan Erra, kita hidup ini bukanlah bebas melakukan semua yang kita mahu. Kita ada batas agama, budaya dan sosial. Batas-batas ini tidak dikecualikan kepada sesiapa termasuklah artis. Ingat itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140302/hi_03/Erra-Awie-Erma-kenapa-begitu#ixzz2utSXoTQ3
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive