UtusanDaily

Monday 28 April 2014

Akhirnya Fara Fauzana dedah punca sebenar mengapa beliau bertudung

Fara Fauzana Bertudung-2

Kecoh juga media sosial dengan penyebaran gambar pelakon dan penyampai radio Hot FM,Fara Fauzana kini tampil berselendang. Imej barunya itu ternyata mendapat perhatian dan pujian dari rakan dan juga peminatnya. Penampilannya itu menimbulkan pertanyaan segelintir pihak. Adakah Fara bakal berhijab sepenuhnya? Apa yang membuatkan Fara berubah?

Menerusi laporan Kosmo!, Fara pada mulanya seperti keberatan untuk bercerita dan lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri kerana Fara Fauzana Bertudung-2bimbang dengan persepsi orang ramai yang berbeza. Mengakui dirinya masih belum lagi berhijab sepenuhnya sekarang ini, namun Fara tidak menafikan bahawa dia memang sudah ke arah untuk tampil dengan gaya seorang Muslimah.

“Sebenarnya agak sukar dan tidak tahu untuk memberikan komen berhubung perkara ini. Tidak dinafikan saya sudah mula memakai selendang sejak bulan lalu tetapi belum berhijab sepenuhnya lagi. Cuma, niat untuk berhijab itu sudah lama tertanam dalam diri dan memandangkan pada usia yang sudah mencecah 34 tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk saya melakukan perubahan.”

“Saya sendiri tidak tahu bila ia akan berlaku dan kini memang saya berasa selesa dengan berselendang tetapi kalau ada yang bertanya saya cuma cakap doakanlah yang terbaik untuk diri saya. Kalau ada mana-mana pihak yang mahu mengkritik terhadap penampilan saya sekarang ini, saya memang tidak kisah kerana diri ini sudah lali dengan sebarang kritikan.”

“Tidak dinafikan yang ia serba sedikit dapat mengubah karakter saya seperti percakapan dan perasaan. Misalnya, kini saya dapat mengawal kesabaran dan kemarahan saya. Selain itu, bos di tempat saya bekerja dan rakan-rakan penyampai juga banyak memberikan sokongan kepada saya terhadap perubahan ini.”

Fara juga menafikan faktor teman lelaki atau ingin berkahwin membuatkan dia berubah. Jelas Fara, sehingga kini dia belum ada calon yang sesuai lagi. Fara juga berkata dia akan kekal dengan imej berselendang dalam mana-mana majlis termasuklah dalam program Nona.

“Sudah tentu ia merupakan perkara yang tidak benar kerana seperti yang saya katakan, memang sudah lama saya berniat untuk berhijab. Lagipun buat masa ini saya belum ada calon yang sesuai lagi, tidak menolak sekiranya jodoh itu datang dalam masa terdekat ini. Secara jujurnya saya akan terus kekal dengan penampilan sebegini, contohnya ketika muncul dalam rancangan Nona. Namun begitu, saya tidaklah mempunyai banyak koleksi selendang sekarang ini.”

Fuh, belum ada calon yang sesuai lagi yer. Agaknya calon yang macam mana yang dicari oleh Fara? Apapun, sama-sama kita doakan agar beliau bertudung dan cepat dapat jodoh. Insya ALLAH…

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive