UtusanDaily

Tuesday 8 April 2014

Berapa lama waris MH370 perlu tunggu?

DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

http://static.guim.co.uk/sys-images/Guardian/Pix/audio/video/2014/3/14/1394793565703/MH370-tributes-010.jpg
Selain kita terus berdoa agar mereka yang ditimpa musibah selamat dan mampu ulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Isu ini mesti diperbincangkan bagi menjelaskan kedudukan hubungan suami-isteri dan pemilikan harta orang yang hilang.

Mazhab Hanafi ada pelbagai pandangan berkenaan tempoh perlu tunggu, yang paling relevan saya lihat adalah pandangan kelima mereka iaitu tempoh ditentukan oleh kadi menurut ghalib zan (atau kebarangkalian yang paling tinggi). (Syarah Fath Al-Qadir, 5/374)

Mazhab Maliki mempunyai pelbagai pandangan, antaranya yang menyatakan perlu ditunggu hingga 4 tahun. Selepas 4 tahun tanpa sebarang berita dan jawapan, isteri akan bermula iddah 4 bulan 10 hari.

Asas ijtihad ini adalah dari keputusan Khalifah Umar al-Khattab bagi kes kehilangan seseorang di sesebuah negara Islam bukan di musim waba’. Ini bermakna 4 tahun itu berlalu pada musim sihat tanpa bencana. Ketetapan khalifah Umar ini juga dinyatakan oleh para ulama disokong oleh sahabat-sahabat lain sehingga Ibn Qudamah mengganggapnya ijmak sahabat. Menurut Imam Ibn Hajar, pandangan ini juga disokong oleh Al-Zuhri yang mensibahkanya kepada Umar, Ibn Abs, Uthman Affan, Ibn Mas’ud, Ibn Umar RA dan ulama besar tabi’en seperti Al-Nakha’ie, Ato’ ibn Rabah, Makhul dan Al-Sya’bi.

Pun begitu, kesahihan ijmak dipertikaikan kerana terdapat riwayat yang menunjukkan sahabat besar seperti Ali bin Abi Talib RA tidak sependapat.

Jika ingin digunakpakai untuk kes MH370 mungkin boleh dipertikai kerana kehilangan pesawat yang melebihi tempoh biasa tanpa sebarang perhubungan pada zaman mudahnya perhubungan boleh dianggap seperti kehilangan di zaman waba’.

Antara sebab perlu dibincang hal ini adalah:-

1. WANITA

Wanita atau isteri mungkin berganda deritanya, pertama, derita hasil kesedihan kerana kehilangan insan yang dikasihinya, ditambah lagi derita hidup tanpa suami dan seolah tergantung tanpa tahu bilakah kesudahannya.

2. HARTA

Dibincang juga oleh ulama, mudarat ke atas isteri atau anak-anak apabila ditinggakan tanpa nafkah zahir dan belanja, tambahan pula tidak boleh membahagikan harta peninggalan mangsa kerana belum disahkan kematian. Justeru, ketetapan untuk menentukan penantian sehingga tempoh bila adalah sangat penting.

IJTIHAD SILAM DAN MODEN

Terdapat tidak sedikit ulama kontemporari yang melihat ijtihad dan pendapat ulama silam termasuk para sahabat seperti Khalifah Umar RA adalah berdasarkan kepada situasi dan keadaan alatan perhubungan dan komunikasi di waktu itu. Contohnya dalam perbincangan Kesatuan Fiqh Sedunia, Prof. Dr Abd Naseer Abul Basal:

“Aku melihat, ketetapan yang kuat adalah (kuasa) diberikan kepada pemerintah untuk memilih pendapat ini iaitu memisahkan (perkahwinan) kerana mengelak kemudaratan dari wanita, itu dengan syarat setelah lesu dan habis teknik moden untuk mencarinya, oleh itu, aku melihat kadi boleh diberikan kuasa memutuskan (ikatan pekahwinan)."

Prof. Dr Abdullah Al-Rukban menyatakan:

Apa yang disebut berkenaan athar para sahabat dan perbezaan ijtihad para ulama, aku menggangap sekiranya mereka hidup pada zaman ini pasti akan ditukar pendapat mereka kerana melihat pengangkutan, perhubungan dan komunikasi pada zaman ini pastinya banyak ketetapan akan berubah. Yang ditunjukkan bahawa Umar al-Khattab menetapkan empat tahun, ketetapan darinya adalah untuk memastikan wanita itu benar-benar telah bersih dari benih suaminya (yang hilang), perkara ini (menunggu empat tahun) tidak lagi dianggap wajib pada zaman ini kerana banyak teknik moden makmal yang boleh mengenalpasti hal ini (dengan lebih cepat).

Setelah berbincang panjang dan meneltii semua dalil dan pendapat silam dan moden, keputusan Al-Majma’ Al-Fiqh Al-Islami di bawah Rabitah al-‘Alam al-Islami dalam persidangan mereka yang ke-21 bertempat di Mekah al-Mukarramah pada 8 – 12 Dis 2012 memutuskan dalam hal "Tempoh Penantian Orang Hilang":

Hendaklah ditunggu yang hilang, tidak dihukum matinya orang yang hilang sehingga sabit (sesuatu bukti) yang menunjukkan keadaannya mati atau hidup.

Tempoh penantian ditentukan oleh kadi (pemerintah yang berwajib) yang mana mesti TIDAK KURANG dari 1 tahun dan TIDAK LEBIH dari 4 tahun dari tarikh hilangnya. Dan diusahakan pencarian dan perhubungan menggunakan alatan moden. Setiap situasi dan perubahan keadaan mestilah diambil kira.

Kedua: Selepas tamatnya tempoh (penantian), kadi boleh memutuskan bahawa orang yang hilang telah meninggal dan boleh dibahagikan harta peninggalannya (menurut hukum faraid), dan isterinya bermula iddah dan terpakai lain-lain urusan kematian.

Ketiga: Bagi seorang isteri, jika sangat termudharat disebabkan tempoh penantian suaminya yang hilang, diharuskan membawa kesnya kepada kadi bagi memohon pemisahan dengan suaminya yang hilang (lebih cepat dari tempoh 1 tahun)

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive