UtusanDaily

Wednesday 14 May 2014

Kelaku Rakyat Malaysia semakin pelik, hidu najis lembu, ayam, kambing untuk lepas gian

Miri: Kerajaan sedang meneliti model undang-undang yang dilaksanakan oleh Thailand dan Singapura berkaitan penyalahgunaan gam dan bahan lain yang boleh membahayakan kesihatan individu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini bagi memastikan pelaksanaan undang-undang sedemikian di negara ini memenuhi matlamat tanpa menjejaskan aspek lain terutama ekonomi.

Walaupun cadangan mengharamkan hidu gam ini sudah lama diutarakan iaitu sejak awal 1990-an, pelaksanaannya masih tertangguh kerana kerajaan perlu meneliti pelbagai aspek memandangkan penggunaan domestik yang tinggi, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Judi dalam talian

Wan Junaidi berkata, kajian mendapati gam digunakan dalam lebih 500 bahan domestik yang diguna seharian.

Selain itu, kerajaan mengambil kira aspek lain iaitu sudah ada kecenderungan menghidu najis seperti najis kambing, lembu dan ayam, katanya.

Ditanya mengenai judi dalam talian yang semakin membimbangkan di Sarawak, Wan Junaidi berkata, polis sedang melaksanakan operasi besar-besaran di seluruh negeri.
Kebanyakan yang terbabit ialah remaja termasuk yang masih bersekolah, katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mempertimbangkan sama ada menaik taraf bangunan Balai Polis Pusat Miri yang sudah beroperasi selama 61 tahun atau membina bangunan baharu.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive