UtusanDaily

Friday 29 August 2014

Bahaya makan ubat demam habis tarikh luput...!!

Dua beradik tersalah makan ubat demam

KOTA BHARU - Dua beradik dikejarkan ke hospital selepas dipercayai tersalah makan ubat demam lama yang tersimpan di dalam peti sejuk rumah mereka di Kedai Lalat, di sini Selasa lalu.

Mangsa, Wan Muhammad Dhuha Wan Muhammad Azizi, 5, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak dua hari lalu dan mula sedar kira-kira 3 petang semalam.

Sementara itu, adiknya, Wan Nor Rahai, 2, ditempatkan di Unit Rawatan Khas (HDU) hospital sama.

Bapa mangsa, Wan Muhammad Azizi Wan Dollah, 33, berkata, kedua-dua anaknya demam selesema sejak beberapa hari lalu sebelum ibunya menyuapkan mereka sejenis ubat cecair yang tersimpan dalam peti sejuk untuk meredakan suhu badan mereka.

“Isteri saya sebenarnya tidak pasti ubat siapa yang diberikan kepada mereka kerana label pada botolnya sudah lusuh,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini, semalam.

Wan Muhammad Azizi yang juga pekerja kuari berkata, Wan Muhammad Dhuha diberi minum lima milimiter (ml) manakala adiknya empat ml, namun demam dialami tidak reda memaksa mereka dibawa ke klinik.

“Ketika sedang menunggu giliran, Wan Nor Rahai tiba-tiba menggelupur sebelum tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian, abangnya turut mengalami keadaan sama,” katanya yang tidak menyangka nyawa dua anak mereka hampir diragut gara-gara sebotol ubat yang disimpan dalam peti sejuk.

“Alhamdulillah, Wan Muhammad Dhuha sudah mula sedar sejak jam 3 petang ini. Adiknya pula masih belum sedar namun doktor memaklumkan kepada kami keadaannya tidak lagi kritikal dan kedua-duanya kini stabil,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Wan Muhammad Azizi telah menyerahkan botol ubat berkenaan kepada HUSM untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive