UtusanDaily

Friday 5 September 2014

Buang tabiat pemanduan menjelikkan!

Buang tabiat pemanduan menjelikkan!
JUMLAH kenderaan di jalan raya di negara ini semakin meningkat. Kita biasa dengar perumpamaan, 'banyak orang, banyak ragam'.

Namun jika semua memandu secara berhemah, pastinya memudahkan kelancaran trafik. Namun dalam tidak sedar, pasti ada kalangan kita yang mempunyai tabiat pemanduan yang salah. Awas... jangan sampai tabiat pemanduan itu menimbulkan rasa jelik hingga menerima tempelak pemandu lain... 

1- Pemanduan 'siput babi' - Ia biasa berlaku. Harus kerap pandang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Jangan syok sendiri. Jika jalan ada dua lorong, tetapi kenderaan dipandu perlahan di lorong kanan mengalahkan siput babi, sudah pasti mengundang masalah kepada pemandu hendak membawa laju. Bayangkan jika pemandu di belakang sedang 'sedap' tekan minyak, pasti boleh mengundang kemalangan jika tidak sempat membrek.

Kepada pemandu di belakang yang hendak memotong pula anda boleh memberikan isyarat lampu tinggi (highbeam), kerana mungkin pemandu di lorong kanan yang pandu perlahan sedang berangan. Namun jangan pula melebihi had laju dibenarkan.  
 
2- Tak reti bagi signal - Pemandu ini sama ada malas atau memang sayangkan alam sekitar sehingga nak bagi signal pun tak sanggup. Cahaya dan lampu signal pun dirasakan boleh menjejaskan alam sekitar. Sikap sebegini boleh menyakitkan hati pemandu lain.
  
Pastinya ramai mengakui, biasanya akan hampir sahaja undang kemalangan akibat sikap sesetengah pemandu yang tak tahu bagi signal.

Nak masuk simpang, memotong terus sahaja masuk tanpa bagi signal, mengalahkan pelumba profesional.

Lelaki dan perempuan sama sahaja bersikap sebegini. Namun janganlah diamalkan. Bukan susah beri signal.

Namun jangan pasang signal cara melulu, tetapi hanya bila tiba masanya.
 
Jangan marah ya penunggang motosikal..namun biasanya hampir satu kilometer kita di belakangnya, penunggang motosikal masih tak belok. Dalam hati kita berkata, 'signal dia sakit barangkali'.

3- Makan 'jalan' - Kadangkala kenderaan dipandu adalah kereta bukan lori atau treler pun. Kereta yang dipandu kadang CC kecil sahaja, tapi bawa kereta makan jalan. Tentu ini boleh menyusahkan orang hendak cepat atau mahu lekas sampai ke destinasi. Jika bawa kereta cara syok sendiri ini pastinya orang di belakang mahu sahaja menjerit pada pemandu berkenaan.

4- Pembuli - Ingatkan zaman kanak-kanak di sekolah sahaja ada pembuli. Namun pembuli ada di mana-mana. Di jalan raya, tak ketinggalan ada pembuli. Jangan hairan, sekarang ini pembuli-pembuli di jalan raya bukan hanya kaum Adam, boleh jadi sesiapa sahaja tanpa mengira gender.

Aksi membuli biasa dilakukan adalah menghimpit kenderaan-kenderaan lain atau memandu secara melulu hingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. Selain dari pemandu kereta, pemandu bas dan lori juga kerap melakukan aksi buli di jalan raya kerana sedar kenderaan dipandu lebih besar.
 
5- Asyik membrek tanpa sebab - Tabiat ini bukan sahaja kalangan pemandu wanita, tetapi juga lelaki. Mereka memandu seperti orang sembelit ini biasa suka membrek tanpa sebab munasabah. Bukan ada orang melintas, bukan ada kenderaan di depan, atau ada apa-apa halangan di hadapan, tapi tiba-tiba brek.

Bagi orang tak biasa memandu perlahan pasti terkejut jika tiba-tiba orang depan brek. Sekiranya di lebuh raya, bila ada kemalangan memang ramai yang suka buat tabiat membrek ini untuk lihat kejadian di situ.

Kerap juga berlaku di kawasan lampu isyarat. Kadangkala lampu isyarat di depan masih jarak 300 meter tetapi tiba-tiba orang di depan membawa sambil brek-brek pula, tentu boleh undang musibah.

6- Memotong barisan - Trafik sesak, namun tidak mahu beratur dan memotong barisan, mengakibatkan lebih kesesakan, kekecewaan dan meningkatkan kemarahan sedia ada. Semua orang mahu cepat, namun bersabarlah. Jika mahu cepat rancang perjalanan atau mengambil laluan lain yang tidak sesak. Memotong barisan merupakan tindakan tidak bertimbang rasa pada pengguna jalan raya lain.
 
7- Parkir kereta berlapis - Jika menghalang laluan kenderaan lain mahu keluar, boleh undang kemarahan atau menyusahkan tika saat kecemasan. Jika terpaksa, pastikan ada kawan ataupun seseorang tinggal di dalam kereta yang boleh tolong alihkan kereta anda.

Boleh juga tinggalkan nombor telefon bimbit anda di atas papan pemuka (dashboard), jadi anda mudah dihubungi jika tiada sesiapa menunggu dalam kereta. Selain itu, jangan pula meletak kereta secara tidak bertanggungjawab seperti di laluan pejalan kaki atau mengambil dua kotak petak parkir untuk sebuah kereta.

8- Memandu di lorong kecemasan - Ini biasa dilakukan pemandu kita terutama di jalan sesak lebuh raya atau di tengah bandar.


Sebarang soalan kepada Pomen boleh emailkan kepada azimah.ghazali@sinarharian.com.my / aziesinar@gmail.com

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive