UtusanDaily

Wednesday 24 September 2014

Malaysia negara ke-6 mudah diserang jenayah siber


KUALA LUMPUR - Jenayah siber menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira RM1 bilion, sekali gus meletakkan negara pada tangga keenam mudah diserang jenayah siber, menurut laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata menurut laporan itu, Malaysia telah disenaraikan bersama-sama beberapa negara, termasuk Hong Kong, Taiwan, Thailand, China, India dan Indonesia.

"Kami juga menghadapi ancaman keselamatan dari organisasi jenayah antarabangsa yang menyalahgunakan Internet untuk pelbagai aktiviti haram rentas sempadan seperti dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan penggubahan wang haram.


"Sedih juga untuk menyatakan bahawa penjenayah siber mengeksploitasi masyarakat yang inginkan maklumat dalam kes penerbangan MH370 dan MH17 (Malaysia Airlines)," katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Keselamatan Maklumat ke-4 di sini hari ini.

urut hadir, Pengerusi Sidang Kemuncak Asia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Jailani berkata kes jenayah siber di negara ini meningkat kepada 10,636 tahun lepas, berbanding 9,986 kes, pada tahun sebelumnya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive