UtusanDaily

Wednesday 1 October 2014

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Yayasan Hang Tawi



Sememangnya jika isu Gaza akan mendapat perhatian yang meluas di Malaysia. Sikap prihatin rakyat Malaysia boleh dilihat dengan sumbangan kepada tabung Gaza bagi mengurangkan beban penduduk Gaza

Disebalik keprihatinan rakyat Malaysia mengenai isu Gaza, terdapat segelintir pihak yang mengutip derma dengan mendakwa mereka akan membantu penduduk di Gaza. Ini termasuk Yayasan Hang Tawi.

Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa Yayasan Hang Tawi membuat pungutan derma tanpa surat kebenaran daripada Majlis Agama. Siapakah sebenarnya mereka ini?

Yayasan ini didapati mengutip derma dibawah satu nama pertubuhan yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ada diantara mereka telah ditahan oleh Jabatan Agama kerana mengutip derma tanpa surat kebenaran. Mereka juga dikatakan berselindung dibawah nama yayasan tersebut untuk mengelirukan orang ramai yang konon nya kutipan derma tersebut akan disalurkan kepada masyarakat Islam di Palestin, Syria dan negara Arab lain yang sedang bergolak.

Menerusi Laman Facebook Yayasan Hang Tawi, yayasan ini baru saja beroperasi pada bulan Mei 2014.
Lebih mencurigakan lagi, dalang disebalik sindiket ini dipercayai bernama SM Amin. Indicidu ini pernah terlibat dalam kontroversi dimana penuntut tahfiz diarahkan untuk mengutip derma.
Mengikut poster Yayasan Hang Tawi ini, gambar SM Amin ada di mana-mana. Siapakah individu ini sebenarnya?
 
 
Kisah SM Amin atau Azhar Wahab mula tersebar apabila dipercayai mengarahkan anak anak yatim mengutip sumbangan bagi pembangunan pusat tahfiz amal di Kedah sementara pemiliknya dikatakan puas berjoli. JAKIM pernah mengesahkan pusat tahfiz itu bernaung dibawah ajaran Azhar Wahab atau Ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.
 
Difahamkan bahawa Yayasan Hang Tawi telah melebarkan sayapnya ke Acheh, Indonesia serta mempunyai pejabat sekretariat bertempat di Amman, Jordan dan yang terbaru mereka sedang membina sebuah lagi pejabat di Songkla, Thailand.
 
 
Adakah benar mereka melakukan kutipan derma secara haram? Penjelasan dari pihak Yayasan Hang Tawi telah menafikan bahawa mereka menjalankan kegiatan mengutip derma secara haram.
 

Jadi, apakah pendapat anda? Siapakah yang bercakap benar dan siapa yang anda percaya? Dinasihatkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan dermakanlah kepada yayasan atau organisasi yang bertauliah dan diiktiraf. 

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive