UtusanDaily

Sunday 16 November 2014

Harga Minyak Mentah Dunia dijangka akan terus menurun


LONDON – Kejatuhan harga minyak mentah dunia dijangka berterusan sehingga tahun 2015 berikutan permintaan yang lemah di pasaran di seluruh dunia, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

IEA dalam satu kenyataan memberitahu bahawa permintaan lemah dan peningkatan pengunaan gas asli di Amerika Syarikat menyebabkan harga minyak mentah yang kini di bawah AS$80 (RM267.72) setong akan berlanjutan.

Kelmarin, harga minyak mentah didagangkan pada harga AS$78.13 (RM261.46) setong yang merupakan terendah dalam tempoh empat tahun.

“Kini semakin jelas bahawa kita mula memasuki episod baharu dalam sejarah pasaran minyak.

“Tekanan penurunan harga minyak ini mungkin semakin meningkat pada awal tahun 2015,” katanya.

Menurutnya, ketika ini Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) semakin tertekan untuk mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga.

Bagaimanapun, Arab Saudi yang merupakan negara berpengaruh dalam Opec enggan mengurangkan pengeluaran minyak negara itu.

Opec yang dianggotai 12 negara pengeluar minyak utama dunia dijadualkan bertemu pada 27 November ini bagi membincangkan isu bekalan dan permintaan minyak mentah dunia. – Agensi

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive