UtusanDaily

Sunday 16 November 2014

Tunang beri 'green light' untuk Keith Foo beli kereta sport


KUALA LUMPUR: Bertuah Keith Foo selain mempunyai tunang yang cantik dan rupawan, buah hatinya itu juga merupakan seorang yang sangat ‘sporting’.

Pelakon kacak itu baru-baru ini memuat naik sekeping foto sebuah kereta Nissan Skyline di laman Instagramnya.

Namun disebabkan kapsyen yang ditulis hero Ariana Rose itu, ramai pengikut telah membuat spekulasi, Keith kini sedang merancang untuk membeli kereta idamannya itu.

Lebih mengujakan ayat yang ditulis Keith seolah-seolah dia sedang berterima kasih kepada tunangnya Kim Raymond kerana telah memberi kebenaran kepadanya untuk memiliki kereta ‘sport’ berwarna perak itu.

Apapun, jika benar Keith Foo sedang merancang untuk membeli kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit itu, tidak ada salahnya kerana bagi Astro Gempak ia merupakan ‘reward’ kepada dirinya sendiri yang telah bekerja keras selama ini. -- Astro Gempak

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive