UtusanDaily

Tuesday 11 November 2014

Yusof Islam Kembali Aktif Di Pentas Seni


Yusof Islam atau Cat Stevens

LONDON: Penyanyi Cat Stevens atau nama Islamnya Yusof Islam yang selama ini sepi di pentas hiburan membuat satu pengumuman mengejutkan apabila memilih untuk kembali aktif dalam bidang seni.

Yusof yang memeluk Islam kira-kira empat dekad lalu kembali dengan matlamat untuk merapatkan jurang antara dua identiti.

Penyanyi berusia 66 tahun ini menaruh keyakinan terhadap bakat dan kelembutan suaranya untuk memikat hati orang ramai dengan menghadiahkan sebuah album baharu iaitu Tell ‘Em I’m Gone serta rangkaian lagu klsaik 1960an dan 1970an seperti Wild World, Moonshadow dan Peace Train.

Menyentuh mengenai pendapat sesetengah pihak yang mempersoalkan penglibatannya dalam dunia seni selepas menjadi seorang Islam beliau dalam satu wawancara dengan AFP berkata, tiada pertembungan antara kepercayaan dalam sesebuah agama dan kerjaya berkenaan.

"Saya kata, ia adalah sebahagian daripada dakwah kerana selama ini kita telah hilang hubungan semasa kita, antara kehidupan dan budaya,” kataya.

Lahir di London dan kini tinggal di Dubai, penyanyi ini turut berfalsafah dengan berkata, dia umpama cermin kaca kepada umat Islam dan dunia barat yang memandang dirinya dalam dua keadaan berbeza tetapi tetap mencari satu cermin yang sama.

Dalam satu temubual lain Yusof turut dilihat bakal membangkitkan satu gelombang baharu dalam menarik perhatian peminat-peminatnya daripada generasi muda, mereka yang berhijab sehinggalah kepada peminat yang berkerusi roda dan bertongkat.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive