UtusanDaily

Saturday 18 January 2014

Artis Sedia Berdamai Dengan Seterunya - Mulut Hantu

salam


Mulut Hantu baru-baru ini sempat bersembang dengan aktres’ A’ yang selama ini bermasam muka dengan aktres’ B’ yang juga tidak kurang cantiknya. Kisahnya, kedua-dua selebriti ini mula tidak bertegur sapa kerana rebutkan lelaki yang sama. Hai dik, punyalah banyak ‘kumbang’, mengapalah ‘u all’ saling terpaut hati dengan ‘kumbang’ yang seorang ini?
 
Sedang asyik berborak mengenai kisah peribadi aktres ’B’ ini, aktres ‘A’ turut meluahkan rasa hatinya kepada Mulut Hantu. Katanya, dia sudah penat bergaduh, apatah lagi untuk memberikan komen mengenai kes yang membelenggu mereka berdua selama ini.
 
“Macam inilah, saya jenis yang okay sahaja. Kisah saya yang kononnya masih cintakan kekasihnya itu tak betul. Masing-masing sudah bahagia. Jadi berbaik adalah perkara yang seelok-eloknya. Kalau dia berdepan dengan saya dan meminta maaf di atas apa yang berlaku selama ini, insyaAllah saya akan memaafkannya. Dunia ni kecil sahaja. Jadi mahu tidak mahu, kami pasti akan berjumpa juga,” kata aktres A panjang lebar.
 
Bagi Mulut Hantu buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Tiada guna bermasam muka, apatah lagi kerana seorang lelaki. Jadi eloklah kalau ‘u all’ berdamai sahaja.
 
Mulut Hantu: Nanti bila dah berbaik, bolehlah Mulut Hantu setkan sesi fotografi berdua nanti!

Romantika Diana Amir & Suami Di Cameron Highlands

diana

Agak lama tidak mendengar khabar terbaru mengenai pelakon dan pengacara, Diana Amir sejak mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.
 
Terbaru, Diana berkesempatan untuk bercuti bersama suaminya, Mohd Habib Bullah di Cameron Highlands. Difahamkan percutian ini juga bertujuan untuk membuat rakaman bagi program Romantika yang bakal disiarkan di saluran Astro Ria. 
 
Menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagramnya, jelas terpancar kebahagiaan di wajah pasangan ini. MH Online mendoakan agar Diana dan suami dikurniakan rahmat yang berpanjangan dan semoga cepat dapat anak! 



Jaafar Onn Sindir Hafiz Hamidun

jaafar

Rentetan mesej peribadi daripada Jaafar Onn kepada penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang seakan-akan menyindir klip video terbaru Hafiz yang berjudul 'Jodoh Berdua', Media Hiburan Online cuba mendapatkan penjelasan daripada penyanyi ini. 
Hafiz yang kini berada di Indonesia telah berkongsi mesej itu di akaun Instagramnya. Malahan, Hafiz juga turut memberi komen balas;
"Berzikir di masjid boleh, dalam keta boleh, tepi pantai boleh, pakai kepiah boleh, pakai cap boleh, pakai helmet boleh," tulisnya.
Tidak diketahui punca sebenar Jaafar Onn memberikan komen tersebut, namun MH Online diharapkan teguran tersebut hanyalah sekadar teguran membina dari seseorang yang lebih senior dalam industri seni. 

Ilmu itu cahaya, Islam galakan umatnya mencari

http://ikanmasteri.com/wp-content/uploads/2013/03/Menjemput-Cahaya.jpg
MELIHAT bait lirik di atas, pasti semua orang mahu menjadi insan yang berguna. Siapa yang mahu hatinya terus kosong tanpa diisi, terus-terusan dilihat jahil mengenai ilmu agama dan sebagainya. Sudah pasti kita mahu dilihat seorang yang tinggi ilmunya dan mampu berkongsi bersama orang lain.

Terapi jiwa

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat ramai dalam kalangan masyarakat kita mula mencari peluang untuk mengikuti kelas pengajian agama. Di mana sahaja ada kuliah, jika ada masa terluang pasti akan diisi oleh mereka yang dahagakan ilmu agama.

Menurut mereka, ia adalah salah satu terapi untuk memenuhi jiwa-jiwa yang kosong setelah seharian bekerja. Ada yang mengikuti secara formal di kelas dan ada juga yang hanya hadir di kuliah anjuran masjid berdekatan.

Dalam kehidupan seharian kita di dunia ini, kita dituntut untuk mempelajari pelbagai ilmu untuk memakmurkan dunia dan dalam masa yang sama kita dituntut untuk meluruskan niat ketika menuntut ilmu hanya kerana ALLAH SWT.

Kekuatan akal fikiran dan ilmu pengetahuan mampu mengatasi kekuatan lain yang ada pada diri manusia jika ia digunakan dengan betul. Kedua-dua aspek ini perlu diberi keutamaan untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang maju bukan sahaja dari segi intelektual, malah dari sudut akhlak.

Budaya menuntut ilmu ini bermula sejak dari zaman Nabi Adam AS sehingga sampai kepada Nabi Muhammad SAW. Ia adalah sebuah kesinambungan ilmu yang bermula sejak penciptaan Nabi ALLAH Adam sehingga kerasulan Baginda SAW dan diteruskan hingga kini. Peristiwa bersejarah penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira’ juga adalah berkaitan dengan keilmuan.

Firman ALLAH bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. Dia yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al’Alaq: 1-5)

Ayat di atas menjelaskan Islam menyeru umatnya supaya berilmu dan mementingkan ilmu. Sejarah membuktikan keunggulan sesuatu bangsa adalah bergantung kepada ketinggian ilmu masyarakatnya. Umat yang mementingkan ilmu pasti akan bangkit sebagai umat yang terulung di mata dunia. Benarlah segala seruan ALLAH dan rasul-Nya ilmu sangat penting dalam kehidupan.

Tuntutlah ilmu

Islam menggalakkan setiap manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Tiada halangan dalam menuntut ilmu. Kebendaan, kewangan, masa ataupun perkara berbentuk fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita untuk terus menuntut ilmu.

Hal ini kerana dalam agama Islam, menuntut ilmu adalah sebuah proses yang berterusan dan berpanjangan. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tertinggi. Ini menunjukkan bahawa ilmu mampu membawa seseorang yang tinggi di sisi ALLAH dan masyarakat.

ALLAH berfirman dalam yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu diminta untuk memberi ruang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya ALLAH melapangkan (segala halnya) untuk kamu.

Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalanganmu. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu kerjakan.” (Surah al Mujadalah: 11)

Masyarakat dahagakan ilmu

Berkesinambungan daripada tuntutan menuntut ilmu ini, Rumah Ngaji tampil dengan kuliah mingguan berlangsung pada 11 Januari lalu bertempat di Surau Karangkraf, ia disampaikan Dr Zaharuddin Abdul Rahman (Presiden Murshid).

Kehadiran yang mencecah 200 orang ini memberi gambaran masyarakat memerlukan pengajian-pengajian seperti ini yang mampu mereka adaptasi ke dalam kehidupan seharian.

Rumah Ngaji yang sebelum ini hadir dengan program-program seperti kelas pengajian al-Quran, kali ini tampil dengan kuliah pengajian kitab kontemporari karangan ulama tersohor dunia Islam yang disampaikan asatizah yang mahir dalam bidang masing-masing.

Rumah Ngaji berhasrat menyampaikan kepada masyarakat pelbagai ilmu yang berlandaskan al-Quran, sunnah dan hadis-hadis yang muktabar.

Saya pun nak puji isteri juga...

Muhamad Mat Yakim

KALAU ada orang boleh puji isteri di khalayak ramai, saya pun teringin juga. Walaupun isteri saya mungkin tidak ada jasa besar kepada negara, sekurang-kurangnya Suhana telah tunaikan tanggungjawabnya dengan cukup baik kepada saya dan anak-anak.

Saya berani memujinya kali ini kerana dia tidak ada bersama saya. Jika tidak, saya tak akan melakukannya kerana saya tahu dia paling tidak suka apabila saya sentuh mengenai dirinya, apa lagi memujinya dalam tulisan saya.

Apa yang saya kongsi ini mungkin cerita peribadi. Tetapi saya tak kisah untuk berkongsi kerana bagi saya, apa yang saya lalui, juga sama dilalui oleh ramai orang lain setiap hari.

Seperti yang saya selalu sebut, saya orang biasa. Cerita saya adalah cerita biasa. Saya menceritakannya pun sebagai orang biasa, bukan untuk bangga diri, riyak, ujub ataupun sum'ah. Yang menjadikannya luar biasa, hanyalah kerana cerita-cerita biasa ini diberi perhatian yang luar biasa oleh saya.

Dalam konteks apa yang berlaku malam tadi, saya fikir wajar untuk ditulis kerana apa yang dilakukan oleh Suhana, saya yakin itulah juga dilakukan oleh semua isteri-isteri yang lain. Opppsss!!! Semua isteri orang lain!

Dan isteri-isteri orang lain itu, suami mereka, saya yakin adalah seperti saya juga... jenis yang tidak kisah dan selalu mengharap (baca: menyerah) kepada isteri untuk bereskan apa-apa pekerjaan dalam kebanyakan perkara yang sering dianggap remeh.

Pagi tadi, saya hantar Suhana dan anak-anak ke Subang Skypark, balik kampung meraikan perkahwinan adik ipar saya, Cikgu Fizah di Kampung Pulai, Tokai, Pendang, Kedah, esok. Saya tak dapat balik bersama kerana menduduki peperiksaan pada hari yang sama. Selepas itu, baru saya akan menyusul.

Malam tadi, ketika menyiapkan beg pakaian untuk dirinya dan anak-anak, Suhana siapkan juga beg yang akan saya bawa balik kampung nanti. Dan dia juga berpesan, “abang jangan lupa bawa balik berus gigi!”

Ya! Bunyinya remeh tetapi daripada peringatan itu, itulah sebenarnya gambaran apa yang yang ada dalam lipatan diari 18 tahun usia perkahwinan kami.

Bahawa selama ini, jika hendak balik kampung atau ke mana-mana, dialah yang siapkan beg segala. Saya? Saya hanya tahu angkat beg bawa masuk kereta. Hatta hal yang seremeh berus gigi atau ubat gigi itu pun dia yang uruskan. Kalau tidak, tidaklah dia berpesan begitu!

Hal yang mungkin biasa bagi kebanyakan orang ini bagaimanapun telah menyentap deria insaf saya yang selama ini seakan-akan buta melihat susah payah Suhana melakukan semua perkara - daripada menyiapkan beg, memastikan semua suis lampu atau perkakas elektrik dimatikan, isi peti sejuk hingga menyediakan bekalan makanan Tom, kucing kami dalam keadaan sempurna. Ironinya, dia tidak pernah merungut!

Cukuplah! Saya tidak mahu cerita lebih-lebih hal ini kerana sekarang, orang mudah menyampah apabila seseorang suami memuji isterinya di khalayak ramai.

Apa pun, niat saya hanya sekadar mahu berkongsi kesedaran mengenai apa yang sepatutnya bagi suami. Isteri memang tidak minta dipuji tetapi cukuplah jika susah payah, atau kalau boleh disebut pengorbanan mereka walaupun dalam hal yang dianggap remeh, dihargai atau diberikan sedikit perhatian.

Hal ini saya sedari apabila berkongsi dengan rakan-rakan Facebook, ramai yang memberi respons bahawa itulah apa yang mereka pendam, bukan dengan dendam tetapi mengharapkan sedikit perhatian daripada suami atas apa yang mereka lakukan.

Demi kasih sayang, mereka tidak akan merungut sekalipun melihat suami masih berdengkur ketika mereka bangun menyiapkan beg, bekalan, menggosok baju atau menguruskan anak-anak.

Cukuplah. Dengan tulisan yang biasa daripada cerita yang biasa ini, saya harap boleh jadi iktibar untuk para suami bermuhasabah, terutama pada musim cuti-cuti Malaysia sekarang. Hargailah isteri. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Kepada Fizah & Amar, selamat pengantin baru!

Ayah & mak, selamat tambah menantu. Jangan pula berkurang kasih kepada menantu yang ini!

Friday 17 January 2014

IKAN kurangkan risiko kematian

Oleh Mohd Sabran Md Sani

Eksport bagi ikan dan makanan laut negara dijangka berganda berikutan pertumbuhan tahunan yang stabil dalam industri akuakultur.

Biarpun terdapat pening­katan dalam permintaan, industri berkenaan berdepan cabaran besar terutama risiko kematian ikan yang diternak dalam kolam.

Sebagai pemain industri, Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti (J-BioTech) berdepan masalah kematian ikan menerusi kolam ternakan di negeri itu.

Sistem Akuakultur Kitar Semula Air (RAS) ketika ini kurang membantu menyelamatkan bilangan Ikan Kerapu Tikus diternak.

Sistem RAS secara manual masih mempunyai kelemahan berbanding penggunaan sistem automatik yang diadaptasi menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perkomputeran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, menemui formula menyelesaikan masalah itu.

Kawalan kualiti air dan pemantauan dalam sistem akuakultur (IKAN), dihasilkan Prof Madya Dr Kamalrulnizam Abu Bakar sejak 2011.

Uniknya, sistem ini meng­gunakan sistem tanpa wayar bagi bekalan kuasa dan komunikasi.

Dr Kamalrulnizam dibantu lima penyelidik lain yang juga siswa ijazah sarjana fakulti berkenaan iaitu Herman Edi Saputra, Oon Erixno, Yoanda Alim Syahbana, Muhammad Gary Sharer dan Farah Ramadhani.

Projek itu dibiayai meng­gunakan dana Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Kementerian Pendidikan berjumlah RM300,000.

Katanya, sistem IKAN adalah lanjutan kepada sistem RAS.

“Sistem ini untuk J-BioTech dan UTM berkolaborasi dengan perbadanan itu.

“Sistem ini dapat memeriksa suhu, kandungan aluminium dan saliniti air secara automatik.

“Ia penting untuk membolehkan air menyokong keseluruhan kehidupan ikan selain bergantung kepada keperluan,” katanya.

Ditanya bagaimana sistem IKAN berfungsi ­katanya, pertamanya ia akan
ke kolam yang tercatat ­nombor panggilan masuk (ID).

“Bila sampai kolam, ia akan masuk sensor dan akan mengambil beberapa saat untuk dapatkan bacaan.

“Maklumat dihantar ke NOC (komputer) sebelum arahan diberikan kepada penggerak untuk membuka injap berdasarkan keperluan.

“Selepas itu sekali lagi pemeriksaan dilakukan untuk menentukan sukatan sebenar,” katanya.

Menurutnya, sistem IKAN bergantung kepada keperluan ikan.

“Jika ikan kerapu tikus, kami akan melihat apa keperluannya.

“Jika keperluannya tidak mencukupi, sistem akan menambah secara automatik,” katanya.

Katanya, sistem IKAN mempunyai fungsi utama untuk mendapatkan keadaan ideal untuk ikan itu hidup.

“Bagi J-BioTech, ikan kerapu tikus dan ikan laut dalam yang diternak sangat sensitif. Sikit saja perubahan ia boleh mati.

“Ini tentu merugikan ­syarikat itu jika ikan diternak mengalami kematian apatah lagi induknya mencecah RM30,000 seekor,” katanya.

Menurutnya, sistem itu boleh diubahsuai dan meng­gunakan bateri yang
boleh dicaj semula atau tenaga solar.

Katanya, ­sistem itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu elektronik, penggerak dan penghantaran rangkaian.

“Jika bekalan elektrik terputus, ia masih boleh berfungsi dengan kuasa bateri atau tenaga solar,” katanya.

Produk ciptaan itu lebih murah berbanding di pasaran ketika ini bernilai RM200,000.

Tak mandi 60 tahun...

Tak mandi 60 tahun
FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.

Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.

Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.

Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.

“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.

Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.

"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik  TNews

Guru Besar & Guru Wanita yang Beroman dalam kereta diperintah bela diri

Bela diri kes aib dalam kereta

http://2.bp.blogspot.com/-LsNqG-BAFTw/UR9gJqh4ySI/AAAAAAAAetg/ER4VxkP42mM/s320/khalwat-dalam-kereta.jpg

Kota Bharu: Seorang guru besar dan guru wanita diperintah membela diri di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan mukadimah zina di dalam kereta, pada April tahun lalu.

Hakim Syarie Nik Najib Nik Hassan membuat keputusan itu terhadap Banun Mat Jusoh, 54, dan Noriham Abd Wahab, 26, kedua-duanya dari Pasir Mas selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Banun yang juga bapa kepada tujuh anak didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina apabila berada di atas tubuh Noriham yang bukan isteri dan mahramnya dalam keadaan separuh bogel.

Manakala Noriham yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina apabila berada dalam keadaan separuh bogel dengan baju-T terangkat ke atas, seluar ditanggal dan kaki kiri di bingkai pintu kereta sebelah pemandu bahagian hadapan serta berada di bawah tubuh Banun yang bukan suami dan mahramnya.


Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kereta PERODUA Kancil di bahu jalan, Jalan Baru Pasir Mas ke Rantau Panjang berhampiran sebuah kedai perabot terpakai di Kampung Gaung, Pasir Mas pada jam 8.30 malam, pada 28 April 2013.

Orang duduk Selawat Atas Nabi, Mereka dok beriba dan bergoyang dengan 'pondan'

Kemaruk goyang pondan
Oleh Shamsul Munir Safini

Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.

Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk.

Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.

“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang mengalunkan muzik latar,” katanya.

Foto
SEORANG mak nyah asyik berjoget dalam sebuah pesta.

Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia 50-an dan 60-an.

Syamsul KL GANGSTER beli rumah RM1JUTA

Persediaan kahwin: Syamsul beli rumah RM1 juta?

KHABARNYA, pengarah muda Syamsul Yusof memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Mana tidaknya, dalam usia 30 tahun, pengarah KL Gangster yang juga merupakan pemenang anugerah pengarah filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 ini sudah pun mempunyai pelbagai aset, termasuklah baru saja membeli sebuah rumah bernilai lebih RM1 juta di satu lokasi mewah di Kuala Lumpur.

Memetik laporan media tempatan hari ini, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, iaitu Datuk Yusof Haslam.

Yusof Haslam yang pada awalnya enggan mengulas mengenai perkara itu kerana menganggap ia urusan keluarga namun mengalah selepas difahamkan media sukar untuk mendapatkan komen Syamsul.

Yusof kemudian tidak menafikan, beberapa persediaan sudah dilakukan oleh anaknya itu sebelum melalui fasa baru kehidupan bergelar suami.

"Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah.

Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya.

Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak," kata Yusof.

Ujarnya lagi, Syamsul selama ini telah bekerja keras dan tidak salah jika ingin menghargai diri sendiri dengan memiliki rumah kediaman mengikut keupayaannya.

Rozita Che Wan geram pada lelaki..........

'Saya betul-betul geram'
Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: “Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,” kata pelakon Rozita Che Wan mengenai seorang lelaki menyamar sebagai dirinya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.

Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi.

Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuannya selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini untuk bayaran 70 pasang baju pengantin.

Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.


“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit.

Kekasih pernah kena liwat

Saya mempunyai kekasih yang mengakui pernah bergelumang sebagai homoseksual ketika zaman sekolah. Katanya, disebabkan pernah menjadi mangsa liwat, dia terpengaruh dengan cara hidup kotor.

Dia membuat pengakuan kerana tidak mahu berahsia mengenai sejarah silamnya. Dia tidak pasti dengan perasaan cintanya terhadap saya, menyebabkan dia berterus-terang.

Saya terkejut, sedih serta kecewa kerana sejarah silam begitu. Saya tidak pasti boleh menerima kisah lalu si dia. Saya tiba-tiba rasa jijik dan sukar terima hakikat.

Dia terima sebarang keputusan saya dan berkata dia insaf serta kesal kerana membiarkan perlakuan senior ketika itu. Dia bimbang akan dipukul serta terus dibuli kalau tidak melayan nafsu songsang seniornya.


EMMA
Subang Jaya, Selangor

Jujur menunjukkan si dia ikhlas mengasihi saudari. Bayangkan situasi saudari berada di tempatnya, adakah saudari boleh bersikap jujur dan sanggup berterus terang?

Nyata dia bertaubat dan berbanding berasa jijik mahupun memarahinya, adalah lebih baik saudari memberi sokongan moral.

Jangan terus menghukum, malah mencerca kesilapan dilakukannya disebabkan dia bermula sebagai mangsa. Dia sudah mengaku pernah menjadi mangsa liwat dan daripada segi psikologinya, dia didera.

Beri ruang padanya serta tenangkan diri saudari supaya dapat menimbang dengan wajar mengenai status hubungan saudari dengannya.

Dang Setia bimbang saudari terikut-ikut dengan perasaan marah mahupun kecewa, menyebabkan saudari membuat keputusan kecewa.

Selain itu, elak meletakkan status dan ‘nilai diri’ si dia hanya kerana kesilapan lalu. Kadangkala mereka yang pernah terjerumus dalam maksiat dan bertaubat jauh lebih baik daripada orang yang menilai mereka.

Thursday 16 January 2014

Isteri kedua diculik depan isteri pertama...

Isteri kedua diculik 16 jam
OLEH: Tarikh: January 16, 2014

JOHOR BAHRU - Seorang isteri muda dapat diselamatkan polis selepas 16 jam diculik empat lelaki dari rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Nusajaya di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamed berkata, wanita berusia 19 tahun itu, yang juga isteri kedua seorang lelaki berusia 24 tahun, diculik suspek yang bersenjatakan besi dan kayu.

Beliau berkata, suami mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada kira-kira 1 pagi Selasa.

"Semasa kejadian, lelaki itu bersama-sama isteri pertamanya berusia 24 tahun dengan tiga anak mereka, isteri keduanya dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di dalam rumah sebelum didatangi empat lelaki yang dikenali," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya suspek kemudian memukul ibu lelaki itu sebelum melarikan isteri keduanya dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona.

Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di beberapa rumah di sekitar kawasan Bandar Selesa Jaya pada 4.45 petang hari sama dan menahan keempat-empat suspek berumur antara 14 dan 17 tahun sebelum menemui semula mangsa dalam keadaan selamat.

"Kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap suami mangsa yang dikatakan mengambil barangan milik suspek...kerana itu, mereka membalas dendam dengan melarikan isterinya," katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. - Bernama

Terbuka Australia catat rekod tarik diri paling ramai

Melbourne: Terbuka Australia yang berlangsung dalam cuaca panas turut mencatat rekod pemain menarik diri paling ramai, menurut penganjur, apabila suhu mencecah hingga 40 Celsius untuk hari kedua berturut-turut, semalam.

Selepas pusingan pertama, ia dibayangi dengan pemain yang pengsan dan muntah dalam bahang itu, manakala sembilan lagi sama ada menarik diri atau mengalah dalam perlawanan masing-masing.


Biarpun kebanyakan pemain dikatakan cedera, wakil Belanda, Robin Haase keluar daripada saingan berikutan kekejangan, sesuatu yang jarang berlaku disebabkan cuaca panas.

Pemain Kanada, Frank Dancevic, yang pengsan ketika tewas kepada Benoit Paire berkata, pemain mudah mengalami kecederaan disebabkan kepanasan melampau.

“Saya rasa apabila anda berlari dalam gelanggang dengan pening, anda mungkin cenderung untuk mengalami kecederaan. Anda tidak boleh bermain dengan cara yang anda mahu bermain, anda tidak boleh bergerak dengan cara yang anda mahukan.

“Sudah pasti ia menyebabkan pemain mengalami kecederaan,” katanya. - AFP

REMY ISHAK BERHUBUNGANNYA DENGAN BUDI CITAWAN PULA..?

ri
Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktres Maya Karin, namun masing-masing tidak pernah mengaku mereka pernah menjalinkan hubungan cinta. Kini Remy sekali lagi dikaitkan dengan anak pelakon veteren, Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan.

“Saya kalau boleh tak mahu komen apa-apa mengenai hal ini, bagi saya tiada apa-apa pun yang perlu diperbesarkan,” katanya ringkas apabila diminta mengulas mengenai keintimannya dengan anak pelakon veteren, Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan.

Remy juag memberitahu, dia tidak selesa lagi apabila kisah peribadinya ditanya dan hanya akan mendedahkan hubungan cintanya jika dia rasa perlu untuk berkongsi.

“Sebenarnya dari dulu lagi, saya tidak gemar untuk komen mengenai hubungan istimewa ini. Namun saya akui saya agak terbuka jika saya rasa mahu berkongsi mengenai hubungan cinta saya,” jelasnya lagi.

Keintiman Remy dan Budi Citawan dilihat telah menimbulkan spekulasi umum berdasarkan gambar dan pergaulan mesra mereka yang sering menghadiri beberapa majlis hiburan bersama sebelum ini.

Dalam satu laporan akhbar tabloid memberitahu Wan Hanafi Su seolah-olah menyenangi hubungan mereka dan tidak mempunyai masalah atau halangan jika spekulasi yang dikatakan itu benar kerana dia sudah pun mengenali Remy secara dekat.

p/s: si ayah pun dah setuju, kahwin je cepat-cepat Remy oi..

Pelakon beri upah RM35 untuk tiga jam

Demam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 sudah bermula dan macam-macam cerita sampai ke pendengaran kita.

Cerita apa lagi kalau bukan membabitkan kerenah artis yang dicalonkan bagi mendapatkan tempat untuk menjadi calon lima popular dalam setiap kategori.

Baru-baru ini, ada pengurus artis memberitahu kita, seorang pelakon jelita dan tidak kurang popularnya menggunakan mekanisma berbeza dalam memastikan namanya tersenarai antara lima popular dalam kategori namanya dipertandingkan.

Kalau setakat artis keluar duit sendiri beli surat khabar dan menggunakan ahli kelab peminat sebagai jentera untuk menandakan nama mereka dalam borang yang disiarkan di BH dan pos, itu perkara biasa.

Kita rasa sebahagian besar artis yang dipertandingkan namanya menggunakan cara itu, tetapi kita tidak menuduh semuanya, ya. Jangan salah faham.

Namun cerita disampaikan kepada kita oleh pengurus artis ini lagi hebat. Artis jelita yang sedia popular ini bukan setakat mengeluarkan duit membeli surat khabar sendiri, dia turut mengupah beberapa pelajar dari universiti tempatan untuk menguruskan borang pencalonan.

Bayangkan, dia memberi upah RM35 untuk tiga jam bagi menguruskan setiap borang terbabit, termasuk dengan pos. Hebat-hebat! Kita tanya pengurus artis itu, dari mana dia tahu cerita itu, katanya seorang pekerja artis jelita itu sendiri memberitahunya memandangkan artisnya yang bertanding bagi kategori lain menjadi pilihan pelajar itu untuk diundi.

Untung artis diuruskan pengurus terbabit kerana dia tidak perlu mengeluarkan duit membeli surat khabar dan dengan membayar upah RM35, namanya sudah diundi.

Kita hairan kenapa artis jelita yang sedia popular ini berbuat demikian, sedangkan dia juga ada syarikat pengurusan yang kita pasti akan melakukan usaha sama.

Namun pengurus artis itu memberitahu, kalau semua orang melakukan strategi sama, bagaimana dia hendak memastikan namanya tersenarai. Disebabkan itu, dia harus melakukan usaha lebih. Bukankah usaha itu tangga kejayaan. Iya tak iya juga.

Tubuh jadi kebiruan, Ayuh kita bantu...

Oleh Intan MAs Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos pembedahan jantung anak ketiganya, bernilai RM50,000.

Ng Eng Choon, 55, berkata, buat masa ini, dia dan isteri, Koon Saw Foong, 52, masih mampu menampung kos perubatan bulanan Ng Yixian, 20.

“Bagaimanapun, kami terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk menampung kos pembedahan kali ini,” katanya.

Jelas Ng, anak lelakinya itu mengalami masalah kelainan jantung sejak lahir dan sudah melalui dua pembedahan berasingan termasuk ‘Glenn Shunt’ di Perth Australia.

“Walaupun mudah penat, Yixian mampu menjalani kehidupan lebih baik dan bersekolah sebagaimana rakan sebayanya.

“Namun pemeriksaan jantung November lalu mengejutkan kami apabila doktor mendapati tubuhnya mula berubah kebiruan,” katanya.

Kata Ng, anaknya berkemungkinan berdepan masalah kekurangan oksigen dan perlu menjalani ujian pengesanan jantung (cardiac catheterization).

“Berdasarkan perbincangan dengan pihak hospital, kami dimaklumkan bahawa doktor akan mengesan punca masalah sekali gus melakukan pembedahan untuk memperbaiki aliran oksigen ke tubuhnya.

“Buat masa ini, Yixian terpaksa berehat dan mengelak sebarang kerja yang mendatangkan tekanan mahupun memenatkan,” katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama Ng Yixian di belakang cek dan dihantar kepada Bahagian Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Jom pekena Roti canai terbaik!



“Enak sangatkah? Apa yang menariknya?” Itulah antara persoalan yang berlegar dalam fikiran penulis ketika rakan sekerja mencadangkan agar mencuba roti canai di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Mana tidaknya, secara umumnya roti canai yang menjadi kegemaran ramai lebih kurang sama saja, malah tidak ada beza. Jika berbeza sekalipun, mungkin yang satu roti canai mamak dan satu lagi di gerai Melayu.

Namun, bagi mendapatkan kepastian, penulis meluangkan waktu untuk ke premis berkenaan, yang dinamakan sebagai Valentine Roti. Ia mendapat jolokan ‘Best Roti Canai’ dalam kalangan sesetengah penggemarnya.

Beroperasi sejak 1975, roti canai di premis berkenaan dibuat hasil adunan resipi tersendiri, iaitu daripada pengasasnya, Ilango Arokiasami, 53. Ciri ini sememangnya menampilkan sedikit kelainan.

Anak beliau, Valentine Ilango, 27, berkata istimewanya roti canai di premis berkenaan adalah kerana ia lebih nipis, garing dan sangat rangup ketika dimakan.

Menurutnya, walaupun masih menggunakan adunan asas untuk membuat roti canai iaitu tepung, gula, garam dan majerin, tambahan sedikit bahan ramuan lain memberikan keenakan berbeza.

“Cara menebar roti canai ini juga lain sedikit, kerana ia ditebar lebih lebar daripada biasa.

“Apabila ia ditebar lebih besar, roti canai yang dihasilkan akan lebih garing dan nipis, sekali gus menjadikan ia roti canai yang sangat digemari pelanggan,” katanya yang juga penebar roti, selain dilakukan ayahnya.

Menu istimewa yang turut mendapat sambutan adalah roti valentine, roti tisu, murtabak ayam dan murtabak daging.

Beroperasi dari jam 4 petang hingga 2 pagi setiap hari kecuali Ahad, ada 30 jenis menu termasuk pelbagai jenis roti, capati, tosai, mi dan mihun goreng disediakan di restoran berkenaan.

Dengan harga RM1.20 untuk hidangan roti canai, RM4.30 untuk roti Valentine dan RM2.80 untuk roti tisu, anda juga boleh membuat tempahan penghantaran atau menebarnya di majlis anda dengan minimum 500 keping.

Bagi anda penggemar roti canai dan mahu merasai sendiri keenakannya yang menjadi pilihan ramai sejak 38 tahun ini, singgahlah di Valentine Roti, yang terletak berhadapan dengan Menara Celcom. Selamat mencuba!

Belasah jiran kerana pakaian disidai kotor

Kuala Lumpur: Jiran gengster. Itu perkataan yang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki yang sanggup menampar, menumbuk dan memijak jiran wanitanya hanya kerana pakaiannya yang disidai di ampaian di hadapan rumah jirannya itu kotor dalam kejadian di Jalan Ipoh, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun hendak pergi ke tempat kerja sebelum bertembung dengan lelaki berkenaan yang terus memaki hamun mangsa.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, jirannya itu sering berselisih faham dengan jiran lain akibat masalah ampaian.

“Pada hari kejadian, saya baru saja keluar dari rumah untuk ke tempat kerja apabila tiba-tiba lelaki itu memaki saya dengan menggelar saya ‘Perempuan Jahanam, celaka’ dan menuduh saya mengotorkan pakaiannya yang disidai di koridor di depan rumah saya.

“Apabila saya menyatakan tidak mengotorkan pakaiannya itu, lelaki itu naik angin sebelum menampar dan menolak saya hingga terjatuh,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut menarik rambutnya sebelum menumbuk muka dan meludah ke arahnya yang menyebabkan dia cedera di lutut dan muka.

Katanya, lelaki berkenaan yang masih tidak berpuas hati mengugut akan membunuhnya jika masih mengotorkan pakaiannya yang disidai di ampaian koridor itu.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas mendapat rawatan di klinik kerana khuatir keselamatan diri,” katanya.

RTM, TV3 perlu turut siar bola Piala Dunia demi rakyat

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (gambar) mahu hak siaran program yang diminati ramai seperti perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Brazil pada Jun depan dikongsi oleh semua stesen televisyen dan bukannya dimonopoli oleh sebuah stesen sahaja.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA) berkata, seharusnya stesen-stesen televisyen awam yang lebih bersifat komuniti seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan lain-lain harus turut diberi ruang untuk menyiarkan siaran langsung kejohanan bola sepak berprestij itu.

Peminat bimbang monopoli Astro


PASUKAN Brazil merupakan antara tarikan utama pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil Jun nanti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Para peminat dan tokoh bola sepak di negara ini melahirkan kebimbangan terhadap monopoli stesen TV berbayar Astro yang merupakan saluran TV tunggal yang berjaya mendapat hak penyiaran secara langsung kesemua 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) 2014 di Brazil pada Jun ini.

Mereka mahu stesen televisyen percuma Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 turut berusaha menyiarkan perlawanan kejohanan bola sepak berprestij itu secara langsung.

Wednesday 15 January 2014

“Isteri untuk disewa” menjadi trend

Rent-a-wife atau Isteri untuk disewa adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Juliette Bresnahan, ’Rent-a-Wife’ menyediakan perkhidmatan bagi lelaki yang masih single dan sebuk dengan kerja luar dan  memerlukan seorang isteri sewaan untuk melakukan perkerjaan rumah.

"Isteri untuk disewa" menjadi trend

Isteri untuk disewa ini bukanlah bermaksud sewaan wanita untuk melakukan hubungan seks tetapi untuk melakukan kerja rumah  seperti seperti ke dobi, atau mengurus rumah seperti membersihkan rumah anda, dan mereka juga boleh mengunakan menggunakan perkhidmatan ‘Rent-A-Wife’ untuk membantu kehidupan seperti rakan sembang teman untuk bermain dan lain.

"Isteri untuk disewa" menjadi trend
Pelanggan boleh memilih dari tiga pakej yang berbeza ketika menyewa sebuah “isteri”, misal “The Wife Starter” pakej lima jam (US $ 40/jam) atau “The Trophy Wife” pakej 15 jam (US $ 30/jam).

2013-09-01_090219


Ironisnya, walaupun perniagaan itu bernama ‘Rent-A-Wife’, tetapi ianya hanya untuk melakukan kerja rumah dan menjadi teman berborak bukannya dan ianya kini sudah menjadi satu trend di US dimana lelaki akan menyewa mereka untuk melakukan kerja-kerja rumah serta rakan berborak.

Jururawat menjadi hamba nafsu kenalan facebook

Malang tidak berbahu niat untuk berkawan akhirnya bertukar menjadi tragedi hitam dalam sejarah hidupnya.

Jururawat menjadi hamba nafsu kenalan facebook
gambar hiasan

Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa berkurung selama empat hari untuk meloloskan diri daripada seorang rakan kenalan facebooknya di sebuah rumah seksyen19.

Mangsa yang dikurung sejak selama 4 hari itu telah dirampas segala alat comunikasi dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, akhirnya berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa turut di rogol beberapa kali dan dijadikan seperti hamba nafsu rakan kenalan facebooknya yang berusia lewat 40 an itu, Selain itu juga suspek turut mengambil gambar tanpa seurat benangnya dan merakam aksi mereka ketika dijadikan pemuas nafsunya


Difahamkan juga kenalan facebooknya itu yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.

Tuesday 14 January 2014

Peminat Lamar Jepp (Sepahtu) Melalui Laman Sosial

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Kumpulan Sepahtu dari kiri Jepp, Shuib dan Rahim.
Peminat Lamar Jepp (Sepahtu) Melalui Laman Sosial

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Kumpulan Sepahtu dari kiri Jepp, Shuib dan Rahim.

PETALING JAYA: Pelawak Jepp daripada kumpulan Sepahtu menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami.

Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.

"Kalau saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang nak jadikan saya sebagai suami mereka.

"Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, dalam menjaga perasaan orang sekeliling, Jepp turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahim.

Kata Jepp, laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis lelaki yang suka melukakan hati rakan-rakan.

"Saya agak terkejut dan terkilan apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan hati ahli-ahli kumpulan saya.

"Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan?

"Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu. Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja," tegasnya.

Sementara itu, Jepp bersama Sepahtu sedang giat membuat persiapan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini.

Ia akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Warna pada pukul 10 malam.

Nelayan Jepun tangkap sotong gergasi



BENTUK sotong gergasi yang terperangkap di dalam pukat nelayan Jepun.

NIIGATA, Jepun - Seorang nelayan, Sigenori Goto tergamam apabila dia mendapati seekor sotong gergasi bere- nang di dalam pukatnya ketika dia menangkap ikan di luat pantai Pulau Sado, Niigata Jepun pada Rabu lalu.

Sotong gergasi seberat 150 kilogram dengan panjang 3.96 meter itu akhirnya berjaya ditangkap dengan menggunakan jaringnya tetapi ia mati tidak lama kemudian.

"Apabila saya mengangkat jaring tersebut, saya dapati sotong jantan berada di dalam jaring," katanya yang juga pertama kali melihat sotong sebesar itu kepada media tempatan.

Beberapa pegawai kemudian meng- ambil sotong jantan itu ke sebuah institut penyelidikan di Niigata untuk melakukan kajian terhadap haiwan tersebut. - Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2qNpeeKWn
Hakcipta terpelihara

Kubur Ariel Sharon di tanam sebelah kubur isterinya

Israel beri penghormatan terakhir kepada Sharon

BENTUK kubur Sharon di sebelah kubur isterinya di ladang miliknya dekat Sderot, selatan Israel.

BAITULMUQADDIS - Para pegawai Israel dan beberapa pemimpin dunia hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon (gambar) sebelum pemimpin yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' itu dikebumikan di ladang miliknya di selatan Israel.

Keranda yang mengandungi mayat Sharon diletakkan di luar bangunan parlimen Israel untuk majlis penghormatan terakhir yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair

Turut hadir pada upacara itu ialah Perdana Menteri Republik Czech, Jirí Rusnok dan seorang pegawai diplomat dari Mesir.

Selepas upacara itu, keranda yang mengandungi mayat Sharon dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah ladang miliknya di selatan Israel untuk dikebumikan.

Mayat Sharon dikebumikan di sebelah kubur isteri- nya, Lily.

"Mendiang merupakan salah seorang pahlawan terbilang Israel dan kematiannya merupakan suatu kehilangan yang besar kepada negara,'' kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam majlis itu.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral, menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.

Sharon yang terkenal kerana kekejamannya, pernah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Beirut, Leba- non pada tahun 1982. - Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2qNmFxTWx
Hakcipta terpelihara

'Tak kenal maka tak cinta! ' - PU Sahul

Mohd hafiz ismail


'Tak kenal maka tak cinta! '

TANGGAL 12 Rabiulawal 1435,  yang juga dikenali sebagai tahun gajah lahirnya pemimpin besar Umat Islam, Nabi Muhammad SAW.

Jika disoroti kembali sirah perjuangan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam, Baginda terpaksa menempuhi berbagai dugaan dan cabaran semata-mata memperjuangkan agama suci ALLAH SWT itu.

Malah, saban tahun umat Islam di seluruh dunia mengadakan pelbagai acara memperingati peristiwa Maulidur Rasul iaitu kelahiran Nabi Muhammad SAW yang dikasihi.

Bagi naib johan program Mimbar Pencetus Ummah, PU Shahul, sebagai umat Rasulullah, adalah wajar kita menghargai setiap pengorbanan Rasulullah dan memperingati Baginda dengan apa cara sekalipun termasuklah sambutan Maulidur Rasul, asal tidak melampau batas syariat.

“Dalam satu Hadis Imam Muslim dalam satu bab menyatakan Rasulullah SAW menyambut hari kelahirannya dengan berpuasa pada Isnin.

“Kenapa berpuasa saya kata di sini? Ini kerana Nabi kita menzahirkan rasa kesyukuran dan nikmat kepada Allah SWT kerana dilahirkan di dunia ini sebagai ketua kepada umat manusia.

“Pada Hari Isnin Baginda dilahirkan dan pada hari Isnin juga Baginda dilantik menjadi Rasul. Justeru, Maulidur Rasul boleh disambut dan perlu disambut bagi memperingati nabi junjungan kita Muhammad SAW,” katanya.

Pepatah Melayu ada menyebutkan ‘tak kenal maka tak cinta’. Bagaimana seseorang itu boleh menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tidak ada rasa cinta terhadap Baginda?

Menurut PU Shahul, jika kita ingin mencintai seseorang itu, kita perlu mengenalinya terlebih dahulu.

“Tidak mungkin manusia itu boleh menyayangi sesuatu yang mungkin dia tidak kenali, sebagai contoh lelaki ingin mencintai  seorang wanita. Perlu kenal dahulu perilakunya, hatinya, rupa parasnya, fizikalnya.

“Begitu juga mencintai Rasulullah, perlu kenal dahulu siapa Baginda, bagaimana sifat-sifat Baginda, perilakunya,” katanya.

Ikut sunnah Rasulullah

Tambah PU Shahul mungkin ramai dalam kalangan kita yang cuba untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah namun tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Mungkin sesetengah daripada kita rasa berat untuk memulakannya. Akan tetapi cara terbaik adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah yang paling senang iaitu dengan menggunakan tangan kanan semasa melaksanakan sesuatu urusan harian.

“Contoh terbaik dalam kehidupan kita adalah dengan memakai baju dan seluar dengan menggunakan  tangan kanan dan kaki kanan terlebih dahulu.

"Ini kerana, Rasulullah ketika hayat hidupnya menggunakan tangan dan kaki kanan terlebih dahulu dan tidak suka memulakan perbuatan dengan tangan dan kaki kiri kecuali setelah selesai sesuatu perkara seperti membuka baju dan menanggalkan selipar," katanya.

PU Shahul berkata,  mulakanlah dengan sekecil-kecil sunnah sebagai permulaan dan ke peringkat yang seterusnya.

“Biasanya mula-mula kita akan rasa terpaksa lama kelamaan akan lahir keikhlasan dan perkara ini juga yang saya lakukan daripada dahulu.

Saya juga seorang yang kidal, namun saya berusaha untuk mengubah tabiat menggunakan tangan kiri saya.

"Dengan ini setiap perbuatan kita yang mengikut sunnah Rasulullah membuatkan kita rasa ingin dan ingin lagi melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh Baginda.

“Dalam masa sama kita memperoleh pahala dan mendekatkan diri kepada kecintaan terhadap Rasulullah,” katanya.

Merujuk kepada kitab yang dikarang Imam Al-Tirmizi, PU Shahul berkata, terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang keperibadian Nabi Muhammad yang boleh menjadi ikutan umat Islam.

“Dalam kitab tersebut juga menyatakan satu persatu peribadi Rasulullah sebagai contoh bagaimana Rasulullah berjalan, bagaimana Rasulullah makan, bagaimana Rasulullah minum dan banyak lagi.

“Bermakna di sini jika kita mengenali keperibadian Rasulullah, pasti kita akan mengingati, mencintai dan menyayangi Baginda,” katanya.

Pelajar mendakwa diusap dan diraba timbalan pengarah ketika menjalani latihan praktikal.

Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah

Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah
Pelajar berkenaan mendakwa diusap dan diraba timbalan pengarah ketika menjalani latihan praktikal. Gambar hiasan.


SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain.

“Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan kelakuan timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Jelebu itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Pahang, baru menjalani latihan praktikal di pejabat berkenaan, kira-kira sebulan lalu.

“Akibat tindakan timbalan pengarah tersebut, mangsa kini dilaporkan trauma namun dipercayai masih menjalani latihan praktikal di situ.

“Kakitangan pejabat yang mengetahui mangsa dicabul menasihatkannya agar membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksyen ini jika sabit kesalahan.

Monday 13 January 2014

Lelaki rakam video wanita mandi ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki merakam video seorang wanita sedang mandi di rumahnya di Kondominium Bayu Tasik, Cheras di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berusia 31 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya melalui tingkap bilik mandi rumah wanita berkenaan.

"Rumah mangsa yang berada di aras bawah memudahkan suspek bertindak keji namun mangsa sempat melihat lelaki berkenaan yang memegang telefon bimbit sebelum menjerit minta tolong," katanya di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu.


Beliau berkata polis menahan lelaki terbabit di tingkat dua bangunan itu, kira-kira jam 12 tengah malam hari yang sama setelah wanita berkenaan membuat laporan polis.


Polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit dan siasatan mendapati terdapat rakaman video wanita berkenaan di dalam telefon itu, katanya.

Suspek yang sudah berumah tangga itu ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

Ketika bercinta, serba-serbi nampak indah. Waima bau kentut pun wangi.

CAK: Berkepit ke hulu-hilir

Ketika bercinta, serba-serbi nampak indah. Waima bau kentut pun wangi. Dek kerana itulah ramai ‘buta’ hingga ada ketika mengundang rasa rimas orang yang memandang.

Apa tidaknya, ke hulu hilir asyik berkepit macam suami isteri, walhal belum ada ikatan sah. Kalau dah berkepit, faham-faham sajalah, pasti menarik perhatian orang sekeliling, lebih-lebih lagi jika si pelaku itu orang dikenali seperti seorang penyanyi ini. Difahamkan, penyanyi yang pernah terpalit dengan kontroversi ini asyik usung awek barunya ke tempat kerja. Naik berbulu mata yang memandang sebab gadis itu mengekor ke mana saja penyanyi itu melangkah, kecuali di atas pentas. Di belakang pentas, dia tak reti duduk diam. Apabila penyanyi sediakan kerusi, buah hatinya tak mahu duduk. Pantang penyanyi itu bergerak sikit, dia pasti ikut. Mungkin dia rasa terasing di tempat itu dan tak mahu berjauhan walau seminit dengan kekasih hati atau dia memang jenis yang melekat. Kalau dah tak pandai bawa diri, buat apa ikut penyanyi itu ke tempat kerja, duduklah diam-diam di rumah, habis kerja boleh jumpa.


Seloroh teman yang meluat melihat kemesraan melampau pasangan ini, gadis itu dah macam lintah. Kot ia pun berjiwa romantik, agak-agaklah. Macam mereka saja yang bercinta di atas muka bumi ini. “Geli-geleman pula aku tengok asyik berkepit ke sana-sini. Orang lain pun ada awek juga tapi tak adalah selalu usung ke tempat kerja.

“Jangan jadi seperti sebelum ini sudah, punyalah penyanyi itu beriya-iya bercinta. Sanggup jadi ‘pak supir’ dan tukang hantar makanan sebab sayangkan sangat buah hatinya. Sudahnya, berpisah juga. “Berpada-pada kot ia pun sayang. Lainlah kalau sudah kahwin,” katanya. Sha harap penyanyi itu meneliti kembali perkara ini. Bukan tak boleh bawa kekasih ke tempat kerja, tapi pastikan ia sampai tidak mengganggu perhatiannya.


Kalau dah melekat, payahlah. Lagipun tak molek dipandang kerana mereka bukan ada ikatan sah. Silap hari bulan boleh mengundang salah tafsir dan tanggapan bukan-bukan.

5 ramalan siber 2014

oleh Afiq Hanif

Syarikat keselamatan ‘online’, Fortinet mendedahkan ramalan keselamatan siber yang dilaporkan dalam Fortiguard Lab 2014 merangkumi lima aspek utama tahun ini. Antara yang mencuri tumpuan termasuk penularan ‘malware’ dalam Android yang mula diterima dalam industri lebih meluas.

Oleh kerana jualan telefon bimbit mungkin mendatar pada tahun akan datang, pemba­ngun Android mula mencari pasaran baru untuk sistem operasi Google seperti tablet, konsol permainan mudah alih, peranti boleh pakai, peralatan automasi rumah dan sistem kawalan industri (ICS / SCADA).

Maka, akan muncul malware jenis baru me­nyamai ‘mobile-Stuxnet’ pada 2014 selain penjenayah siber akan tertarik ke platform penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) biasa.

Ia termasuk alat automasi rumah baru yang mempunyai kawalan ke atas penggunaan elektrik seperti suhu peti sejuk dan lain-lain.


Selain itu, perang terhadap laman perkongsian seperti Megaupload akan mengakibatkan peningkatan serangan balas daripada ‘Anonymous’ yang mula kelihatan.


Tahun 2014 juga menjadi cabaran kepada vendor keselamatan rangkaian yang dipaksa untuk menjadi lebih telus.

Ini dibuktikan dengan arahan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan di Amerika Syarikat yang mengenakan penalti kepada syarikat yang memasarkan teknologi pemantauan video kepada pengguna.

Satu lagi ramalan me­ngejutkan termasuk peningkatan serangan menyasarkan kepada perisian Windows XP apabila Microsoft menamatkan sokongan kepada Windows XP pada 8 April 2014.

Ini sekali gus bermakna kelemahan yang baru ditemui tidak akan diperbaiki menyebabkan sistem di seluruh dunia terdedah kepada serangan.

Sistem biometrik yang mula diperkenalkan kepada pengguna biasa seperti diumumkan Apple melalui iPhone 5S akan menjadi ‘daya penarik’ kepada penggodam untuk cuba memecahkan kod keselamatan.

Hal itu bakal mengakibatkan kepentingan dua faktor pengesahan keselamatan akan mula diambil kira yang mana faktor tunggal kata laluan log masuk semakin berkembang.

Fortinet meramalkan pengguna akan melihat pertambahan syarikat mudah alih yang memasukkan faktor pengesahan kedua dalam peranti mereka.

Syamsul Yusof akhirnya pilih...?

Syamsul Yusof akhirnya pilih...?


KHABAR angin tersebar mengatakan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof telah merisik pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana untuk dijadikan isterinya.

Melalui gambar yang tersebar, kelihatan ibu dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah Ismail bergambar bersama Puteri Sarah di atas pelamin.

Namun, masih tiada kenyataan dibuat oleh kedua-duanya.

Sebelum ini, Syamsul ada menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Manakala September lalu, menurut ibunya, Syamsul telah memaklumkan mengenai calon menantunya itu.

Melalui temu bual bersama Sinar Harian Online sekitar promosi Gangster Celop, Februari lalu, Syamsul enggan memberi komentar terhadap gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon cantik itu.

“ Saya tak ada apa-apa komen. Saya dengan Puteri Sarah, kami profesional, kami ‘shoot’ sama. Saya sebenarnya dah tak nak komen lebih-lebih tentang kehidupan peribadi saya.

“Saya lihat banyak lebih ke arah yang bila orang tahu banyak tentang saya, lebih banyak perkara yang negatif daripada positif. Jadi, apabila sampai masa saya akan beritahu. Saya akan kongsi,” katanya.

Cabaran cari pesawat terhempas

OLEH: AHMAD ISMADI ISMAIL Tarikh: January 13, 2014

SELAYANG – "Kita terpaksa menaiki bot, meredah hutan dalam suasana gelap dan mendaki dua bukit dengan kecerunan lebih kurang 45 darjah untuk tiba ke lokasi sebuah pesawat Cessna 172 yang terhempas di Empangan Batu, Ulu Yam dan menyelamatkan tiga individu yang menaiki pesawat itu".

Demikian yang dikongsikan oleh Penguasa Bomba, Abdul Manaf Che Isa ketika menceritakan semula cabaran operasi menyelamat mangsa yang terlibat dengan kejadian itu.

Operasi menyelamat kira-kira jam 9.30 malam ekoran laporan kehilangan sebuah pesawat ringan selepas lebih setengah jam berlepas dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.

Dalam kejadian itu, pesawat yang dinaiki Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 22; Syed Haidhar, 25, dan Shaiful Zafiq Razali, 24, dilaporkan hilang di sekitar Batu Caves kira-kira 5 petang Jumaat.

Abdul Manaf berkata, pihaknya mendapati mangsa berjaya keluar daripada pesawat itu dan berjalan sejauh 100 meter.

"Kita berjaya menjumpai kesemua mangsa kira-kira jam 3.45 pagi, apabila terlihat unggun api yang dipasang oleh mangsa. Keadaan kesemua mangsa pada ketika itu agak keletihan, kesejukan dan menahan kesakitan.

"Anggota paramedik segera menjalankan tugas untuk memastikan keadaan mereka tidak bertambah parah," katanya.

Beliau berkata, keadaan pesawat yang dinaiki oleh kesemua mangsa begitu kritikal. Mujur kesemua mereka terselamat dan masih sedar ketika ditemui.

"Kita mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa dari lokasi kejadian, dua daripada mereka terpaksa diusung, manakala salah seorang daripada mereka pula dipapah, sebelum menaiki bot penyelamat dan dihantar ke Hospital Selayang dengan ambulan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim bangga dengan anggotanya yang dedikasi dan sentiasa berusaha menyelamatkan mangsa.

"Mereka guna pengalaman dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tersebut, kita perlu bertindak pantas untuk mencari dan memberi rawatan kepada mangsa yang terselamat," katanya ketika melawat mangsa yang terlibat dengan insiden itu di Hospital Selayang, semalam.

Menurutnya, keadaan kesemua mangsa stabil dan mampu berkomunikasi, namun masih perlu menjalani rawatan.

Salah seorang mangsa, Saiful Farid Amri berkata, kejadian yang menimpanya itu tidak akan mematahkan semangat untuk dia menjadi juruterbang.

Sunday 12 January 2014

Dapat e-mail untuk waris harta US1.3 Juta Dolar..!!

Salam...


Sebelum saya meneruskan email ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Nik Noor Asiah Bt Md Noor, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dan meminta agar anda menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan mendorong anda membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2009.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (niknoorasiahmdnoor@yahoo.com) dan bukannya e-mel yang saya send ini kerana e-mel ini tidak terima reply. Saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

Nik Noor Asiah Bt Md Noor.

Apabila rakyat ajar FAM rahsia untuk kejayaan team bolasepak

Rahsia yang tidak lagi rahsia - Ahmad Mohsein Azmi

Saya hanyalah peminat bola sepak. Tujuan menulis artikel ini untuk menambah perbincangan umum rakyat malaysia tentang kelesuan pasukan bola sepak Malaysia.

Kejayaan pasukan bola sepak adalah menjadi suatu harapan besar rakyat Malaysia. Semenjak merdeka Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia sedangkan rakan serantau seperti Jepun dan Korea Selatan telah lama meninggalkan kita.

Saya percaya jika kita meniru bulat-bulat kaedah Jepun dan Korea Selatan kita juga boleh berjaya. Kejayaan bola sepak juga bukan lagi rahsia.

Sudah banyak formula kejayaan bola sepak ditunjukkan oleh negara Eropah. Sebagai contoh kelab-kelab di Jerman (Borussia Dortmund dan Bayern Munich) dan Basque dan Catalan (Barcelona dan Atletico Bilbao) hanya menggunakan produk akademi remaja sebagai pelapis pasukan.

Mereka tidak perlu berbelanja besar seperti Chelsea dan Manchester City. Apakah faktor kejayaan pasukan bola sepak? Saiz fizikal, kemahiran atau keutuhan mental?

Jika dilihat saiz pemain Sepanyol rata-rata sekitar 170cm sahaja. Hanya pemain pertahanan sahaja memiliki ketinggian 190cm. Ramai juga pemain Brazil hanya memiliki sosok tubuh pemain Asia.

Lionel Messi hanyalah 169cm. Umumnya ketinggian rakyat Malaysia sekitar 165-170cm jadi ia adalah saiz normal rakyat Malaysia.

Saiz pemain tidak lagi menjadi faktor keberkesanan taktikal. Saiz pemain hanyalah relevan bagi permainan rebutan bola di udara.

Sedangkan permainan "possession" tiki taka mengawal pergerakan bola melebihi paras lutut apa lagi diperlukan pemain tinggi lampai.

Jika kita lemah bersaing di udara maka lupakan saja formasi dan permainan teras Inggeris yang terkenal dengan kaedah hantaran lintang dan tandukan.

Bagaimana pula kemahiran? Skill individu atau kawalan taktikal pasukan? Jika diperhati dengan teliti kebanyakan pemain berskil tinggi tidak bermain dalam kelab yang sama.

Secara purata hanya sekitar 4-5 orang sahaja pemain utama pasukan boleh mengelecek dengan aksi-aksi menghiburkan. Baki pemain 6-7 orang kekal bermain tanpa kemahiran individual yang ketara.

Hakikatnya mereka bermain mengikut taktikal pasukan. Terdapat dua set taktikal dalam pasukan Eropah. Pertama pergerakan bersama ketika pasukan sendiri sedang mengawal bola. Yang kedua, adalah pergerakan tanpa bola. Saya mendapati inilah merupakan kelemahan utama bola sepak Malaysia.

Bagaimana pula dengan kekuatan mental? Adakala pasukan kita telah berjaya mendahului permainan tetapi tewas dalam serangan terakhir pihak lawan.

Bagaimana mengatasi perasaan gemuruh, percayalah peminat-peminat semua, apabila berada di dalam padang dengan sorakan penyokong, pemain berada keadaan minda sendiri.

Keputusan dan pergerakan dalam padang inilah yang perlu dilatih dan didedahkan. Ia perlu konsisten. Dari 10 kali hantaran mestilah 8 kali sampai kepada rakan sepasukan.

Permainan bola sepak adalah permainan mencipta peluang jaringan, Kemenangan pasukan adalah banyak dengan berjaya menghasil peluang.

Terpulang pada penyerang untuk menyudahkan peluang. Di sini juga penyerang perlu berkomunikasi dan mengatur kedudukan “favourite”. Rakan sepasukan perlu tahu kekuatan penyerang, jika pemain itu kidal maka bola yang dilorongkan mestilah selari dengan sepakan kaki kiri.

Jika penyerang kerap berinteraksi dan mencuba banyak gerakan larian, sudah pasti rakan sepasukan akan mudah mengagak arah tuju larian penyerang, di situlah hantaran di halakan.

Tiada yang mustahil dalam kejayaan pasukan bola sepak, lihat saja pasukan Belgium dan Uruguay, mereka berjaya menempatkan negara di persada dunia. Sedangkan mereka bukanlah kuasa tradisi bola sepak.

Saya tidak percaya masalah ini boleh diatasi dalam masa singkat. Kita tidak perlu membazir membayar gaji jurulatih Eropah jika standard pemain tidak sampai ketahap Eropah. Kita juga tidak perlu memberi kerakyatan asing kepada mana-mana pemain.

Apa sangatlah yang boleh dibuat jika pemain sedia ada masih leka, hanya mahu berhibur, tidak serius bermain, ada saja laporan pemain keluar latihan untuk meminum minuman keras, berhibur di kelab malam, mengambil rasuah. Bawalah Alex Ferguson sekalipun, beliau tidak akan mampu mengubah apa-apa.

Untuk melatih seorang peguam dan doktor perlukan masa 5-10 tahun. Begitulah juga perancangan bola sepak. Ia pasti berubah dalam tempoh 10 tahun akan datang jika latihan akademi dibuat sama seperti model “la masia” dari Barcelona yang mengambil pemain dari 9-10 tahun. Dalam usia 18-20 tahun pasti pemain itu mampu menggalas harapan negara.

Samuel Eto'o pemain dari benua Afrika menyatakan dalam temu bual sebelum beliau dipancing oleh akademi Real Madrid ketika berusia 16 tahun, beliau telah pun memiliki kemahiran individu dan kepantasan fizikal, apa yang diajarkan oleh jurulatih hanyalah pergerakan taktikal pasukan samada ketika memiliki bola di kaki atau ketika bola dikaki lawan.

Permainan bola sepak adalah perlawanan mencipta peluang dengan beberapa kali percubaan menjaringkan goal. Cubalah untuk berubah. Ia merupakan disiplin kejayaan. – 12 Januari, 2014.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive