UtusanDaily

Saturday, 22 February 2014

Filem baru Osman Ali kisah untuk mencantas cinta dalam SEJOLI

Misi Cantas Cinta

BAGI mereka yang pernah melalui alam percintaan, pastinya pernah merasai pengalaman putus cinta. Bagaimanapun, pernahkah anda terfikir akan bertemu seseorang yang mengalami nasib sama dan bekas pasangan anda kini bercinta dengan bekas pasangannya serta bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Justeru bagi mereka yang masih menyayangi pasangan masing-masing, pasti akan timbul idea untuk mencantas hubungan tersebut agar dapat kembali kepada pasangan masing-masing.

Begitulah antara sebahagian jalan cerita Sejoli yang diarahkan oleh Osman Ali. Membariskan baris pelakon terkenal seperti Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aisyah, Remy Ishak, Azad Jazmin dan Dira Abu Zahar.

Anda pasti akan tercuit hati dengan keletah mereka dan membuatkan anda akan mengimbau kembali kenangan-kenangan pahit manis bagi mereka yang pernah menjalani alam percintaan dahulu.

Mencuit hati

Nama Osman Ali dalam bidang pengarahan bukanlah asing lagi. Filem-filem arahannya seperti Cun! dan Ombak Rindu berjaya mencetuskan fenomena tersendiri ketika ditayangkan.

Kini Osman kembali dengan garapan dan idea 'gilanya' menerusi filem Sejoli. Mengekalkan genre romantik komedi, anda pasti akan tercuit hati dengan setiap keletah dan babak yang digarapnya dalam filem ini.

Menariknya, jika Cun! mengangkat kisah percintaan dua darjat, Sejoli pula mengisahkan tentang Joe (Bront Palarae) membawa diri ke Phuket selepas ditinggalkan oleh Nita (Izara Aishah). Di sana dia bertemu Gina (Maya Karin) yang turut ditinggalkan oleh kekasihnya, Hardy (Remy Ishak).

Selepas beberapa insiden berlaku, barulah Joe dan Gina mengetahui bahawa bekas pasangan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. Walaupun berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, hakikatnya mereka sendiri gagal melupakan bekas kekasih sendiri.

Selepas mengetahui Nita bakal berkahwin dengan Hardy, Joe dan Gina melakukan pelbagai taktik kotor bagi merosakkan perkahwinan tersebut.

Biarpun jalan cerita tersebut kelihatan sedikit kebudak-budakan, namun ia masih ada tarikan yang tersendiri. Setiap perancangan yang dilakukan sememangnya tidak pernah anda jangka.

Malah, susunan plot yang teratur membuatkan anda mudah memahami jalan cerita filem ini tanpa perlu memerah idea untuk memikirkan apa yang berlaku selepas itu.

Gandingan mantap

Meletakkan Maya, Bront, Remy dan Izara di samping Azad berserta Dira sebagai pembantunya menjadi pilihan yang cukup tepat buat Osman.

Jika sebelum ini anda sering melihat mereka menjayakan watak-watak yang lebih berat-seperti permainan emosi dan aksi, kali ini dalam filem Sejoli, anda akan melihat mereka berlakon dalam keadaan yang santai.

Bahkan melihat Bront bergandingan dengan Maya dan Izara bersama Remy menimbulkan momen sentimental tersendiri buat penonton.

Seperti biasa, Remy berjaya membuai perasaan penonton dengan sisi romantisnya, manakala Bront pula dengan cara yang cukup bersahaja dan macho.

Maya pula buat pertama kalinya menjayakan watak wanita yang kelam kabut dan Izara tanpa kejutan dengan watak gedik serta manja.

Bagaimanapun penulis agak kecewa dengan kehadiran Azad dalam filem ini, bukan kerana tidak bagus tapi kerana babak yang terhad membuatkan tidak puas melihat Azad 'beraksi' di dalam filem berkenaan. Lakonan Dira juga seperti biasa cukup bersahaja, mungkin kerana babak yang terhad, membuatkan lakonan Dira tidak menyerlah.

Sinematografi hebat

Selain itu, antara tarikan utama filem ini adalah pemilihan beberapa lokasi seperti di Phuket, Thailand yang cukup cantik.

Segala 'mood' dan sinematografi dalam filem ini bersesuaian dengan setiap momen yang berlaku.

Bagaimanapun pada pandangan penulis, adalah lebih menarik sekiranya Osman menggunakan lokasi menarik di Malaysia seperti di Kota Kinabalu, Sabah atau pulau-pulau di Terengganu berbanding Phuket.

Dari segi pergerakan plot pula, tidak banyak yang boleh disentuh kerana Sejoli adalah sebuah filem yang ringan dan bersahaja.

Jadi bagi anda yang ingin mencari sebuah filem santai pada hujung minggu, jangan lupa menyaksikan Sejoli di pawagam.

Friday, 21 February 2014

Shila terus lebarkan sayap di persada antarabangsa

Shila Amzah
Shila Amzah


SEKALI lagi Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah telah mengambil peluang untuk melakar namanya di peringkat antarabangsa dalam bidang vokal.

Selepas berjaya menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2013, sekarang tiba masanya Shila terus melebarkan bakatnya di peringkat antarabangsa dengan menyertai program realiti nyanyian berjudul "I am a Singer" di China.

Pelantun lagu Masih Aku Cinta itu juga akan memulakan persembahannya pada Jumaat ini.

Perkara itu juga telah dikongsi Shila melalui akaun Twitternya dengan memuat naik gambar posternya untuk pertandingan itu.

Melalui akaun Twitternya juga, Shila turut berkongsi cara untuk menonton secara "live" persembahannya di negara itu.

"Bagi pengguna komputer riba atau komputer, anda boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm.

"Ia akan disiarkan pada Jumaat, jam 8 malam.

"Jadi tak ada alasan untuk menonton persembahan Shila dalam 'I am a Singer'. Terima kasih kerana memberi sokongan," tulisnya di laman tersebut.

Memetik laporan satu portal hiburan, program realiti tersebut turut disertai dua penyanyi Malaysia yang lain namun telah tersingkir dalam episod terdahulu.

Erra Fazira pasrah


Erra Fazira
SETIAP pasangan yang berkahwin, pasti tidak pernah mengimpikan perkahwinan yang di bina, lebih-lebih lagi atas dasar cinta akan berakhir dengan penceraian.

Dan mungkin itu jugalah yang dirasai oleh Primadona Filem Malaysia, Erra Fazira, 40 yang telah sah bercerai dengan Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kelmarin.

Apatah lagi, perkahwinan Erra bersama Emran merupakan perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan Yusry Abdul Halim pada 2006.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Erra tampak pasrah dan meninggalkan komen ringkas mengenai penceraiannya itu.

"Jodoh, ajal, maut di tangan ALLAH. Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Amin"

Pelakon yang terkenal menerusi filem Sembilu itu diwakili oleh peguam, Ahmad Nazib Johari, memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak pada 17 Februari 2013.

Ketika prosiding, Erra dan Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, lima tahun yang kini hak jagaan diberikan kepada Emran.

Thursday, 20 February 2014

Erra banyak nangis sebelum cerai

Banyak nangis sebelum cerai
Shah Alam: Aktres terkenal, Erra Fazira, 40, yang bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kelmarin, mengakui banyak menangis memikirkan hal anak tunggal mereka dua hari sebelum perceraian.

Hak penjagaan Engku Aleesya, 5, yang diberikan kepada bekas suami menjadi antara syarat dipersetujui bersama sebelum Erra memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu itu enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan yang disifatkannya terlalu sensitif untuk diperkatakan, selain perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga.

“Saya akui banyak menangis dua hari sebelum ke mahkamah... bukan kerana perceraian ini, tetapi memikirkan soal anak. Jangan tanya soal hak penjagaan anak lagi

Remaja beraksi lucah depa ibunya di denda 2 tahun penjara

Terima balasan aksi lucah depan ibu

Tertuduh dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman yang diputuskan mahkamah.


KOTA BHARU - Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.

Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember.

Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan. Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.

“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik (lucah) kepada ibu sendiri.

“Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin yang memohon hukuman penjara minimum dikenakan berikutan tertuduh sudah menunjukkan rasa insaf dan kesal terhadap kesalahan itu dengan mengaku bersalah.

Mohammed Nor Alief Abdul Maleq ditahan pada 21 Disember 2013 dan kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember serta berada dalam tahanan sepanjang tempoh tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Sinar Harian sebelum ini, melaporkan seorang guru menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha, lengan dan belakang badan.

Wednesday, 19 February 2014

Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton

Ariana Rose
  Ariana Rose


EPISOD akhir drama yang menjadi kegilaan ramai, Ariana Rose dilaporkan mencatat 4.5 juta tontonan.

Malah drama itu turut mendapat sambutan luar biasa di laman-laman sosial.

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, Ariana Rose terbukti menjadi drama pilihan nombor satu dengan kadar tontonan yang begitu tinggi.

“Sekali lagi, Ariana Rose terbukti sebagai drama pilihan nombor satu dengan kadar tontonan yang tinggi dan juga ‘trending’ di laman sosial setiap kali bersiaran.

“Malahan, tayangan eksklusif Ariana Rose bersempena dengan sesi jelajah Drama Festival Kuala Lumpur pada 11 Februari telah diraikan lebih daripada 5,000 peminat yang enggan melepaskan peluang untuk bertemu dengan bintang pujaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Drama yang diadaptasi dari novel ‘The Wedding Breaker’  mendapat sentuhan pengarah berkaliber, Raja Alauddin Shah.

Drama bersiri 28 episod itu dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Tasha Shilla, Datuk Jalaluddin Hassan, Ziela Jalil, Mustapha Kamal, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Tuesday, 18 February 2014

Mahkamah berikan hak penjagaan anak Erra Fazira kepada Engku Emran

Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.

Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu. Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.

Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.


Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai. Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan  -bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata. -mStar Online-

Cinta Elfira, Zoey dihalang?

Cinta Zoey dan Elfira dihalang?
  Zoey dan Elfira bawa karakter pasangan suami isteri dalam Demi Dia. - Foto TV3


KISAH cinta pelakon cantik, Elfira Loy dengan pelakon dan pengacara, Zoey Rahman nampaknya tidak seindah yang disangkakan.

Pepatah mengatakan restu keluarga amat penting dalam setiap jalinan cinta apatah lagi ke arah membina mahligai bahagia. Perhubungan mereka dikatakan tidak mendapat restu keluarga. Tapi ia hanya berlaku dalam drama bersiri terbaru, Demi Dia.

Demi Dia bakal menggantikan drama bersiri TV3 di slot Akasia, Teduhan Kasih yang baru saja melabuhkan tirai, semalam. Zoey memegang watak sebagai Zack yang merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari.

Perkahwinan Zack dengan Elfira sebagai Azura mendapat tentangan daripada bapa Zack, Tan Sri Puteh. Atas arahan Tan Sri Puteh, kakak tiri Zack, Wanda perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.

Percintaan mereka diduga apabila Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya.

Demi Dia bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam, bermula hari ini. Drama bersiri 24 episod ini merupakan hasil nukilan skrip dan arahan Aziz M Osman.

Amaran Elfira Loy kepada peminat..!!

Elfira Loy

RAMAI berpendapat, kerjaya sebagai seorang selebriti adalah kerjaya paling mudah dan lebih istimewa, seseorang selebriti pasti dikenali ramai dan ada pengikut tersendiri.

Apatah lagi, dengan kecanggihan zaman teknologi para peminat sudah boleh mendekati selebriti kegemaran menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Namun sayangnya ada pengikut di laman Instagram khususnya menyalah gunakan gambar sesetengah selebriti dengan mengiklankan produk mereka.

Jika sebelum ini, Nabila Huda sudah meluahkan perasaan dan mengingatkan pengikutnya agar tidak sewenangnya mengiklankan produk mereka, kali ini giliran Elfira Loy pula meluahkan perkara sama.

"Sejujurnya saya tidak ada masalah dengan mereka yang berniaga terutamanya peniaga atas talian. Cuma saya kurang berkenan cara mereka dekati saya dengan #VisitMyIG.

"Saya bukanlah nak meminta barang percuma, tapi daripada mereka tinggalkan komen sebegitu, lebih baik mereka taja barang-barang tersebut kepada artis dan saya akan bantu mereka promosikan barang mereka.

"Kalau nak berniaga biarlah cara yang betul dan saya tak mahu ada pihak yang beri saya barang dan saya promosikan tapi ada pula pihak lain yang dapatkan publisiti dengan cara mudah," jelasnya.

Ceburi bidang perniagaan


Sementara itu, dalam perkembangan lain gadis berusia 19 tahun ini sedang sibuk mengusahakan perniagaan selendang secara kecil-kecilan secara atas talian yang diberi nama Twinkel by Elfira.

Jelas Elfira, perniagaan tersebut bermula dengan lukisan yang dilukisnya sendiri pada waktu senggang.

"Saya memang suka melukis tapi tidaklah pakar sangat. Kebetulan kawan saya kata lukisan tersebut boleh dicetak di atas selendang dan dari situ saya cuba menjual menerusi Instagram saya.

"Tak sangka dalam masa lima hari, 50 helai terjual dan saya rasa perniagaan ini boleh diteruskan. Selain selendang, saya juga turut mencetak lukisan saya 'casing' telefon bimbit.

"Namun kerana kekangan waktu, saya tak dapat keluarkan dalam kuantiti yang banyak. Buat masa ini saya hanya 'test market', dalam tahun depan saya berhasrat untuk membuka kiosk sendiri," katanya.

Dek kerana harga selendang yang agak mahal iaitu RM99 sehelai, Elfira berkata, dia cuba untuk mempelbagaikan barangan agar mampu dimiliki oleh para peminatnya yang kebanyakannya masih sekolah.

"Saya cuba untuk memberikan harga yang berpatutan kerana segalanya saya buat sendiri, melukis, pilih kain dan iklan. Tapi saya cuba mempelbagaikan barang agar ia mampu dimiliki.

Sudah bertudung?


Elfira yang hadir ke Majlis Tayangan Amal DiRaja Permata Hati dengan memakai tudung baru-baru ini, menarik perhatian ramai sehingga ada yang tertanyatanya, adakah dia sudah mengikut jejak adiknya, Ezlisa
yang bertudung.

“Niat memang dah ada, malah setiap kali bangun tidur saya memang rasa nak bertudung. Tapi tak tahu bila. Macam hari ini saya bertudung kerana mahu mengikut karakter saya di dalam filem ini iaitu Lis,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Elfira berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaharunya, Separuh Jiwaku yang akan disiarkan di TV9.

[Video] Erra Fazira - Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi..



SHAH ALAM - [VIDEO] Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.

"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian. [SH]

Tuah watak pelacur, tapi bimbang foto separuh bogel tersebar..

Tuah watak pelacur


Digandingkan bersama dalam drama bersiri Puteri Malam, dua bintang baharu ini tidak menyangka watak pelacur yang dilakonkan mereka melayakkan diri masing-masing dicalonkan dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (ADFKL), yang akan berlangsung pada 22 Februari ini. 

Tidak meletakkan harapan tinggi, Zara Zya dan Hafreez Adam menganggap tersenarai di antara kalangan nama besar sudah cukup mengujakan. Pada masa sama, ia menjadi penanda aras buat kerja seni masing-masing. 


Dua bakat ini juga sudah tentu mengharapkan perjalanan kerjaya seni mereka berpanjangan.


Bimbang foto separuh bogel tersebar

Bermula sebagai model peragaan, Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Aizat Zahalan menjejakkan kaki ke bidang seni setahun lalu selepas disunting pengarah drama Maskara, Nizam Zakaria, ketika menemani temannya yang juga bakat baru, Nazrief Nazri, ke lokasi penggambaran.

Walaupun watak yang diberikan kecil, bertitik-tolak dari situ Hafreez memanjangkan langkahnya dalam arena lakonan selepas membintangi drama Tanah Merah. 

Setelah jejaknya dalam lakonan dirasakan kian kukuh, Hafreez mula memperlahankan langkah sebagai model. Beliau juga semakin berhati-hati menerima tawaran memperagakan sesuatu produk, berikutan dirinya kini menjadi perhatian umum. 

“Saya memang tidak pernah bergambar separuh bogel, apatah lagi menjadi... [BH]

[Panas] Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan Engku Emran


SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. [BH]

Aduhai..!! Artis cantik macam nie pun masih menunggu cinta lelaki yang sejati..

Nasha Aziz masih menunggu cinta sejati

Tak rela jadi perampas
Tak rela jadi perampas

Setiap kali dirinya muncul di sesebuah acara, persoalan mengenai jodoh tetap diajukan walaupun sudah berulang kali wanita ini memberikan ulasan berhubung perkara berkenaan.

Maklum saja, pada usia 42 tahun, Nasha Aziz belum diikat dengan jalinan perkahwinan. Justeru, apabila berpeluang berbicara dengannya, topik mengenai cinta dan rumah tangga tidak mampu ditinggalkan, apatah lagi ramai sedia maklum, wanita ini sendiri bukanlah selebriti yang mudah kelihatan wajahnya di sebarang majlis ataupun acara.

Nilai eksklusif yang ada pada dirinya itulah menyebabkan setiap persoalan ingin ditanya kepadanya. Nasha sendiri tidak lokek untuk berkongsi cerita. Andai mampu dijawabnya, pelbagai penjelasan diberikan kepada wakil media. Begitu jugalah dengan soal cinta.

Terbaharu, ketika ditemui pada majlis sidang media teater Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya (IB), baru-baru ini, Nasha mengaku masih menantikan cinta sejati, tulus dan ikhlas daripada insan bergelar lelaki.

Monday, 17 February 2014

Ada dikatakan artis wanita jual rumah untuk bayar hutang..!!


PREITY Zinta dikatakan dibebani dengan masalah hutang

ANTARA berita panas dalam dunia hiburan Bollywood kini adalah kononnya pelakon cantik Preity Zinta, 40, ketika ini dibebani hutang yang amat teruk. Dalam memastikan dia mampu membayar kesemua hutangnya itu, khabarnya Preity bakal berpindah keluar dari rumah mewahnya.

Rumah yang terletak di kawasan pilihan di Khar, Mumbai itu akan disewakan kepada mereka yang berminat. Memandangkan ia memang menjadi idaman ramai, tentunya tidak susah untuk pelakon cantik itu mendapatkan penyewa secepat mungkin dengan harga yang lumayan bagi membantu dia menyelesaikan masalah hutang.

Masalah hutang pelakon cantik itu bermula apabila dia memilih untuk menerbitkan sebuah filem dengan kos yang amat besar. Filem pertama terbitannya Ishkq In Paris menjalani penggambaran sepenuhnya di Perancis. Walaupun akhirnya filem itu dapat ditayangkan namun penangguhan filem itu banyak memberi kesan kepada kewangan Preity.

Menjawab soalan sama ada benar dia mempunyai masalah kewangan baru-baru ini, Preity nampaknya hanya ketawa.

Dia mengibaratkan khabar angin tersebut sebagai satu lagi drama dalam kehidupan glamor yang dimiliki dirinya, dia tidak lari daripada menjawab soalan berkenaan dengan cara tersendiri.
“Banyak sangat drama dalam laporan tersebut, kononnya saya kini hidup dalam ketakutan kerana dikejar pemiutang.
“Saya harap mereka di luar sana perlu mencari skrip drama yang lebih baik. Tiada apa yang berlaku dalam kehidupan saya kini," katanya sambil ketawa.

Pelakon jelita dengan imej berlesung pipit itu memulakan kariernya sebagai pelakon untuk filem Dil Se, hampir berbelas tahun dalam dunia lakonan Preity juga kini dikenali sebagai usahawan terkenal. Masih keliru bagaimana kisah dia kini terjebak dalam masalah hutang timbul, Preity bagaimanapun sempat menegaskan rumah mewahnya itu tidak akan disewakan.

“Memang saya tiada niat untuk menyewakan rumah itu. Jujurnya , saya tidak mengalami sebarang masalah dalam kewangan. Dan buat masa ini, keadaan saya juga masih baik," katanya.

Tidak menolak untuk merasa menyampah dengan khabar angin tersebut, pelakon yang mempunyai Ijazah dalam Psikologi Jenayah ini juga mahu perkara ini di hentikan. Menurut Preity akibat dari kisah tidak benar ini banyak di antara rakan-rakanya mula risau akan keadaannya.

“Mereka mula bertanyakan keadaan kewangan saya, mungkin risau dengan khabar angin tersebut," katanya marah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Keintiman "Ariana Ros" aka Fathia ditegur peminat?


SEJAK tayangan Ariana Rose berakhir Khamis lalu, Miss J dapat banyak aduan berkaitan heroin drama itu, Nur Fathia.

Dengar cerita ada segelintir pihak yang Fathia yang tak berpuas hati dengan ‘keberanian’ pemegang ijazah undang-undang itu.

Tentunya melibatkan beberapa adegan intim bersama hero Ariana Rose, Keith Foo yang membuatkan orang ramai ‘berbunyi’.

Masakan tidak lakonan mereka bukan main mesra. Kalau setakat berpegangan tangan pun ada yang menganggap kurang manis, inikan pula adegan berpelukan sakan bak suami isteri.

Dengarnya ramai yang marah-marah dan tak suka dengan adegan mesra terlampau Fathia-Keith yang penonton fikir agak over.

Bukannya apa, kita ini masyarakat Timur. Kaya dengan adab sopan.

Lagi pun sebagai pelakon wanita yang beragama Islam Fathia sepatutnya kena lebih sensitif dengan babak-babak yang boleh mengundang cakap-cakap orang ramai seperti lakonannya di dalam drama yang mendapat sambutan ramai itu.

Berbeza dengan Keith Foo... Dia bukan Muslim. Nak over pun tak apa. Cuma Miss J tertanya-tanya juga, tak marahkah buah hati Keith apabila melihat babak-babak mesra kekasihnya dengan orang lain?

Bukan itu sahaja Miss J dengar gara-gara lakonan intimnya dengan Keith ada pihak yang cuba melaga-lagakan keharmonian cinta Fathia dengan kekasihnya, Aiman Hakim.

Yang tak seronoknya sampaikan ada yang berharap agar Fathia dan Aiman Hakim putus. Eh! Macam itu pula. Apa cerita ini?

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140216/hi_04/Keintiman-Fathia-dicemburui#ixzz2tYQGiaQX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Benarkah BOCEY patut menang MLM2013..bukan SEPAHTU..

PROGRAM popular Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) telah pun melabuhkan tirainya pada minggu lalu malah bahang kemenangan yang diraih kumpulan Sepahtu masih menjadi sebutan ramai.

Di sebalik kejuaraan Sepahtu, nama kumpulan Bocey juga terheret kerana ada pihak menyifatkan trio itu layak menyandang gelaran juara pada malam akhir pertandingan yang menawarkan wang tunai sebanyak RM500,000 sebagai taruhan.

Secara amnya ramai berpendapat berbanding Sepahtu, Bocey punya potensi besar untuk menjuarai MLM2013 kerana mempunyai idea yang segar dan tidak klise.

Lalu timbul isu yang mendakwa bahawa kemenangan Sepahtu telah dirancang.

Pelbagai spekulasi muncul mendakwa bahawa usaha untuk menjadikan Bocey sebagai juara ‘terhalang’ kerana kumpulan tersebut tidak lahir daripada produk Astro.

Tidak mahu menuduh Pancaindera mendapatkan Bocey yang menduduki tangga ketiga pada malam kemuncak MLM2013 untuk mendengar pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Ini adalah penjelasan Bocey yang diwakili oleh Abam.

Ada yang mempertikai kejuaraan pertandingan MLM2013 tempoh hari wajar diberikan kepada Bocey. Apa pandangan kalian?

Sejujurnya apa-apa pun keputusan tempoh hari adalah sesuatu yang tak dijangka. Kami tak pernah mempertikai keputusan juri dan undian ramai untuk Sepahtu. Kami pun dah cukup puas hati dengan kedudukan ketiga walaupun kami tak begitu popular berbanding Sepahtu dan Shiro. Kami pun tak sangka mampu sampai ke tahap itu.

Sebagai peserta takkan tidak simpan hasrat untuk bergelar juara? Apalagi rata-rata penyokong bersetuju bahawa Bocey lebih banyak idea berbanding Sepahtu?

Kami buat persembahan lawak dengan ikhlas dan lebih pentingkan erti persahabatan. Kami tak sasarkan untuk menang pun sebab kami percaya kalau ada rezeki jadi juara maka sudah tentulah kami akan mendapat rezeki itu. Tapi keputusan menempatkan kami pada kedudukan ketiga, itu pun sudah bersyukur sebab bukan senang nak capai tahap itu.

Ternyata kesepakatan kami akhirnya membawa kami sampai ke peringkat ini dan membawa hasil yang tak terjangka. Malah kami juga percaya, Sepahtu layak menyandang gelaran juara. Mereka disokong oleh peminat yang ramai.

Memang tak rasa Bocey patut menang?

Macam kami cakap... itu semua rezeki. Lagipun kami sedar, kami ini tak popular dan masih baru berbanding Sepahtu. Jadi mungkin sukar untuk kami untuk memenangi hati semua orang. Kami rasa isu ini tak patut dipanjangkan.

Selain isu kemenangan timbul juga cerita kononnya Bocey jika tanpa Abam tidak akan ke mana. Komen?

Tak adalah. Kami semua ada kelebihan masing-masing. Sebelum persembahan kami akan berkongsi idea dan berbincang apa yang boleh dan tak boleh. Kebanyakan masa juga kami banyak merujuk pada mentor kami, Afdlin Shauki.

Apa perancangan Bocey selepas MLM2013 terutama dengan wang kemenangan tempoh hari?

Wang kemenangan belum lagi kami perolehi. Setakat ini perancangan kami untuk mengadakan kenduri kesyukuran sempena kemenangan di tempat ketiga. Namun pada masa yang sama kami merancang untuk menyertai pusat gimnasium.

Macam saya perancangan itu dibuat bukan sebab saya nak kurus tetapi lebih kepada penjagaan kesihatan. Kami faham imej adalah amat penting apabila sudah bergelar public figure. Kami juga sedar untuk membuat persembahan kami perlu memastikan diri sentiasa bertenaga. Selain itu kami juga mahu buat perubahan imej yang bersesuaian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140216/hi_07/Tak-timbul-isu-itu---Bocey#ixzz2tYLbrhvL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelat Bahasa Indonesia Keith Foo Semakin Hilang

oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Keith mengakui pelat bahasa Indonesia yang digunakannya selama 10 tahun lalu semakin hilang. Foto SHAARI CHE MAT.

PETALING JAYA: Pelakon Keith Foo semakin selesa apabila pelat bahasa Indonesia yang digunakannya hampir 10 tahun lalu semakin lenyap dan memudahkan dalam menjayakan sesuatu watak dalam telefilem atau drama bersiri lakonannya.

Keith, 31, berkata, pada awalnya di menghadapi kesukaran untuk membuang pelat berkenaan namun latihan percakapan yang dilakukan setiap hari dalam kehidupan sehariannya banyak membantunya.

"Saya akui mula-mula balik ke Malaysia memang susah untuk bercakap dengan gaya biasa dan saya menghadapi kesukaran untuk memastikan penggunaan ayat dan slanga itu tidak ada dalam lakonan.

"Bagaimanapun pelat itu semakin hilang dan sudah mendapat kembali percakapan asal saya seperti sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Pelakon Ariana Rose itu diserbu peminat ketika majlis pratonton drama bersiri itu yang diadakan minggu lalu.

Nama pelakon kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu melonjak apabila muncul dalam drama Ariana Rose menerusi watak Tengku Adam Kamil disamping aktres Nur Fathia.

Keith sebelum ini adalah pelakon dan model terkenal di Indonesia dan mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia bagi menjaga kedua ibu bapanya dan mencipta nama di negara sendiri.

Dalam pada itu, Keith berkata, dia tidak kesal menarik diri sebagai artis di bawah payung Astro dan menguruskan kariernya di bawah syarikat pengurusannya iaitu Aksi Reaktivasi Sdn Bhd kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang industri lakonan di negara ini.
Keith semakin selesa menguruskan kerjaya lakonannya sendiri.

Jelas Keith, usahanya itu mula menampakkan hasil dan bersyukur lakonannya diterima baik dikalangan penonton terutamanya peminat kaum Melayu.

"Ia mungkin antara keputusan terbaik yang pernah saya lakukan kerana ini adalah peluang untuk saya bergerak sendiri dan mengenali industri ini dengan lebih baik tanpa mengharapkan pihak lain," katanya.

Sementara itu, Keith berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran dua buah telemovie berjudul Di Atas Kertas dan Salju Putih yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

'Jika Itu Takdirku' Ganti 'Ariana Rose'

shah

Selepas drama bersiri ‘Ariana Rose’ melabuhkan tirai pada 13 Februari lalu, penonton siri Akasia TV3 akan dihidangkan pula dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru yang berjudul 'Jika Itu Takdirku' menampilkan lakonan Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos bermula 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam.
 
Drama ini mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang disahkan menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya pada enam tahun yang lepas. Hakimi sangat rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor.
 
Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah.
 
Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada tujuh tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.
 
Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.
 
Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.
 
Selepas dua bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?
 
Segalanya bakal terjawab dalam 'Jika Itu Takdirku' yang akan disiarkan mulai 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam di TV3. www.tonton.com.my.

Sunday, 16 February 2014

Percintaan Pekin & Uqasha Senrose telah berakhir

http://1.bp.blogspot.com/-B4uBrwqyQDI/UveqhRriJEI/AAAAAAAAfBQ/PxTT80V_Bpw/s1600/Hubungan%2BUqasha%2B%26%2BPekin%2BDah%2BPutus.jpg
UMUM sudah tahu percintaan antara pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose, bakal ke jinjang pelamin, tidak lama lagi.

Malah, sejak pasangan bahagia ini mendedahkan persiapan perkahwinan mereka baru-baru ini, ramai peminat mengharapkan perancangan mereka berjalan lancar.

Namun tidak sampai dua bulan mendedahkan berita gembira itu, pasangan ini dikhabarkan terpaksa menghentikan niat mereka setelah mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

Malah Uqasha menerusi sebuah akbar mengakui hubungan mereka telah berakhir 3 Februari lalu, atas permintaan Pekin.

Bagaimanapun berbeza dengan Pekin, yang menafikan perkara itu.

Meskipun kenyataan mereka dilihat bercanggah, namun mereka lebih selesa mengambil langkah berdiam diri, serta menganggap perkara itu sebahagian daripada privasi mereka.

Menerusi Zass, pelakon Paku Pontianak, Uqasha Senrose, memberitahu, dia tidak mahu menyentuh mengenai perkara itu selain daripada kerjaya seninya.

“Saya tak mahu komen. Tanya sajalah pada Pekin,” katanya.

Sementara itu, Pekin yang juga berpandangan sama seperti Uqasha, mengakui perkara itu merupakan satu langkah publisiti dan dia tidak mahu mensensasikan kisah peribadinya.

“Maaf, saya tak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini kerana saya jenis yang tak sukakan publisiti. Mungkin boleh tanya pada Uqasha sendiri,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu arahan Mamat Khalid berjudul ‘Rumah Pusaka Di Persimpangan Jalan’.

Hubungan Pekin dan Uqasha sebelum ini pernah berantakan selepas pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan menjadi 'orang ketiga' dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun, perkara itu hanyalah salah faham dan akhirnya Pekin sendiri tampil membuka mulut dan memohon maaf terhadap Sharnaaz.

Selepas salah faham tersebut berakhir, hubungan Pekin dan Uqasha kembali pulih serta mendedahkan perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Namun, baru-baru ini Uqasha sendiri telah mengesahkan desas-desus yang mengatakan hubungan mereka telah berakhir.

http://ohartis.com/fhoto/ohartis-uqasha-pekin-1.png
http://www.mstar.com.my/archives/2013/10/24/mstar_hiburan/uqasha.jpg

"Ariana Rose" gugup bersama Aiman bukannya Adam

Fathia gugup bersama Aiman
Fathia
Fathia dan Aiman.

SIAPA yang tidak kenal dengan wajah jelita ini? Pernah membintangi drama Diandra dan Stanza Cinta, pemilik nama Nur Fathia ini kembali mencetuskan fenomena menerusi drama bersiri popular di TV3, Ariana Rose, bersama Keith Foo.


Meskipun drama tersebut sudah pun berakhir, namun jadual anak jati kelahiran Pulau Mutiara, ini padat dengan pelbagai tawaran lakonan.

Terbaharu, Fathia mencuba nasib menerusi pementasan teater Bidasari, di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula 10 hingga 17 Februari ini.

Membawa watak sebagai Bidasari di samping kekasihnya, Aiman, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, dia sanggup bekerja keras bagi memastikan pementasan itu menjadi.

“Lepas tamat penggambaran drama Ariana Ros di London, saya terus membuat latihan untuk teater ini. Apa yang mencabarnya, saya hanya ada ebih kurang sepuluh hari untuk berlatih.

“Sebenarnya saya jenis yang suka membuat sesuatu yang belum pernah buat terutamanya dalam karier lakonan. Jadi peminat tidak akan jemu dengan lakonan saya.

“Walaupun bukan mudah, tapi saya tetap mahu lakukannya dan tidak mahu lepaskan peluang ini,” katanya yang pernah dilaporkan pengsan ketika menjalani latihan teater tersebut.

Walaupun bukan kali pertama digandingkan dengan buah hatinya, Fathia akui gugup untuk berlakon dengan Aiman.

“Saya sendiri pun tidak tahu kenapa rasa gugup ini ada. Mungkin komitmen yang Aiman beri dalam lakonannya itu buat saya rasa gugup.

“Tapi masih ada beberapa hari lagi untuk saya buang perasaan itu untuk buat yang terbaik dalam lakonan ini,” katanya yang akan bercuti sebulan selepas tamat pementasan itu.

Kejutan sambutan Hari Jadi Erra Fazira disambut bersama Awie & Ziana Zain



VIDEO: Kejutan Sambutan Hari Jadi Erra Fazira

MH Online kongsikan sekitar kejutan sambutan hari jadi yang diatur untuk penyanyi jelita, Erra Fazira yang jatuh pada 9 Februari lalu. Erra yang nyata terkejut turut meraikan hari bersejarah ini bersama dua rakan baiknya, Ziana Zain dan Awie.

Jangan lupa saksikan Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan Erra, Awie dan Ziana bermula 3 hingga 9 Mac 2014 di panggung Sari, Istana Budaya.

Rabecca jual semua baju seksi

Rabecca Nur Al Islam
Rabecca Nur Al Islam

SIAPA sangka, sebelum ini pelakon sensasi, Rabecca Nur Al Islam, sememangnya terkenal dengan imej seksi dan menggoda.


Namun, pemergiannya ke kota suci bagi menunaikan umrah buat kali pertama bersama keluarga, akhirnya memberi kejutan apabila pelakon ini pulang dengan berita penghijrahan.

Walaupun hanya 12 hari berada di kota Makkah, namun ternyata pelakon drama, Jangan Tegur Lagi, ini, mendapat hidayah ALLAH SWT.

Bukan hanya cuba-cuba, Rabecca nekad dengan keputusannya itu apabila dia turut menjual kesemua koleksi pakaiannya sebelum ini.

Menurut Rabecca, tindakan ini adalah perlu kerana dia tidak mungkin akan memakainya lagi di masa akan datang.

Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi.

"Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.

"Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya," katanya yang kini telah mengosongkan kesemua almari pakaiannya.

Tambah Rabecca, tidak semua koleksi itu dijual kerana ada sebahagian daripadanya hanya diberikan secara percuma.

"Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah.

"Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus," katanya.

Rabecca Nur Al Islam

Suami terkejut

Bercerita mengenai penghijrahan itu, Rabecca mengakui, dia tidak merancang untuk bertudung setelah pulang dari menunaikan umrah.

Malah, hidayah itu datang dengan sendiri dan akui Rabecca, suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, juga turut terkejut dengan perubahan dirinya.

"Kami tiba di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu setelah 12 hari di sana (Makkah). Pagi Selasa, saya bersiap untuk menemui seseorang.

"Namun, hati saya tidak berpuas hati dengan penampilan ketika itu lalu saya menunaikan solat Zohor sebelum keluar rumah. Selepas itu, saya cuba mengenakan tudung, barulah lega.

"Ketika itu, saya tidak memiliki pin. Saya minta daripada pembantu rumah, dia berikan pin lain kerana dia sendiri tak sangka saya mahu pin tudung," katanya yang meminjam pin daripada ibu yang ketika itu berada di rumahnya.

Tambah Rabecca, ibunya terkejut dengan perubahan itu namun turut menyokong penghijrahannya.

"Sehingga hari ini, saya masih memakai pin ibu saya kerana tidak sempat untuk membelinya lagi.

"Suami saya, lagilah terkejut kerana dia sendiri tidak tahu yang saya akan berhijrah secepat itu.

"Buat masa ini, saya lebih selesa mengenakan selendang kerana saya mempunyai banyak koleksi selendang yang disediakan untuk majlis amal," katanya


Khatam al-Quran

Berkongsi kisah sepanjang berada di kota suci, Rabecca mengakui penghijrahan itu sedikit sebanyak dipengaruhi penampilannya ketika berada di sana.

Katanya, ketika menunaikan umrah, dia memakai jubah dan bertudung. Malah, setiap waktu solat tidak pernah diabaikan.

"Apabila masuk sahaja waktu solat, kami akan sembahyang dan perkara itu menjadi rutin apabila saya pulang ke rumah.

"Malah, ketika berada di sana, saya turut memasang niat untuk khatam al-Quran. Namun, ada beberapa juzuk lagi yang belum habis.

"Jadi, saya berhasrat untuk menghabiskannya di rumah. Bila fikirkan tentang itu, mungkin ia adalah salah satu sebab kenapa saya nekad dengan penampilan ini," katanya yang kini sedang mempelajari ilmu agama menerusi bahan bacaan dan sumber internet.

Walaupun tampil dengan imej berbeza, namun dia tidak menolak sekiranya ada tawaran dalam bidang lakonan.

"Saya cintakan dunia seni dan tidak mungkin tinggalkan begitu sahaja. Saya akan mempertimbangkan setiap tawaran.

"Malah, saya juga tidak akan tolak sekiranya perlu bawa watak jahat. Namun, ianya haruslah bersesuaian dan menutup aurat," katanya yang turut terlibat dalam bidang perniagaan perancang majlis perkahwinan.

Katanya, perniagaan itu akan diperkenalkan pada Jun ini dan ianya melibatkan perkhidmatan pelamin dan pengurusan majlis perkahwinan.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive