UtusanDaily

Saturday 3 May 2014

Masih ramai perokok tiada hati nurani

Perokok
Masih ramai perokok tiada hati nurani

PELBAGAI isu kesedaran sivik seperti kerenah negatif perokok, kebersihan dan vandalisme kemudahan awam masih tidak banyak berubah berbanding dahulu.

Masih ada masyarakat yang tidak bertimbang rasa apabila merokok, bersifat pengotor dan melakukan kerosakan terhadap kemudahan awam.

Jika itu keadaannya, bagaimana negara hendak mencapai status negara maju sedangkan mentaliti masyarakat masih sedemikian rupa.

Tabiat buruk perokok yang tidak bertimbang rasa hanyalah sebahagian daripada isu kesedaran sivik yang menimbulkan masalah kepada masyarakat dan pengguna kemudahan awam.

"Tabiat merokok memang amat sukar diatasi, tetapi sebaiknya berpada-padalah, jangan pula hingga menyusahkan orang lain," akui Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi.

Panduan yang paling penting ialah dengan memastikan anda tenyehkan puntung rokok sehingga benar-benar terpadam bagi memastikan sisa bara rokok tidak menyebabkan kebakaran.

Jika perlu, merokoklah di tempat yang tersorok dan mempunyai pengudaraan terbuka, katanya, mengambil contoh kebiasaan perokok di Jepun yang merokok hanya di tempat khas malah membawa dompet rokok khas untuk membuang habuk rokok.

"Mereka amat mementingkan kebersihan dan tidak akan membuang habuk dan puntung rokok merata-rata tempat, membuktikan kesedaran sivik perlu dijadikan sebahagian daripada budaya kita," tambah beliau.

Hati nurani

Masih ramai perokok di negara ini yang tidak mempunyai hati nurani sewajarnya malah sengaja merokok di kawasan awam seperti kawasan hospital, sekolah dan tangga pejabat tertutup tanpa mempedulikan kesihatan mahupun perasaan orang lain.

Ada pula yang merokok di dalam ruang berpenghawa dingin berpusat seperti di lobi pejabat atau bilik hotel, sekaligus menyebabkan pencemaran udara dalaman yang mampu menjejaskan kesihatan semua pengguna dalam bangunan itu.

Malah, ada juga perokok yang tanpa rasa segan sengaja menghembus ke arah laluan orang ramai, misalnya, mereka yang terdesak untuk merokok selepas makan tetapi malas untuk beralih tempat ke lokasi yang lebih sesuai.

Tidak cukup dengan itu, mereka yang membuang habuk dan puntung rokok di merata-rata tempat seperti pinggan makan, lantai dan tangga laluan awam, sekaligus mengotorkan kawasan awam dan menyakitkan mata pengunjung lain.

Larangan bersebab

Samsudin mengingatkan bahawa, larangan merokok di kawasan seperti sekolah, taman permainan kanak-kanak dan hospital adalah larangan bersebab, memandangkan kesan asap rokok pasif dalam kalangan kanak-kanak serta pesakit adalah terbukti amat buruk.

"Saintis membuktikan bahawa menghirup udara yang mempunyai kesan rokok akan memburukkan lagi keadaan pesakit yang mana sistem imun mereka telah sedia terjejas, serta kanak-kanak dan bayi yang masih belum mempunyai paru-paru yang kuat.

"Lagipun, ada banyak peralatan perubatan yang mudah terbakar, jadi, janganlah pula kita menyebabkan kebakaran di hospital dan bertanggungjawab terhadap beratus-ratus nyawa," tegur beliau yang tidak mahu tabiat buruk kesan kekurangan kesedaran sivik menyebabkan penganiayaan terhadap orang lain selain kekesalan seumur hidup pelaku.

Mentaliti pengotor

Kebersihan adalah antara faktor sosial utama yang dilihat dalam usaha menaiktaraf negara menjadi negara maju, tetapi sayangnya masih ramai yang bermentaliti pengotor.

Bagi menjelaskan perkara ini, Samsudin memberi contoh tabiat pengguna kedai makan dan tandas awam.

Malah beliau mempersoalkan adakah kita sengaja membiarkan sisa makanan dan tisu kotor bersepah-sepah jika makan di rumah?

Baginya, adab penggunaan tandas awam boleh dikatakan semakin baik selari dengan keberkesanan pelbagai kempen dan usaha penambahbaikan berterusan oleh pihak berkuasa setempat.

"Namun masih ada yang memandang enteng dan tidak menggunakan tandas dengan cermat sehingga membahayakan pengguna lain.

Ini termasuk sengaja membiarkan lantai dibanjiri air kerana tidak mahu menutup kepala paip dengan baik atau sengaja membiarkan hos air tidak disangkut di tempat sepatutnya," tambah beliau.

Lebih buruk lagi, ada pula yang bersikap pengotor dan tidak menjirus tandas dengan sebersihnya sehingga menyebabkan pengguna seterusnya ‘tidak lalu’ untuk mengguna tandas itu lagi.

Ada juga pengguna yang mempunyai habit membuang sampah seperti puntung rokok, plastik pembalut tuala wanita dan tisu ke dalam lubang tandas sehingga menyebabkannya tersumbat.

Sekali lagi Samsudin mempersoalkan samaada mereka akan membersihkan tandas yang tersumbat angkara perbuatan tangan mereka sendiri?

"Sudah tentu tidak bukan.

"Sekiranya kita bersikap pembersih dan cermat ketika makan atau menggunakan tandas di rumah, apa salahnya kita bawa adab itu ketika berada di luar atau menggunakan kemudahan awam," tegur beliau lagi.

Lagipun, katanya, tingkah laku kita sebagai orang dewasa diperhati dan icontohi oleh anak kita dan golongan yang lebih muda.

Vandalisme

Tahap kesedaran sivik rakyat Malaysia boleh dikatakan semakin baik jika dinilaikan dari sudut penjagaan taman awam seperti taman permainan dan taman rekreasi.

Malangnya, habit buruk seperti sengaja membuang sampah merata-rata terutama di tempat awan seperti pantai dan hutan rekreasi tetap menjadi isu yang memalukan nama negara di mata pengunjung.

Begitu juga tabiat vandalisasi kemudahan awam hingga menyebabkan peralatan seperti bangku, tandas, wakaf dan papan tanda rosak, masih lagi berlaku sedangkan tanpa sedar barangkali, mereka telah membazirkan wang rakyat untuk membaikinya.

Lantas, Samsudin menyeru semua pihak agar berusaha mengubah tabiat buruk ketika mengguna kemudahan awam selain membudayakan kebersihan sekaligus bagi mencapai status negara maju. - Bernama

Friday 2 May 2014

MH370 - Sudah masuk berbulan baru hendak semak data tentera..??

MH370: Data radar tentera akan disemak semula


Penyiasat dan pakar penerbangan, termasuk pasukan antarabangsa yang ini berpusat di Kuala Lumpur akan mengadakan pertemuan tertutup di Canberra, Australia minggu depan.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, kumpulan itu akan menyemak data radar tentera dan informasi lain bagi membantu mencari lokasi kemungkinan pesawat MH370 terhempas, lapor Wall Street Journal.

Mereka kemudiannya akan memajukan laporan itu kepada kontraktor yang akan mengambil alih pencarian pada minggu berikutnya.

Memetik Menteri Pertahanan Australi David Johnston, dilaporkan kontraktor akan menganalisis semula data yang ada tetapi kebanyakan radar boleh dianggap terlalu sensitif untuk diserahkan,

Laporan itu juga mendakwa Malaysia mengusahakan menjadi orang tengah kepada perjanjian dengan negara-negara jiran untuk berkongsi data radar ketenteraan dengan penyiasat kemalangan udara Amerika Syarikat.

Ia bagi membenarkan Boeing menentukan sama ada MH370 terbang lebih laju daripada kelajuan optimum, dan dengan itu terhempas lebih awal daripada yang dijangkakan.

Perjanjian itu akan disiapkan dengan kadar segera selepas kumpulan para penyiasat berhimpun pada 24 Mac, menurut laporan itu.

Dajal dan antara fitnahnya

IBRAHIM ABDULLAH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwq2VhcvlO9lqI9A67Hsm2JgIkkEQi2kowPJYzLzCw7ngWEVeZLQtxHgcSsCKLGAVQGcPphXkosSdf_-eMoKF1NrvF1H4axYGNzYFfiUd9paMUuAUTd6smylX-iYyMIvt_7jfl98YahSU/s640/dajjal.jpg
MENURUT Kamus Dewan pengertian Dajal ialah makhluk yang akan  muncul untuk menyesatkan manusia sebelum terjadi kiamat, tetapi akhirnya dapat dibunuh oleh Nabi Isa as. Pengertian kedua makna dajal ialah orang yang berperangai jahat (penipu) dan lain-lain.

Dengan kata lain, antara Dajal dan fitnah dajal adalah kedua-dua hal yang berbeza, sebab ada pendapat lain yang nampaknya cukup akomodatif.

Syeikh Nashir Abdul Rahman as-Sa'di, seorang ulama Timur Tengah yang bermanhaj salaf, sekali gus guru dari sekian banyak syeikh di Saudi mengeluarkan kenyataan yang sangat bermanfaat.

Beliau menjelaskan, berdasarkan nas-nas yang ada, Dajal akan muncul dengan membawa dua fitnah besar. Fitnah yang berupa suatu fahaman dan sistem serta fitnah Dajal dalam bentuk wataknya yang benar-benar akan muncul pada akhir zaman dengan membawa fitnah bagi seluruh manusia.

Dajal sebagai suatu sistem (simbol) terarah kepada tiga fitnah besar: meterialisme, atheisme dan zionisme. Ketiga-tiganya merupakan fitnah yang hampir seluruh umat manusia terkena fitnahnya.

Sedangkan Dajal sebagai watak seseorang merupakan fitnah yang selama ini kita kenal sebagai fitnah Dajal yang sebenarnya, di mana pada akhir zaman nanti watak manusia jahat itu akan keluar untuk menipu kaum Muslimin dan mengakui ketuhanan dirinya.

Dajal yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam banyak riwayat dipastikan menunjukkan kepada watak tertentu. Sedangkan fitnah Dajal adalah suatu keadaan tertentu atau beragam bentuk fitnah yang menyalahi kebenaran. Bahkan boleh disimpulkan bahawa semua yang menyalahi kebenaran adalah bahagian daripada fitnah Dajal.

Dengan memahami hakikat fitnah atheisme, materialisme dan zionisme sebagai bahagian penting daripada fitnah Dajal, kita boleh mengetahui seberapa besar dan impak yang ditimbulkan darinya berupa kerosakan dunia.

Fitnah atheisme, materialisme dan zionisme merupakan ketiga-tiga fitnah terbesar di mana fitnah Dajal dibangunkan di atas landasannya. Ketiga-tiganya merupakan perangkap awal untuk menggiring manusia agar boleh menerima ideologi Dajal.

Fitnah atheisme mengajar akan kenihilan tuhan dan zat yang menciptakan, sehingga manusia tidak meyakini adanya  ALLAH SWT sebagai pencipta dan pentadbir alam semesta.

Fitnah meterialisme mengajarkan bahawa semua yang ada di  dunia kerana kewujudan material (kebendaan). Sesuatu yang tidak nampak (ghaib) adalah kosong, dan nilai mahupun norma  sesuatu hanya boleh diukur dengan material atau wujud yang  nampak.

Fahaman meterialisme juga akan menggiring manusia untuk meyakini tidak adanya hari kiamat, alam barzakh, syurga dan neraka. Pada gilirannya manusia hanya kan menerima konsep syurga dan neraka sesuai dengan apa yang kelak akan dibawa oleh Dajal, iaitu sungai dan air yang berada di tangan Dajal.

Saat Dajal menawarkan air dan api di hadapan manusia, mereka akan meyakini bahawa itulah hakikat neraka dan syurga yang sebenarnya.

Sedangkan fitnah Zionisme akan mengambil peranan untuk menggiring seluruh manusia akan kebenaran Dajal, meyakini bahawa Dajal adalah tuhan dan pemimpin mereka pada akhir  zaman.

Fitnah Zionisme juga mengajar manusia  membenarkan apa pun yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi  Zionis dan memberikan  dukungan kepada mereka.

Pada akhirnya, fitnah inilah yang menjadi puncak terdahsyat  di muka bumi sebelum kemunculan Dajal yang sesungguhnya.

Ajaran Zionis yang dibungkus dalam baju teologi global dan  teosofi akan menggiring dunia tentang satu-satunya tuhan  dari semua agama. Itulah Dajal yang akan muncul pada akhir  zaman.

Dapat disimpulkan, Dajal benar-benar watak manusia  keturunan Adam yang muncul membawa fitnah. Semua tanda dan  ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tentang Dajal  benar-benar bermakna hakiki, bukan kiasan. Tetapi bentuk dan  wujud fitnah yang dibawa oleh Dajal ada juga yang bersifat  maknawi.

Dalam hal ini bangsa-bangsa Barat termasuk Israel merupakan  sekumpulan bangsa yang berusaha untuk mewujudkan semua  impian Dajal dalam wujud yang bersifat material seperti  berbagai teknologi moden yang merupakan bahagian dari  propaganda pengikut Dajal termasuk teknologi yang membunuh  umat Palestin di bumi Gaza dan lain-lainnya.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri

Thursday 1 May 2014

Sekarang ini miliki RM1 juta bukan lagi jutawan

KUALA LUMPUR 30 April - Memiliki RM1 juta tidak lagi layak digelar jutawan sebaliknya mereka yang ingin mencapai status tersebut perlu memiliki sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.26 juta).

Bagaimanapun, bagi mereka yang hanya mempunyai AS$1 juta tetapi tidak dilaburkan, ia juga tidak membawa sebarang makna kerana dana kekayaan itu tidak berkembang.

Ketua Pegawai Akademik Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi (gambar) berkata, perkara itu amat penting memandangkan Malaysia menyasarkan untuk mempunyai 68,000 individu berpendapatan tinggi bersih (HNWI) yang memiliki pendapatan terkumpul sebanyak AS$330 bilion (RM1.08 trilion) menjelang 2015.

“Di luar sana, sebenarnya ramai orang yang sibuk membuat duit tetapi tidak melaburkannya. Malah, ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk membuat pelaburan. Jadi, mereka ini perlu dibimbing dan diberi nasihat memandangkan pasaran bagi industri pengurusan kekayaan amat besar dan berpotensi luas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel bagi sesi perbincangan yang menyentuh topik tentang Masa Depan Industri Pengurusan Kekayaan Islam di Malaysia sempena Simposium Pengurusan Kekayaan Islam 2014 di sini hari ini.

Seminar tersebut dianjurkan oleh BNP Paribas-INCEIF dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Turut terlibat pada sesi tersebut ialah, Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC, Saiful Bahari Baharom dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan Islam Antarabangsa Bersekutu, Dr. Mohd. Daud Bakar.

Menurut Syed Othman, dari segi pasaran global di peringkat Asia, HNWI China menguasai aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak AS$8.8 trilion (RM28.74 trilion) berbanding jumlah keseluruhan iaitu AS$15.8 trilion (RM51.59 trilion) yang disumbangkan oleh 2.28 juta HNWI menjelang 2015.

“Baki daripada jumlah itu disumbangkan daripada negara-negara Asia lain termasuk Malaysia," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, kesedaran tentang pengurusan kekayaan di Malaysia masih berada di tahap yang lemah sedangkan ia memiliki potensi untuk berkembang dengan baik.

“Dalam tempoh lima tahun, pengurusan kekayaan di Malaysia akan mencapai pertumbuhan 100 peratus didorong oleh perkembangan positif dari segi aset persendirian," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140501/ek_03/Miliki-RM1-juta-bukan-lagi-jutawan#ixzz30QV2Whhy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday 30 April 2014

Budaya buruk selfie, ia harus dibendung


oleh Siti Aishah Yusoff

Selfie yang merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera web untuk tujuan dimuat turun ke laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter, kini menjadi fenomena di seluruh dunia daripada orang biasa hingga kepada pemimpin dunia.

Begitu popularnya trend tersebut sehinggakan perkataan selfie dipilih sebagai perkataan tahunan 2013 selepas penggunaannya meningkat sebanyak 17,000 peratus sejak tahun sebelumnya.

Pemilihan tersebut dilakukan oleh syarikat penerbit, Oxford Dictionaries selepas perkataan Inggeris itu paling kerap digunakan pada tahun tersebut.

Begitupun, sebagai orang Timur lebih-lebih lagi beragama Islam, obses berkongsi gambar sehingga terlupa batas-batas dan had yang sepatutnya diselindung, tidak sewajarnya dilakukan.

Tambahan pula jika perbuatan itu sekadar mahu mencari kepuasan melihat gambar tersebut mendapat puluhan komen atau meraih ratusan atau ribuan like.

Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin berkata, selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait).

“Bergambar bukanlah sesuatu yang salah. Ia menjadi kurang wajar apabila perbuatan tersebut dilakukan secara berlebihan tanpa tujuan serta menimbulkan rasa jelek dan salah tanggapan, apatah lagi jika gambar tersebut dalam bentuk memalukan dan tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain.

“Selfie merupakan budaya baru membabitkan tabiat yang sukar dimengerti. Sebagai contoh, kalau dahulu hanya wanita sahaja yang obses untuk menonjolkan penampilan dan paras rupa mereka, tetapi sekarang golongan lelaki juga berebut-rebut berbuat demikian," katanya.

Menurut Siti Azura, bukanlah menjadi isu besar jika individu mengambil gambar sendiri mahupun bersama-sama kumpulan ketika sedang melakukan aktiviti dengan tujuan menyampaikan maklumat dan berkongsi kegembiraan.

Bagaimanapun, nampak aneh dan jelek di mata kebanyakan orang jika gambar tersebut sengaja diambil dengan aksi mengada-nada, seksi, gaya mulut itik (duckface) dan sebagainya.

Menurutnya lagi, tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja paling ramai berminat dengan tabiat selfie berbanding golongan dewasa dan orang tua.

“Dalam ilmu psikologi, remaja diklasifikasikan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan sedang mencari ‘identiti diri’ untuk membentuk keyakinan.

“Mereka adalah golongan yang mudah terikut-ikut dengan kawan dan budaya yang dilihat. Mereka juga adalah golongan yang tidak pandai menangani tekanan dan akan mudah hilang kawalan diri," katanya.

Beliau mengambil contoh, kes yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari England, Danny Bowman, yang menghabiskan masa hampir 10 jam setiap hari untuk mengambil kira-kira 200 gambar selfie menggunakan telefon bimbit.

Tabiat pelik yang membelenggu remaja lelaki itu yang berlarutan selama tiga tahun akhir memakan diri apabila keadaan tersebut hampir meragut nyawanya. Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan gambar yang diambilnya hingga menyebabkan dia mengalami penyusutan berat badan sebanyak 20 kilogram.

“Bagi kes ini, saya rasa ibu bapa orang yang paling bertanggungjawab untuk memantau segala aktiviti dan tingkah laku anak mereka. Tidak salah jika ibu bapa mengambil tahu apa yang dilakukan anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan sebagai langkah berjaga-jaga," jelasnya.

Menurut Siti Azura lagi, individu yang gemar bergambar secara selfie kebiasaannya mempunyai motif untuk tujuan kepuasan sementara.

Golongan ini katanya, ingin memaklumkan atau berkongsi 'saat itu' atau aktiviti yang sedang dilakukan atas alasan berkongsi pengalaman dan rasa gembira.

“Ada sebahagiannya suka berbuat demikian untuk menghiburkan diri sendiri dan menghilangkan tekanan. Ada yang memuat naik gambar sendiri dalam laman sosial untuk tujuan perkongsian tanpa ada motif yang keterlaluan.

“Ada pula mereka yang keterlaluan dalam menunjuk sesuatu perkara sehingga berkongsi perkara yang sepatutnya menjadi hak privasi mereka seperti gaya tidur, saat bercinta, malah gambar dalam tandas pun mahu dikongsi dengan orang ramai," katanya.

Beliau mengambil contoh di Thailand, budaya selfie yang begitu popular terutama di kalangan remaja, menyebabkan Jabatan Kesihatan Mental negara itu telah mengeluarkan amaran kepada generasi muda yang terlalu obses.

Kerajaan Thailand berpendapat, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri, di mana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

Menurut Siti Azura lagi, memberi terlalu banyak perhatian kepada gambar sendiri yang dimuat naik ke dalam laman sosial dengan harapan mendapat jumlah like paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan diri.

“Keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu berasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran.

“Mereka yang hilang keyakinan akan berasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoid, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan," jelasnya.

Menurut beliau lagi, salah satu penyakit mental yang selalu dikaitkan dengan perbuatan yang berulang-ulang dan ketidakupayaan diri adalah Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD).

Ia adalah perasaan was-was yang melampaui tahap normal dan dikategorikan sebagai salah satu daripada penyakit mental.

“Ramai sebenarnya yang mengalami penyakit ini, termasuk diri kita sendiri yang kadang-kadang kita tidak sedar, selain di kalangan ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan.

“Apa yang membezakan tahap keseriusan penyakit tersebut, dari tahap ringan hingga ke tahap kritikal, yang mana seseorang itu memerlukan ubat dan kaunseling di hospital.

“Penyakit ini boleh dikaitkan dengan selfie jika kita mempunyai simptom seperti was-was dengan diri sendiri seperti penampilan, bentuk badan, riak muka, wajah dan apa-apa aktiviti diri sendiri. Ini dituruti dengan pengambilan gambar dan memuat turut dalam kadar yang sangat banyak.

“Jika tabiat selfie menjadi satu penyakit yang tidak terkawal secara terus-terusan sehingga seluruh masa ditumpukan padanya, maka bantuan kaunseling boleh diberikan kepada mereka.

“Mereka boleh dibawa berjumpa kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan tabiat selfie yang dialami," ujarnya lagi.

Begitupun, beliau mengakui agak keterlaluan jika mengkategorikan tabiat selfie ini sebagai penyakit mental secara umum.

Hanya pakar psikiatri yang layak mendiognasisnya sebagai kecelaruan mental setelah dirawat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140429/ke_03/Budaya-buruk-selfie#ixzz30NhZJ1ap
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rahsia 1001 khasiat Bawang Merang terbongkar..

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Dari papazola : nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.

Misteri Harta Karun Pulau Nangka akan terhurai hari ini..!!!


Sebahagian lubang yang berjaya ditebuk sedalam sehingga tujuh meter.
USAHA pencarian harta karun yang dilakukan di Pulau Nangka bermula dengan projek kajian sejarah dan eksplorasi pada 1995 yang dilaksanakan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Ia dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketekunan sehingga berterusan sehingga kini.

Peringkat awal ia dijalankan secara senyap tanpa diketahui oleh masyarakat luar meskipun umumnya mengetahui berkemungkinan wujudnya harta karun bernilai berbilion ringgit di pulau berkenaan.

Sebelum itu, beberapa usaha dijalankan baik individu atau berkumpulan untuk mengesan apa yang dikatakan sebagai harta karun itu.

Sehinggalah usaha itu dijalankan sebuah syarikat, Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang bermula pada Julai 2012.

Ketika itu, syarikat terbabit dengan kakitangan seramai 25 orang menjalankan penyelidikan dan kajian kesan sejarah secara formal di pulau berkenaan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Kajian dijalankan selama tiga bulan itu berjaya menemui beberapa kesan dan tanda mengenai wujudnya penempatan serta bukti Pulau Nangka sebagai pusat penyebaran Islam serta himpunan para wali Nusantara.

Antara buktinya adalah penemuan, batu berukir bulan sabit dengan tertera kalimah ‘ALLAH' peta Pulau Nangka dan kalimah Muhammad bin Abdullah.

Tambah menarik apabila, beberapa batu berbentuk orang sedang bersolat, duduk antara dua sujud, batu berbentuk jari yang sedang melakukan gerak kalimah syahadah serta beberapa penemuan lain termasuk objek yang didakwa sebagai kubur lama.

Setelah itu, syarikat sama juga menjalankan kajian geoteknikal yang membabitkan beberapa fasa ke atas pulau itu.

Selama enam bulan, dengan melakukan teknik imbasan bumi mereka berjaya mengetengahkan beberapa bukti termasuk wujudnya bilik seperti gua serta mengesan sembilan pintu masuk.

Namun, semua bilik itu sukar ditembusi atas beberapa faktor termasuk runtuhan tanah serta hakisan semulajadi selepas mengalami proses selama lebih 500 tahun.

Pada Mei 2013, Smart Partnership yang diketua, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said selaku pengarah urusan mula menjalankan kerja penggalian serta penebukan.

Namun, selama sebulan setengah pihak terbabit berdepan kesukaran dengan keadaan batuan yang begitu keras biarpun pada permulaannya mengali struktur tanah lembut.

Selepas itu, mereka beberapa kali melakukan ulangan teknik imbasan bumi bagi mendapatkan pengesahan akan kewujudan bilik-bilik serta artifak di kawasan berkenaan.

Pada Februari 2014, bermulalah kerja-kerja mencari dengan secara lebih agresif apabila syarikat terbabit mula menempatkan sekumpulan kakitangan untuk melakukan beberapa teknik serta kaedah termasuk teknologi moden dan spiritual.

Selain itu, kerja-kerja pemecahan batu dijalankan dengan melakukan ujian kedalaman bagi mendapatkan kepastian sama ada ia bertepatan dengan hasil ujian imbasan.

Ternyata, keputusan positif sekali gus menambahkan lagi keyakinan pasukan mencari serta kerajaan negeri yang kemudiannya memutuskan ia dihebahkan kepada umum.

Sebelum tarikh penamat iaitu 30 April (hari ini) syarikat itu berjaya mengenal pasti apa yang didakwa sebagai pintu masuk.

Ia termasuk satu pintu yang dikatakan menerusi jalan air namun mereka berdepan kesukaran apabila kesemua pintu dipenuhi lumpur serta pasir-pasir yang berketebalan sehingga lima meter.

Kerja-kerja terpaksa dijalankan secara berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini termasuk mengorbankan nyawa.

Akhirnya kaedah menebuk batuan dilihat sebagai langkah terbaik dan paling selamat dan usaha itu hampir berjaya.

Menjelang hari terakhir, hari ini, syarikat terbabit yakin dapat menghasilkan hasil serta laporan yang positif sekali gus membawa kepada penemuan harta karun berkenaan.

Namun, benarkah pencarian itu berhasil? Dapatkah mereka tembus ke kawasan tersimpannya harta karun tersebut menerusi jalan air Segalanya terjawab hari ini...

Cara menjimatkan air

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN 

AIR adalah penting untuk kita setiap hari. Tetapi kemarau yang berpanjangan dan luar biasa ini telah menyebabkan paras air empangan berkurang dengan cepat.

Kita semua perlu memikirkan semula cara kita menggunakan air setiap hari.

Dengan mengikuti tip-tip jimatkan air di dalam rumah anda, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari:

Mencuci Pakaian

• Gunakan mesin basuh pakaian dengan muatan penuh sahaja untuk menjimatkan air dan tenaga. 
• Pasang mesin basuh pakaian cekap air. Dapat jimat: 64 liter/cucian. 
• Basuh pakaian gelap dalam air sejuk untuk menjimatkan air dan tenaga, dan membantu mengekalkan warna pakaian anda.


Dapur

• Hanya gunakan mesin pencuci pinggan mangkuk apabila telah penuh untuk menjimatkan air dan tenaga. 
• Pasang mesin cuci pinggan mangkuk yang cekap tenaga. Jimat: 12-32 liter/sekali muatan. 
• Pasang jidal pada pili dapur untuk mengehadkan aliran kepada kurang tiga liter per minit. 
• Apabila mencuci pinggan mangkuk dengan tangan, jangan biarkan air mengalir. Isi satu sinki dengan air basuhan dan yang lain dengan air bilasan. 
• Mesin mencuci pinggan mangkuk biasanya menggunakan air kurang daripada membasuh pinggan mangkuk dengan tangan. 
• Jika pinggan anda adalah baru, kurangkan membilas. 
• Rendamkan periuk dan kuali dan bukannya membiarkan air mengalir ketika cucian. 
• Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuali air dan elakkan air mengalir dari paip. 
• Jangan gunakan air yang mengalir untuk cairkan makanan. Nyahfros makanan dalam peti sejuk. 
• Gunakan air paling sedikit yang mungkin dalam masakan. Ini juga membantu makanan mengekalkan lebih nutrien. 
• Pilih saiz kuali yang betul untuk memasak. Kuali besar mungkin memerlukan lebih air daripada yang diperlukan. 
• Jika anda secara tidak sengaja terjatuhkan kiub ais, jangan buang ke dalam sinki. Letakkan kiub ais tersebut di dalam pasu bunga atau pokok. 
• Ambil air yang anda gunakan semasa membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dan gunakannya untuk mengairi tumbuhan rumah.


Bilik Mandi

• Pasang pancuran mandi beraliran rendah. Dapat jimat: 10 liter. 
• Kurangkan masa mandi daripada 10 minit kepada lima minit. Dapat jimat: 48 liter dengan pancuran mandian bertekanan rendah. 
• Pasang jidal pada kepala paip bilik mandi. Jimat: 4.8 liter setiap orang/hari. 
• Tutup paip air apabila menggosok gigi atau bercukur. Jimat: Kira-kira 40 liter/hari 
• Pasangkan mangkuk tandas berkecekapan tinggi. Dapat jimat: 76 liter seorang/hari . 
• Uji tandas anda untuk kebocoran sekurang-kurangnya sekali setahun. 
• Letakkan pewarna makanan di dalam tangki tandas anda. Jika pewarna mengalir keluar tanpa curahan, ada kebocoran. Ia harus diperbaiki secepat mungkin. 
• Pertimbangkan membeli tandas dwi-simbahan. Ia mempunyai dua pilihan iaitu simbahan setengah dan simbahan separuh. 
• Rendamkan pisau cukur ke dalam secawan air dan bukannya membilas pisau cukur anda dengan air mengalir. Jimat sehingga 1,200 liter air sebulan. 
• Tutupkan air semasa mencuci rambut anda dan jimatkan sehingga 600 liter sebulan. 
• Apabila mencuci tangan anda, sila tutup paip air semasa anda menggosok tangan. 
• Mandi air pancuran dan bukannya mandian rendam. Tab mandi boleh menggunakan sehingga 280 liter air.

Monday 28 April 2014

AKSI MANJA NEELOFA DAN IZARA AIZHAH YANG MENGEJUTKAN

AKSI MANJA NEELOFA DAN IZARA AIZHAH YANG MENGEJUTKAN | Nampaknya, hubungan dua selebriti popular, Neelofa dan Izara Aishah dah macam adik-beradik pula. Kemesraan mereka berdua jelas terpancar pada wajah masing-masing. Penulis cemburu dibuat mereka...


ini aksi mesra mereka berdua....

Akhirnya Fara Fauzana dedah punca sebenar mengapa beliau bertudung

Fara Fauzana Bertudung-2

Kecoh juga media sosial dengan penyebaran gambar pelakon dan penyampai radio Hot FM,Fara Fauzana kini tampil berselendang. Imej barunya itu ternyata mendapat perhatian dan pujian dari rakan dan juga peminatnya. Penampilannya itu menimbulkan pertanyaan segelintir pihak. Adakah Fara bakal berhijab sepenuhnya? Apa yang membuatkan Fara berubah?

Menerusi laporan Kosmo!, Fara pada mulanya seperti keberatan untuk bercerita dan lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri kerana Fara Fauzana Bertudung-2bimbang dengan persepsi orang ramai yang berbeza. Mengakui dirinya masih belum lagi berhijab sepenuhnya sekarang ini, namun Fara tidak menafikan bahawa dia memang sudah ke arah untuk tampil dengan gaya seorang Muslimah.

“Sebenarnya agak sukar dan tidak tahu untuk memberikan komen berhubung perkara ini. Tidak dinafikan saya sudah mula memakai selendang sejak bulan lalu tetapi belum berhijab sepenuhnya lagi. Cuma, niat untuk berhijab itu sudah lama tertanam dalam diri dan memandangkan pada usia yang sudah mencecah 34 tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk saya melakukan perubahan.”

“Saya sendiri tidak tahu bila ia akan berlaku dan kini memang saya berasa selesa dengan berselendang tetapi kalau ada yang bertanya saya cuma cakap doakanlah yang terbaik untuk diri saya. Kalau ada mana-mana pihak yang mahu mengkritik terhadap penampilan saya sekarang ini, saya memang tidak kisah kerana diri ini sudah lali dengan sebarang kritikan.”

“Tidak dinafikan yang ia serba sedikit dapat mengubah karakter saya seperti percakapan dan perasaan. Misalnya, kini saya dapat mengawal kesabaran dan kemarahan saya. Selain itu, bos di tempat saya bekerja dan rakan-rakan penyampai juga banyak memberikan sokongan kepada saya terhadap perubahan ini.”

Fara juga menafikan faktor teman lelaki atau ingin berkahwin membuatkan dia berubah. Jelas Fara, sehingga kini dia belum ada calon yang sesuai lagi. Fara juga berkata dia akan kekal dengan imej berselendang dalam mana-mana majlis termasuklah dalam program Nona.

“Sudah tentu ia merupakan perkara yang tidak benar kerana seperti yang saya katakan, memang sudah lama saya berniat untuk berhijab. Lagipun buat masa ini saya belum ada calon yang sesuai lagi, tidak menolak sekiranya jodoh itu datang dalam masa terdekat ini. Secara jujurnya saya akan terus kekal dengan penampilan sebegini, contohnya ketika muncul dalam rancangan Nona. Namun begitu, saya tidaklah mempunyai banyak koleksi selendang sekarang ini.”

Fuh, belum ada calon yang sesuai lagi yer. Agaknya calon yang macam mana yang dicari oleh Fara? Apapun, sama-sama kita doakan agar beliau bertudung dan cepat dapat jodoh. Insya ALLAH…

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive