UtusanDaily

Saturday, 17 May 2014

[Gempar] Adakah Ular ini telah menelan 'Piring Astro'?


cuba teka dia telan apa..??
A- Belanga
B- Piring Astro
C- Kura-Kura
D- Labi-Labi
E- Semua Jawapan Diatas 

Thursday, 15 May 2014

Penjagaan Kereta : ‘Water pump’.. pembunuh senyap!


Water pump atau pam air enjin
http://4.bp.blogspot.com/_lCo5yw20GyM/TFmt5BUYstI/AAAAAAAAAFg/GSDvf8kez8c/s400/Picture12.png

WATER pump atau pam air enjin pada kenderaan adalah komponen penting dan perlu diberi perhatian.

Ia bertindak sebagai pengalir kitaran air ke dalam enjin untuk sistem penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan tolok suhu yang terletak di bahagian intake manifold.

Tolok akan memberi isyarat untuk mengaktifkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.

Jika terdapat kebocoran, pam air akan pengepam keluar semua air dalam enjin. jika ini berlaku, tolok suhu enjin pada bahagian meter kenderaan tidak akan menunjukkan sebarang perubahan kerana gagal mengesan tahap kepanasan enjin disebabkan ketiadaan air di dalam enjin.

Ini amat merbahaya kerana pemandu tidak menyedari kebocoran pam ketika memandu. Sebarang perubahan yang berlaku adalah seperti enjin akan menghasilkan bunyi lebih kasar diikuti dengan prestasi enjin menurun dengan ketara misalnya menjadi berat ketika memandu.

Jika pemanduan diteruskan, kepanasan yang melampau akan terbentuk dan bagi sesetengah kenderaan, situasi ini menyebabkan minyak enjin terbakar dan menjadi kering seperti tar.

Pada sesetengah kenderaan pula, minyak enjin akan menyembur keluar atau mengalir ke lubang air melalui retakan dalaman enjin atau gasket yang terbakar akibat kepanasan melampau.


TIP PENJAGAAN :

Pastikan air radiator selalu diperiksa sebelum melakukan perjalanan. Jika sudah berkarat, hantar ke bengkel yang bertauliah untuk diselenggara dan membersihkan tangki radiator.

Jika menggunakan coolant, perubahan warna cecair itu perlu diberi perhatian serius. Gantikan cecair ini pada setiap 20,000 km perjalanan atau enam bulan sekali.

Ganti water pump pada setiap kali penggantian timing belt bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Wednesday, 14 May 2014

XP Migration – 3 Things You Need To Do Now

XP Migration – 3 Easy Steps to Get Started
XP Migration – 3 Easy Steps to Get Started

Migrating to Windows 8? Read on to find out about the three important things you need to do now.

Congratulations on making the decision to migrate to a new OS! Here’s a list of three actions you can to undertake to have a seamless migration over the Windows 8.

Deciding on a migration date

With Windows XP end-of-support targeted for April 2013, you’ll need to complete your migration then or run the risk of using unsupported software, with potentially a need to sign an expensive custom support agreement.

Rationalizing your application portfolio

This is a good chance to reduce the number of apps in your environment and set an agile testing process. Start categorizing your apps on criticality for business; check for apps redundancy and older versions and look for apps that are used by the key groups of users within the organization and so on.

Evaluate scenarios for Windows 8

Which new Windows Apps can I further leverage to improve my productivity and processes? What’s the best BYOD plan that fits my business to enable my workforce to work on the go? What’s the best device mix that allows me to maintain productivity and mobility? All these are questions that will help you after your migration as you determine the capabilities and devices that are to be deployed in your business.

http://1.bp.blogspot.com/-BZ_8HfkA6Ps/U3Dc3ZAUHuI/AAAAAAAAXEI/CM__2dJH_RY/s1600/2014-05-12_223525.jpg

Kelaku Rakyat Malaysia semakin pelik, hidu najis lembu, ayam, kambing untuk lepas gian

Miri: Kerajaan sedang meneliti model undang-undang yang dilaksanakan oleh Thailand dan Singapura berkaitan penyalahgunaan gam dan bahan lain yang boleh membahayakan kesihatan individu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini bagi memastikan pelaksanaan undang-undang sedemikian di negara ini memenuhi matlamat tanpa menjejaskan aspek lain terutama ekonomi.

Walaupun cadangan mengharamkan hidu gam ini sudah lama diutarakan iaitu sejak awal 1990-an, pelaksanaannya masih tertangguh kerana kerajaan perlu meneliti pelbagai aspek memandangkan penggunaan domestik yang tinggi, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Judi dalam talian

Wan Junaidi berkata, kajian mendapati gam digunakan dalam lebih 500 bahan domestik yang diguna seharian.

Selain itu, kerajaan mengambil kira aspek lain iaitu sudah ada kecenderungan menghidu najis seperti najis kambing, lembu dan ayam, katanya.

Ditanya mengenai judi dalam talian yang semakin membimbangkan di Sarawak, Wan Junaidi berkata, polis sedang melaksanakan operasi besar-besaran di seluruh negeri.
Kebanyakan yang terbabit ialah remaja termasuk yang masih bersekolah, katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mempertimbangkan sama ada menaik taraf bangunan Balai Polis Pusat Miri yang sudah beroperasi selama 61 tahun atau membina bangunan baharu.
BERNAMA

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

***SHARE posting yang bermanfaat dan untuk kebaikkan sememangnya tiada keuntungan pada diri kita. TAPI, ganjaran PAHALA yang amat BESAR buat mereka yang membantu agama agama-Nya(Allah SWT).

Tuesday, 13 May 2014

Australia commits up to RM272 million to MH370 search


The HMAS Ocean Shield was just one of many air and sea vessels provided by Australia in the search for MAS flight MH370. - Reuters pic, May 13, 2014.


Australia has committed up to A$89.9 million (RM272 million) towards the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 over two years, budget papers released today show.


Australia has been leading the hunt for the plane which was carrying 239 people when it disappeared on March 8 enroute from Kuala Lumpur to Beijing.

It is believed to have crashed into the southern Indian Ocean but despite a massive air and sea search, including underwater using a US navy submersible, no sign of any wreckage has yet been found.

"The government will provide up to A$89.9 million over two years from 2013-14 as part of Australia's commitment to the search for Malaysia Airlines flight MH370," the papers stated.

Some A$27.9 million would be given to the defence department to pay for its activities up to June 30, 2014 in looking for the Boeing 777 aircraft, while another A$2 million would be spent on the Joint Agency Coordination Centre established to liaise with key stakeholders.

"Further funding of up to A$60 million over two years from 2013-14 will be provided to the Australian Transport Safety Bureau for Australia's contribution to the next phase of the search," the papers said.

Australia has been coordinating the search for the plane - thought to have gone down in its search and rescue zone - in consultation with China, from where two-thirds of the passengers came, and Malaysia.

Prime Minister Tony Abbott has vowed Australia will do all it can to find the jet which mysteriously diverted from its course, saying he owed it to the families of those onboard to discover what happened.

While the aerial and sea surface searches have been scaled down, Australia is now working on the next phase which will involve using sophisticated equipment to scan the unmapped ocean bed some 4.5 kilometres below the surface.

Negotiations are under way to engage contractors to do this work which Abbott has previously said could cost A$60 million. – AFP, May 13, 2014.

Giant pandas to arrive in Malaysia soon, says Xinhua


A pair of giant pandas from China will soon arrive in Malaysia as a symbolic gesture to enhance understanding and friendship between the two countries, China's Xinhua news agency reported today.

As special envoys and symbol of friendship, the pandas, named Feng Yi (Phoenix) and Fu Wa (Lucky), would play an important role in further strengthening bilateral ties and developing all-round cooperation between the two countries, the state-run news agency quoted its ambassador to Malaysia Huang Huikang as saying.

Huang was also reported to have spoken highly of Malaysia’s efforts in welcoming the pandas, saying: “Right now, all is ready except the most crucial part. Let's wish a happy life for the pandas after their arrival in Malaysia.”

The two giant pandas were originally scheduled to arrive in Malaysia on April 16.

The sending-off ceremony was postponed by the Chinese government due to its pre-occupation with the search for Malaysia Airlines flight MH370 aircraft which had been missing since March 8, Malaysia's Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri G. Palanivel had said earlier.

Malaysia and China had signed an agreement on June 15, 2012 whereby the two giant pandas would be loaned to Malaysia for a period of 10 years.

The agreement was to mark the 40th anniversary of diplomatic ties between the two countries in 2014.

The arrangement came about following Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's request to former Chinese Premier Wen Jiabao during his official visit to Nanning in 2012.

Malaysia would do everything to cooperate with China to ensure the health of the two pandas, and a grand welcoming ceremony would be held for their arrival, Xinhua quoted the director of Kuala Lumpur National Zoo Muhammad Danial Felix as saying.

Two Chinese experts would be dispatched to Malaysia to stay with the pandas for at least three months, he added.

Feng Yi (female) and Fu Wa (male) will be renamed after their arrival. The naming competition organised by the Ministry of Natural Resources and Environment has attracted more than 2,000 entries.

An enclosure costing RM25 million has been completed at the zoo after construction started on April 11 last year.

The 6,475 square meters enclosure encompassing three main areas will be kept at under 24°C, the same temperature as their original habitat.

Other facilities in the complex include a laboratory, veterinary clinic, incubator room, nursery and monitoring room. – Bernama, May 13, 2014.

Psikologi pengaruhi ransangan nafsu


SAYA berusia 40 tahun dan baru berkahwin dua bulan lalu. Masalahnya sehingga kini saya tidak mempunyai rangsangan nafsu ketika berjimak bersama suami (tiada pengeluaran air sebagai pelincir -vagina kering). Adakah ini kerana pengaruh hormon peningkatan usia? Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air mani isteri?

As, Terengganu

Jawapan

Usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga dialami oleh wanita lebih muda. Faktor psikologi merupakan punca penting untuk menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak ialah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut. Usahlah anda gusar kerana anda belum menopaus dan masalah kekeringan vagina yang anda alami bukanlah disebabkan peningkatan usia.

Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini ialah tanggungjawab dan faktor yang menghangatkan lagi masalah rumah tangga pasangan itu. Satu kesilapan jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang ini kerana ia bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya 'kunci' kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.

Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, sebenarnya banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.

Hubungan seks bagi seorang lelaki ialah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting di dalam perhubungan intim. Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan non-penetrative yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.

Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.

Bagaimanapun, organ paling utama mengawal kehendak seksual ialah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks di kalangan pasangan.

Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali juga sebagai senaman kegel.

Gaya hidup sihat ini boleh menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit lagi malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang.

Senaman ini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru, cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.

Kepentingan industri satelit selepas trajedi MH370


DR. Ahmad Sabirin Arshad menunjukkan laluan beberapa satelit melintasi sekitar rantau Asean di Shah Alam baru-baru ini.

Kehilangan pesawat MH370 merupakan satu tragedi kepada negara. Tetapi pada masa sama ia turut membantu meningkat kesedaran orang ramai mengenai kepentingan teknologi satelit.

Ekoran tragedi yang puncanya masih lagi misteri itu, rakyat negara ini telah didedahkan dengan pelbagai istilah komunikasi, radar dan satelit tanpa mengetahui apakah sebenarnya teknologi berkenaan.

Apakah teknologi satelit dan misinya? Satelit mempupunyai pelbagai kegunaan. Antaranya penyelidikan saintifik, pencerapan bumi menggunakan satelit penderiaan jauh atau remote sensing, pemantauan ketenteraan, komunikasi dan perhubungan serta navigasi.

Pembinaan sesebuah satelit bergantung kepada dua faktor utama iaitu misi satelit tersebut dan orbit iaitu di mana kedudukan satelit itu ketika beroperasi di angkasa.

Secara umum semua satelit mempunyai subsistem asas yang sama. Komponen-komponennya adalah sub-sistem satelit dan payload atau beban bayar.

Subsistem satelit terdiri daripada sistem struktur, sistem kuasa, sistem kawalan haba, sistem penentuan sikap dan sistem kawalan (ADCS), sistem telemetri, tele-arahan dan kawalan (TT&C), sistem pengurusan data di pesawat (OBDH) dan sistem pendorongan.

Beban berbayar pula merujuk kepada perkakasan yang digunakan untuk tujuan tertentu. Inilah yang menentukan misi satelit tersebut.

Contoh paling mudah bagi satelit komunikasi, beban berbayar membolehkan satelit tersebut berkomunikasi dengan stesen Bumi atau peralatan komunikasi lain di Bumi.

Beban berbayarnya terdiri daripada antena dan beberapa pengulang yang hampir sama dengan pengulang radio gelombang mikro yang digunakan di Bumi.

Bagi satelit remote sensing pula, beban berbayarnya adalah sistem kamera yang dipasang untuk merakam maklumat yang merupakan pantulan tenaga daripada objek-objek di permukaan Bumi.

Sistem penderiannya terdiri daripada penderia optik, hampir infra merah, infra merah dan gelombang radar yang merakam tenaga dalam panjang gelombang bahagian nampak, infra merah dan gelombang mikro.

Untuk sub-sistem struktur, ia memberikan sokongan mekanikal kepada semua subsistem yang terdapat dalam satelit.

Kebiasaannya, struktur satelit diperbuat daripada kerangka yang kukuh daripada bahan yang bersesuaian di angkasa lepas.

Bahan yang lazim digunakan ialah aluminium tertentu dan ia boleh menampung kesemua beban sub-sistem dan beban bayar serta boleh menahan getaran pelancar yang amat tinggi hingga melebihi 10g semasa pelancaran roket.

Kerangka tersebut akan disambung dengan panel-panel indung madu (honeycomb) yang kuat dan ringan yang mana indung madu terlapik antara dua lapisan aluminium selari.

Satelit yang besar secara umumnya mempunyai struktur utama yang terdiri daripada tiub dan struktur-struktur lain dipasang di sekeliling tiub tersebut.

Untuk sub-sistem kuasa, kebanyakan sistem kuasa untuk sebuah satelit dihasilkan daripada cahaya matahari menggunakan sel suria (photovoltaic) dan kuasa elektrik juga disimpan dalam bateri untuk digunakan semasa satelit berada dalam bayangan Bumi.

Sistem kuasa bersel suria disesuaikan untuk penggunaan subsistem-subsistem lain dalam satelit.

Bagi satelit yang distabilkan secara 3-paksi, sel suria dipasangkan pada panel yang besar dan dikeluarkan (deploy) selepas ia berpisah dengan kenderaan pelancar.

Untuk satelit yang distabilkan secara putaran, sel suria dipasangkan pada badan satelit itu sendiri.

Untuk sub-sistem kawalan haba, ia terdiri daripada penyalutan haba dan selimut penebat yang digunakan untuk mengekalkan satelit dalam julat suhu pengoperasian yang sesuai.

Malaysia pernah memiliki dua sateliti sebelum ini iaitu TiungSAT-1 dan RazakSAT yang kedua-duanya telah tamat tempoh hayatnya.

Bagaimanapun menurut Astronautic Technology Sdn Bhd. (ATSB), Malaysia kini dalam rangka memiliki satelit baharu dalam tempoh dua tahun akan datang jika semua yang dirancangkan berjalan lancar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad, program pembangunan pengganti RazakSAT iaitu RazakSAT-2 akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.

"Pelancaran satelit RazakSAT-2 ini dijangka pada tahun 2016 dan kami sedang menunggu perincian program bagi memastikan negara mendapat manfaat sepenuhnya.

"Satelit ini akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi, malah akan meletakkan keupayaan Malaysia setanding negara negara yang lain," katanya.

Beliau berkata, satelit yang menggantikan RazakSAT akan mempunyai teknologi pengimejan resolusi tinggi dan akan menghasilkan imej-imej beresolusi satu meter.

ATSB kata beliau, telah mengesyorkan kepada kerajaan untuk membangunkan satelit resolusi tinggi yang mempunyai potensi penggunaan menjadikannya berfungsi seperti satelit komersial dengan penghasilan imej berkualiti tinggi.

Sistem satelit yang disyorkan ATSB juga mempunyai warisan teknologi yang amat baik dengan reliabiliti yang tinggi.

Ini secara tidak langsung mengurangkan risiko pembangunan satelit dan memastikan ATSB dapat menghasilkan satelit untuk kegunaan pelbagai agensi dan aplikasi.

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, kerajaan telah meluluskan projek RazakSAT-2 pada penghujung tahun 2010 iaitu sejurus selepas tamat hayat RazakSAT.

Walau bagaimanapun, kelewatan pelaksanaan projek ini berpunca daripada proses pemilihan rakan teknologi dan perubahan spesifikasi teknikal.

Ketika ini ada ura-ura mengatakan Malaysia mempunyai dua pilihan sama ada syarikat Korea atau Perancis yang akan dipilih bekerjasama dengan ATSB untuk pembangunan satelit seterusnya itu.

ATSB katanya, sebagai syarikat milik kerajaan dan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi satelit secara komprehensif sentiasa memastikan satelit yang dibina nanti mengikut jadual perlaksanaannya untuk manfaat pengguna data satelit.

Oleh itu pelbagai program penyelidikan dan pembangunan diteruskan bagi memastikan jurutera ATSB memiliki tahap professional yang sentiasa di tahap terbaik.

Menurut Ahmad Sabirin membangunkan teknologi satelit meskipun memerlukan pelaburan besar dan berisiko tetapi tidak boleh dianggap membazir.

"Semua negara maju mempunyai program satelit mereka yang tersendiri. (Oleh itu) membangunkan dan memiliki teknologi satelit merupakan satu langkah yang perlu untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju," katanya.

Malah katanya, teknologi angkasa merupakan teknologi larangan yang dirangkumkan di bawah akta-akta seperti Missile Technology Control Regime (MTCR) dan International Traffic in Arms Regulation (ITAR) oleh negara-negara barat.

JIka tidak ada usaha untuk membangunkan industri satelit sendiri, Malaysia tidak mudah mendapat akses kepada teknologi canggih negara maju dan selamanya tidak akan berupaya menghasilkan teknologi terkini untuk pelbagai sektor industri.

ATSB berharap satelit yang akan dibangunkan nanti menjadi satu alat untuk membuat keputusan (tools for decision making) di samping menyumbang dalam pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan teknologi satelit.

Pembangunan TiungSat-1 hasil kerjasama yang terjalin dengan Surrey Satellite Technology Limited (SSTL) mnakala

RazakSAT dibangunkan oleh ATSB dengan kerjasama syarikat SATrec-i dari Korea Selatan.

Pemakaian Loceng Kaki Dilarang

Soalan
Saya ingin mengetahui dengan lanjut pemakaian gelang kaki bagi wanita Islam yang mana bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja lain untuk berpaling melihat ke arahnya?

Adakah salah jika saya memakaikan gelang kaki kepada anak perempuan saya yang berumur tiga tahun? Tujuan saya memakaikannya gelang adalah kerana mudah untuk memantau pergerakannya di rumah.

Jawapan

Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu: 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; 

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

*Sumber dari www.islamituindah.my

Monday, 12 May 2014

Hudud: Fakta untuk perhatian rakyat Malaysia

IRFAN I.S

Hudud

1. Kelantan telah diperintah oleh Pas yang mempunyai sejarah menegakkan Islam bukan sahaja sejak 1990 apabila menang di Kelantan bersama Semangat 46, tetapi lebih awal daripada itu, Pas pernah memerintah Kelantan dalam siri-siri pusingan PRU di Malaysia.

2. Kerajaan Pas Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Syariah pada tahun 1993.

Kemudian apabila memerintah Terengganu, Pas juga telah meluluskan Enakmen Undang-undang Syariah di Terengganu. Kedua-duanya telah diluluskan di Dun, tetapi belum dapat dilaksanakan kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran.

Faktor dalaman ialah daripada Pas dan kerajaan negeri sendiri, manakala faktor luaran adalah kerajaan Persekutuan, parti-parti politik, masyarakat awam dan perspektif global terhadap undang-undang jenayah Islam.

3. Perbincangan yang berlaku di media bercetak atau elektronik kini menjurus kepada persoalan bagaimana hudud boleh dan sewajarnya dilaksanakan.

Walaupun masih lagi suara-suara sumbang yang menolak hudud sebagai undang-undang lapuk dan ketinggalan zaman, mereka yang menolak hudud, tidak lagi melihat falsafah dan hikmah undang-undang jenayah Islam sebagai suatu yang ditolak secara tidak berfakta.

4. Kalau dahulu kerajaan Umno agak kuat menolak hudud dengan alasan-alasan tertentu, tetapi jawapan sekarang lebih lunak, bahkan senario politik yang ada kini tidak menghalang Umno dan Pas duduk bersama-sama berbincang undang-undang yang dianggap ada halangan dari sudut bidang kuasa Negeri dan Persekutuan.

5. Beberapa konflik dan perselisihan pendapat timbul akibat maklumat dan penerangan kurang berkesan atau tidak sampai.

Di sini saya kemukakan beberapa fakta daripada kajian antarabangsa yang menunjukkan suatu yang positif untuk undang-undang pencipta dan penguasa manusia dan alam semesta ini (ALLAH) untuk dibuktikan menyelesaikan masalah manusia dalam urusan undang-undang jenayah.

6. Terdapat kajian antarabangsa yang menunjukkan bahawa undang-undang Syariah (termasuk undang-undang jenayah, kekeluargaan, pengurusan harta) diterima oleh masyarakat Islam untuk dilaksanakan sebagai undang-undang negara.

Hal ini dibuktikan dengan kajian Pew Research Center: The Pew Forum on Religion & Public Life menyatakan di Asia Selatan 84% Muslim menyokong undang-undang Syariah sebagai undang-undang negara, Asia Tenggara 77 peratus, Timur Tengah dan Utara Afrika 74 peratus, Sub-Sahara dan Afrika 64 peratus, Tenggara Eropah 18 peratus, Asia Tengah 12 peratus.

Bagi Malaysia, 88 peratus Muslim amat menyokong undang-undang Syariah menjadi undang-undang negara kerana Malaysia mempunyai sandaran perundangan yang kuat dalam Perlembagaan Malaysia.

7. Pas telah memainkan peranan yang baik dalam pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini, bahkan menjadi rujukan di peringkat dunia kerana dasar-dasar Islam yang dilaksanakan.

Dalam hal ini, kajian antarabangsa Pew Research menunjukkan bahawa 79 peratus masyarakat Muslim di Asia Tenggara setuju bahawa pemimpin agama perlu kepada pengaruh politik, Asia Selatan 69 peratus, Timur Tengah dan Utara Afrika 65 peratus, Asia Tengah 28 peratus dan Tenggara Eropah 22 peratus. Bahkan kajian tersebut juga menyatakan parti Islam lebih baik daripada parti politik lain di Malaysia 43 peratus, sama dengan parti politik lain 42 peratus dan lebih teruk daripada parti politik lain 3 peratus.

8. Kajian ini juga menunjukkan 60 peratus Muslim Malaysia menyokong hukuman rejam dikenakan ke atas penzina, hukuman sebat ke atas pencuri 66 peratus, dan hukuman mati ke atas murtad 62 peratus. Peratusan ini ada perbandingan dengan banyak negara di seluruh dunia, tetapi tidak diperincikan di sini.

9. Secara keseluruhannya, kajian yang dibuat oleh Pew Research Centre ini menunjukkan perkembangan Islam di seluruh dunia mempunyai persepsi yang berbeza tengan undang-undang jenayah Syariah, namun, secara keseluruhannya, masyarakat Islam bersetuju bahawa ajaran Islam adalah terbaik untuk memandu kehidupan di dunia dan di akhirat.

Sambut Hari Ibu 'harus'


Sambut Hari Ibu 'harus'

KUALA LUMPUR - Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
   
Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.
   
"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?.
   
"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.
   
"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.
   
Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini.

Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.
   
Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.
   
"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.
   
Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
   
Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud:
   
"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu.
   
"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda: Ibumu.
   
"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.
   
"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu". - Bernama

Bebas diri dari beban alahan

Bebas diri dari beban alahan
Gambar Hiasan

PENYAKIT alahan semakin meningkat selama lebih dari 50 tahun di seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis masalah alahan antaranya dermatitis atopik atau ekzema atopik, rinitis alergi, resdung, urtikaria dan asma.

Di Malaysia, lebih separuh daripada pesakit alahan hidung (52% dewasa dan 61% kanak-kanak) menyatakan bahawa punca biasa kepada alahan ialah hama daripada habuk rumah dan pencemaran.

Satu lagi kajian oleh penyelidik di HUKM menggunakan ujian cucuk kulit (Skin prick test) menunjukkan, alergen makanan yang paling umum mengikut urutan kekerapan ialah udang, ketam, gandum, sotong, kerang, ayam, beras, soya, susu dan telur.

Alahan biasanya diwarisi. Namun 23% daripada mereka yang tiada sejarah keluarga yang menghidap alahan turut berisiko untuk menghidap alahan.

Alahan rinitis beban sedunia

Alahan rinitis (AR) adalah sejenis masalah alahan yang paling biasa ditemui. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 10% -30% daripada individu di seluruh dunia, atau lebih kurang 400 juta orang menghidap AR.

AR menjejaskan ramai individu dari pelbagai negara tanpa mengira kumpulan etnik dan peringkat umur.

Ia adalah masalah keradangan hidung yang melibatkan tiga simptom utama iaitu bersin, nasal yang tersumbat dan berhingus.

AR bukan sahaja menyebabkan peningkatan morbiditi malah turut menjejaskan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka.

Individu yang mempunyai AR biasanya akan mengalami gangguan nasal yang kronik.

Hidung akan mudah tersumbat dan mengalami inflamasi apabila terdedah kepada alergen. Ini seterusnya akan menyebabkan resdung.

Rinosinusitis atau resdung akan menyebabkan keradangan pada sinus (kaviti dalam rongga hidung).

Individu yang mengalami resdung juga mempunyai simptom seperti kesumbatan pada bahagian muka, sakit kepala dan sakit telinga. Pesakit juga mengalami gangguan tidur menyebabkan mereka akan berusaha untuk melawan perasaan mengantuk pada waktu siang.

Kanak-kanak yang menghidap resdung adalah individu paling terjejas. Ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk belajar akibat simptom alahan selain fungsi kognitif yang juga terjejas akibat penggunaan antihistamin.

Kanak-kanak dengan rinitis juga lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut mereka. Ini boleh menjejaskan perkembangan muka dan gigi yang normal.

Dalam kes-kes alahan nasal kronik yang lebih serius, polip hidung mungkin boleh terjadi. Polip hidung adalah pertumbuhan tisu abnormal di dalam rongga hidung dan sinus.

Ia terjadi akibat keradangan (kemerahan dan bengkak) yang disebabkan oleh alahan.

Kaitan dengan asma

AR sering dipandang ringan kerana ia tidak menyebabkan kematian.

Namun, penyelidikan perubatan terkini menunjukkan pesakit dengan AR berisiko tinggi untuk menghidap asma. Kaitan yang rapat wujud antara rinitis alergi dan asma di mana kedua-duanya dipercayai mempunyai manifestasi penyakit yang sama.

Alahan rinitis sering dialami terlebih dahulu sebelum seseorang individu itu mengidap asma. Mengikut kajian, 1 daripada 3 orang dengan alahan rinitis akan menghidap asma.

Asma diketahui merupakan salah satu penyakit yang paling menjejaskan kesihatan dan mahal untuk dirawat.

Asma biasanya kekal dan sukar untuk dirawat. Oleh itu, rawatan awal AR memberikan peluang kepada pesakit untuk mengurangkan kekerapan dan keterukan penyakit ini.

Penyelidikan terapi semula jadi

Asas tindak balas alahan timbul dari sistem imunisasi yang terlalu sensitif.

Dalam keadaan yang terlalu sensitif ini, sistem imunisasi akan bertindak balas apabila terdedah kepada alergen dalam udara atau makanan yang sepatutnya tidak berbahaya.

Dalam konteks biokimia, histamin dilepaskan dan menyebabkan simptom alahan di mana antihistamin akan digunakan.

Kami ingin berkongsi dengan profesional perubatan tentang Lectranal®, ekstrak semula jadi herba Astragalus membranaceus yang berpaten.

Ia didapati mempunyai kesan imun-modulasi untuk mengawal masalah alahan. (Penyelidikan Dr Pecanic telah diterbitkan dalam Fitoterapi Penyelidikan pada tahun 2010).

Berdasarkan kajian yang kami jalankan, rawatan Lectranal® telah memperbaiki keadaan pesakit alahan rinitis sehingga lebih dari 70%, seperti mana yang dinilai oleh pakar perubatan dan pesakit sendiri selepas menjalani rawatan selama 6 minggu.

Kami seterusnya melakukan kajian gen dan mendapati, Lectranal® menunjukkan kesan pengawalan sistem imunisasi.

Ia mengawal ketidakseimbangan sistem imunisasi yang menyebabkan simptom alahan tercetus.

Dalam kata lain, Lectranal® membantu "mengajar” sistem imunisasi kita supaya tidak terlebih bertindak balas, sebaliknya berkelakuan seperti biasa.

Lectranal® merupakan ekstrak astragalus yang dipatenkan serta ditambah dengan pembawa mineral kalsium khas yang membantu meningkatkan penyerapannya.

Ia telah memenangi anugerah poster rinitis terbaik pada Kongres ke-27 European Academy of Allergology and Clinical Immunology di Barcelona pada tahun 2008.

Lectranal® merupakan satu pendekatan semula jadi yang berkesan dalam mengawal keadaan alahan seperti rinitis alergi, resdung, urtikaria dan konjunktivitis.

Tindakan Lectranal™ adalah berbeza dengan antihistamin kerana ia dapat membantu mencegah cetusan simptom alahan dengan mengganggu penyebab asal penyakit tersebut.

Ibu, emak, mama dan ummi

DR AMINUDIN MANSOR
Hari Ibu
Gambar Hiasan


PANGGILAH apa sahaja, ibu, emak, mama dan ummi serta beberapa gelaran atau panggilan yang lain.

Semua panggilan itu menunjukkan taraf ibu tiga kali tinggi daripada bapa. Kata “ibu bapa” - ibu mendahului bapa, kita tidak sebut “bapa ibu” yang boleh membawa maksud lain iaitu ibu kepada bapa. Begitulah tingginya darjat ibu.


Tetapi apa yang menjadi fenomena pada masa kini kepada ibu, emak, mama dan ummi mereka kini menghadapi masalah dalam mendidik anak-anak terutama anak remaja yang berusia 13 hingga 20 tahun.

Tambah lagi jika anak remaja tersebut ramai kawan, tak dengar cakap dan sukar dikawal.

Banyak kes anak-anak remaja kini tak dengar cakap ibu, emak, mama dan ummi lagi. Mereka lebih dengar cakap kawan.

Mereka lebih percaya kepada kawan dan lebih kerap berhubung melalui Telefon Pintar dengan kawan berSMS dengan kawan, berFacebook, berTwitter, berWhatsApp dengan kawan juga berinteraksi dengan kawan melalui pelbagai cara di media baharu.

Jarang sekali ibu, emak, mama dan ummi dihubungi melalui telefon kecuali nak minta wang atau mungkinlah pada Hari Ibu setahun sekali.

Inilah fenomena era globalisasi yang menduga kesabaran dan ketabahan ibu, emak, mama dan ummi dalam menghadapi cabaran hidup. Mungkin juga apabila seseorang anak itu akan berkahwin baharullah mereka memberitahu ibu, emak, mama dan ummi.

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, “Ya Rasulullah siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?” Nabi SAW menjawab, “Ibumu… ibumu… ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu.” (Riwayat Mutafa’ alaih).


Begitulah pentingnya ibu, emak, mama atau ummi dalam kehidupan. Layanan dan persahabatan di sini bermaksud perlakuan yang baik dan anak sentiasa menjadi sahabat kepada ibu, emak, mama dan ummi. Layanan dan persahabatan ini tiga kali lebih daripada bapa atau ayah.

Lantaran itu, mengubah sikap supaya ibu lebih diutamakan daripada kawan, sahabat atau kekasih mestilah berlaku dalam kehidupan bermasyarakat.

Jika keadaan ini berlaku perubahan yang baik mesti berlaku kerana ibu, emak, mama dan ummi sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Itulah sebabnya doa ibu, emak, mama dan ummi sangat mustajab untuk anaknya.

Banyak kata nasihat dan pedoman daripada pujangga Melayu sejak dahulu berkaitan dengan ibu. Antaranya: “Cinta ibu tidak pernah lapuk”, “Cinta ibu adalah yang paling baik daripada segala-galanya”, “Di sisi ibu adalah tempat yang paling aman dan tenteram”, “Yang perlu ditabung oleh seorang ibu adalah kesabaran.”

Begitulah hebatnya pandangan melalui pemerhatian dan pengalaman pemikir dahulu berkaitan dengan ibu. Memanglah seseorang ibu, emak, mama atau ummi itu perlukan kesabaran dalam mendidik anak-anak terutama di era globalisasi yang penuh sensasi.

Di era inilah anak-anak sukar mendengar cakap, suka melawan cakap ibu, emak, mama dan ummi kerana pelbagai pengaruh dari luar yang amat kuat dan hebat.

Oleh itu, dengan kesabaran ibu, emak, mama dan ummi zaman ini kena belajar pelbagai ilmu terutama ilmu berkaitan teknologi maklumat (IT) supaya tidak mudah ditipu oleh anak-anak.

Penguasaan ilmu, kehebatan kesabaran, ketabahan mendidik dan pesanan yang beribu-ribu kepada anak walaupun tidak disukainya adalah menjadi tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh seorang ibu, emak, mama dan ummi dengan sokongan kuat daripada bapa.

Hasilnya anak-anak akan berjaya di dunia dan akhirat dan tidak mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh membawa sial. Ingatlah, hargailah ibu, emak, mama dan ummi semasa dia masih hidup.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan, seorang ibu berharap anak perempuannya memperoleh suami yang lebih baik daripadanya, tetapi dia tahu anak lelakinya tidak akan mendapatkan isteri sebaik isteri bapanya.

Sempena Hari Ibu diucapkan “Selamat Hari Ibu; semoga ibu selalulah berdoa kepada anakmu” dengan kebaikan dan kesejahteraan.

Sunday, 11 May 2014

Rahsia RUMAH URUT selalu terlepas didedahkan, tips ini tukang urut yang kasinya

Tukang urut dedah tips elak ditangkap

Tukang urut dedah tips elak ditangkap
Tukang urut dedah tips elak ditangkap Pelanggan bebas memilih tukang urut wanita Islam yang disenaraikan di kaunter pembayaran di rumah urut.

Kuala Lumpur: Jangan ada kondom atau membawanya dalam beg tangan jika mahu selamat dalam sebarang operasi penguatkuasaan. Itu antara tips yang dipraktikkan kebanyakan tukang urut untuk mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan lebih tegas pihak berkuasa.

Tukang urut akan meminta kondom daripada kaunter jika pelanggan mereka mahukan perkhidmatan seks atau menyuruh pelanggan tetap membawa sendiri alat perlindungan seks itu.

Seorang tukang urut di sebuah hotel terkemuka di Lembah Klang yang dikenali sebagai Zura, berkata memang ada operasi pihak berkuasa di spa itu tetapi tindakan tegas hanya dikenakan jika ada terjumpa kondom dalam bilik urut.

“Jika tidak ada kondom, tak ada masalah. Paling tidak pun sekadar tahan sekejap dan ambil nama sebelum dilepaskan semula. Kami di sini pernah kena tangkap tapi dilepaskan dan boleh kerja semula.

“Lesen pusat urut ini tak dibatalkan pun. Jangan risau, tak ada masalah. Penguat kuasa hanya kacau jika ada pelacur warga asing. Di sini, semua orang tempatan,” katanya.[BH]

Isu bendasing dalam susu "Dutch Lady".. ini jawapan rasmi dari Page FB mereka..

Susulan dari penyebaran 4 keping gambar produk susu Dutch Lady mengandungi bendasing beberapa hari yang lalu, Facebook Pages rasmi Dutch Lady Malaysia telah di’serang’ dengan pertanyaan orang ramai.

2

ini aduan pengguna tersebut:
2

dan ini pula jawapan dari Admin page Dutch Lady dengan tenang dan profesionalnya menjawab semua pertanyaan itu dengan kenyataan di bawah:



2

Apa yang anda lihat di dalam kotak susu tersebut kelihatan sama seperti mineral yang telah menjadi pepejal. 
Ini tidak berbahaya dan terhasil akibat dari kotak susu rosak atau penyimpanan yang tidak betul. Kejadian ini jarang berlaku tetapi tidak mustahil kerana seperti yang kita tahu, susu atau produk tenusu mudah rosak. 
Selepas dibuka ia sepatutnya dihabiskan antara 2 – 3 hari dan disimpan di tempat sejuk dan kering. Walaupun sampel pengadu belum diperolehi, kami telah memulakan sisatan dalaman.  
Keputusan makmal awal berdasarkan sampel dari ‘batch’ sama yang dibeli oleh pengadu, telah menunjukkan bahawa sampel dari ‘batch’ ini tidak rosak dan selamat untuk diminum. Untuk keterangan lanjut, sila PM kami atau e-mel kami di dutchladycareline@frieslandcampina.com.

Memang betul tailong la mereka nie, pick-up 'ayahanda kawasan' pun dirembatnya

Pacuan Empat Roda Awie Lesap!
awie

Nasib nyata tidak menyebelahi penyanyi dan pelakon Awie apabila kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero miliknya dilaporkan lesap dilarikan pencuri ketika diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak, baru-baru ini. 
 
Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, kenderaan tersebut dipandu pembantu peribadinya, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja sejak dua tahun lalu. 
 
“Kebiasaannya saya akan meletakkan pacuan empat roda itu di dalam kawasan pangsapuri didiami. Bagaimanapun semalam (kelmarin) saya meninggalkan pacuan empat roda itu di luar kawasan pangsapuri sekitar jam 10.30 malam kelmarin.
 
“Saya tidak langsung berasa bimbang kerana kenderaan itu diletakkan berhampiran pos kawalan pangsapuri itu. Malah banyak kenderaan penghuni turut diletakkan di kawasan sama,” ujar Khyrull yang dipetik dalam sebuah akhbar. 
 
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sehari selepas dia dan Awie pulang dari mengikuti program minggu berbasikal di Wilayah Persekutuan Labuan. Khyrull turut menambah, kejadian itu sudah dilaporkan ke Balai Polis Setapak.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive