UtusanDaily

Thursday 13 November 2014

Bahaya 4 jenis pemakanan yang tidak diambil peduli oleh orang ramai


Habit memakan makanan yang tidak berkhasiat memang sukar untuk dipinggirkan . Dewasa kini , pelbagai penyakit tumbuh melatah bak cendawan , hahahaha ...

Baiklah , straight to the point , admin mahu kongsikan 4 jenis makanan feveret samada pelajar , surirumah , pekerja ataupun sesiapa . Makanan tersebut adalah sardin , minuman 3 dalam 1 , maggie dan panadol . Kesemuanya dikategorikan sebagai fast cooking made ....

Mari baca dengan lebih lanjut mengapakah 4 jenis makanan ini mendapat perhatian majoriti yang mendatangkan mudarat :

Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. 

 Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut....

Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan....

Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer....

Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. 

Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan....

SUMBER : myinfoterkini.blogspot.com 

Wednesday 12 November 2014

Akhirnya rahsia Lee Chong Wei terlibat dalam penyalahan gunaan bahan terlarang tersebar..!!

 Rahsia Lee Chong Wei Akhirnya Tersebar



Itulah respon dari bekas pemain negara, Razif Sidek yang mengulas mengenai kes Datuk Lee Chong Wei yang didapati positif dalam sampel B dan dijangka berdepan dengan pergantungan selama 2 tahun.

Menurut Razif, ramai pegawai termasuklah pemain-pemain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedar akan kesalahan yang dilakukan oleh pemain no 1 dunia itu.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang berani membuka mulut kerana menyedari kapasiti Lee Chong Wei sebagai jaguh negara dan dunia.

"Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh. Kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.

"Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah, perkara ini turut mendapat pengetahuan daripada pemain-pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.

"Saya difahamkan dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini (Malaysia) semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.

"Bukankah saya dah cakap sebelum ini (mengenai Chong Wei terlibat dalam penyalahan gunaan bahan terlarang)? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu, tetapi kisah ini telah dimaklumkan kepada saya oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri," katanya kepada wartawan Kosmo!

Lee Chong Wei kini dikenakan penggantungan sementara dan hukuman sebenar akan diumumkan selepas Panel Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selesai bersidang pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi. ~pingbusuk

Tidur lewat antara Idea paling bodoh


Antara idea paling bodoh di atas muka bumi ini ialah tidur lewat kononnya untuk membereskan kerja atau bagi membolehkan lebih banyak urusan dapat diselesaikan.

Apa tidaknya… dengan tidur lewat anda sebenarnya sedang menempa banyak penyakit. Dengan tidur lewat anda seolah-olah sedang ‘mendera diri’ anda sendiri. Badan fizikal dan mental anda tidak diizinkan mendapat kerehatan sewajarnya.

Dengan tidur lewat juga menyebabkan anda mungkin bangun lewat dan tertinggal sembahyang Subuh. Bangun lewat bermakna anda terlepas waktu berkat memulakan mencari rezeki pada awal pagi. Jika pun anda mampu bangun awal, badan fizikal dan mental anda sebenarnya sedang keletihan.tidur, mengantuk, kerja, solat malam

Badan yang letih akibat tidak cukup tidur menyebabkan anda tidak produktif serta ‘kering idea’ sepanjang hari serta tidak mampu berfikir dengan lancar, tenang serta cergas.

Lebih tidak bijak ialah apabila anda terpaksa tidur pada siang hari disebabkan keletihan dan tidak cukup tidur kerana tidur lewat pada sebelah malam atau awal pagi.

Dengan tidur lewat juga anda mungkin tidak mampu bangun pada dua pertiga malam untuk melakukan ibadat malam (qiamulail). Ini satu kerugian bagi mereka yang memahami hakikatnya.

Justeru, tidur awallah nescaya anda beroleh kejayaan dan kesihatan

Cara betul menikmati minuman teh!

Teh
MENUNYA mudah, hanya minuman teh yang dihidang bersama skon (makanan ala-ala kek dan roti diperbuat daripada susu dan tepung gandum yang dijadikan menu petang ala Inggeris) bersalut jem strawberi, namun sudah cukup membangkitkan selera.


Ditambah pula, dengan keharuman aroma teh hasil daripada benih berkualiti tinggi yang sememangnya menjanjikan kelainan rasa dan keunikan tersendiri khususnya bagi peminat minuman itu.

Selain rasa yang menyegarkan, menikmati teh di puncak pusat pelancongan tanah tinggi yang terletak di Pahang ini sambil dikelilingi pemandangan hijau dan keindahan flora, sudah pasti memberi kedamaian kepada sesiapa sahaja.

Apatah lagi, iklimnya yang dingin dengan suhu nyaman sepanjang tahun antara 14 hingga 24 darjah celcius berdasarkan kepada kedudukannya yang berada 1,400 dari paras laut.

Maka, tidak menghairankanlah apabila ramai mengakui kenikmatan teh di tanah tinggi ini bukan sahaja luar biasa rasanya dan memberi pengalaman berbeza.

Malah, begitu berperisa dan ini yang dirasai oleh sekumpulan media yang membuat liputan di Taman Agroteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) baru-baru ini.

Amalan salah

"Teh di sini berkualiti tinggi, rasanya asli dan kaya dengan khasiat tersendiri. Umum sedia maklum terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hitam (pilihan ramai), teh hijau, oolong (sejenis teh tradisional negara China), yang mempunyai banyak khasiat.

"Bagaimanapun, hampir sebahagian besar masyarakat mengamalkan cara penyediaan dan minum teh yang salah", kata Pembantu Penyelidik Kanan, Mardi, Mohd Noor Bahauddin.

Kesilapan amalan ini, akhirnya menyebabkan khasiat yang terkandung dalam teh itu tidak dapat diperoleh secara 100 peratus. Dan, paling menyedihkan apabila amalan tidak betul itu menghapuskan atau menghilangkan terus khasiat tersebut!

Walhal, teh yang menjadi sebahagian amalan seharian manusia hari ini sudah diakui di beberapa negara sebagai antara minuman berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Dipetik kajian seorang pakar dari University of Illinois, masalah gigi berlubang dan jangkitan gusi boleh dielakkan sekiranya mengamalkan meminum teh dengan cara betul.

Ini kerana, kandungan polyphenols di dalamnya boleh mengurangkan bakteria di dalam mulut selain dapat mengurangkan nafas berbau yang menjadi masalah sebahagian orang.

Kajian kesihatan lain juga mendapati amalan minum teh baik untuk jantung, meningkatkan daya ingatan, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan serta mengelak kanser.

Ini diperkukuhkan hasil kajian di Jepun, mendapati golongan warga emas yang mengamalkan minum teh hijau mempunyai daya ingatan lebih baik secara purata berbanding mereka yang jarang minum teh.

"Namun, semua ini hanya dapat diperoleh apabila meminum teh dengan cara dan kuantiti yang betul", jelasnya.

Hanya nak sedap

Sememangnya tidak dinafikan bahawa teh yang dihidangkan panas mahupun sejuk menjadi pilihan kebanyakan masa khususnya waktu petang sambil menikmati pisang goreng, kuih-muih ataupun ketika tetamu berkunjung tiba.

Minuman ini telah lama diamalkan sejak 5,000 tahun dahulu di China dan adalah antara minuman tertua yang menjadi kegemaran masyarakat tidak kira peringkat umur.

Malahan, turut dijadikan adat dalam sesuatu perkahwinan.

Justeru, tidak menghairankanlah pelbagai produk teh berada di pasaran ketika ini dengan perisa-perisa menarik seperti strawberi, epal yang ditambahkan lagi kesedepannya dengan hirisan lemon.

"Kebanyakan orang minum teh dengan cara yang salah kerana mementingkan kesedapan sahaja. Apabila saya jelaskan kepada mereka (pengunjung Taman Agroteknologi) mengenai khasiat teh, ramai terkejut.

"Mereka tidak tahu bahawa selama ini cara penyediaan teh yang diamalkan boleh menjejaskan khasiatnya dan ada pula mendedahkan kepada risiko penyakit", katanya.

Misalnya, teh tarik adalah minuman kegemaran hampir majoriti besar masyarakat tempatan yang mana penggunaan susu berlebihan boleh mendedahkan mereka kepada risiko diabetis.

Walhal, teh yang kaya dengan khasiat ini dan sepatutnya membawa kebaikan kepada kesihatan akhirnya menjadi 'punca' masalah kepada rangkaian penyakit.

Sedangkan, dengan hanya meminum teh sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat menghindarkan penyakit seperti angin ahmar, menguatkan tulang tetapi semuanya hanya berhasil apabila tidak mencampurkan bahan pemanis seperti susu dan gula.

"Bergantung cara hidup masyarakat. Kalau mereka mengamalkan hidup sihat, penyakit dapat dihindarkan.

"Masalahnya, masyarakat suka kepada benda sedap dan teh tarik itu adalah antara pengambilan tanpa kawalan boleh mendedahkan kepada penyakit", katanya.

Suka rendam

Selain mengurangkan campuran dua bahan pemanis itu, kandungan khasiat teh dapat dirasai sebaiknya melalui kaedah manual atau cara lama dalam penyediaannya.

Dengan menggunakan serbuk teh yang dibancuh air panas dan kemudian ditapis, khasiatnya lebih terjamin. Namun, disebabkan agak leceh membuatkan ramai cenderung memilih teh uncang.

Selain mudah dan jimat masa, penukaran teh uncang juga bertitik tolak daripada beberapa isu berkaitan produk teh timbang yang dikesan mengandungi
bahan pewarna berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan jangka masa panjang.

Namun di sebalik tanggapan ramai teh uncang adalah selamat, hakikatnya ia juga mempunyai kelemahan dan boleh mengundang kesan buruk kepada seseorang individu.

Ini kerana, hampir sebahagian besar daripada kita suka merendam uncang teh terlalu lama dan hanya akan membuangnya setelah selesai menikmati minuman itu.

Walhal, adalah sebaiknya ia dicelup tidak lebih daripada lima minit dan dalam tempoh itu, menurut Mohd Noor sudah cukup untuk mendapatkan warna sesuai, rasa serta aroma diingini.

"Kita khuatir kertas uncang digunakan berkualiti rendah yang turut mengandungi campuran lilin sehingga boleh menjejaskan khasiat teh apabila direndam lama.

"Bagi mereka yang sistem badannya tidak kuat, mungkin boleh mendapat sembelit. Ini kerana, teh adalah seperti herba lain yang mana apabila pengambilannya melebihi kapasiti penerimaan badan, tentu ada kesannya", jelasnya.

Jangan kedekut

Tetapi itu tidak pekat, antara rungutan kedengaran mengenai panduan penyediaan teh sebetulnya. Kata Mohd Noor, adalah lebih baik menggunakan dua atau tiga uncang untuk kepekatannya berbanding rendam begitu lama.

"Kalau cair pun, khasiatnya berkurangan. Yang penting, warnanya tidak berapa merah dan rasanya tidak begitu kelat", jelas beliau, yang pakar dalam bidang ini lebih 20 tahun.

Beliau juga menegur sikap segelintir orang yang agak 'kedekut' apabila menggunakan teh uncang sama berkali-kali sehinggalah langsung tidak dapat mengeluarkan warna lagi.

Tabiat ini, harus dihentikan kerana bakteria akan berkumpul di dalam uncang ini setelah dibiarkan begitu lama. Satu lagi, tabiat harus dikikis adalah amalan minum teh yang dibiarkan lama atau semalaman kerana telah dipenuhi bakteria.

Ini kerana, terdapat sejenis bahan kimia tumbuhan dalam teh tersebut yang akan bertindak balas menjadi asid apabila ia dibiarkan terlalu lama.

"Ramai menyimpulkan bahawa teh pembawa angin. Ini silap dan tidak ada kaitan langsung. Masalah kembung perut, adalah disebabkan minum teh yang sudah sejuk dibiarkan lama dan selalunya berlaku bagi mereka yang tidak tahan.

"Berbeza teh ais kerana wap dihasilkan oleh ais itu adalah panas. Dinasihatkan mereka yang selalu kembung perut setelah minum teh, digalakkan minum ketika ia masih panas lagi", katanya. - Bernama

Senarai 10 makanan termahal di dunia

SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.


1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)

Trufel Putih (trifola d’Alba)

Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
    
2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)

Almas beluga kaviar

Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)


Ia dianggap sebagai 'raja buah' kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun.

4. Tembikai Hitam Densuke - AS$6,100 (RM20,407)


Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.

5. Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)

Pizza Royale 007

Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.

6. Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)


Hidangan digelar 'khazanah makanan laut' berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.

7.Wagyu Steak - AS$2,800 (RM9,374)


Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.

8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)


Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.

9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)


Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.

10.Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)


Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.


SUMBER: www.therichest.com

Tuesday 11 November 2014

Yusof Islam Kembali Aktif Di Pentas Seni


Yusof Islam atau Cat Stevens

LONDON: Penyanyi Cat Stevens atau nama Islamnya Yusof Islam yang selama ini sepi di pentas hiburan membuat satu pengumuman mengejutkan apabila memilih untuk kembali aktif dalam bidang seni.

Yusof yang memeluk Islam kira-kira empat dekad lalu kembali dengan matlamat untuk merapatkan jurang antara dua identiti.

Penyanyi berusia 66 tahun ini menaruh keyakinan terhadap bakat dan kelembutan suaranya untuk memikat hati orang ramai dengan menghadiahkan sebuah album baharu iaitu Tell ‘Em I’m Gone serta rangkaian lagu klsaik 1960an dan 1970an seperti Wild World, Moonshadow dan Peace Train.

Menyentuh mengenai pendapat sesetengah pihak yang mempersoalkan penglibatannya dalam dunia seni selepas menjadi seorang Islam beliau dalam satu wawancara dengan AFP berkata, tiada pertembungan antara kepercayaan dalam sesebuah agama dan kerjaya berkenaan.

"Saya kata, ia adalah sebahagian daripada dakwah kerana selama ini kita telah hilang hubungan semasa kita, antara kehidupan dan budaya,” kataya.

Lahir di London dan kini tinggal di Dubai, penyanyi ini turut berfalsafah dengan berkata, dia umpama cermin kaca kepada umat Islam dan dunia barat yang memandang dirinya dalam dua keadaan berbeza tetapi tetap mencari satu cermin yang sama.

Dalam satu temubual lain Yusof turut dilihat bakal membangkitkan satu gelombang baharu dalam menarik perhatian peminat-peminatnya daripada generasi muda, mereka yang berhijab sehinggalah kepada peminat yang berkerusi roda dan bertongkat.

Virus Nipah: Nama kampung terkenal seluruh dunia

Kandang khinzir. Itu pemandangan di kiri dan kanan jalan yang akan dilihat orang luar apabila memasuki kawasan Kampung Sungai Nipah dan Kampung Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan, 15 tahun lalu.

Tetapi kini, kandang itu digantikan dengan barisan pokok kelapa sawit, selepas virus Nipah yang melanda kampung itu menyebabkan lebih sejuta khinzir terpaksa dibunuh dan penternakan haiwan itu dilarang sama sekali oleh kerajaan negeri.

Ketua Kampung Sungai Nipah, Tan Chee Seng, 82, mengakui penularan wabak itu satu pengalaman yang amat menakutkan namun beliau menggagahkan diri untuk membantu penduduk kampungnya yang mula jatuh sakit.

“Setiap pagi, saya menangis dengar kawan ini mati, kawan itu pula masuk wad. Saya sendiri jatuh sakit kerana susah hati tengok penduduk kampung ini pada masa itu,” katanya yang menjadi ketua kampung mulai 1 Julai 1986.

Katanya, mangsa pertama ialah seorang lelaki yang pada mulanya disangka hanya mengalami demam biasa.

“Bermula awal 1999, penyakit ini merebak. Ada yang lepas satu dua bulan kena jangkitan tetapi tak mati, tetapi ada yang seminggu lepas kena terus mati. Sampaikan Hospital Seremban tak cukup tempat (untuk tampung pesakit),” katanya.

Menurutnya, setiap hari, ada kes kematian dilaporkan di kampung dengan populasi lebih 1,000 penduduk itu, majoritinya kaum Cina.

Lebih menghairankan, kebanyakan mangsa merupakan lelaki pertengahan umur yang sihat, iaitu antara 30 dan 50 tahun.

“Semua orang dewasa yang kena sebab mereka jaga khinzir (di kandang). Budak-budak dan orang tua tak ada yang mati,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga pada masa itu tidak dapat mengenal pasti jenis penyakit membawa maut itu.

“Tak tahu mana datang virus ini, kerajaan pun tak tahu. Mereka tak boleh jawab pertanyaan kami semasa mesyuarat (dengan ketua-ketua kampung),” katanya sambil menambah nama virus itu diambil dari Kampung Sungai Nipah, iaitu tempat mula-mula virus itu dikesan.

Beliau turut mengimbas semula bagaimana pegawai kesihatan masuk ke kampung itu dengan pakaian perlindungan penuh, sama seperti digunakan petugas kesihatan untuk virus Ebola yang sedang melanda Afrika Barat kini.

Keadaan wabak itu yang semakin teruk menyebabkan semua penduduk Kampung Sungai Nipah dan Bukit Pelanduk diarah keluar selama dua bulan untuk tujuan semburan ubat nyamuk, menjadikan kampung itu tidak berpenghuni.

Selepas semburan nyamuk dilihat tidak berkesan, kerajaan akhirnya mengambil keputusan membunuh semua khinzir di kampung itu.

Menurutnya, selepas pulang ke kampung itu semula, tiada lagi kes virus Nipah dilaporkan, namun penduduk berdepan kesukaran mencari pendapatan selepas sumber pendapatan utama mereka musnah sama sekali.

Mengakui kehidupan lebih susah selepas kerajaan melarang ternakan khinzir di kampung itu, Chee Seng berkata punca pendapatannya sekarang bertukar kepada tanaman kelapa sawit dan jualan buah-buahan.

“Dulu bela khinzir ada untung sikit, sekarang cari makan dengan tangan sendiri,” katanya sambil menambah anak-anaknya turut keluar mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive