UtusanDaily

Friday 13 March 2015

Apabila Isteri Cemburu kemesraan anak perempuan dan suami


SUKA ambil mudah menyebabkan kita sering terlepas pandang atau bersikap sambil lewa sedangkan tanggungjawab adalah kewajipan perlu dilaksanakan.

Jika tidak, masakan berlaku kes isteri dan anak teraniaya disebabkan suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sebenarnya, banyak faktor menyebabkan kita gagal menseimbangkan perhatian terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun, itu sebenarnya bukan alasan jika kita tahu keutamaan sepatutnya didahulukan.

Lagipun, sebagai umat Islam kita akan dipersoalkan atas setiap tindakan kita. Justeru, sebaiknya setiap tanggungjawab dan amanah dilaksanakan sebaiknya untuk kepentingan diri serta semua pihak di sekeliling kita.

Jangan sampai terlalu leka dengan perkara lain, tugas yang sepatutnya menjadi keutamaan kita lupakan. Itu yang berlaku kepada Zaimah Abdullah, yang sibuk memanjang dengan kerja dalam parti dan persatuan wanitanya hingga tugas sebagai isteri terabai.

Tambahan pula, kehadiran anak perempuan berstatus ibu tunggal yang tinggal bersama beliau dan suami membolehkan Zaimah mengambil sikap 'lepas tangan'.

Oleh itu, semua urusan makan, minum, pakaian dan keperluan rumah tangga digalas sepenuhnya oleh anak perempuannya itu.

Pemergian Zaimah bersama suami dan anak perempuannya menyahut seruan Ilahi untuk menunaikan umrah di Makkah baru-baru ini membuka mata wanita yang dulu kebanyakan masanya dihabiskan dengan berpersatuan mengenai hakikat hidup sebenar.

Barulah disedarinya, status dan tanggungjawab isteri tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya kerana kebahagiaan suami isteri lebih bermakna apabila kedua-duanya menunaikan tanggungjawab masing-masing seperti disyariatkan agama demi mendapat keredaan Allah SWT.

Sebaik kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, hati Zaimah tiba-tiba diselubungi perasaan cemburu melihat kemesraan suami dan anak perempuannya.

Keakraban kedua-duanya tiba-tiba menimbulkan perasaan kurang senang di hatinya sedangkan sebelum ini memang anak perempuannya itulah yang menguruskan keperluan bapanya termasuk apabila tiba di Tanah Suci.

Hairannya, sepanjang berada di Makkah dan berziarah ke Madinah, hati Zaimah terus dicucuk perasaan cemburu melihat anak dan bapa itu ibarat belangkas, ke mana saja berdua. Walaupun Zaimah sentiasa bersama mereka tetapi jauh di sudut hatinya rasa seperti tersisih.

Beliau cuba memujuk diri dengan mengakui hubungan bapa dan anak itu sememangnya rapat kerana duduk serumah. Kemudian, timbul kesedaran dalam dirinya mungkin itu balasan Allah SWT kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri selama ini.

UMAT Islam dari seluruh dunia berhimpun di Arafah untuk berwukuf yang menjadi satu daripada rukun haji. - Foto AFP

Ibarat tayangan video, episod demi episod kesibukan berkempen untuk parti dan penganjuran aktiviti persatuan menjadikan beliau wanita paling sibuk di kampung terbayang di ruang matanya. Hati Zaimah terus sayu, sedih dan menyesal.

Tidak dinafikan suaminya selama ini tidak pernah merungut atau menghalang minat beliau bergiat aktif dalam pergerakan wanita tetapi jauh di lubuk hati lelaki yang sudah berpuluh tahun berkongsi hidup dengannya, Zaimah sendiri sukar menekanya.

Mengambil kesempatan berada di Tanah Suci, Zaimah tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT semoga dijauhkan daripada perkara yang boleh mengeruhkan hubungan dengan suami dan anaknya. Beliau juga berdoa supaya hubungannya dengan suami kembali rapat.

Selepas bermuhasabah diri, Zaimah berasakan Allah SWT masih menyayanginya kerana diberi peluang untuk menyedari kesilapan dilakukan seterusnya berazam berubah menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab terhadap suami serta keluarga.

JEMAAH haji menunaikan solat Jumaat di Masjid Namirah di Padang Arafah. - Foto Reuters

Perlahan-lahan, Zaimah cuba memberi layanan sebaiknya kepada suaminya. Walaupun terlihat riak terkejut pada wajah suami dan anaknya melihat perubahan itu, Zaimah kuatkan semangat untuk terus memperbaiki hubungan mereka.

Memikirkan umur yang semakin meniti senja, beliau juga sedar sudah tiba masanya meninggalkan kerja parti dan tugas persatuan untuk memberi tumpuan kepada amal ibadat bersama suami serta anaknya. Itu azam Zaimah apabila tiba di tanah air nanti.


Kepada isteri, renunglah sejenak kedudukan diri supaya tidak melakukan kesilapan seperti Zaimah kerana mungkin ini pencetus kepada kita untuk memperbaiki diri serta mengelak daripada masalah yang boleh menggugat keharmonian rumah tangga.

1 comment:

  1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
    KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU BAKTIAR YUNITA, KAMI TINGGAL SARAWAK PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA KI JAYA NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA KY JAYA BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,5-4-4-2-1-8
    SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,KI JAYA…
    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,14,03 ,2015…
    ….
    SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,085-321-606-847—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…
    ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, KI JAYA…
    DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
    Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada KI JAYA yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari KI JAYA yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada KI JAYA…di nmr hpnya [085-321-606-847] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos
    angka ritual gaib kuda lari
    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA KI JAYA…..
    Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>

    ReplyDelete

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive