KUALA LUMPUR - Pendekar Negara yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal, di sini, jam 3.20 pagi tadi.


Jenazah akan dibawa ke Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Taman Sunway, Batu Caves, Gombak, lapor sebuah portal.

Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perhimpunan PSSLM sempena 50 tahun pertubuhan itu.

Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri.

Omar Din dalam kenangan :