UtusanDaily

Friday 24 July 2015

EPL: United ingin dapatkan semula Ronaldo

MANCHESTER: Pasukan Manchester United ingin mendapatkan kembali pemain hebat Old Trafford, Cristiano Ronaldo, tatkala kelab itu sedang meningkatkan usaha untuk membentuk kembali skuad yang mampu meraih gelaran kejuaraan. 

Akhbar Manchester Evening News di sini, dilaporkan berkata, United sedia mengikat semula pemain itu dengan rekod baru kelab berkenaan, selepas enam tahun ia menyertai Real Madrid dengan rekod dunia STG80 juta (RM471.7 juta). 

Meskipun sudah menyelesaikan pembelian Memphis Depay, Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin, kelab berkenaan berminat membeli lagi pemain utama tatkala sudah pun membuat rekod pembelian ketika membawa masuk Angel di Maria tahun lalu dengan nilai STG59.7 juta (RM352 juta). 

United sebelum ini sudah pun meneroka peluang untuk mengikat Ronaldo ketika perpindahan pertama David Moyes pada 2013, namun pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali itu menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Real sehingga 2018. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive