UtusanDaily

Friday 24 July 2015

Usahawan di AS tak perlu ada ijazah

Usahawan di AS tak perlu ada ijazah
Laporan terbaru menunjukkan sebanyak 51 peratus pemilik perniagaan di Amerika Syarikat memiliki ijazah dan selebihnya tidak. - Sumber Getty Images

KEBANYAKAN mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan akan bertanya: "Adakah saya perlukan ijazah untuk menjadi usahawan berjaya?"

Terdapat kisah-kisah kejayaan mengenai mereka yang 'gagal' di sekolah dan kolej tetapi berjaya menjadi antara insan terkaya dan berjaya di dunia.

Salah seorang daripada mereka adalah Steve Jobs, yang meninggalkan kolej selepas enam bulan pengajian. Mark Zuckerberg pula gagal meneruskan pengajian pada tahun kedua.

Richard Branson? Beliau tidak pernah menghabiskan pengajian sekolah tinggi.

Jobs adalah pengasas Apple manakala Zuckerberg adalah pengasas Facebook dan Branson pengasas Virgin Group, sebuah syarikat penerbangan.

Menurut pendapat pengasas Insight, ketiga-tiga tokoh berkenaan dikecualikan dalam kisah kejayaan keusahawanan.

Justin Bariso memberitahu, berdasarkan sebuah laporan, kira-kira 51 peratus pemilik perniagaan di Amerika Syarikat (AS) mempunyai ijazah.

Namun begitu, disebabkan yuran kolej, tuisyen dan hutang pengajian yang sentiasa meningkat di samping maklumat semakin bebas diperolehi, nilai sebuah ijazah itu tidak boleh diterima tanpa sebuah penelitian.

Bariso tetap mempercayai keperluan pendidikan, namun beliau tidak menafikan kejayaan usahawan seperti Zuckerberg atau Jobs.

Beliau berpendapat, pengajian ke peringat tertinggi melalui cara 'tradisional' bukanlah satu-satu cara untuk menempa nama dan kejayaan.

Peter Thiel, pengasas bersama PayPal dan pelabur luar untuk Facebook juga mempunyai pendapat yang sama.

Thiel menamatkan pengajian di Universiti Stanford dan mempunyai ijazah yang sesuai untuk satu bidang pekerjaan.

Namun Thiel berpendapat, pengajian tinggi untuk bidang keusahawanan adalah membazir.

"Membazirkan masa anak muda yang sepatutnya membuat lebih banyak perkara yang produktif.

"Untuk sesetengah orang di dalam sesetengah bidang, pengajian kolej mungkin berbaloi untuk mereka bayar," kata Thiel dalam kolumnya di The New York Times.

Sementara itu, Bariso memberitahu bahawa sesetengah pihak berpendapat bahawa pengalaman di kolej itulah yang memberi kebaikan, bukan sahaja ijazah yang diperolehi.

Jadi adakah pergi ke kolej adalah satu-satunya cara untuk menjadi usahawan? Mungkin.

Alternatifnya, anda boleh menjadi pekerja sukarela, atau mengembara dalam negara, atau serata dunia, dan kosnya sama seperti pergi ke sebuah kolej.

Bagaimana pula caranya? Mulakan satu perniagaan. Atau dua perniagaan. Atau tiga perniagaan. Terpulang.

Semuanya berbalik kepada diri sendiri, orang muda perlu membuat keputusan yang betul dalam setiap pilihan yang dibuat.

Sebelum buat pilihan, ingatlah bahawa sekolah dan kolej boleh mengajar banyak benda, tetapi kehidupan mampu ajar lebih banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive