UtusanDaily

Monday 10 August 2015

40 tahun bersama Umno, jangan panggil saya pengkhianat, kata Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan agar tidak melabelkannya sebagai pengkhianat Umno kerana bukan sedikit jasa yang disumbangkan sepanjang 40 tahun bergiat aktif dalam parti Melayu itu.

Timbalan presiden Umno itu berkata, golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti.

“Saya sudah berada dalam parti hampir 40 tahun waktu mana saudara belum lahir pun. Jangan perbodohkan saya (gelar) pengkhianat. Siapa pengkhianat? Ada orang tuduh saya pengkhianat. Waktu itu dia masih lagi berhingus.

“Takkanlah saya buat macam ini dah jadi pengkhianat. Pasal saya tidak diletak dalam jemaah menteri sudah digelar pengkhianat.

“Sebelum itu semua tabik saya. Mesti adil. Kita sedang berdepan zaman susah. Bukan zaman kegemilangan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara petang ini.

Muhyiddin mengimbau kembali antara sumbangannya ketika menjadi menteri besar Johor cuba menyatupadukan kembali orang Melayu selepas parti Melayu itu diharamkan pada 1988.

Katanya, Perhimpunan Melayu Johor diadakan pada waktu itu dengan menghimpunkan 200 pertubuhan besar dengan Tun Hussein Onn diangkat sebagai penaung gabungan itu.

“Bila Umno diharamkan, perpecahan Melayu agak jelas di seluruh negara. Oleh kerana saya jadi menteri besar, saya bertanggungjawab kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia di Johor untuk bersatu padu.

“Saya peringatkan diri saya, tidak mahulah sewaktu tidak berada di Johor, ditulis dalam sejarah ada manusia yang pada waktu itu menjadi menteri besar tidak berbuat apa-apa menyelesaikan perpecahan Melayu Umno Johor.

“Memang tuan-tuan tidak ingat. Dah tua saya ini. Banyak pengalaman. Jadi hendak buang saya ini, rugi,” katanya. – 9 Ogos, 2015.

TMI

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive