UtusanDaily

Friday 7 August 2015

Anwar, Mahathir, Daim sebenarnya tahu dari mana datangnya RM2.6 bilion tersebut

ANWAR KATA UMNO BERNILAI RM100 BILLION (#countercoup1msia)


"Kerakusan berebut kuasa yang hanya membuka pekung dan membahayakan diri sendiri.."

2 Ogos 2015 - Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa UMNO adalah bernilai RM100 billion. Saya tidak tahu apakah ini benar tetapi itulah yang dikatakan oleh Anwar. Dia menyebutnya selepas beliau dipecat dari UMNO dan kerajaan. Ketika beliau masih lagi dalam UMNO dan kerajaan dan ketika pihak pembangkang mendakwa bahawa UMNO adalah bernilai berbillion ringgit, Anwar menafikannya dan berkata itu semua adalah fitnah belaka.

Masalahnya, kata Anwar bukannya semua RM100 billion itu dalam bentuk matawang ataupun dalam akaun bank milik UMNO. Ada antaranya adalah dalam bentuk tunai tetapi lebih banyak lagi dalam bentuk aset dan pelaburan. Kebanyakannya dalam bentuk pegangan pemegang amanah (trustees) dan penama (nominee) dan bukan dalam nama UMNO.

Jadi, apa yang disebut oleh Abdul Rahman Dahlan semalam (sila baca di bawah) adalah betul kerana Anwar, juga , telah memperakui perkara yang sama 17 tahun dahulu. Kalau pada 17 tahun dulu nilainya RM100 billion, seperti kata Anwar. Bererti nilainya sekarang adalah lebih besar dari itu.

Saya pernah menulis mengenai perkara ini dahulu tetapi mungkin juga ada segelintir anda tidak mempercayainya ketika itu. Malah semasa Anwar mendedahkannya 17 tahun dulu ramai yang beranggapan bahawa dia sengaja 'berdengki' dan cuma mahu memfitnah parti yang baru sahaja menendangnya keluar. Kira-kira tiga tahun kemudiannya, dia disumbat ke dalam penjara.

Sesungguhnya semua itu bermula sejurus Team A melawan Team B untuk mencengkam kuasa. Inilah yang menyebabkan UMNO (asal) telah diharamkan. Apabila Pendaftar syarikat mengharamkan nama UMNO, dua parti UMNO yang baru telah didaftarkan - UMNO Baru dan UMNO Malaysia. UMNO Malaysia telah terpaksa menukar namanya menjadi Semangat 46, kerana Pendaftar (RoS) enggan mengizinkan dua parti yang menggunakan nama UMNO.

Umno Baru dan Semangat 46 telah membuat tuntutan sebagai pihak yang berhak keatas aset UMNO asal itu. Oleh kerana kedua-duanya mendakwa sebagai pewaris hak yang sah, dan mahukan aset UMNO asal itu, menjadi hak mereka, RoS telah membekukan aset dan akaun bank UMNO asal itu. Untuk membuktikan bahawa anda adalah pewaris hak UMNO yang sah, anda perlu memuaskan kehendak RoS agar sekurang-kurangnnya 70% ahli parti anda adalah anggota UMNO yang asal dahulu. Hanya dengan memenuhi syarat tersebut barulah RoS bersetuju parti baru anda mengambil aset UMNO yang lama.

Selama tiga tahun UMNO Baru bertungkus lumus mencari ahli lama UMNO terdahulu dan mendaftarkan mereka sebagai ahli UMNO Baru. Memang dahsyat tugas itu yang memakan masa tiga tahun kerana bukannya mudah mencari tiga juta ahli , yang ada dan tidak pun wujud, sudah lama mati tetapi masih terdaftar namanya sebagai ahli, mereka yang hanya 'ahli kertas' ataupun ahli hantu dan sebagainya.

Akhirnya mereka berjaya mendapatkan jumlah anggota keahlian lama yang diperlukan untuk didaftar sebagai ahli parti UMNO yang baru, untuk membolehkan RoS memberi izin kepada mereka mengambil alih aset UMNO lama.

Sementara itu UMNO Baru sudah begitu teruk kerana ketiadaan wang untuk operasi parti. Malah mereka berdepan dengan tuntutan guaman kerana hutang bertapuk dan bayaran hutang pinjaman yang lambat.

Untuk mengelak pisang berbuah dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan bahawa Umno tidak lagi dibenarkan memegang wang tunai, aset dan pelaburannya dengan nama parti. Kalau sesuatu berlaku kepada UMNO, parti itu akan sekali lagi menderita.

Ketika itulah Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin membuat keputusan mewujudkan satu sistem baru di mana semua wang tunai Umno, aset dan pelaburannya, didaftarkan bawah nama nominee dan pemegang amanah.

Tiga nama antara begitu ramai penama dan pemegang amanah itu haruslah memegang jawatan Presiden UMNO, Timbalan Presiden, dan Bendahari.

Tetapi bukan tiga nama itu sahaja yang menjadi penama dan pemegang amanah. Presiden UMNO, Timbalan Presiden dan Bandahari telah mempunyai penama dan pemegang amanah mereka sendiri. Lantas muncullah nama seperti Tajuddin Ramli, Halim Saad, Yahya Ahmad, Samsudin Abu Hassan, Khalid Ahmad, Ahmad Nazeri, Ahmad Sebi Abu Bakar, Syed Ibrahim Syed Mohamed, Hamzah Zainuddin, Vincent Tan, Ananda Krishnan, Francis Yeoh, dan ramai lagi, termasuk mereka yang mula muncul dalam lanskap korporat Malaysia.

Selama lebih 30 tahun dan begitulah, mungkin 100 ataupun lebih warga Malaysia yang bernasib baik menjadi multi-jutawan dan billioner. Memanglah para penama dan pemegang amanah itu bukanlah menyimpan kekayaan Umno 100% bagi pihak Umno.

Ada pegangan itu memang milik Umno dan ada sesetengahnya menjadi milik penama dan pemegang amanah tersebut. Mereka telah membantu menjadikan Umno kaya raya, sambil itu mereka pun membalun untuk jadi kaya raya juga. Memang "adil"lah itu, kerana mereka telah membantu mengkayakan UMNO sambil menjadi pemegang amanah dan penama.

Masalah timbul apabila segelintir orang-orang ini menjadi tamak haloba. Kerana tidak puas dengan sebahagian bilion ringgit yang mereka pegang sebagai amanah itu, mereka telah mengambil keputusan kenapa pula dibahagikan 50% pegangan mereka itu dengan UMNO?

Kenapa tidak bolot kesemua 100% yang ada dalam tangan dan atas nama mereka itu? Ketika itulah bermulalah masalah besar bak kata omputih.. "when shit began to hit the fan" (ketika taik berselerak terkena kipas). Keadaan pun bercelaru dan menjadi huru hara (akan dibincangkan di satu masa lain nanti).

Tun Dr Mahathir, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin Yassin dan ramai lagi pemimpin Umno sehinggalah turun ke bawah di kalangan ketua bahagian dan wakil rakyat (MP dan ahli dewan undangan negeri (lelaki dan perempuan) semuanya amat faham dengan cerita ini. Inilah dia satu rahsia besar yang dikongsi oleh sekitar SATU JUTA ORANG UMNO.

Tetapi, Dr Mahathir, Anwar, dan semua ahli Umno dan bekas ahli Umno yang menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak, tidak boleh mendedahkan perkara ini.

Jika berbuat demikian mereka terpaksa membuat pengakuan bahawa mereka adalah sebahagian sistem itu dan terlibat di dalamnya juga. Kerana itu mereka terpaksa berkata bahawa duit dalam akaun peribadi Najib itu telah dicurinya daripada akaun 1MDB.

Mereka tidak boleh sebut bahawa Najib hanyalah menguruskan satu akaun bank sebagai PENAMA dan PEMEGANG AMANAH bagi pihak UMNO. Mereka tidak boleh kata wang itu datang dari sumbangan orang. Mereka tidak boleh kata semua itu adalah sah dan ada dalam perlembagaan UMNO. Kalau berbuat demikian, mereka terpaksa mengaku bahawa mereka telah melaksanakan kerja yang sama juga.

Memang, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim telah mencipta sistem itu untuk melindungi Umno dan menentukan agar mereka tidak lagi berdepan dengan masalah yang sama mereka harungi pada 1988 dahulu ketika aset dan akaun bank UMNO telah dibekukan. Dan mereka yang naik dalam parti selepas Dr Mahathir dan Daim hanya meneruskan dasar parti, termasuklah Anwar.

Apakah anda fikir semua bekas Presiden, semua bekas Timbalan Presiden, semua bekas Bendahari UMNO, semua bekas Menteri Kewangan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Kabinet, semua Ketua Bahagian UMNO, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan sebagainya tidak sedar akan perkara itu?

Tentulah mereka tahu. Mereka sudah sedar semua itu selama 30 tahun dahulu lagi, jauh lebih lama SEBELUM Najib naik menjadi Perdana Menteri. Tetapi mereka PURA-PURA tidak tahu apa-apa kerana mahu gunakan isu itu untuk menghenyak dan menjatuhkan Perdana Menteri. Lagipun mereka tidak mahu dituduh sebagai sebahagian sistem ciptaan Dr Mahathir semasa Umno dinyahdaftar dan ketika UMNO Baru sedang ditubuhkan.

August 2, 2015 - ANWAR SAID UMNO IS WORTH RM100 BILLION
THE CORRIDORS OF POWER

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive