UtusanDaily

Sunday 2 August 2015

Jika RM2.6B untuk dana pilihanraya, kenapa akaun bank Najib ditutup



Shahbudin Husin,

 Siapa bodoh? Siapa diperbodohkan? Dan siapa merelakan dirinya dibodohkan?

Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui oleh kita semua tidak berapa lama lagi.

Tetapi ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?

Ketika mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.

Pelbagai hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu tidak benar belaka.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan mengatakan Perdana Menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, beliau berkata, "Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.

Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut mengatakan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi tidak masuk akal, sebaliknya mengatakan jika Najib mahu melakukannya, ia pasti disalurkan melalui akaun rahsia.

Semakin lama isu itu menjadi mainan media dan perbualan ramai, ditambah dengan Najib tidak berani tidak berterus terang mengenainya, sebaliknya hanya berkata "tidak pernah menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", ia kemudian bertukar sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan pula.

Berdegar-degarlah "burung belatuk"  mengulangi cakap-cakap bahawa konspirasi ini sebenarnya juga bermatlamat menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini. Ayoyo....

Susulannya Sarawak Report disekat oleh SKMM dan akhbar perniagaan The Edge digantung permitnya. Tuntutan penjelasan juga dikemuakan kepada WSJ , cuma belum diketahui khabar beritanya sehingga ini sama ada saman akan dikemukakan atau tidak.

Apabila Muhyiddin Yassin membangkitkan isu tersebut  di mesyuarat perwakilan UMNO Cheras dengan meminta Najib sendiri memberi penjelasan mengenainya sehingga akhirnya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, apa pula "entah burung jenis apa"  berbunyi mengatakan wang dalam akaun Najib adalah hak peribadinya dan Muhyiddin atau sesiapa saja tidak berhak untuk ambil tahu tentangnya.

Menteri yang baru dilantik, Azalina Othman Said pula berkata, wang RM2.6 itu bukan isu benar kerana ia hanya melibatkan penderma dan penerima saja.

Ehh...daripada fitnah, Najib bukan bodoh dan konspirasi dan berbagai hujah pembelaan lain, tiba-tiba semuanya bertukar nada seolah-olah wang RM2.6 bilion itu benar-benar pernah masuk dalam akaun Perdana Menteri.
Sehari dua ini, ia bertukar lagi. Wang itu dikaitkan pula sebagai dana politik kepada seorang ketua parti untuk mengurus pelbagai perkara seperti pilihanraya, pentadbiran dan sebagainya.

Sekali lagi Azalina dan Abdul Rahman Dahlan tampil bersuara. Azalina mengatakan, mana-mana ahli politik bebas menerima sumbangan atau dana daripada luar, manakala Abdul Rahman pula berhujah bahawa perlembagaan UMNO membenarkan akaun amanah atas nama presiden.
Najib pula, walaupun belum berani mengakui kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya, juga berkata sedia mendedahkan penyumbang dana untuk UMNO jika parti-parti pembangkang juga sanggup berbuat demikian.

Tidak sukar memahami jalan cerita yang sedang dikarang mengenai isu RM2.6 bilion ini susulan babak pemecatan Muhyiddin, pertukaran Peguam Negara, perlantikan ramai daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menganggotai kabinet dan penangkapan tiga orang pada semalam atas dakwaan menjalankan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.

Penutup ceritanya juga mungkin sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja selepas ini.

Cuma, yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya ialah mengapa dua akaun bank milik Najib sebagaimana yang disahkan oleh Gani Patail itu sudah ditutup?

Kalau ia akaun amanah atas nama presiden UMNO dan dibenarkan oleh perlembagaan, kenapa perlu ditutup? Bukankah ia perlu dikekalkan?

Bagaimana penderma mahu menderma lagi untuk pilihanraya ke 14 nanti jika akaunnya sudah ditutup? Atau kena buka akaun lain pula?

Kenapa baru sekarang mahu mengaitkannya dengan dana pilihanraya? Kenapa tidak sejak awal lagi? Baru terfikir agaknya dan siapa yang memberi idea ini?

Sebab itu, Najib semalam mengatakan beliau lebih memerlukan kesetiaan daripada kecerdikan, walaupun rakyat hakikatnya mengharapkan pemimpin yang mengurus negara ini lebih pandai dan cerdik daripada mereka.

Kesetiaan secara logiknya sentiasa boleh diperbodohkan jika tanpa kecerdikan, manakala kecerdikan tidak mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan kesetiaan kalau tidak disertai kebenaran.
Jika mengikut logik Ahmad Maslan, kiranya terbukti wang RM2.6 bilion itu benar-benar wujud dan diakui betul tidak lama lagi tetapi bertukar kononnya sebagai dana pilihanraya, siapa yang bodoh sebenarnya?

Harapnya kita semua tidak bodoh ketika mana tiba waktunya untuk membuat pilihan nanti. (SH 02/08/2015)

1 comment:

  1. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive