UtusanDaily

Thursday 29 October 2015

Akhirnya NAJIB fail saman terhadap Ling Liong Sik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun berkata saman itu telah difailkan kelmarin.

Ling merupakan pemimpin BN pertama yang disaman oleh Najib.

Najib yang juga pengerusi BN, juga memohon ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan dari bekas presiden MCA itu.

Difahamkan saman tersebut difailkan pada hari Selasa.

Menurut sumber, pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 16 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O 'Hara.

Malaysiakini menghubungi peguam Ling - Ranjit Singh - yang berkata pihaknya masih belum menerima saman tersebut.

Biasanya, ia mengambil masa beberapa hari untuk salinan saman yang dimeterai, disampaikan kepada pihak-pihak yang disaman.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Najib telah menyaman ahli politik, antaranya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, dan Ahli Parlimen Taiping DAP Nga Kor Ming.

Beliau juga telah menyaman Harakah berhubung laporan media rasmi PAS itu mengenai anak tirinya, Riza Aziz dan 1MDB.

Najib juga telah memfailkan saman terhadap Malaysiakini berkaitan dua artikel komen pembaca berhubung kemelut politik di Terengganu

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive