UtusanDaily

Saturday 31 October 2015

Panas | Rani Kulup Lapor Polis Isu Kemunculan 2 Matahari Di Kanada.


Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) memang biasa membuat laporan polis sehingga mendapat gelaran gelaran 'Raja Report' daripada sesetengah pihak.

Namun begitu, laporan polis terbaru yang dibuat Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup memang agak pelik kerana ia tidak menyentuh isu membabitkan mana-mana individu.


China Press melaporkan Abdul Rani telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung penyebaran gambar mengenai kemunculan dua matahari di Kanada.

Abdul Rani dalam laporannya menyebut khabar mengenai kemunculan dua matahari telah mencuri perhatian orang ramai dan mahu polis melakukan siasatan.

Abdul Rani turut menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyertai proses siasatan mengenai kemunculan dua matahari.

Kemunculan dua matahari yang terbit secara serentak selalunya dikaitkan sebagai berpunca daripada ilusi optik.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive