UtusanDaily

Sunday 4 October 2015

Ringgit naik jika Najib turun, kata Tun M

Ringgit naik jika Najib turun, kata Tun M
AMPANG - Nilai mata wang negara akan kembali pulih seperti sedia kala jika Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kejatuhan nilai ringgit dipercayai berpunca daripada kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyaluran "derma" RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Saya yakin kalau Najib tidak jadi Perdana Menteri, akan meningkatkan semula nilai mata wang kita dan barulah kemusnahan ini akan berakhir.

"Selagi Najib masih ada, masalah tidak akan selesai," katanya pada sidang media selepas Majlis Hi - Tea anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka‎, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, pendiriannya itu berdasarkan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini bahawa penyelesaian kontroversi syarikat 1MDB akan memulihkan semula penyusutan berterusan nilai mata wang negara.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Majlis Utar, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini secara terbuka menyokong pendapat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Liong Sik sokong Dr M, mahu Najib letak jawatan]

Sementara itu, Mahathir menambah, trend penurunan mata wang negara itu adalah paling teruk yang pernah dialami Malaysia berbanding ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

"Kalau kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB dan derma RM2.6 billion tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih.

"Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam tu. Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain saya kaji juga itu," ujarnya.

Kadar tukaran mata wang ringgit jatuh jatuh berturut-turut sejak dua bulan lalu hingga mencecah RM4.45 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive