UtusanDaily

Friday 6 February 2015

Masyarakat Malaysia masih fobia penggunaan tenaga nuklear


Oleh Mona Ahmad
mona@bh.com.my


Industri nuklear masih asing di Malaysia. - Gambar hiasan

Perlukah mengambil pil setiap hari bagi mengelakkan radiasi jika bekerja dalam industri nuklear. Benarkan jika bekerja dalam industri nuklear mudah terdedah dengan radiasi sehingga boleh menyebabkan mandul atau mudah diserang penyakit kanser?

Inilah antara persoalan yang sering berlegar di minda setiap kali disebut mengenai nuklear, ditambah pula dengan cerita dan momokan mengenai tragedi letupan loji nuklear Chernorbly di Soviet Union, 30 tahun lalu yang tersebar dalam media sosial yang memaparkan cerita negatif mengenai nuklear.

Sumber tenaga rendah karbon

Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Begitu juga dengan nuklear. Hakikatnya, tenaga nuklear adalah sumber tenaga yang rendah karbon dan menjimatkan serta selamat digunakan.

Ketua Bahagian Projek Khas dan Komunikasi, Perbadanan Tenaga Atom Negara Russia (ROSATOM), Anna Trapeznikova, berkata selepas tragedi Chernobyl, generasi muda di Russia lebih berminat kepada sains dan teknologi. Tidak dinafikan, masih ada golongan warga tua yang skeptikal mengenai tenaga nuklear kerana bimbang tragedi berulang, tetapi ini kerana mereka tidak diberi maklumat tepat.

"Kadangkala saya ditanya oleh orang tua mengenai bahaya nuklear. Mereka tidak tahu kerana tiada maklumat. Sebenarnya penerangan maklumat juga perlu menggunakan bahasa yang mudah bukannya bahasa sains yang tinggi sehingga tidak difahami. Kita perlu terangkan tenaga nuklear ini adalah proses semula jadi. Telaga minyak dan ada pantai di beberapa negara mempunyai tahap radiasi yang lebih tinggi berbanding pendedahan terhadap tenaga nuklear.

"Masalah yang sering dihadapi adalah menyalurkan maklumat kepada golongan berpendidikan rendah dan orang kampung yang masih bimbang dan khuatir dengan apa yang berlaku di Chernobyl, 30 tahun lalu," katanya ketika ditemui sempena Persidangan Tenaga Nuklear Asia Ke-6 anjuran Pertubuhan Nuklear Sedunia di ibu negara, baru-baru ini.

Trapeznikova turut meluahkan kekecewaan berikutan banyak maklumat yang tidak betul disebarkan dalam media sosial menyebabkan orang ramai masih memandangkan negatif terhadap tenaga nuklear.

Secara keseluruhan, katanya, keyakinan masyarakat negara itu terhadap industri nuklear yang mampu memberikan manfaat terutama dalam bidang perubatan dan tenaga lebih tinggi berbanding mereka yang mahu loji nuklear ditutup.


Dr Muhd Noor Muhd Yunus (kiri) dan Anna Trapeznikova.

Projek Nuckids tingkat kesedaran tenaga nuklear

Katanya, dalam usaha membantu kesedaran mengenai nuklear, pihak ROSATOM mewujudkan projek Nuckids yang dimulakan sejak tujuh tahun lalu dengan memilih pelajar dari 20 bandar nuklear di Russia termasuk Sosnovy Bqr, Kurchatov, Novovoronrzk dan Kolskaya bagi mencungkil bakat dan melatih mereka dalam bidang seni.

Mereka yang juga anak kepada pekerja industri nuklear berusia 11 hingga 16 tahun, dibawa ke kem musim panas dan dilatih mengikut bakat termasuk dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian.

Lebih membanggakan, kumpulan pelajar yang dilatih ini pernah mengadakan persembahan di pementasan teater terkemuka di St Petersburg.

"Kita berharap dengan cara ini kita dapat mencungkil bakat pelajar ini dan menjadikan mereka superstar. Kita memerlukan superstar untuk menjadi jurucakap bagi kempen kesedaran mengenai nuklear kerana tentunya pengikutnya ramai," katanya.

Bukan itu sahaja, ROSATOM turut mengadakan program pertukaran pelajar luar negara yang diambil dari bandar nuklear di negara seperti India, Ukraine, Belarus, Turki dan Perancis bagi tujuan sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia, Dr Muhd Noor Muhd Yunus, berkata cadangan membina loji nuklear di negara ini masih pada peringkat kajian orang ramai.

Difahamkan, kajian tidak rasmi yang menyokong nuklear sebanyak 70 peratus, bagaimanapun selepas kejadian kemusnahan Loji Nuklear Fukushima Daichii, Jepun akibat tsunami pada tahun 2011, sokongan terhadap pembinaan loji itu menurun sehingga 48 peratus.


Generasi muda perlu diberi galakan menceburi industri tenaga nuklear. - Gambar hiasan

Rakyat Malaysia tak harus jumud

"Pendapat peribadi saya, rakyat Malaysia tidak seharusnya jumud mengenai teknologi penjanaan elektrik. Kita perlu melihat sumber tenaga lain terutama yang rendah karbon seperti nuklear. Berbanding sumber tenaga rendah karbon lain seperti angin, solar dan biomas, nuklear satu-satunya yang based load (sentiasa ada). Jika tenaga solar perlu menunggu matahari, manakala angin pula kadangkala bermusim," katanya.

Kepelbagaian sumber tenaga perlu bagi sesebuah negara supaya kebergantungan terhadap satu atau dua sahaja sumber, bagi mengelakkan kekurangan bekalan atau dari segi keselamatan tenaga yang tidak terjamin. Umpama rumah tangga, tidak boleh hanya bergantung kepada satu sumber ekonomi sahaja.

Hati-hati beli telefon pintar


Telefon pintar menjadi kegilaan generasi baru. Satu demi satu model dikeluarkan, namun tetap menerima sambutan hangat dan laris seperti pisang goreng panas.

Namun, pengguna perlu tahu hayat telefon pintar kebanyakannya tidak panjang seperti telefon genggam awal pengeluaran dulu. Selain aplikasi yang membebankan penggunaan bateri, telefon pintar dikatakan mudah terdedah kepada virus diperoleh ketika melayari internet.

Sebelum membeli, pastikan wang dilaburkan setimpal dengan fungsi, kegunaan, kualiti seterusnya pakej pelan ditawarkan telefon berkenaan. Pembelian berbaloi serta mengambil kira bajet ditetapkan didapati melalui:

1. Tawar-menawar

Keghairahan memiliki telefon pintar seperti mana diiklankan membawa kerugian jika tidak menepati selera dan keperluan.

Lebih dikesalkan, ia dibeli dengan harga mahal sedangkan nilai di pasaran menunjukkan penurunan. Sebab itu, jangan terus beli sebaliknya kunjungi dua tiga kedai yang menawarkan telefon berserta aksesori terlebih dulu bagi membuat perbandingan harga.

Pilih yang menawarkan harga paling rendah dan sebolehnya, cuba tawar-menawar untuk mendapatkan pembelian bernilai.

Anda dinasihatkan tidak membeli telefon yang baharu saja dilancarkan di pasaran tetapi tunggu sehingga enam bulan. Biasanya harga telefon bimbit akan turun sebaik model baru dilancarkan.

2. Elak pembelian secara ansuran

Aliran telefon pintar berubah saban minggu. Persaingan sengit dalam kalangan pelbagai jenama dan syarikat pengeluar gajet itu memungkinkan kemunculan model baru dalam tempoh singkat.

Kecenderungan memiliki model telefon pintar terkini bukan saja mendorong pembeli berbelanja besar tetapi lebih parah, kerap menukar telefon demi mengejar aliran baharu.

Ia mendatangkan kerugian terutama jika ia dibeli secara ansuran dengan tempoh penggunaan belum mencecah setahun. Sebaiknya, lakukan pembelian tunai manakala jika berkenan dengan model tertentu, tunggu sehingga harganya jatuh. Harga boleh turun sehingga RM300 dan lebih sebaik muncul model baharu yang menawarkan aplikasi lebih canggih.

3. Hindari pakej pasca bayar mahal

Telefon pintar menawarkan sambungan data yang membolehkan penggunanya melayari internet, laman sosial seperti Facebook dan Twitter selain berhubung menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram, Line dan sebagainya.

Pakej pelan internet itu meliputi 1MB (megabit), 2MB, 5MB dan seterusnya, namun semakin tinggi MB, semakin besar jumlah bil perlu dilunaskan.

Memilih pelan paling mahal menyebabkan anda perlu membayar bil bulanan hingga mencecah ratusan ringgit sedangkan kadar penggunaan mungkin hanya separuh daripada pelan dipilih.

Untuk lebih penjimatan, anda disarankan memilih pelan prabayar yang membolehkan anda melayari internet selama sebulan dengan harga belasan ringgit.

4. Utamakan aksesori penting

Telefon pintar memerlukan pelindung skrin bagi melindungi skrin daripada calar, comot, malah retak. Namun, elakkan terpedaya dengan tawaran harga pelindung skrin yang ada kalanya tidak masuk akal.

Berbanding memasang pelindung skrin berharga puluhan ringgit, rajinkan diri mencari kedai aksesori menawarkan harga berpatutan, misalnya tidak lebih RM30 berserta upah memasangnya.

Aksesori lain wajib ada termasuk alat bebas tangan (handsfree), alat pengecas kuasa tambahan (power bank), sarung (casing) dan sebagainya yang amat diperlukan bagi telefon berbilang kegunaan seperti ini.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Piala Sumbangsih

MH370 ditembak jatuh tentera AS - dakwa bekas CEO syarikat penerbangan


Marc Dugain. - Foto Getty Images

SEORANG bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.

Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang ia serangan ala 11 September yang mensasarkan pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas bukan di lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.

"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.

Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.

Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah ke arah pulau berkenaan.



Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.

Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam 'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.

"Pasti ada orang yang tahu," katanya. - Belfast Telegraph

Proton Exora tampil dengan wajah baru dengan penurunan harga hingga RM4,710

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd melancarkan varian dipertingkat Proton Exora dengan tambahan varian baharu Proton Exora Super Premium (SP) yang menggantikan varian Prime.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata dengan pengenalan varian baharu, syarikat menyasar menjual 2,000 unit Exora sebulan.

Katanya, Proton juga sudah menjalankan kajian semula harga model itu dan kini menawarkan pengurangan tambahan kira-kira 5.8 peratus atau RM4,710 bagi varian terpilih sejajar rancangan kerajaan untuk merendahkan harga kenderaan di negara ini.

"Kini kami memperkenalkan varian SP baharu yang bukan hanya menyediakan kuasa pacuan enjin turbo 1.6L tetapi juga dinaik taraf dengan reka bentuk menarik menepati hasrat membangunkannya sebagai sebuah kenderaan premium untuk keluarga.

"Dengan enjin lebih berkuasa bagi varian SP, Premium dan Executive, Proton turut mempertingkatkan aspek keselamatan MPV berkenaan. Justeru, varian Premium dan Super Premium kini dinaik taraf dengan beg udara sisi menjadikan MPV baharu ini memiliki empat beg udara dan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC)," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Varian baharu Proton Exora ditawarkan dalam tujuh warna - Solid White, Elegant Brown, Cocoa Grey, Genetic Silver dan Tranquility Black manakala Luxury Blue dan Indiana Grey adalah dua warna baharu diperkenalkan untuk Exora baharu.

Proton sudah menjual 128,824 unit Exora sejak diperkenalkan pada 2009.

Varian baharu Exora kini dibuka untuk tempahan dan Proton menawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer.


Tuesday 3 February 2015

Antara Kereta baharu terbaik 2015


HONDA CIVIC TYPE R

Setelah empat tahun tiada pengeluaran Type R, peminat kenderaan ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya pada tahun depan.

Honda Civic Type R yang didatangkan dengan warna vivid blue telah membuat dua kali kemunculan di Pameran Motor Geneva 2013 dan Paris pada tahun ini. Ia dilengkapkan dengan pakej petrol turbo 2.0 liter dengan kuasa maksimum sehingga 300 bhp dihubungkan dengan gear enam kelajuan.

Ini menjadikan, kereta tersebut mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) di bawah enam saat.
Advertisement

MARTIN LAGONDA

Aston berupaya menaikkan kembali imej Lagonda dalam kategori kereta mewah.
Advertisement

Reka bentuknya inspirasi era 1976, tetapi memiliki 
ciri-ciri teknologi moden seperti
 lampu LED dan kerangka badan fiber karbon.

Malah, kereta mewah yang 
dibangunkan 
dengan asas DB9 dan VH aluminium vanquish 
menggunakan 
kuasa maksimum 565 bhp 5.9 liter 
V12 akan dibina 
secara buatan 
tangan di kilang Aston Gaydon 
di Warwickshire, England.

ALFA ROMEO GIULIA

Boleh disifatkan sebagai kelahiran semula Alfa yang dimulakan dengan 4C, akan meneruskan kesinambungan pengeluaran Giulia, serba baharu.

Dibangunkan sebagai pesaing BMW 3 Series dan Jaguar XE yang baharu, kereta jenama Itali ini akan dilengkapi dengan pacuan roda belakang dan mendapat kuasa daripada enjin MultiAir Fiat.

Ia akan membuat kemunculan sekitar Julai depan sebelum memasuki galeri pameran kereta menjelang hujung tahun ini.

KIA SORENTO

kenderaan utiliti sports (SUV), Kia Sorento mendapat sentuhan daripada pakar reka bentuk, Peter Schreyer dan ia kelihatan begitu anggun dengan tujuh tempat duduk yang menawarkan susunan peralatan terkini dan enjin turbo diesel 2.2 liter.

Dilaporkan model ini 29 peratus lebih baik berbanding keluaran terdahulu, Sorento ini mempunyai tahap kalis bunyi yang lebih baik dan mampu mengalahkan pilihan SUV yang lain seperti Santa Fe.

AUDI R8

Rangkaian terbaharu Audi R8 ini hanya dikeluarkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti brek karbon seramik dan tujuh kelajuan S tronic menjadikan ia lebih ringan di jalan raya.

Sememangnya kereta terbaharu keluaran Audi ini memiliki elemen-elemen baharu menggunakan teknik penjimatan berat yang dipelajari daripada kereta lumba R8 LMS dan turut berkongsi platform enjin pertengahan dengan Lamborghini Huracán.

Sekiranya berpeluang, Audi mungkin boleh mempertimbangkan pengecasan turbo dalam usaha untuk memenuhi sasaran peningkatan pelepasan karbon dengan memperkenalkan pemasangan hibrid sebagai menyaingi BMW i8.

Wanita anak ramai kuat seks..!!

PANDANGAN klise masyarakat yang mengaitkan pasangan mempunyai anak ramai seringkali ditafsirkan sebagai individu yang kuat seks adalah tidak tepat.

Malah, mengaitkan wanita yang melahirkan ramai anak sebagai orang yang kuat seks dan menerima kepuasan seks di tahap maksimum juga bukanlah satu kenyataan yang benar bagi menjadi kayu pengukur kepada tahap perlakuan seksual seseorang.

Menurut Perunding Urologi, Profesor Madya George Lee Eng Geap, anak ramai bukanlah petunjuk bahawa individu berkenaan ialah seorang yang kuat seks atau mendapat kepuasan seks yang tinggi, tetapi menandakan bahawa individu berkenaan adalah seorang yang subur.
Advertisement

Beliau berkata, faktor kesuburan juga tidak menunjukkan seseorang itu mendapatkan kepuasan seks yang maksimum sebaik apabila mereka mengandung.

Ini bermakna, biarpun golongan ini subur, tetapi itu tidak menjadikan mereka mendapat kepuasan seks yang maksimum sehingga menyebabkan mereka mengandung.

Ini juga adalah satu kenyataan yang perlu diperhalusi, iaitu tidak semestinya apabila seseorang wanita itu mengandung, ini bermakna dia telah menerima kepuasan seks yang maksimum daripada pasangannya.

“Kedua-dua kenyataan ini memang tiada bersangkutan dengan tahap kepuasan seks wanita. Malahan apabila seorang wanita mengandung mereka pasti akan mengalami rasa penat dan kesakitan dan mana mungkin mereka merasa kenikmatan seks.

“Kajian juga menunjukkan hampir 30 peratus daripada golongan wanita tidak mencapai tahap orgasm ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan dalam kehidupan mereka tetapi mereka tetap mengandung, dan tidak semestinya apabila tidak mencapai tahap klimaks mereka tidak akan mengandung.

“Ini kerana mengandung bersangkutan dengan sperma yang dipancarkan oleh lelaki ke dalam vagina dan rahim wanita dan tiada kaitan dengan tahap kepuasan seks mahupun keghairahan melampau seksual seseorang,” jelasnya.

Dalam pada itu George berkata, ramai dalam kalangan masyarakat dahulu yang mempunyai anak yang ramai berbanding sekarang.

Salah satu penyebab kepada keadaan berkenaan, berdasarkan kepada kajian menunjukkan kandungan sperma lelaki pada hari ini kurang subur. Kajian dilakukan berdasarkan kepada perolehan sperma yang diterima daripada lelaki sempena kempen pendermaan sperma.
Advertisement

Sperma yang kurang subur, diakibatkan oleh faktor persekitaran dan pemakanan serta gaya hidup hari ini yang menyebabkan golongan ini sudah mula tidak terangsang dengan seks.

“Lagi satu cara hidup golongan lelaki sekarang sudah berlainan kerana banyak aktiviti lain yang dilakukan seperti beriadah, bermain komputer dan sebagainya menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dengan aktiviti seksual bersama pasangan.

“Tambahan pula golongan wanita juga berkahwin lambat dewasa ini, kerana masing-masing sudah mempunyai kerjaya profesional. Apabila berkahwin lambat golongan ini semakin menurun kesuburannya berbanding anak gadis zaman dahulu yang berkahwin sewaktu usia muda,” katanya.

Dalam pada itu dia menjelaskan, pemikiran generasi sekarang dan tanggapan mereka terhadap anak adalah berbeza kerana dahulu ibu bapa menganggap anak umpama ‘aset’ kepada mereka untuk bekalan di hari tua, berbanding hari ini yang segala-galanya memerlukan kos bagi menampung keperluan anak-anak yang semakin meningkat. UTUSAN

Pemakanan untuk pesakit gout

Copy of dreamstime_m_47537321.jpg

GOUT sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.

Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.

Sekiranya pesakit tersebut menghidap gout yang kronik, kehidupan harian yang normal akan terganggu dan perkara yang paling ditakuti ialah berlakunya kecacatan pada sendi dan otot, sama ada ringan atau berat.
Advertisement

Menurut Pegawai Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Nurul Ain Baharudin, penyakit yang banyak menyerang golongan lelaki ini berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi purin seperti hidupan laut, kekacang, dan daging merah.

Katanya, purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.

Tambahnya, kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.

“Tidak dinafikan, penyakit ini jika sekali terkena sukar untuk sembuh, tetapi kita boleh mencegah serangannya dengan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.

“Untuk itu, pesakit perlulah mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang, dan ketam kerana kandungan purinnya tinggi, serta tidak ketinggalan makanan berasaskan kacang, dan daging merah, seperti daging lembu.

“Selain itu, organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu, serta daging kambing juga perlu dielak kerana kesemua makanan ini mengandungi purin yang tinggi,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Disebabkan itu juga, setiap pesakit gout disarankan agar sentiasa mengamalkan diet mengikut panduan piramid makanan.

Katanya, minuman keras juga patut dielakkan kerana minuman tersebut boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Oleh kerana pengambilan makanan yang tinggi purin penyebab utama gout, Nurul Ain menasihatkan pesakit mendisiplinkan diri dengan memilih makanan yang mengandungi kandungan purin yang sederhana dan seelok-eloknya mengambil makanan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran atau karbohidrat.

Ulasnya, selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil makanan berprotein tinggi secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan.

Pesakit juga dinasihatkan minum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik daripada badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.

Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan atau dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak kerana zat tersebut penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.

Begitu pun, Nurul Ain memberitahu, tidak semua makanan yang berprotein ada risiko gout, seperti ikan dan telur ayam, tetapi harus diingatkan bahawa penyakit tersebut menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.

Yang pasti, hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa, serta jantina dan ada kes remaja berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit ini.

Pesakit-pesakit gout turut disarankan agar berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya. UTUSAN

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive