UtusanDaily

Saturday 1 August 2015

Bezakan Antara Saya Pecat Anwar dengan Najib Pecat Muhyiddin - Tun M




PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri ketika zaman pentadbiran beliau bukan disebabkan tidak mendapat sokongan daripada individu berkenaan.

Menurut beliau, situasi itu juga berbeza dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat pada Selasa.

"Saya tak pecat timbalan saya (Anwar) kerana dia tak sokong saya. Tun Musa Hitam pun dengan sendirinya letak jawatan, saya tak suruh dia letak jawatan.

"Saya (pecat Anwar) setelah mendapati dia telah melakukan sesuatu yang saya tidak dapat terima," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan Saya’ di sini, Sabtu.


Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan Najib memecat Muhyiddin yang dikatakan mengikut jejak langkah beliau yang juga pernah memecat timbalannya sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Muhyiddin mungkin telah melakukan satu kesalahan besar sehingga menyebabkan beliau dipecat.

Katanya, bagaimanapun keputusan untuk merombak Kabinet atau memecat mana-mana menteri adalah hak Najib sebagai perdana menteri.

"Saya rasa Muhyiddin mesti telah melakukan satu jenayah besar, jadi dia patut disingkir…semua yang lakukan jenayah patut disingkir.

"Kita tak mahu penjenayah memerintah negara ini," jelas beliau dalam nada menyindir.

Takut Tulis Tentang 1MDB, Tun M Buat Pusingan 'U'

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah membuat pusingan 'U' apabila beliau kini tidak pasti sama ada mahu terus menulis tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya pada masa akan datang.

Beliau berkata, pada masa ini membincangkan tentang isu 1MDB telah dianggap sebagai satu jenayah dan tidak mustahil beliau akan dipanggil oleh polis jika terus menulis mengenai 1MDB.

"Saya tak tahu…saya kena fikir tentangnya kerana ia sangat serius.

"Saya mungkin akan dipanggil oleh polis untuk beri keterangan…saya tak rasa mereka akan masukkan saya dalam penjara lagi, tapi ada kemungkinan akan ditanya kenapa saya berkata begitu (tentang 1MDB)," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan saya’ di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata sebagai rakyat Malaysia beliau akan akur kepada pendapat bahawa sebarang perbincangan tentang 1MDB adalah satu jenayah.

"Saya tak suka lakukan jenayah," katanya.

Pada 24 Julai lalu, Dr Mahathir berkata bahawa beliau akan terus menulis tentang 1MDB di blognya walaupun menyedari terdapat sekatan terhadap media, khususnya yang melaporkan tentang isu 1MDB.

Beliau berkata demikian selepas laman Sarawak Report disekat aksesnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akhbar The Edge digantung permitnya selama tiga bulan kerana berterusan memainkan isu 1MDB dalam laporan-laporannya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai perbezaan kebebasan media ketika zaman pentadbirannya dengan zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau mengamalkan kebebasan media pada zamannya tetapi terdapat media yang dilihat seolah-olah menyekat diri mereka sendiri daripada menulis secara bebas.

"Seolah-olah mereka tak nak menyakitkan hati pemimpin, ini tabiat (media) yang kita dapati di Malaysia.

"Media arus perdana selalu berhati-hati, berfikir tentang apakah pemerintah suka atau tidak tulisan mereka," katanya.

Jelasnya, sama ada media itu menyokong kerajaan atau sebaliknya, pembaca boleh membuat satu penilaian antara pemikiran pemberita dan rakyat terhadap kerajaan.

Abby Abadi Kongsi Kad Walimatul Urus Perkahwinannya di Instagram


Abby Abadi

Beberapa jam yang lalu, kami sempat melihat gambar yang dimuatnaik oleh bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi di laman Instagramnya. Gambar tersebut memaparkan dirinya dan seorang lelaki yang tidak dikenali, dan tertera dengan hashtag #WalimatulUrus di ruangan kapsyen. Nampaknya, Abby bakal menamatkan zaman jandanya sekali lagi.

Antara bait kata yang ditulis di kapsyen gambar tersebut adalah,

"#WalimatulUrus #JaiAbby

Alhamdullillah. #14August2015 akan menjadi kenangan terindah buat kami. Buat Sy & En @jaiezzany ... Kenal dari 2013, tp tak perasan sangat. December 2014 berhubung semula atas urusan kerja. Terus berhubung baik sehinggalah akhirnya 'jodoh' datang tak terduga. Panjang nak cerita.. Apapun, kami ambil keputusan utk mempercepatkan 'kerja baik' ini agar sentiasa berada di bawah keredhaan ALLAH & tidak terlibat dgn perkara2 yg tidak diingini. Beberapa minggu je lagi ni... Syukur ALLAH permudahkan segala perancangan kami. Terima Kasih ALLAH atas jodoh ini. Doakan ini akan jadi 'perkahwinan' yg terakhir buat kami. . .

Kami umumkan utk pengetahuan semua, Agar tiada cerita2 yg direka. InshaALLAH, Cuma tak termampu rasanya nk jemput semua disini hehe.. Kad kahwinpun kalau tempah tak sempat siap, jadi begini jelah jemputnya huhu.... Ampun Maaf dipinta ye. Yg mengenali, yg dekat, Sahabat2... Tunggu Sy msg nanti k. Simpan date ni dulu... Majlis pernikahan akan berlangsung pada 14hb August nanti di sebuah Masjid di Keramat. Makan2 'Kasih Sayang' akan di buat pada 16hb August pulak, inshaALLAH. Sekali dgn Makan2 bersama Keluarga UMAIMA ye. Temanya pun 'Peach' ikut warna tema UMAIMA hehe... Persiapan disaat2 akhir... Memang menyesakkan dada... Nk mohon bantuan info utk Dewan, Pakej Perkahwinan , Baju, Make up, doorgift, semualah... Tolong Sy please... Hanya ALLAH dpt membalasnya "

Kepada Abby, kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.

Tazkirah - Antara Anak Gadis, Quran & Handphone Android


Mohd Nazri Abas

Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

SILA KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA.

Friday 31 July 2015

Ucapan tahniah kurang tepat untuk pemimpin baharu naik


Khairul Anwar Rahmat
SHAH ALAM –  Pengerusi Sukarelawan Peguam (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Umno Johor hari ini mengingatkan barisan pemimpin dalam Kabinet yang baharu bahawa jawatan yang diperoleh itu satu amanah bukan hadiah.

Menurutnya, ucapan tahniah kurang sesuai diucapkan kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana jawatan itu satu amanah dan beban.

“Jawatan ialah tanggungjawab, amanah dan beban. Ia bukan hadiah, kemuliaan atau pun kemegahan.

“Justeru, kurang tepat mengucapkan tahniah kepada pemegang jawatan seolah-olah berjaya mencapai sesuatu kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Jelasnya, ucapan yang baik untuk pemimpin yang dipilih adalah selamat bertugas atau selamat berkhidmat.

Haruslah kita selalu ingat-mengingati bahawa, setiap pelantikan jawatan pemimpin mestilah diinsafi sebagai 'taklif' (tanggungjawab amanah) bukannya tasyrif (hadiah kemasyhuran).

 “Ucapan yang paling baik sudah tentulah selamat bertugas atau selamat berkhidmat. Dari rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat,” katanya.

Sementara pemimpin-pemimpin itu pula boleh memohon didoakan dapat melaksanakan tugasnya pada landasan yang benar.

“Manakala yang menerima amanah pula menjawab dengan memohon semua pihak mendoakannya melaksanakan tanggungjawab di atas landasan yang benar.

“Itulah teladan yang dicontohkan semua Khulafa' Ar Rasyidin bermula dari Khalifah Abu Bakar As Siddiq.Itulah ketinggian nilai integriti yang kita harapkan dari setiap peringkat kepemimpinan.

Semoga integriti menjadi pakaian utama setiap pemimpin,” katanya.

Thursday 30 July 2015

Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini



KUALA LUMPUR: Malaysia dan juga seluruh dunia dikejutkan dengan penemuan bangkai pesawat di Pulau La Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Persoalannya adakah penemuan ini bakal merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu?

Apa yang ditemui? 





Serpihan sepanjang dua meter itu yang kelihatan seperti bahagian sayap atau flaperon ditemui penduduk tempatan ketika kerja-kerja pembersihan pantai dijalankan dan mempunyai nombor kod.

Seorang penduduk tempatan kemudian menghantar beberapa keping gambar kepada seorang pakar bidang keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman.

Mh370, Debris

Dia percaya ia bermungkinan serpihan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines berdasarkan bentuk serpihan berkenaan yang sama dengan pesawat MH370, Boeing 777.

“Kod berkenaan bukan nombor plat pendaftaran, juga bukan nombor siri, bagaimanapun nombor rujukan itu akan memudahkan ia dikenalpasti.

“Dalam beberapa hari, kita akan mendapatkan jawapannya,” katanya seperti dipetik agensi berita AFP.

Nombor yang tertera pada serpihan itu adalah 'BB670.'

Siapa yang akan menguruskan siasatan?

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata Malaysia akan menguruskan siasatan dengan bantuan syarikat Boeing, Pejabat Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis, BEA, Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Apa kata pihak berkuasa?

Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Bercakap di New York, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, Malaysia Airlines memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.

"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini.

Penganalisis penerbangan CNN dan bekas Ketua Inspektor di Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo berkata pesawat dicetak dengan pelbagai nombor siri bagi tujuan mengenal pasti bahagian-bahagian yang akan dikenal pasti dan dipadankan dengan model dan pesawat tertentu.

"Jika nombor bahagian yang dicop pada pesawat masih ada, ia benar-benar boleh menjadi panggilan telefon kepada Boeing atau indeks bahagian untuk melihat jika ia tergolong dalam pesawat Beoing 777. Dan jika ia tergolong dalam Boeing 777, ia adalah MH370,” kata beliau.

Portal CNN.com turut melaporkan bahawa pihak Boeing sedang menjalankan penilaian awal daripada serpihan dengan menggunakan gambar-gambar yang ada.

Sumber itu menegaskan bahawa pemerhatian masih dalam peringkat permulaan.

Apa kata netizens?

Antara status yang mendapat perhatian adalah daripada Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari.

Maira lebih selesa untuk tidak meletakkan harapan tinggi dan mengambil langkah tunggu dan lihat.




Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut tweet susulan penemuan sepihan itu.

Hishammuddin merupakan pemangku Menteri Pengangkutan ketika insiden MH370 itu berlaku tahun lepas. 
Apa kata Perdana Menteri?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi bahawa bahagian sayap yang dijumpai awal hari ini merupakan sebahagian serpihan pesawat MH370.

Menurutnya, serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion itu akan dibawa ke Toulouse, Perancis untuk siasatan lanjut.

Satu pasukan yang terdiri dari wakil pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pasukan penyiasat MH370 dan Malaysia Airlines akan ke Toulouse untuk membantu siasatan ke atas sayap itu.

Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari dan penyelamat tidak menjumpai serpihan pesawat MH370, kejadian yang dianggap misteri dalam sejarah penerbangan.

Kehilangan pesawat berkenaan membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan.

Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.                                             

Dikatakan serpihan pesawat #MH370 ditemui..????

Seorang pakar penerbangan Perancis percaya beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. 

Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. 

Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan.






Selepas TPM, Peguam Negara di pecat, kini geng GABENOR BANK NEGARA pula jadi sasaran

KENYATAAN MEDIA

SELEPAS TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PEGUAM NEGARA DIPECAT, GABENOR BANK NEGARA, PEGAWAINYA DAN PASUKAN PETUGAS KHAS PULA JADI SASARAN


1. Sehari selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara, telah sampai ke pengetahuan saya bahawa sasaran seterusnya untuk dimangsakan dan dianiaya ialah mereka yang dikatakan terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas menyiasat Skandal 1MDB dan kes penyaluran wang RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri. Teratas di dalam senarai sasaran tersebut ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdul dan beberapa orang lagi Pegawai-Pegawai Kanan Bank Negara dan SPRM.

2. Saya juga mendapat maklumat, pelantikan Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM yang baru yang diumumkan kelmarin adalah juga berkaitan dengan perkembangan terbaru ini. Kesemua Pegawai Bank Negara dan SPRM yang dijadikan sasaran ini dipercayai terlibat secara langsung di dalam proses penyiasatan Pasukan Petugas Khas tersebut.

Dipercayai dapatan hasil penyiasatan yang dijalankan mereka tersebut amat menakutkan pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan berlaku pemecatan ke atas Peguam Negara dan sekarang ini giliran Pegawai-Pegawai Bank Negara dan SPRM pula untuk diganggu, dipaksa, diugut dan ditakut-takutkan terutamanya dengan pendakwaan jenayah seperti di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

3. Tidak semena-mena, dalam tempoh 24 jam ini muncul beberapa blog misteri yang menamakan Pegawai-Pegawai ini sebagai konspirator menjatuhkan Perdana Meteri dan Kerajaan yang dipilih secara demokratik di mana saya percaya ini adalah sebahagian daripada taktik licik untuk mengolah persepsi umum bahawa Pasukan Petugas Khas ini mempunyai niat yang buruk untuk memfitnah dan menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan menggunakan isu 1MDB dan juga penyaluran wang RM2.6 bilion tersebut. Ianya juga jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan Pegawai-Pegawai tersebut daripada menjalankan siasatan secara telus, adil dan objektif.

4. Dalam hal ini, saya memberi amaran kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, PDRM dan Peguam Negara yang baru supaya mengambil tanggungjawab segera untuk menghentikan serta merta segala bentuk serangan, gangguan dan ugutan yang dilakukan pihak-pihak tertentu ke atas mana-mana pihak terutamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat di dalam penyiasatan kes-kes berkaitan skandal 

1MDB.
"Selamatkan Rakyat Dan Malaysia Tercinta!"
DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 July 2015/ 13 Syawal 1436H

VIDEO | SAH..!! Duit RM2.6 bilion masuk akaun NAJIB..


Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.


Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?



Wednesday 29 July 2015

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin.. Gambar Sebagai Bukti....

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin. Najwa Mahiaddin, anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari Kabinet hari ini menyerahkan nasib keluarga mereka kepada Tuhan.

"Allah knows best (Allah yang Maha Mengetahui)," tulisnya di laman Twitternya di akaun @najwamahiaddin pada jam 1.55 tengah hari, beberapa minit selepas pengumuman rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri.

Beliau yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengeluarkan bapanya dari barisan Kabinet baru hari ini, bersama beberapa orang menteri lain.

Postingnya itu sehingga kini mendapat ulangan tweet kira-kira 3,800 kali dan disukai 936 pengguna Twitter.

Najwa juga mengulang tweet seorang pengguna dengan nama Farid Farish yang memuatnaik di Twitternya gambar Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berpelukan dalam suasana yang mengharukan.

Rata-rata, pengikutnya di Twitter memberi respons yang positif dengan memberikan kata-kata dorongan kepadanya serta ada juga memberikan kenyataan pedas seakan-akan menyindir pemimpin BN yang lain.

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin

Tuan Cohen @amirulhafiqq berkata "@najwamahiaddin sabarlah, kak. Dah terang lg bersuluh, tp ramai yg masih bodoh."

Manakala rakan penyanyinya Yuna Zarai di @yunamusic menyokong tulisan di Twitternya dengan berkata, "@najwamahiaddin sending love and support your way Najwa. (Saya sampaikan kasih sayang dan dorongan kepada anda, Najwa).

Sementara seorang pengikut dengan nama Azmi di akaun @wakazmi berkata: "org johor bersama tansri. Yes Allah knows best."

Ali Amir Razali di @aliamirrazali berkata: "semoga TS tabah. Hope u all r okay. Sad day (Harap anda semua okay. Hari yang menyedihkan)."

Manakala, Marr Mohamad di @MarrMohamad menulis: "Kami di belakang ayahmu. Allah maha mengetahui segalanya!"

Twitter beliau meraih lebih dari 5,000 retweet hanya dua jam selepas menulisnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini tentang rombakan kabinet.

Najib mengakui menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan pada forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara," katanya.

Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility), kata Najib.

Beliau berkata, rombakan Kabinet itu dilakukan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan keperluan pentadbiran beliau bagi memastikan ia komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.

Tuesday 28 July 2015

Muhyiddin Dedah Segala Persoalan Pada Esok Rabu Jam 11.00am, Mukhriz Tiba Di Kediamannya


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu.

Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu.

"Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru.

"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin.

Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib mengumumkan demikian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Reezal Merican – Timbalan Menteri Luar
Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Monday 27 July 2015

Apabila Awie mengulas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat

Low Yat pengajaran terbaik hubungan sesama kaum, kata Awie

Penyanyi dan pelakon popular Awie menyifatkan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sebagai contoh terbaik bagi semua kaum di Malaysia menghindarkan dari perbuatan cabar mencabar sesama kaum.

Vokalis kumpulan Wings itu berkata insiden pergaduhan di Plaza Low Yat harus diinsafi kerana rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seumpama itu berulang lagi.

"Bagus benda itu berlaku juga sebab kita dah berapa kali dicabar nak tunjukkan 13 Mei. Kita tak nak benda itu berlaku.

"Kita rakyat biasa tak nak dicabar benda macam ini. Soal isu perkauman dan sebagainya. Jadi jangan dicabar lagi. Jangan berlaku lagi," katanya ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata setiap orang atau kaum tertentu mempunyai kelebihan masing-masing maka penting isu seperti yang tercetus di Plaza Low Yat tidak dipolitikkan.

Katanya, apa yang berlaku di Plaza Low Yat bukanlah tercetus atas dasar perkauman tetapi penipuan yang boleh berlaku kepada mana-mana kaum.

"Di mana-mana pun akan berlaku pergaduhan, Melayu dengan Melayu pun akan berlaku pergaduhan juga jika ada benda yang tak kena.

"Contohnya kalau soal menipu, Melayu dengan Melayu pun bergaduh. Bukan saja Melayu dengan Cina. Ini bukan isu rasis.

"Semua orang sama sebenarnya. Jangan mempolitikkan bangsa ini. Semua manusia bangsa dijadikan Tuhan. Tiada beza, tiada kurang. Sama saja," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai pandangan politiknya sama ada lebih cenderung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Tun Dr Mahathir Mohamad seperti mana yang ditunjukkan oleh artis lain.

Katanya, walaupun Najib berdepan dengan pelbagai isu namun beliau memberikan sokongan kepada pemimpin yang berpegang kepada kebenaran.

"Saya berdiri di atas kaki saya sendiri. Tak sebelah mana-mana.

"Mana yang betul saya ikut saja. Mana tak betul pergi jauh-jauh," katanya. – 27 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/low-yat-pengajaran-terbaik-hubungan-sesama-kaum-kata-awie#sthash.r6ZJqkRd.dpuf

Antara Gardenia Vs Massimo dengan Syed Mokhtar Vs Robert Kuok

~Gardenia vs Massimo~


Alhamdulillah sampai hari ini saya belum pernah makan roti jenama Massimo ni. Setiap kali nak "termakan" mesti ada je yang menghalang. Sejak faham situasi ada something wrong tu, saya memang tak pernah lagi pandang pada jenama ni.

Saya difahamkan Robert Kuok (lelaki paling kaya di Malaysia) melancarkan roti jenama Massimo ni untuk menjatuhkan bisnes roti jenama Gardenia yang dimiliki oleh Muslim iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhari (lelaki ke 8 terkaya di Malaysia) kerana Tan Sri Bukhari telah menamatkan kontrak pembelian tepung yang dimonopoli oleh Robert Kuok.

Tan Sri Bukhari menamatkan kontrak tersebut bukan kerana racist atau nak jatuhkan bisnes orang Cina seperti yang didakwa, sebaliknya Tan Sri sudah berhijrah mengambil tepung dari luar negara yang bebas klorin (unbleached flour) untuk kesihatan rakyat Malaysia. Difahamkan tepung yang dikeluarkan oleh Robert Kuok mengandungi bahan-bahan klorin yang tidak baik untuk kesihatan. Bahkan ia syubhah kerana didakwa tepung tersebut dimasukkan vitamin B dari khinzir seperti yang didakwa oleh pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Jadi ini bukan masalah racist atau nak jatuhkan sesiapa, Robert Kuok yang mula-mula dahulu mengkhianati rakyat Malaysia kerana membekalkan tepung beracun Benzyl Peroxide.

Kini mereka cuba jatuhkan bisnes Gardenia yang rotinya bebas lemak Trans dan tepungnya suci tanpa klorin atau racun dan meminta kita makan roti Massimo yang menggunakan tepung yang kontroversi itu.

Non Muslim sudah bersatu sekian lama memboikot produk-produk Muslim.

Mereka tidak pernah masuk kedai runcit muslim dan sangat susah untuk membeli produk muslim. Mereka menguasai pasaraya-pasaraya besar dan sangat sukar kita jumpa produk-produk muslim kecuali yang sudah sangat terkenal seperti Sunquick, gula-gula hacks (produk ini dah mula hilang dari pasaraya besar milik mereka), Gardenia, Ramly, Ayamas, Faiza, Adabi, Tamin, Saji dan sebagainya.

Mereka berikan beribu alasan untuk tidak membenarkan produk muslim dipasarkan di pasaraya mereka. Sedangkan produk-produk non-muslim walaupun tidak terkenal, kita boleh dapati di kedai-kedai dan pasaraya mereka.

Sejak kempen boikot Gardenia ini dilancarkan oleh para penyembah berhala, saya lihat produk Gardenia diletak jauh dari laluan utama dan seolah-olah "disorok" di kedai-kedai runcit milik mereka. Manakala produk Massimo pula diletakkan di bahagian depan dan paling mudah dicapai.

Produk Massimo juga mendapat kerjasama daripada pelbagai syarikat non-muslim yang lain untuk mengiklan dan mempromosikannya dengan memberikan roti ini percuma kepada pelanggan-pelanggan syarikat mereka.

Begitu juga produk telekomunikasi milik Tan Sri Bukhari bernama ALTEL, jarang saya jumpa kedai telefon milik penyembah berhala menjualnya apatah lagi mengiklankannya.

Mereka terus menuduh kita racist sedangkan mereka lupa kitalah majoriti dan kuasa membeli majoriti ada pada kita. Seandainya kita racist SEPERTI MEREKA dan memboikot produk mereka sepertimana mereka memboikot kita sekian lama, mana mungkin 7 orang pertama paling kaya di Malaysia ini adalah non-muslim yang menyembah berhala?

Mengapa mereka timbulkan isu perkauman dan menuding jari pada kita?

Sedangkan yang jelas racist itu mereka?

Apakah mereka mahu kami yang majoriti ini memboikot semua produk mereka sehingga semua bisnes mereka lingkup?

Kalau itu yang mereka cabar. Saya sahut. Bukan kerana saya racist, tapi kerana saya muslim, dan saya akan berusaha seupaya mungkin untuk membeli produk muslim dari kaum muslimin yang menyembah Allah, bukannya daripada penyembah berhala.

Dulu kita tak ada pilihan, kita makan produk mereka.

Sekarang kita ada banyak produk sendiri yang kita patut sokong dan hapuskan kesombongan mereka.

Saya tak mahu serukan boikot kerana ia mungkin kelihatan ada bibit "kebencian" yang akan mereka jadikan isu.

Jadi saya serukan untuk kita menyokong produk keluaran kaum muslimin, kalau barang muslim tak ada jual, kita beli barang keluaran penyembah berhala dengan keadaan terpaksa tetapi pastikan kita beli ia dari kedai/pasaraya milik muslim agar wang kita disalurkan kepada muslim yang membayar zakat dan membantu kaum muslimin lain yang miskin. Jangan berikan wang kita kepada penyembah berhala yang Rasulullah perangi selama baginda hidup.

Jangan kita boikot mereka kerana mereka "cina". Kerana Cina itu kaum dan tiada permusuhan kaum dalam Islam. Begitu ramai cina muslim yang sangat berkasih sayang dan saling mencintai sesama kita walaupun kita Melayu.

Tapi kita boikot kerana mereka penyembah berhala dan berniat buruk terhadap kita dengan mengkhianati kita melalui cara "meracunkan" dan "mengkhinzirkan" produk-produk mereka secara terancang untuk rosakkan kita.

Mereka adalah Yahudi asia. Yang zimmi kita kawan, yang harbi kita lawan.

Muslim itu berkasih sayang sesama mereka. Tegas terhadap orang kafir.

"Saya beritahu PM supaya lepaskan jawatannya dalam 1MDB tapi beliau tak nak" kata Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau ada meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tetapi tidak diendahkan perdana menteri.

Timbalan perdana menteri itu berkata, saranannya tidak bermaksud mempunyai niat jahat tapi tidak mahu Najib dikaitkan dengan skandal berterusan 1MDB yang boleh menjejaskan nama baiknya.

"Saya beritahu beliau untuk lepaskan jawatannya dalam 1MDB, saya bimbang seolah beliau (dilihat) terlibat. Tapi beliau tidak setuju.

"Saya tidak punyai niat jahat, niat saya baik untuk tolong beliau. Apa faedah yang saya dapat tapi saya kena cakap benar," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga menteri pendidikan berkata masalah 1MDB merupakan isu pokok yang tidak boleh diabaikan dan perlu dicari penyelesaiannya.

"Saya menteri orang (menteri) yang pertama nyatakan pendirian mengenai 1MDB walaupun sudah diputuskan perdana menteri.

"Tapi saya cakap kita kena cari jalan penyelesaian dan bukannya tuding jari. Kalau ada bukti sahih maka cari jalan penyelesaian. Beban ini (1MDB) bukan kecil tapi amat besar," katanya.

Muhyiddin juga mengakui antara menteri yang begitu lantang menyuarakan hal 1MDB tersebut dalam mesyuarat parti atau Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya dan itu dilakukan tanpa ada rasa takut kedudukannya akan tergugat.

"Bukan perkata baru saya sebut dalam MT, bukan sebab nak jadi lain tapi saya cakap benar, itu hak bapa saya sebagai tok guru selalu kata kena cakap benar.

"Saya tidak takut tergugat atau apa kalau ada benda serius saya kena cakap betul, kerana rakyat tunggu adakah kerajaan bertanggungjawab (dalam isu ini) dan adakah pembetulan akan dibuat," katanya.

Beliau berkata, jumlah hutang RM42 bilion 1MDB merupakan satu nilai yang besar hingga melebihi peruntukan sebuah negeri dan ia menjadi beban kepada negara ketika nilai ringgit yang tidak menentu.

"RM42 bilion bukan jumlah sikit dengan nilai ringgit jatuh, mungkin sekarang cecah RM50 bilion belanjawan Johor setahun sebanyak RM1 bilion kalau ikutkan banyak nilai itu boleh digunakan dalam belanjawan negeri.

"Kementerian saya RM40 bilion itu pun tidak cukup jumlahnya. Memamg (1MDB) ada aset tapi beban itu terlalu besar.

"Saya ada beritahu perdana menteri tapi saya tidak boleh cakap luar kerana takut orang salah tafsir kata ini adalah untuk gulingkan perdana menteri. Saya tidak mahu ada pertembungan dengan perdana menteri kerana parti tidak kuat.

"Walaupun ramai yang mengacah untuk saya pergi, tapi apa yang dimaksudkan dengan pergi?

"Sekarang ini situasi berlainan Umno tidak kuat, komponennnya, parti MCA baru nak pulih tapi keyakinan orang Cina terhadapnya masih diragukan dan MIC pula, mana MIC sekarang ini," soalnya. – 26 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tak-dengar-nasihat-saya-letak-jawatan-dalam-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.Uq6tBRB9.dpuf

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive