UtusanDaily

Saturday, 29 August 2015

Jangan Terpedaya. Gambar Pakcik Bakar Bendera Malaysia Ini Bukan Peserta Bersih

Famous sungguh gambar pakcik pakai baju kuning bakar bendera Malaysia ni. Sejak beberapa hari lalu, gambar ini tersebar secara meluas di laman sosial.



Mungkin disebabkan Bersih 4 semakin hampir dan kebetulan, pakcik ini memakai baju berwarna kuning yang begitu simbolik dan sangat berkait rapat dengan perhimpunan itu


4b97

  • Jawapannya TIDAK! Gambar ini sebenarnya telah diambil dua tahun yang lalu di Filipina dan tak ada kena mengena langsung dengan Bersih.

      • Portal globalnation melaporkan kejadian ini dua tahun lalu.
    • Gambar ini diambil pada 2013 apabila seorang pesara polis membakar bendera Malaysia di hadapan Kelab Akhbar Kebangsaan di Manila kerana mengutuk pengendalian Presiden Benigno Aquino mengenai isu Sabah.

      "Daripada melindungi dan menyokong mereka, Presiden Aquino sepatutnya menghukum lelaki bersenjata Filipina di Sabah," kata Abner Afuang, juga seorang bekas Datuk Bandar Pagsanjan, di Filipina.

       says.com
    • Tahun lepas (2012), beliau membakar bendera Cina di hadapan Jabatan Pejabat Luar Negeri di Pasay City sebagai membantah dakwaan pencerobohan Beijing ke perairan Filipina.
      Getty Images juga telah mengesahkan gambar berkenaan diambil pada 6 Mac 2013
    • 49a8
  • Barangkali rasa dirinya sudah terkantoi, Ibrahim Abdul Rahman bertindak untuk edit tulisannya yang terdahulu dengan membuang ayat 'Bersih is dirty.'

      • 02d7
  • Oh sebelum terlupa, bagi yang tidak kenal siapa Ibrahim Abdul Rahman, beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, atau lebih dikenali sebagai Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman

      • 2c40Image via mynewshub.cc
        Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman.

Friday, 28 August 2015

Benarkah Muhyiddin Setuju Kepalai Bersih 4.0 esok..??


Didapati ada sebuah blog menyatakan bahawa mantan TPM akan menyertai BERSIH 4.0 esok hari. Nantikan kesudahannya adakah maklumat ini betul atau tidak..!!

Eksklusif!! Muhyiddin Setuju Kepalai Bersih 4.0

Jawatankuasa Bersih 4.0 hari ini dengan sukacitanya akan mengumumkan persetujuan dan kesediaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut serta, malah mengepalai himpunan Bersih 4.0 yang akan dilangsungkan bermula hari ini hingga 31 Ogos nanti.
Menurut satu kenyataan yang akan dikeluarkan jam 10 pagi nanti, persetujuan Muhyiddin ini disampaikan sendiri oleh salah seorang dari dua Setiausaha Politiknya.
Justeru, penyertaan Muhyiddin diharap dapat menarik semua penyokongnya seperti Datuk Seri Shafie Afdal, Umi Hafilda dan lain-lain untuk turut serta meramaikan gerakan Bersih 4.0 setelah PAS melarang penyokongnya dari turut serta dalam himpunan tersebut.
Turut ikut bersetuju untuk menyertai Bersih 4.0 ialah pertubuhan rasis (dulu) Perkasa yang Presidennya semala, Datuk Ibrahim Ali, memberikan indikasi bahawa mereka juga akan menyertai Bersih 4.0 sebagai tanda protes terhadap kerajaan.
Penyertaan Muhyiddin ini dilihat significant dengan perjuangan Bersih 4.0 kerana Muhyiddin adalah juga Pengarah pilihanraya bagi UMNO dan BN di peringkat nasional.  Gabungan Muhyiddin dan Pengarah-pengarah pilihanraya dari PKR, DAP dan GHB membolehkan perkongsian idea bagaimana nak menumbangkan BN dengan lebih mudah.
Belum dapat dipastikan jawatan Muhyiddin dalam kerajaan perpaduan yang akan dibentuk selepas himpunan Bersih 4.0 sekiranya kerajaan BN sedia ada dapat ditumbangkan.  Tapi berdasarkan senioriti dan pengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, aku yakin paling tidak beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa.

Pengkritik Najib Suka Menfitnah ?



Dua topik santai hari ini ..... satu mengenai apa yang sering kita dengar /baca perkataan 'fitnah' yang sering dilemparkan kepada pengkritik Najib. Bukan apa, bila baca artikel Malaysianreview di bawah, saya jadi teringat akan komen2 yang sering saya terima setiapkali saya post artikel baru, yang bunyinya hampir sama iaitu, Hentikan Fitnah!

Biasanya komen2 tuduhan umum sebegitu saya tidak siarkan. Kecuali dinyatakan bahagian mana artikel yang dikatakan menfitnah Najib.


Ya, bahagian mana yang sering dikatakan sebagai menfitnah Najib ?

Bab 1MDB ? Kita tak menuduh apa2..... kita cuma bertanya. Kenapa begitu, kenapa begini, kenapa bertukar bentuk jadi begitu, kenapa , kenapa ..... kenapa kita terus bertanya ? Sebabnya penjelasan yang diberikan itu sendiri yang mengundang persoalan lain !

Penjelasan longgar, tidak tepat, dan tidak boleh diterima begitu saja kepada kita yang mampu berfikir. KECUALI kepada mereka yang sanggup menelan apasaja yang dilontarkan oleh Najib dan pasukannya.

Makanya kita bertanya terus ..... adakah itu dikatakan sebagai Fitnah ?

Bab Derma RM2.6 billion ? Hehehehe ..... Tang mana yang fitnah tu ? Adakah kerana kita tidak dapat menerima begitu saja alasan yang diberikan oleh Najib , oooops, Najib tak jawab, hanya orang2 Najib saja yang jawab. 

Kalau nak berikan alasan sekalipun, biarlah yang masuk akal ! Kalau hanya mampu berikan alasan yang memperbodohkan diri sesiapa yang terima dan percaya, jangan salahkan rakyat yang masih mampu berfikiran waras !

Adakah cerita keluarga Najib yang mengamalkan gaya hidup yang tersangatlah mewah dan tidak mencerminkan pendapatan resmi Najib itu satu fitnah ? 

Mata kita melihat, telinga kita mendengar ..... bukan kita saja malah satu dunia juga memerhati dan bertanya.... jawapan yang diberikan pula mengiyakan cerita2 kemewahan itu dan diberikan alasan kekayaan Najib berpunca dari harta pusaka. 

Peeeeergh .... anda terima ? Kalaulah subjeknya bukan Najib tapi rakyat biasa .... adakah anda akan terima alasan sebegitu begitu saja ? Pihak berkuasa yang berkenaan dah siasat ?

Tang mana yang fitnah ?

Oya, kenapa pula diminta orang lain yang tolong bersihkan nama Najib kalau tuanpunya badan sendiri tidak tampil mempertahankan dirinya terlebih dahulu ?

Contohnya dalam isu Derma ..... pernah Najib sendiri perjelaskan apa2 ? Tidak kan ..... jadi semua cerita2 tentang IS, Yahudi, dana politik semua itu bukankah satu bentuk fitnah juga ? Versi tuanpunya badan sendiri apa ?

Biasa dengarkan ungkapan Berani Kerana Benar ?
Mkini
Yang berani ke depan bertemu rakyat dan sanggup bersoal jawab secara spontan dengan rakyat siapa ? Najib ? hahahaha ....... 

Jangan katakan insiden Nothin2Hide itu sebagai fitnah sebab saya sendiri ada di situ dan rakam keadaan waktu itu. Yang mendakwa suasana kecoh dan tidak terkawal itulah yang sebenarnya menfitnah !

Oya, sekadar mengulangi apa yang pernah saya ceritakan beberapa bulan lepas ketika saya merakamkan pertemuan Tun Mahathir bersama para bloggers. Perbincangan dikatakan sebagai tertutup makanya saya tanya/minta izin kepada Tun apakah boleh saya siarkan jawapan2 Tun kepada umum ( atau saya perlu tapis mana2 bahagian sensitif ), Tun terus kata - Tidak ada masalah ! Siarkanlah....

Memang panas pun rakaman jawapan2 Tun itu ! Nah.... itu baru Berani Kerana Benar !

Dan besok .... sekali lagi rakyat akan buat perbandingan keberanian / ketelusan antara Tun Mahathir dan Najib -


Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi :

En Razali Alias - 019 7444437En Osmarizan - 019 7999940En Azhar - 019 7775897

Adakah Tun Mahathir menfitnah ? Anda boleh hadir dan tanya beliau sendiri ! Biasanya pertemuan dengan Tun bersifat dua hala, anda boleh bersoal jawab secara spontan.

PS - Saya hanya bercakap mengenai blog ini dan apa yang saya tahu mengenai cara Tun Mahathir mengkritik Najib. Kalau blog lain atau pemimpin2 pembangkang .... well, itu saya tak tahu. 

Wednesday, 26 August 2015

'BERSIH ganggu peniaga kecil, sederhana, besar'


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan hari ini mempersoalkan pelbagai aspek berhubung perhimpunan BERSIH pada Sabtu dan Ahad ini.

Selain membangkitkan soal pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2011, Ahmad juga menyenaraikan pelbagai dakwaan kesan negatif akibat perhimpunan itu.

Antaranya, dakwa Ahmad, perhimpunan itu mengganggu orang ramai, peniaga dan pelaburan asing yang giat diusahakan kementeriannya dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana dan besar yang ingin mencari rezeki?

“Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan Rakyat Malaysia dalam Bulan Kemerdekaan?

“Mengapa anda ingin membimbangkan pelancong yang sekarang sudah datang dan yang ingin datang melihat keindahan Malaysia dan kota raya?

“Mengapa anda ingin mengkhuatirkan dan menimbulkan persepsi negatif kepada iklim pelaburan negara? “ soal Ahmad bertubi-tubi dalam blognya hari ini.

Kenapa tak stadium?

Ahmad juga membangkitkan hujah-hujah popular pemimpin BN sebelum ini bahawa perhimpunan itu bakal menyusahkan pemandu teksi dan bas selain ia didakwa memberikan imej tidak baik di mata dunia.

“Mengapa anda tidak memilih untuk terus sahaja berkumpul dalam stadium untuk BERSIH 4.0 itu?” soalnya.

“Adakah kerana jika dalam stadium itu maka nanti tiada aksi kawalan Polis dan tindakan pencegahan yang boleh 'diviralkan' dan disensasikan oleh rakan-rakan media anda untuk di sebar ke seluruh dunia?”

Anggota parlimen Pontian itu juga membangkitkan sama ada perhimpunan itu sebenarnya bertujuan menjatuhkan kerajaan secara tidak sah melalui demonstrasi jalanan.

“Anda (pembangkang) sudah pernah menang di beberapa negeri dalam pilihanraya umum dan menang beberapa pilihanraya kecil.

“Jika kaedah pilihan raya di Malaysia ini tidak betul, anda tidak akan dapat 88 kerusi daripada 222 kerusi di parlimen,” katanya.

Dr M: Dana RM2.6b berkait dengan 1MDB

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikaitkan dengan dana 1MDB.

Mahathir tetap beranggapan sedemikian walau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengisytiharkan bahawa wang tersebut adalah sumbangan derma dan tiada kaitan dengan 1MDB.

“Saya rasa ia ada kena mengena dengan 1MDB walau dijelaskan bahawa ia adalah satu derma,” kata Mahathir dalam satu wawancara dengan akhbar United Kingdom, Financial Times.

Mahathir juga mengulangi bahawa penjelasan mengenai derma itu tidak dapat dipercayai memandangkan jumlahnya terlalu besar.

“Saya tidak percaya ia adalah derma. Saya tidak percaya ada orang boleh menderma (sebanyak itu), hatta seorang Arab atau sesiapapun,” katanya lagi seperti dipetik Financial Times.

Dalam wawancara itu, Mahathir berkata beliau yakin bahawa Najib akan terpaksa berundur dari tampuk kuasa.

"Saya fikir pada satu peringkat, dia terpaksa berundur kerana hari ini dia menjejaskan sistem perundangan,” katanya.

Mahathir merujuk kepada usaha untuk menyekat siasatan ke atas dana RM2.6 bilion dan juga 1MDB.

The Wall Street Journal pada Julai lalu melaporkan, wang sebanyak AS$681 juta dimasukkan ke akaun peribadi Najib dari syarikat luar pesisir, Tanore Finance.

Najib mengancam untuk menyaman penerbitan tersebut namun penyokong perdana menteri itu seterusnya mendakwa beliau mengaku menerima deposit wang tersebut, yang merupakan sumbangan dana politik kepada Umno dari Timur Tengah.

Laporan itu juga mendakwa, dana sebanyak RM42 juta daripada syarikat SRC International juga dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Najib masih belum menjelaskan mengenai deposit wang RM42 juta tersebut.

Laporan lain, termasuk oleh The Star, memetik sumber penyiasat yang menyebut, dana 1MDB sebanyak AS$700 juta turut disalurkan kepada pihak yang tidak sepatutnya dalam satu rundingan dengan PetroSaudi International.

Bagaimanapun, setakat inni, tiada bukti mengaitkan dana yang dilaporkan hilang itu dengan wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Persamaan Kejatuhan Harga Minyak 1985 dan 2015..apa strategi Najib untuk hadapinya..???

Pada masa artikel ini ditulis, harga minyak mentah dunia berada pada USD 39 setong, kejatuhan sebanyak 34% daripada harga tertinggi tahun ini USD 60 setong.

Harga Minyak Mentah

Berbanding pada June 2014, kejatuhan sebanyak 63% daripada USD 107 setong.

harga minyak 1985

Tahun 1980 hinga 1985 menjadi fokus analisis saya. Ada beberapa faktor yang menjadi latar belakang sebelum kejatuhan sebanyak 70% pada tahun 1985. Harga jatuh daripada $31.75 pada November 1985 kepada hanya $10 sahaja dalam beberapa bulan sahaja.

Ada beberapa persamaan dengan situasi sekarang.

Ringkasan

1. Pasca Perang Iran-Iraq
2. Kenaikan nilai Dollar dan kejatuhan harga komoditi
3. Peningkatan pengeluaran minyak daripada negara bukan OPEC
4. Polisi OPEC mempertahankan harga dengan mengurangkan pengeluaran tidak menguntungkan Arab Saudi.
5.  Harga Minyak Tinggi Menggalakkan Penjimatan dan Kecekapan

#1 Pasca Perang Iran Iraq

Perang antara Iran dan Iraq sudah lama berakar lebih daripada 5000 tahun. Ia bermula kembali apabila pada September 1980, kapal terbang perang dan askar Iraq menyerang  beberapa target strategik di Iran.

Iraq pada masa itu di pimpin oleh Saddam Hussein. Iran pula dipimpin oleh Khomeni. Objectif Saddam Hussien adalah untuk menjadi satu kuasa baru di dunia Arab dengan mengambil kesempatan atas kelemahan Iran pada masa itu.

Tetapi kira-kira yang di buat oleh Saddam tidak tepat. Iran bangkit dan memberi tentangan yang kuat.
Perang ini menyebabkan pengeluaran minyak daripada Iran dan Iraq yang berjumlah 4 juta tong sehari. Oleh sebab itu harga minyak naik.

IEA, satu agensi tenaga negara-negara maju menyarankan supaya tidak panic dan membeli minyak yang tidak diperlukan yang hanya menyebabkan harga minyak makin naik. Sebaliknya menggalakkan penggunaan minyak daripada inventori.

Pada masa yang sama Saudi menambah sebanyak 900,000 tong sehari pengeluaran minyaknya. Ini turut diikuti oleh negara OPEC yang lain.

Perang antara Iran dan Iraq berlaku dengan berlatar belakang global economic recession, peningkatan pengeluaran minyak daripada Non-OPEC dan inovasi dalam teknologi pengeluaran dan pipeline.

Maka perang Iran dan Iraq hanya membantutkan sedikit kejatuhan harga minyak.

#2 Kenaikan Dollar dan Kejatuhan Komoditi

Antara tahun 1980 hingga 1985 US Dollar meningkat 50% berbanding Yen, Deutche Mark dan British Pound. Pada masa ini Ahmad Maslan masih di alam remaja.

Kenaikan ini memeningkan ramai pihak kerana dunia telah terbiasa dengan Dollar yang lemah sepanjang tahun 70-an. Ini disebabkan Dollar tidak lagi disandarkan kepada emas pada tahun 1971.

Dollar index 1985
1970 -1980, 2000-2010 Dollar rendah

Pada hari ini, dunia telah terbiasa dengan Dollar yang murah disebabkan oleh polisi Federal Reserve merendahkan US interest rate dan siri Quantitative Easing I, II dan III.

Dollar dan komoditi berkadar songsang. Dollar naik, komoditi turun dan sebaliknya.

dollar vs comodities

Apabila Dollar naik, menyebabkan harga komoditi termasuk minyak turun. Apa yang berlaku sekarang hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1985.

goldvsdollar1973-2009NOTES

#3 Peningkatan pengeluaran minyak daripada negara bukan OPEC

Peningkatan harga minyak yang tinggi sepanjang tahun 1970-an menyebabkan usaha mencari reserve baru di luar OPEC menjadi lebih menarik. Teknologi pengeluaran yang lebih baik dan kapasiti saluran paip minyak yang lebih tinggi meningkatkan pengeluaran minyak di luar OPEC.

Penemuan baru di North Sea, Malaysia, Nigeria, Mexico, Alaska, Angola dan China menambahkan lagi bekalan minyak di pasaran dunia.

opec vs non opec

#4 Strategi OPEC mempertahankan harga dengan mengurangkan pengeluaran tidak menguntungkan Arab Saudi.

Strategi OPEC untuk menghadkan pengeluaran untuk mempertahankan harga gagal di sebabkan beberapa sebab.

Pertama, penipuan quota di kalangan negara OPEC sendiri. Contohnya Nigeria mungkin export lebih daripada had quota yang telah ditetapkan oleh OPEC

Kedua, strategi ini hanya menguntungkan negara-negara bukan OPEC. Saudi mengurangkan pengeluaran minyaknya dengan harapan harga minyak tinggi.

Tetapi pengurangan daripada Saudi hanya sia-sia kerana negara luar OPEC memenuhi ruang yang dikosongkan Saudi. Belum kira penipuan daripada negara-negara OPEC sendiri

Contohnya Great Britain mendapat manfaat disebabkan harga yang di apungkan tinggi hasil daripada minyak di North Sea. Menteri Minyak Saudi pada ketika itu, Sheikh Zaki Yamani tentulah sakit hati bila Margerate Thatcher berucap menyokong Free Market dan membiarkan market mencari harganya sendiri.

Kesannya, Hasil Negara Saudi merosot daripada $119B pada tahun 1981 kepada $26B pada tahun 1985.

Akhirnya Arab Saudi membatalkan had pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran minyaknya pada 1985 yang menyebabkan harga minyak jatuh daripada $31.75 kepada $10, kejatuhan hampir 70% dalam masa sebulan. Minyak daripada Iran dan Iraq boleh dibeli pada harga $6 sahaja.

#5 Harga Minyak Tinggi Menggalakkan Penjimatan dan Kecekapan

Ketiga, sedekat harga minyak yang tinggi menggalakkan konservasi tenaga. Penjimatan dan kecekapan tenaga dipertingkatkan. Hasilnya, United States 32% lebih efisien dalam penggunaan minyak pada tahun 1985 berbanding pada tahun 1973.

Bukan itu sahaja, sumber tenaga lain juga mengambil tempat minyak. Contohnya nuklear, arang batu dan gas untuk penjanaan elektrik.

Persamaan Dengan Apa Yang Berlaku Sekarang

Saya perhatikan latar belakang sebelum kejatuhan harga minya pada tahun 1985 hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang.

1. Iran

Pada pertemuan antara Setiausaha Luar Britain Philip Hammod dengan Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada 23 August 2015 merumuskan yang sekatan ekonomi terhadap Iran akan di angkat pada bulan Oktober tahun ini.

Iran sacntion lift

Tidak tertahan lagi Iran ingin membanjirkan pasaran dengan minyaknya. Dan Iran dalam satu kenyataan yang lain menegaskan akan meningkatkan export minyaknya “at any cost”. Ini hanya akan menambahkan lagi pendarahan harga minyak.

2. Kenaikan nilai Dollar dan kejatuhan harga komoditi

Dengan berakhirnya program Quantitative Easing (QE) dan jangkaan Janet Yellen akan menaikkan US interest rate, menyebabkan aliran wang keluar berbondong-bondong daripada komoditi. Aliran ini juga dirasai oleh ‘Emerging Economies’ seperti Indonesia, Thailand, Turkey dan termasuklah Malaysia.

Response Federal Reserve kepada krisis 2008 ialah dengan menurunkan interest rate dan QE (mencetak duit). Maka berbondong-bondong duit keluar daripada US mencari rumah di luar US. Ada yang singgah di Emerging Economies. Dan ada yang duduk di komoditi seperti emas, minyak dan sawit.

Pada masa itu umpama air pasang. Semuanya boat naik sama. Property, saham semuanya naik.

Tetapi bila ekonomi US makin pulih, Federal Reserve berhentikan QE dan menaikkan interest rate.
Maka tiba masa air surut pula.

Apa yang berlaku sekarang umpama air surut di Port Dickson. Bila air pasang, kita tak tahu siapa yang mandi bogel. Tetapi jika terus mandi ketika air surut baru kita tahu siapa yang mandi bogel di pantai.

Dalam kes ini, didapati Najib antara yang mandi bogel, tak ter ‘cover’ badannya yang tinggi gemalai. Sesungguhnya kemaluan 2.6B itu amat besar.

3. Peningkatan pengeluaran minyak US

Jumlah pengeluaran minyak dunia adalah sebanyak hampir 90 juta tong sehari. 10 juta tong hanya daripada Arab Saudi sahaja. Di tempat kedua kini adalah US dengan pengeluaran mencecah 9 juta tong sehari.

Sebelum ini US hanya menguluarkan lebih kurang 5 juta tong sehari sahaja. Penambahan 4 juta tong sehari adalah daripada minyak shale.

Kemajuan teknologi horizontal drilling dan fracking menyebabkan minyak dan gas yang terperangkap dalam batuan yang kedap kini dapat mengalir keluar.

Dengan kadar pengerudian sekarang dijangkakan US akan mengambil kembali tahta no 1 sebagai pengeluar terbesar dunia

Perbezaan utama US dan Arab Saudi adalah pada kos pengeluaran minyak. Kos pengeluaran minyak di Arab Saudi hanyalah sekitar 5 dollar satu tong. Manakala kos  pengeluaran minyak shale di US adalah sekitar 50-100 dollar setong.

Kos pengeluara minyak berbeza-beza
Kos pengeluara minyak berbeza-beza

Sheikh mahukan market share yang lebih tinggi supaya ada muscle untuk mengawal harga minyak. Pada masa sekarang gabungan negara2 OPEC hanya menguasai kurang 40% pengeluaran minyak dunia berbanding lebih 50% sebelumnya.

4. Polisi OPEC mempertahankan harga dengan mengurangkan pengeluaran tidak menguntungkan Arab Saudi.

Arab Saudi belajar dengan baik daripada sejarah 1985. Mereka tidak terburu-buru untuk memotong pengeluaran minyak semata-mata untuk menaikkan harga.

Mereka menggunakan strategi market share. Perkara terakhir yang Saudi tidak mahu lihat ialah apabila ekonomi mereka hanya bergantung kepada kedatangan jemaah haji dan umrah.

Kemewahan dan pengaruh Arab Saudi di dunia datang daripada penguasaan pasaran minyak dunia.

Dengan mengekalkan kadar pengeluaran sekarang harga minyak akan terus rendah dan harapannya ialah supaya pengeluar minyak shale di US bungkus. Lantas mengekalkan supremacy Saudi dalam pasaran minyak

Apa yang Arab Saudi gagal baca adalah, dengan penurunan harga minyak, kos pengeluaran minyak shale juga menurun.

Jika sebelum ini harga balik modal (breakeven) minyak shale pada $60, kini hanya $40 mereka masih boleh buat untung.

Maka lagi bertambah jumlah pengeluaran walaupun tidak ada peningkatan permintaan.

5.  Harga Minyak Tinggi Menggalakkan Penjimatan dan Kecekapan

Kereta baru sekarang mempunyai engin yang lebih kecil tetapi kuasanya kuat. Lebih laju dan jimat dengan engin yang lebih kecil berbanding kereta pada awal tahun 2000-an

Penjimatan dalam penggunaan dan kecekapan tenaga menyebabkan permintaan terhadap minyak tidak meningkat walaupun ada pertambahan bilangan kereta dan pengguna.

6. Ekonomi China yang tak menentu

China mempunyai 2 billion manusia. Paksi bumi boleh teranjak jika semua 2 billion orang China melompat serentak.

Peningkatan hanya 10% setahun terhadap pemilikan kereta umpama penambahan satu negara Indonesia setahun.

Sebaliknya juga, apabila terdapat pengurangan permintaan terhadap kereta akibat ekonomi yang perlahan, maka lebihan permintaan terhadap minyak tidak ada lagi.

Berapa rendah minyak boleh turun?

Minyak pada 1985 jatuh sebanyak 70%. Daripada $31.75 kepada $10 sahaja. Minyak daripada Iran dan Iraq dijual pada harga $6 sahaja.

Mengambil kira latar belakang yang hampir sama dengan 1985 dan kuantum kejatuhan harga 70%, harga minyak 2015 boleh turun daripada $60 kepada $20.

Dan kali ini, keadaan ini boleh berlanjutan tiga hingga lima tahun ataupun lebih lama lagi.

Saya amat risau dengan kebergantungan Negara kepada Petronas dalam mengimbangi budget tahunan. Anggaran Budget 2015 sebanyak RM 270B. Lebih RM 70B daripada Petronas sahaja.

Maka dengan kejatuhan harga minyak bukan sahaja menjadi masalah Petronas bahkan juga masalah negara.

Menurut mantan CEO Petronas, Datuk Shamsul Azhar pula, setiap satu dollar turun harga minyak,  keuntungan Petronas akan terhakis RM satu billion.

Walaubagaimanapun, CEO Petronas yang baru masih mahu mengekalkan pembayaran dividen kepada Putrajaya sebanyak RM 26B. Ini bercanggah dengan kenyataan CEO yang sebelumnya memberikan indikasi yang dividen kepada kerajaan harus dikurangkan selaras dengan harga minyak semasa.

Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan
Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan

Harapan saya supaya analisis saya ini salah-sesalahnya, kerana jika ia benar amat besar implikasi ekonomi, sosial dan politik di Malaysia.

Sekian. Wassalam

Elias Abllah
Putrajaya

Jangan bongkak, tuhan ambil balik sekejap saja

Jangan bongkak, tuhan ambil balik sekejap saja
BAGAIKAN sudah tiada bahan jenaka lain apabila seorang pelayar laman sosial menangkap foto pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di sebuah restoran makanan segera dan mentertawakannya kerana menggunakan motorsikal.

"Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia," kata pelayar tersebut dalam sebuah perkongsian yang dikongsi hampir 1,500 pelayar lain di Facebook.

"Ini drive-thru bukan ride-thru," katanya lagi beserta foto pasangan lelaki dan wanita yang beratur untuk memesan makanan yang diambil dari dalam sebuah kereta.

Perkongian tersebut bagaimanapun disambut dengan kecaman pelayar lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan kritikannya terhadap penunggang motorsikal tersebut menggunakan servis berkenaan.

"Baru keluar gua ke perempuan ni?" kata Ahmad.

"Aku selalu je pergi (pandu-lalu) naik motorsikal," kata Shinju.

"Jangan bongkak, jangan sombong. Tuhan boleh ambil semuanya dengan sekejap aje," kata Greg.

"Jangan hina orang.. Kesenangan di dunia ni hanya pinjaman. Jangan bongkak dan angkuh. Hidup ni macam roda," kata Zuan.

Tuesday, 25 August 2015

Apabila ROSMAH sembang bab "Susu Ibu"

Rosmah: Perbanyakkan tempat penyusuan ibu


Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar lebih banyak tempat penyusuan ibu dibina di tempat awam bagi memberi keselesaan kepada para ibu menyusui anaknya.

Beliau berkata, saranan beliau itu dibuat memandangkan kekurangan tempat penyusuan ibu di tempat tersebut seperti di pusat membeli belah, stesen bas, keretapi dan lapangan terbang.


Dengan memberi contoh di United Kingdom dan Amerika Syarikat, beliau berkata negara itu dilihat lebih terbuka mengenai amalan penyusuan ibu serta memperbanyakkan tempat penyusuan bayi di tempat awam.

"Oleh itu saya menyarankan agar pihak yang terbabit mempertimbangkan untuk mewujudkan tempat penyusuan susu ibu agar para ibu boleh menyusukan bayi mereka dengan selesa," katanya.


Beliau berkata demikian semasa melancarkan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Pasukan khas diberi nama baharu, 1MDB tidak disiasat, kata peguam negara

Jabatan Peguam Negara berkata, National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang diumumkan baru-baru ini merupakan nama baru kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak tahun 2011. Bagaimanapun, ia tidak akan menyiasat syarikat sarat hutang 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Putrajaya memberi nama baru kepada sebuah pasukan petugas khasnya yang menyiasat jenayah berkaitan wang, tetapi ia tidak akan menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan entiti berkaitannya, kata Jabatan Peguam Negara hari ini.

Katanya, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) yang diumumkan baru-baru ini bukan satu pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan.

"NRRET adalah merupakan nama baru kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak 2011 untuk membantu kerajaan menangani beberapa isu," kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"NRRET tidak pernah terlibat dengan mana-mana siasatan yang melibatkan 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan," katanya.

Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan, peguam negara baharu Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai NRRET yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak bersama pasukan itu.

Ia menyebabkan Transparency International Malaysia (TI-M) mengeluarkan kenyataan mengatakan tanpa penyertaan SPRM, pasukan petugas khas itu hilang taring dalam menyiasat 1MDB.

Hari ini, peguam pula berkata, Apandi tidak ada urusan mengetuai NRRET kerana peguam negara, yang juga pendakwa raya yang menyelia pendakwaan jenayah, tidak sepatutnya menjadi sebahagian pasukan siasatan.

Dalam kenyataannya hari ini, Jabatan Peguam Negara berkata, NRRET berperanan membantu kerajaan dalam menangani isu berkaitan pelarian cukai individu dan korporat dan duti, aktiviti penyeludupan, penyalahgunaan barangan bersubsidi, pengaliran wang keluar secara haram dan rasuah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.

Ia terdiri daripada 7 agensi penguatkuasa, PDRM, SPRM, BNM, LHDN, kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Peranan utama NRRET adalah untuk menyelaras dan mengkordinasikan tindakan penguatkuasaan bersepadu pelbagai agensi dalam menangani isu-isu berkaitan di atas," katanya.

Sebelum ini, pasukan petugas khas menyiasat 1MDB dan isu berkaitan, yang turut disertai SPRM, dibubarkan tidak lama selepas Apandi mengambil alih jawatan peguam negara daripada Tan Sri Abdul Gani Patail bulan lalu. – 25 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasukan-petugas-khas-diberi-nama-baru-tetapi-tidak-siasat-1mdb-kata-peguam#sthash.KzhOcpWO.dpuf

10 Lelaki terkaya di Malaysia untuk tahun 2015

richest men

Written by Iris Lee
Illustration by Michelle Leong

Forbes recently released its 2015’s edition of Malaysia’s 50 richest men. This year the list saw some new additions and some changes in net worth.

“Sugar King” Robert Kuok, safeguarded his number one position in the list, saw his net worth slipped by US$200 million (RM722 million) last year due to the plunge in commodity prices to US$11.3 billion.

Likewise, Ananda Krishna, maintained his second position but saw a drop in wealth from US11.3 billion to US$9.7 billion.

There have been some changes in net worth and placements in the list, with two new faces in the top 10 list: Goh Peng Ooi, the first technopreneur to hit the top 10 with US$1.6 billion (an increase of US$0.5 billion from last year) and Lee Oi Hian & Lee Hau Hian, who saw their net worth spike from US$1 billion to US$1.5 billion.

This year, four new contenders joined the top 50 list: real estate tycoon Khoo Cheng Hai, packaging specialist Lim Teck Meng of Scientex Bhd, oil-ship fabricator tycoon Ng Chin Heng of Coastal Contracts Bhd, and co-founder of United Overseas Australia Ltd, Kong Chong Soon.

The minimum net worth required to be eligible for the list this year is US$240 million, up from US$220 million a year ago.

Some of the tycoons who saw their net worth slipped due to the sluggish stock market and slump in oil price are Tan Sri Mokhzani Mahathir, an investor in O&G services provider SapuraKencana Petroleum Bhd, by US$700 million, and the Tan Sri Shahril Shamsuddin and Tan Sri Shahriman Shamsuddin, the main investors in SapuraKencana, by US$860 million.

Hanya UMNO & Parlimen sahaja bisa singkir NAJIB dari takhta

TAN SRI ABDULLAH AHMAD


OLEH kerana saga kemelut politik berterusan ramai bertanya, sungguhpun saya bukan seorang pakar dan peguam constitutional law, bagaimana seorang perdana menteri boleh dilucutkan jawatannya? Pendapat saya, tanpa banyak fikir, ada tujuh cara.

Parti pemerintah, dalam kes ini Barisan Nasional pimpinan Umno melalui Majlis Tertingginya mengundi tidak percaya terhadap perdana menteri, pemberontakan dalam Kabinet, Parlimen meluluskan usul tidak yakin lagi atau a vote of no confidence terhadap perdana menteri.

Semasa artikel ini di dictatekan, seperti kata Speaking, none has happened nor is likely to happen soon, yakni satu pun apa dikata di atas belum berlaku dan kemungkinannya berlaku saat ini tidak cerah.

Keempat, perdana menteri dengan sukarela meletak jawatan, satu perkara yang tidak akan berlaku dalam situasi sekarang, bahkan dalam budaya kita penjawat jawatan apa pun lazimnya akan hang on to the job!

Kelima, rampasan kuasa oleh tentera - kita bukan Thailand lagipun tentera kita, setakat ini, non political dan menerima Perlembagaan negara; keenam, perdana menteri dijatuhi hukum oleh mahkamah melebihi dua tahun penjara atau denda melebihi RM2,000. Dalam kes Perdana Menteri Najib, beliau hanya menghadapi tuduhan dan beliau telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penuduh, iaitu The World Street Journal (WSJ). Proses undang-undang mengambil masa yang panjang.

Apa lagi dalam kes ini. Ketujuh, revolusi oleh rakyat, satu perkara seperti kata mat salih, a bit far fetched for the moment. Perdana Menteri Najib, saya diberitahu, masih popular di luar bandar dan pedalaman.

Penentang utamanya berkisar pada “cerdik pandai” di bandar-bandar besar dan pinggirannya. Penjawat awam majoritinya masih neutral jika pun tidak menyokong.
Ada juga manusia yang mahu raja-raja Melayu campur tangan dalam kes “krisis keyakinan” ini.

Siapa berfikir demikian, saya kira, agak cetek; ini masalah politik bukan survival negara, bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan serta adat-istiadat Melayu. Saya anjur raja-raja 'remain steadfast to their constitutional role'.

Rumah ku mahligai ku

KB atau Kota Bharu terkenal, namun bukanlah sepopular KL. Mana ada bandar raya lebih disukai ramai orang kita dari KL? Apa pun Kota Bharu “has arrived” dengan adanya perumahan niche! Pada orang Inggeris his house is his castle- rumahnya mahligainya; pada orang Melayu rumah atau istananya ialah syurganya.

Dalam apa keadaan dan apa status kita pun, kita harus pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan dan kehidupan selain meningkatkan kebahagiaan dalam life. KB semenjak April tahun ini “has arrived” dengan adanya satu projek perumahan niche dikenali sebagai Tijani Raja Dewa di Kampung Putih, tidak jauh dari Kota Darul Naim.

Seseorang yang melihat show house akan bersetuju dengan Speaking “that it is a high - end development by Kelantan standard.” Orang di belakang high- end projek ini ialah Tan Sri Azman Yahya, jutawan anak kelahiran Kota Bharu, berpendidikan London dan yang low profile.

Rekodnya baik. Saya gembira Jalan Raja Dewa- dulu perumahan pegawai tinggi tempatan dan dagang- telah diswastakan. Sekarang elit Kelantan bolehlah mempunyai rumah hinggap yang standard dan sesuai di KB.

Tijani Raja Dewa terletak di atas sebidang tanah seluas 7.4 ekar (2.96 hektar)- menawarkan rumah tiga tingkat, semi D, rumah superlink teres dan sebuah apartmen 16 tingkat. Mengikut Azman, 13 dari 16 semi D (berharga antara RM1.9 - 1.95 juta) sudah pun dibeli (The Edge - 6 Julai).

Nampaknya orang Kelate banyak pitis. Siapa kata market untuk kediaman niche tidak wujud di KB? Saya berharap kejayaan Tijani Raja Dewa akan membawa Azman ke daerah-daerah lain terutama di mana banjir tidak berlaku seperti Kok Lanas, Bukit Belah dan Lembah Ilmu, Machang.

Nazir masuk politik?

Jika anak bongsu Tun Razak, Datuk Seri Nazir, 49 tahun, beristeri dan mempunyai dua anak semuanya berpendidikan di UK dan tinggal di Oxford dan London menyertai politik, landskap politik tidak akan berubah banyak.

Besar kemungkinannya keadaan lebih berkecah (messier). Nazir memang suka politik. Saya ingin bersikap adil- minat Nazir dalam politik sudah ada sebelum dan apa lagi selepas menjadi mega kaya. Walaupun dia mega kaya, ada pedigree dan dianggap pintar dalam industri banking, tiada jaminan Nazir akan sukses.

Tegas Profesor Shamsul Amri Baharuddin, “Nazir is a political novice... his political knowledge merely touches the surface and has survived on second hand information from consultants or risk analysts.” Tambah Shamsul, “I wonder if Nazir can speak Malay fluently...” (Focus - 4-10 Julai). Shamsul kata, dia tidak tahu sama ada Nazir boleh cakap Melayu dengan petah.

Kot-kot dah lupa

Tiada dalil Tuhan wujud, begitulah sesetengah pendapat. Adakah bukti ALLAH SWT tidak wujud? Sains berasaskan pada fact and reason; asas agama- semua kepercayaan dan pegangan- adalah ketakwaan (faith).

Sama ada kita percaya tidak berbelah bagi ALLAH SWT wujud dengan segala kekuasaannya atau tidak. Pada saya, keyakinan dan faith lebih kuat daripada akal, daripada reason.

Dalam politik, untuk berjaya sebuah parti dan seorang pemimpin harus fleksibel dan pragmatik. Siapa sangka, tidak lama dahulu, Pas dan DAP boleh tidur dan bermimpi sebantal? Umno telah melalui transformasi hebat hingga orang lama Umno tidak kenal lagi parti yang mereka masuk sebelum dan selepas merdeka.

Seorang pemimpin tinggi Umno - full of himself, yakni memikirkan dirinya sangat penting dan sombong berkata kepada saya, “you were a brilliant stategist and operator in the 60s, 70s and early 80s. But this is the 21 century!”

Pendekatan seperti saya dianggap kolot walaupun dalam 60-an, 70-an dan 80-an dianggap tajam dan dikagumi. Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui beberapa krisis besar dan kecil tetapi kata Speaking: "everything pales in comparison.

Worse it appears to be open ended”. Saya bersimpati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Suka-duka, untuk mengatasinya tidak senang sebab ini telah menjadi satu kes krisis keyakinan dan integriti. Tetapi tidak mustahil dapat diatasi jika bijak menghadapinya.

Proton dan saya

Tahniah kepada Proton dan kakitangan syarikat perintis otomobil kita dan juga kepada semua pemilik kereta Proton sempena ulang tahun ke-30 syarikat Proton. Saya pernah menjadi Pengerusi Proton United Kingdom (UK) pada zaman kegemilangannya.

Tatkala itu kita mengeksport kereta Proton ke UK dan saya mempunyai setiap model Proton. Selepas saya melepaskan jawatan pengerusi, saya tidak lagi menggunakan Proton. Saya sekarang guna kereta buatan Jepun, Korea, German dan Sweden.

Kadangkala saya menyewa kereta Proton terbaharu apabila saya di Kelantan. Tetapi saya tetap terus menyokong industri otomobil kebangsaan ini. Saya sungguh bangga dengan kejayaan Proton dan kerajaan mesti, apa jadi pun, mempertahankan industri ini yang mencerminkan kebolehan, bakat dan potensi Peribumi serta Melayu Islam dalam industri otomobil.

Saya berpegang teguh prinsip jangan mencuri duit orang- PM

Faiz Zainudin
| August 24, 2015

Beliau sedia memberi penerangan isu derma RM2.6 bilion kepada ahli UMNO dengan syarat ia dibuat secara tertutup,

najib,dana

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang teguh kepada prinsip ‘tidak mencuri duit orang’ dalam mencari dana untuk menggerakan parti.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, dana politik itu juga akan dipastikan tidak menyalahi undang-undang.

“Dalam usaha mendapatkan dana politik, saya berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting iaitu jangan mencuri duit orang dan tidak menyalahi undang-undang,” tulisnya menerusi entri terbaru blognya najibrazak.com.

Najib berkata, beliau bersedia membuat penerangan kepada ahli UMNO secara terperinci berhubung derma RM2.6 billion yang diperolehinya dengan syarat ia dibuat secara tertutup.

Katanya, perbincangan secara terbuka mengenai dana itu akan merosakkan parti UMNO itu sendiri.

“Saya ada hak sebagai Presiden parti dan ketika saya menjadi Timbalan, saya tidak pernah menyoal Presiden parti mengenai dana yang diperoleh untuk UMNO.

“Saya dipilih oleh perwakilan melalui sistem yang paling demokratik dalam UMNO tanpa undi bonus atau kuota.

“Selagi ahli UMNO pilih dan mahu saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau akan berusaha untuk mencari dana parti bagi memastikan jentera parti dapat bergerak dengan baik.

“Saya telah lama dalam politik, lebih 40 tahun, dan saya akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan UMNO.

“Tun Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri mengakui di dalam buku Transparency International, di mana dia sebut ‘every political party needs money’,” katanya.

Monday, 24 August 2015

Melayu dah cukup dibangsatkan Perdana Menteri

Oleh Hafidz Baharom


Sebagai seorang ahli bangsa Melayu yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya tercengang membaca berita hari ini di mana perdana menteri kita sendiri mengatakan tanpa UMNO, Melayu akan 'dibangsatkan'.

Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah lupa bahawa dia sendiri sebagai Presiden UMNO yang telah membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai Perdana Menteri?

Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang nak meraih undi lepas itu langsung menghilang.

Bangsa Melayu satu negara ingat sewaktu air bah datang, 200,000 rakyat Malaysia yang ramainya Melayu terbiar tanpa rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam khemah sahaja, perdana menteri kita sanggup sambung main golf di Hawaii.

Bangsa Melayu di Sabah masih ingat semasa gempa bumi menimpa, perdana menteri kita masih sibuk hendak ke Jeddah.

Bangsa Melayu masih ingat bila kita menghadapi kesusahan hendak mencukupkan duit gaji masing-masing tahan sebulan, memohon bantuan kawal harga, Si Najib ini sanggup kata kita tidak berterima kasih yang kerajaan dia menurunkan harga kangkung!

Mohon maaf, Datuk Seri, tapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang nak terima lagi kata-kata kamu dan kabinet kamu.

Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh penyokong kamu.

Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi.

Melayu sekarang takkan percaya ini adalah konspirasi "orang putih", apa lagi bila Najib sendiri percaya sangat golongan ini sampai ada Paul Stadlen dalam kumpulan beliau.

Dalam apa yang sedang berlaku sekarang ini, bangsa Melayu sekarang tengah terpinga-pinga kenapa ketua parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita sanggup membangsatkan kita semua sesuka hati.

Melayu sekarang sedang bangun bertanya dan menyanggah segala kenyataan Presiden UMNO. Bak kata seorang ahli UMNO di Langkawi, mereka sudah mula menyangkal kenyataan presiden yang telah "mengencing" bukan sahaja tiga juta ahli UMNO, malah semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan parti.

Jelas sekali orang yang membangsatkan Melayu, yang pentingkan kesetiaan lebih daripada kebenaran, yang mementingkan jawatan lebih daripada bangsa sampai mengaku "darah pahlawan Bugis" tapi kecut masuk bangunan parti sendiri berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan adalah seorang pemimpin yang telah hilang mandat bukan sahaja dari rakyat, tapi lebih lagi bangsa Melayu sejagat.

Kalau raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Perdana menteri kita bukanlah raja, tapi seorang ketua parti politik Melayu yang telah mengabaikan tanggungjawab beliau untuk kepentingan dirinya sendiri.
Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun dah bersuara.

Kalau setakat nak tebalkan muka sampai setebal badak sumbu Sumatera pun dah tak guna sebab dah pupus.

Kalau setakat nak alihkan perhatian kita dengan kelahiran anak panda, nak mengangkat keadaan dengan mencampak BR1M, nak kata duit Pak Arab yang berbilion jadi pelabur 1MDB pun tak guna dah sekarang ini.

Langkawi sudah bersuara. Pontian sudah bersuara. Ini Shah Alam sendiri pun sudah bersuara.

Hentikan perbuatan membangsatkan Melayu yang kamu lakukan semata-mata kerana gila kuasa kekal pegang jawatan perdana menteri.

Sunday, 23 August 2015

"Kalau nak Mati, Kita Mati Bersama Najib" - Ketua UMNO Bahagian Kepong



KUALA LUMPUR, 23 Ogos : Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Ridzuan Abdul Hamid berkata mati dalam politik lebih baik dari mati dalam kemalangan.

“(saya) Takkan bergerak walau seinci bersama Najib bahkan akan terus berjuang bersama UMNO.

“Kami akan sentiasa berperang dengan musuh. Kalau nak mati, kita mati bersama Najib. Itu Ikrar, mati dalam politik lebih baik daripada mati katak atau mati dalam eksiden,” katanya memetik satu laporan dari MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong di Hotel Hilton hari ini.

Selain itu, Ridzuan juga turut meluahkan perasaan kecewa dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang seringkali mempersoalkan isu derma RM2.6 billion.

“Dia makin dipecat makin garang, pergi ke merata bahagian, dan persoalkan RM2.6 bilion. Bukankah mereka berjanji untuk mempertahankan Najib.

“Tetapi mengapakah mereka sering menghentam dan membawa masalah seperti isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu RM2.6 bilion,” tegasnya.

Ridzuan juga berkata sikap Muhyiddin memang seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama namun sikapnya berbeza apabila dia tidak setia kepada seorang pemimpin.

“Orangnya beragama, bapanya adalah seorang yang yang disanjung tinggi, tapi anaknya baru dua tahun dua bulan jadi Timbalan Perdana Menteri, tidak setia kepada Perdana Menteri,” katanya

Umno satu-satunya kerajaan lawan Yahudi, kata ketua bahagian Kepong

Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Ridhuan Abdul Hamid menyampaikan ucapan semasa mesyuarat dengan delegasi Umno Kepong di Hotel Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Ogos, 2015.
Kerajaan Umno merupakan satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi, kata Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Ridhuan Abdul Hamid hari ini, mempertahankan sumbangan derma politik RM2.6 bilion daripada negara Arab kepada Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, jika dibandingkan dengan negara Asia lain, Malaysia masih lagi bebas daripada ancaman Yahudi kerana ketegasan Najib dalam melawan anasir jahat tersebut.

"Umno ini satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi. Negara Asia lain sudah pun ditawan puak Yahudi. Singapura habis, Thailand habis, Filipina habis, Indonesia pun dah nak habis.

"Tetapi Malaysia masih lagi dipertahankan oleh Najib," kata Ridhuan ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong di Kuala Lumpur pagi ini.

Atas kepercayaan terhadap peranan yang dimainkan kerajaan Malaysia itu, katanya, negara Arab bermurah hati menyumbang dana politik kepada perdana menteri untuk menghadapi pilihan raya umum yang lalu.

Kontroversi tercetus selepas Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dikatakan dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib tidak membuat penafian mengenai dakwaan tersebut sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan kewujudan wang tersebut dalam akaun peribadi beliau yang dikatakan derma politik.

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga lantang membangkitkan mengenai isu wang tersebut malah mendesak Najib membuat penjelasan mengenainya.

Timbalan perdana menteri baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mempertahankan Najib, mengatakan penderma dari Timur Tengah memberi AS$700 juta kepada Najib kerana mahu membantu memastikan Barisan Nasional dan Umno memenangi pilihan raya umum ke-13.

Malah, Zahid juga berkata, secara peribadi sudah bertemu wakil "keluarga" dari Timur Tengah yang menderma wang itu. – 23 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-satu-satunya-kerajaan-lawan-yahudi-kata-ketua-bahagian-kepong#sthash.WjHc9j54.dpuf

Siapa dalang guling kerajaan sebenarnya nie Zahid..?

http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/08/ZAHID-HAMIDI-11-600x360.jpg

*TAN Sri Muhyiddin Yassin tidak, Tengku Razaleigh Hamzah pun bukan. Alkisah siapakah gerangan tokoh besar Umno yang dikatakan mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa seorang YB kanan Umno terlibat dalam komplot menggulingkan Kerajaan Persekutuan.

Dakwa Zahid, seperti disiarkan di muka depan beberapa akhbar, tokoh kanan parti itu berusaha mendapatkan akuan berkanun daripada YB BN dan pembangkang bagi membuktikan mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Beberapa jam kemudian TPM memberitahu Muhyiddin bukan orang yang dimaksudkan. Razaleigh pun menyusul dengan kenyataan beliau tidak terlibat dalam komplot.
Maka, semua kini bertanya, siapa sebenarnya tokoh besar yang dirahsiakan itu? Menjadi kewajipan Zahid untuk mendedahkan rahsia tersebut. Jangan tunggu lama-lama, nanti meletup.

*MULANYA Zahid berkata, tokoh yang menjadi dalang komplot guling kerajaan itu akan bertemu sendiri dengan Perdana Menteri pada hari Ahad, jam 6 petang.

Ramai wartawan menunggu di kediaman peribadi PM Jalan Duta, juga di kediaman rasmi Putrajaya. Tetapi media kecewa sebab sampai sudah pak dalang tidak muncul-muncul di kedua lokasi.

Zahid kemudian memberitahu pertemuan dalang dengan Najib dibatalkan atas permintaan individu terbabit. Pertemuan lain akan diatur, tetapi Zahid sendiri tidak pasti bila tarikhnya.
Maka berteka-tekilah seluruh rakyat jelata, sambil bersinis: Lhoo, kok main tangguh-tangguh. Apa-apaan nih, dong?

*BUKAN gurau, bukan drama, tuduhan komplot menggulingkan kerajaan adalah satu perkara serius. Lebih-lebih lagi sekiranya ia didalangi oleh anggota Parlimen kanan Umno yang menjadi tonggak utama BN.

Istilah guling kerajaan dikenali juga sebagai kudeta, daripada perkataan asal coup d'etat. Pelakunya dianggap pengkhianat atau penderhaka, boleh dihukum paling berat. Dalam sejarah moden Malaysia ini belum pernah terjadi.

Oleh sebab serius itulah semua pihak – baik kerajaan atau pembangkang – mahu Zahid mendedahkan nama si pengkhianat itu. Zahid sudah tahu orangnya, apa lagi hendak dirahsiakan?

Merahsiakan musuh yang telah diketahui memang ada bahayanya. Ia boleh menimbulkan rasa syak dan tuduh-menuduh dalam kalangan pemimpin Umno sendiri. Syak macam ini amat tidak baik untuk parti.

*PERIHAL maklumat dan butiran mengenai komplot menggulingkan kerajaan, semuanya telah diserahkan kepada polis, demikian kata Zahid sambil menegaskan senarai 20 YB BN seperti yang disebut dalam sebuah blog, juga tidak terlibat dalam komplot.

Muhyiddin tidak terlibat, Ku Li tidak terlibat dan 20 YB dalam blog pun tidak terlibat. Jadi siapa yang terlibat?

Apa pun maklumat kini ada pada polis. Maka dalam waktu terdekat polis kena siasat, kenal pasti dan beritahu kepada umum nama sebenar dalang yang hendak menggulingkan kerajaan.

Oleh sebab Zahid sendiri sudah tahu siapa orang berkenaan, maka tidaklah perlu polis mengambil masa panjang untuk menyiasat. Dan, tidak perlu korek hingga ke lubang cacing. Fakta sudah di tangan, tangkap sahaja pak dalang.

Ada pun sekiranya polis gagal menangkap dalang berkenaan, Zahid pula nanti yang akan menerima akibatnya. Orang akan berkata beliau membuat tuduhan (gulingkan kerajaan) palsu.

Sebagai TPM, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno, Zahid tentu tidak membuat tuduhan sembarangan. Maka semua orang menunggu dan berharap sehari dua ini 'orang tua' @ YB kanan Umno yang hendak menggulingkan kerajaan itu didedahkan, dan dihukum.

*AKHIR kalam, mengenai Keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif, atau lebih dikenali sebagai CGPA. Kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, CGPA 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidaklah menjamin tempat di universiti awam, terutama bagi kursus perubatan.

Kata beliau kerana tempat terhad dan persaingan hebat, universiti awam termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya terpaksa menjalankan temu duga untuk pengambilan pelajar.

Begitulah susahnya untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di universiti awam. Kalau CGPA 4.0 pun ditolak, CGPA 3.8 tidak payahlah bermegah dan mendabik dada!

Baik-buruk enam perdana menteri

ADAM A KADIR

http://image.slidesharecdn.com/perdanamenterimalaysia-111129092641-phpapp01/95/perdana-menteri-malaysia-1-728.jpg?cb=1322560226
EMPAT puluh empat tahun dulu, 1971, Allahyarham Tunku Abdul Rahman bersara daripada jawatan perdana menteri selepas 14 tahun.

Dua tahun sebelum merdeka pada 1957, beliau terlebih dulu menjadi ketua menteri sejak 1955, ketika mana Tanah Melayu atau Malaya diberikan taraf kerajaan sendiri oleh British setelah parti Perikatan yang dipimpin Tunku memenangi pilihan raya pertama pada 27 Julai 1955.

Ini membawa kita ke kini, apabila Datuk Sri Najib berada di tempat Tunku sejak enam tahun dulu, pada 2009. Bagi saya, melalui hidup di bawah enam perdana menteri hanya dinikmati kurang dari 10 peratus penduduk Malaysia yang masih hidup, satu perhitungan secara rambang, mengambil kira lapan juta daripada jumlah 10 juta penduduk Malaysia apabila Tunku bersara, sudah meninggal. Kini, penduduk negara ialah kira-kira 33 juta.

Tunku lebih tua daripada arwah ayah saya selama 17 tahun, layak menjadi seorang datuk kepada saya. Maka saya banyak mendengar tentang Tunku melalui mulut orang lain. Untuk sekian lama saya tidak pernah mendengar orang Melayu kutuk Tunku.

Di pihak pembangkang, kata-kata anti-Tunku dicetuskan oleh rasa iri-hati kerana kemerdekaan tidak jatuh ke tangan mereka.

Sebagai seorang penerbit di RTM, saya ditugaskan menerbit ucapan Tunku sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 1969 tidak berapa lama selepas tragedi 13 Mei. Kespontanan dan humor Tunku jelas sekali timbul ketika rakaman ucapannya itu dilakukan.

Mungkin kerana terlalu sibuk, Tunku tidak menyemak dulu apa yang hendak disampaikan. Apabila beliau tersasul, atau tidak tepat apabila ada koma dan noktah, saya pun menegur secara hormat, berhentikan rakaman dan meminta beliau mengulanginya semula. Selepas dua tiga kali begitu, Tunku pun ketawa. "Haa…rakyat tahu saya ni bukan ahli bahasa. Mereka boleh ampun saya…"

Pada akhir ucapan, terdapat pula perkataan panjang yang saya kira patut digantikan dengan perkataan lain oleh pihak yang menuliskan ucapan itu. Perkataan itu ialah 'mengepalai' yang terjadi daripada perkataan 'kepala'.

Imbuhan 'meng' dan 'i' ditambah. Tunku pun menyebut 'me-nge-palai'. Beliau sedar itu salah. Diulanginya lagi. Juga bunyi tidak betul, dan saya betulkan. "Buat apa bubuh kata-kata panjang-panjang macam ni. Saya pun tak pernah dengak…' katanya dalam loghat Kedah sambil ketawa geli, tetapi tidak marah.

Sebelum disiarkan beberapa hari kemudian, saya terpaksa melakukan 'editing' berat. Lantas saya mendapat panggilan daripada pegawai yang bertanggungjawab di pejabat perdana menteri. "Terima kasih. Ok.

Bunyinya very good. Terima kasih," katanya. Menoleh kembali, saya yakin pegawai itu terasa sangat lega memandangkan ucapan yang dituliskan untuk Tunku itu dibuat tidak cermat dan rapi, tetapi hasilnya tidak membuatkan Tunku berkerut kening. Itulah paling rapat pernah saya menyumbang kepada Tunku.

Maka kata-kata negatif seperti 'anak emas British' atau ungkapan 'kemerdekaan di atas cakra perak' ditujukan kepada peribadi dan pencapaian Tunku.

Jika Tunku sentiasa tersenyum lebar seolah-olah kehidupan ini adalah satu siratan humor, Allahyarham Tun Razak, timbalannya, ialah seorang yang penuh prihatin terhadap tugas yang dipikulnya. Membuka enjin ekonomi baharu di kampung-kampung, kawasan belantara, sektor korporat, dalam bidang pendidikan rendah dan tinggi adalah asas pencapaian Tun Razak.

Sebagai manusia dan pemimpin, Tun Razak dibanggai oleh mereka yang pernah bertugas di bawahnya, terdiri daripada mereka yang kini berusia antara 70 hingga 90 tahun.

Namun manusia cemerlang awal-awal lagi dipanggil pulang. Menjelanya era Tun Hussein Onn, Malaysia seolah-olah mengambil nafas selepas penat berlari begitu jauh di bawah Tun Razak.

Datangnya Dr Mahathir pada 1981, Malaysia sudah cukup dengan pernafasan baru untuk melangkah lebih jauh dan kejauhan ini meninggalkan hasil besar serta kecil selama 22 tahun kemudian.

Dengan adunan sayang dan benci, pujian dan kecaman daripada seluruh dunia, setakat ini tidak ada perdana menteri lain, secara individu atau kolektif, meninggalkan tinggalan-tinggalan tamadun yang sama dengan yang ditinggalinya.

Selama lima tahun di bawah Pak Lah, Malaysia menikmati suasana seperti yang berlaku pada era Tun Hussein Onn. Pengucapan 'Islam Hadhari' dan 'Manusia Saka' menunjukkan puncak kecil dalam graf pencapaian tetapi terus mendatar seperti horizon.

Kiranya beliau tidak mengalami sakit kekurangan oksigen yang membuatkan beliau sering kelelapan seperti yang beliau sendiri akui, mungkin prestasi beliau jauh lebih baik daripada yang sedia berlaku.

Jika Pak Lah saya kenali sejak beliau berada di tahun 2 Universiti Malaya dan memimpin GPMS pada 1962, DS Najib dan saya pula pernah menjadi rakan rapat dalam politik. Pelbagai jawatan korporat di Pahang dan Kuala Lumpur - dan menjadi Ahli Parlimen - adalah hasil kerestuannya.

Namun kehidupan ini, seperti kata Shakespeare, adalah seperti pentas drama. Adegan-adegan bertukar ganti. Pembelian kapal selam dan cetusan tragedinya serta gara-gara 1MDB laksana jerat terbingkas di buku lalinya … dan sukar terlepas. Justeru, legasi DS Najib masih awal untuk dirumuskan.

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive