UtusanDaily

Thursday 14 January 2016

23 Alasan Remeh Punca Suami Isteri Bercerai..antaranya "Punggung isteri menggerutu..."

bercerai
PETALING JAYA: Kes-kes perceraian yang berlaku di Selangor kebanyakannya berpunca daripada perkara-perkara remeh.

Perkara itu didedahkan oleh pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor apabila menyenaraikan 23 punca remeh yang menyebabkan wanita menjanda.

Antara alasan yang digunakan oleh suami untuk menceraikan isterinya adalah kerana punggung isteri menggerutu, isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai, isteri suka membasuh baju pada waktu malam dan isteri lambat menyediakan makanan.

Tidak kurang juga isu yang ditimbulkan oleh isteri terhadap suaminya hingga ada yang mengatakan suami tidak pandai melakukan hubungan seks, suami mencurigai setiap tindakan isteri, suami tidak suka isteri makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik.

Memetik laporan akhbar Kosmo! yang disiarkan hari ini, seorang penceramah kursus praperkahwinan di Selangor, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal memberitahu, beliau sering mengendalikan kes-kes perceraian yang remeh melibatkan pasangan muda.

Menceritakan pengalamannya, Muhammad Ariffin memberitahu, pernah satu ketika beliau cuba menyelesaikan satu kes di mana satu pasangan yang mendirikan mahligai sejak tahun 2000 menjadi porak-peranda gara-gara perangai si suami yang suka menambah air pada botol sabun mandi gara-gara mahu berjimat.

Sikap si suami itu katanya, tidak disenangi oleh isterinya hingga menyebabkan mereka bergaduh besar dan hampir bercerai.

Situasi yang berlaku itu turut dikongsi Penolong Pengarah Unit Runding Cara, Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Maryam Md Zin yang menganggap ia kisah yang melucukan namun, pernah berlaku kepada pasangan lain baru-baru ini.

“Bila dah hampir setiap hari bertengkar atas alasan sama, suami hilang sabar lalu ambil keputusan semberono ceraikan isterinya yang disifatkannya pengotor,” ujarnya.


  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  22. Berebut rancangan televisyen.
  23. Pasangan lupa pam tandas

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive