UtusanDaily

Friday 8 January 2016

Anggota polis perut buncit tidak akan dinaikkan pangkat


PETALING JAYA: Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

ANGGOTA polis melakukan aktiviti senaman pada Program Trim N Fit yang dilancarkan semalam

Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” katanya yang dipetik Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive